Alhamdulillah, saya dah boleh legakan hati yang marah ni. Dah boleh tegur Fadhil macam biasa tapi masih dalam keadaan yang sangat berhati2. Kasihan jugak melihat tapi apakan daya, saya dan Along masih perlu mengajar dia... Ok2, saya tak mahu lagi cerita pasal hal ini lagi dan biarkan masa sahaja menentukan...
Sekarang ni saya nak cerita pasal hal saya dan Zura pula... Dia akan sampai N9 dari Kelantan pagi Jumaat ni. Harap2 dia punya masa untuk keluar bersama... Nak habiskan masa bersama2 sebelum dia pulang ke Kelantan semula 4 hari selepas itu. Tapi, saya tau dia mesti penat bila sampai nanti. Dan Jumaat ini juga akan ada satu meeting antara wakil2 cawangan dengan pengarah juga empunya klinik ini.
Sabtu dan Ahad ini pula saya bercuti memandangkan kedua2 hari tersebut punya sejarah yang bakal berlaku nanti. Sabtu, adik ketiga Nad --> Inara bakal melangsungkan majlis perkahwinan dengan pasangannya, Hakimi di sebuah dewan di PJ. Sabtu itu juga bakal menyaksikan majlis pertunangan sepupu saya --> Juyah @ Zurah dengan pasangannya Jie di Pantai Dalam. Ahadnya pula juga majlis pertunangan sepupu saya yang juga abang Juyah di Seremban. Oh ya! Sepupu ini lelaki dan juga sebaya saya...heheheh...
Alang2 dah ke Seremban, saya cuma perlu tumpang keluarga sepupu saya itu semasa hendak ke rumah pasangan sepupu itu, Ina. Kat sini pun ada jemputan kahwin kawan mak saya... Pening jugak nak memikirkannya... Dalam 2 hari macam2 yang akan terjadi... Dan perancangan lain terpaksa saya tunda mungkin...
Berbalik kepada cerita saya Zura tak lama dulu tu. Saya berada di rumah ketika itu memandangkan minggu itu adalah minggu saya bekerja di shift petang. Zura sms saya pada mulanya dan saya tak dapat nak membalasnya memandangkan kredit tiada...;). So, akhirnya dia menelefon saya dan mengajak saya menemaninya untuk membetulkan kereta yang berbunyi. Dia ada sebut mengenai pad break... entahlah, saya tak pernah tau pun apakah benda itu.
Bila sampai masanya, mak menghantar saya pergi klinik kerana abah gunakan Tiara masa tu. Saya ajak Zura ke kedai belakang (berhampiran kedai tayar yang saya dan Along pergi Isnin lepas). Bila ditanya2 memang benar pad break kereta tersebut sudah haus. Zura ajak saya temankan dia ke Dataran Senawang untuk mengeluarkan duit dari ATM. Dalam ketakutan dia terpaksa juga memandu walaupun ketika itu bunyinya tersangatlah kuat dan sangat lambat untuk perlahankan kenderaan.
Tunggu punya tunggu adalah dalam masa sejam pad break ditukar. Oh, baru saya tahu dimana dan apakah benda tersebut. Satu perkara baru yang sempat saya belajar... Harga semua sekali ialah RM 85. Murah atau mahal ye? Entah ye? Maklumlah kita ni tahu guna saja... Tapi bila saya bertanya dengan seorang kawan, katanya harga seperti itu masih boleh dikira murah juga dan ianya bergantung kepada jenis kereta juga... Ok, saya dah faham... Sebenarnya saya pernah alaminya satu masa dulu...cuma tak ingat apakah benda itu...
Ok, seperti yang saya janjikan...inilah video kembar Didy n Dimy itu... Sangat comel...
Maaf, saya tak tahu macam mana nak 'dirikan' video ini...;)
Abang long: Hello guys...
Didy: Hi...
Abang Long: What is your name?
Didy: Didy.
Abang Long: How old are you?
Didy: 3 years.
Abang Long: Not 3 years la...
Didy: Beh?
Abang Long: 4 years.
Didy (menunjukkan angka 4 guna jari): 4 years.
