Saya bukan sengajakan semua ini berlaku pun tapi makin diabiar, dia semakin menjadi2 pulak. Datang sahaja ke klinik, saya dan Along meneruskan bicara tentang perkara yang satu itu (hal semalam). Dalam erti kata lain kami nampak yang dia telah berubah menjadi seseorang yang sangat lain, buat orang menyampah... kalo orang di N9 ini klasifikasikan dia sebagai Jobo... maksudnya BeRlAgAk... Ada 'Strider' dalam Dunia Baru Musim ke-3 kata 'Opie' @ 'Gem' macam tu...
Yang buat saya hangin dan semakin bengang lagi tu, sewaktu selepas mereka2 semua naik ke atas (kejap lagi saya ceritakan selanjutnya ye?), dalam beberapa minit dia ini turun membawa begitu banyak borang2 reject dari pihak Admin. Kesalahan2 dalam borang2 tersebut; Tak ada diagnosis, tak ada tarikh pesakit datang juga masa melawat, no. kakitangan... Saya tahu dan akui kami memang silap tetapi saya jadi sakit hati yang amat tu sebab cara dia ini seolah2 kita ini tiada perasaan langsung...
Anda marah tak bila seseorang yang nak suruh kita lakukan sesuatu kerja tapi menyuruh dengan cara yang boleh dikata sebagai 'KuRaNg AjAr'? Itulah yang terjadi tadi dan Along sendiri saksikan hal yang tersebut. Borang yang berhelai2 itu dicampak di kaunter sambil jarinya menunjuk2 ke arah borang2 tersebut...macam saya dan Along tak faham langsung apa yang akan disuruh...
"Ni apa salah2 ni... Tak tulis tarikh la, tak ada diagnosis...". Eh, hello...beritahu elok2 tak boleh ke? Dia ingat saya dan Along ni tak ada perasaan agaknya? Sejak saat itu, hati saya jadi sangat2 marah... Masa ambil kad2 rujukan pesakit, saya melangkah dengan rasa sesangat geram...ke sana ke mari dengan hentakan kaki menunjukkan yang saya sangat terasa ngan apa yang dia buat...
Apa lagi yek yang sempat saya buat tadi eh? Bila dah jumpa kad2 yang perlu, saya pula mencampakkan atas kaunter juga menunjukkan rasa hampa dan kecewa... Hahahah... Teruk saya ni kan? Niat saya hanya satu, nak beritahu yang kami juga punya hati dan perasaan...jangan mudah buat sesuatu yang akan buat orang sakit hati...
Tika & saat ini, saya sedang menonton Impak Maksima dan sesekali tukar ke KL Menjerit the series la. Harap2 saya dah tak rasa bengang lagi lepas ni... Biarlah dia belajar dari apa yang terjadi. Yang sebenarnya dia suka bikin gempak...tu jek.
Dalam Islam kalau kita tak tegur orang lebih 3 hari turut2 berdosa kan? Harap2nya saya takkan jadi setegar itu... Tapi dengan cara itulah yang dapat mengajar seseorang dan menyedarkan dia... Tentu anda nak tahu siapa dia yang saya maksudkan, bukan? Fadhil la orangnya tu!!!

So, mana yang mengamuknya tu ye? Itupun buat saya geram dengan budak kat dalam gambar di atas ini. Bikin gempak je semua tu. Orang yang profesional takkan nak marah2 orang tanpa usul periksa dan mereka akan bertanya dahulu... Kalau salah menuduh lagi susah kan?
Bila suruh Cina kedai tayar tu tolong, akhirnya salah satu sebabnya adalah tayar tu termasuk paku. Tayar sekarang dah tak guna tiub so, tak perlulah susah payah gantikan tayar tetapi hanya dengan keluarkan paku tersebut dan sumbatkan dengan tiub yang akan dipotong bagi menggantikan lubang yang menyebabkan kebocoran tayar tersebut... Anda faham, kan? Kira2 cam nak kongsikan dengan anda2 yang bernama WaNiTa di luar sana.
Saya selalu rasa nak buktikan kat semua yang WaNiTa juga boleh melakukan hal yang sama... Solve the problems by ourselves. Tak susah sebenarnya... Samalah macam nak pam tayar di stesen2 minyak. Saya sangat takut tetapi bila difikir2kan kembali, ianya sesuatu perkara yang mudah dan tak perlu nak suruh orang2 lain yang bantu melainkan kalau kita sangat2 terdesak... Dan sekarang ni saya terasa macam nak belajar tukar tayar pulak...hehehehe...
Dapat gaji bulan ni, saya memang nak tukar minyak hitam Tiara... Perkara ni saya sempat belajar sewaktu