Abang Long: What your ambition?
Didy: Low ye... (lawyer-loghat orang Perak).
Abang Long: Lawyer...good. And you brother? What is your name?
Dimy: Erm... Imy.
Abang Long: How old are you?
Dimy: Dokter (doctor-loghat cam orang Perak).
Abang Long: How old are you?
Dimy (menunjukkan angka 4 guna jari): 4 years.
Abang Long: 4 years...good.
Abang Long: What your ambition?
Dimy: Docter...
Abang Long: Doctor, good...
Abang Long: Erm... What is your...erm...ba...erm, babah name?
Dimy: Erm... Shuwi (act, Suri).
Didy (mencelah): Ina.
Abang Long: What your mama name?
Dimy: Ina.
Abang Long: Ina...good.
Abang Long: What your Acu name?
Didy: Fashilah (act, Fazilah).
Abang Long: Fazilah.
Abang Long: What your Lalang name?
Didy (pegang remote Astro): Erm... Azuya (act, it's Zura).
Abang Long: Azura...good... Ok, bye guys ...
Didy & Dimy: Bye...!
Kesimpulannya, saya sangat mengkagumi cara Along, suami Along, Zura, Fazilah, mak Along, ayah Along, adik lelaki Along yang sama2 membesarkan pasangan kembar yang dah makin sihat ni. Tak pelik pun sebenarnya kanak2 seusia Dimy & Didy ni dah pandai respon pada apa orang sekelilingnya kata atau tanya. Dan Along memang rajin, kreatif serta punya banyak idea2 baru dalam usaha nak mendidik anak2nya. Bukanlah nak menyanjung terlalu tinggi tapi saya memang salute dan harap sangat mereka berdua terus2an berjaya... Setiap hari, saya tahu Along mesti sentiasa fikirkan cara2 yang senang dan mudah untuk anak2nya belajar. Tak mudah juga nak merancang dan mengajar tapi itulah hakikatnya kalau kita nak tengok anak2 bijak, kenalah usaha lebih.
Ada juga yang terkejut kalau lihat budak2 berdua ni sudah pandai membaca, mengenal huruf (pelat2 tu masih boleh dididik), menjawab soalan, mengira... Darab yang paling mudah pun diorang berdua dah dapat. Baca doa makan pun mereka dah tau. Saya tidak terkejut, malah terdetik rasa bangga pula. Sebab sepupu sebelah mak iaitu abang sepupu saya, anaknya yang pertama kini usianya mungkinlah dalam usia kanak2 tadika... Sudah pandai membaca, berinteraksi dengan mummy n daddynya dalam bahasa Inggeris. Tapi tak bermakna dia tidak fasih berbahasa Melayu...
Ada yang anaknya sudah berusia 5 tahun masih tidak pandai membaca atau mengenal huruf malah cikgu tidak faham apa yang dia cuba katakan. Dia masih kecil dan masih boleh dilentur sebelum dia sudah menjadi buluh. Itu semua bergantung kepada usaha ibu dan ayahnya. Saya pernah katakan padanya... Dan begitu juga dengan Along. Kena rajin bertanya, ajar dia... Tanya sahaja apa yang masih boleh diperbaiki kepada guru tadikanya...
Orang kata, bercakap memang mudah. saya memang suka nasihatkan orang (walau tiada pengalaman sendiri pun). Suka ingatkan, suka berkongsi apa yang saya tahu. Sedikit yang saya tahu pun, saya suka dan sudi kongsikan. Buat apa nak simpan sendiri2 saja? Tak dapat apa2 pun malah tak lama pun ilmu yang kita ada tu... Pesanan pengarah, buatlah baik sentiasa...hidup ni sekali jek. Kalau kita tak beramal, tak ada gunanya...tak ada maknanya kalau tak tinggalkan apa2 kebaikkan...
2 ulasan:
comey2..teramat comey hehe
huda--> tq2...diorang ni sgtlah baik...masa akak nak balik tadi siap minta salam ngan akak...tapi adiknya je sebab abgnya dah titun dulu...hehehe...
Catat Ulasan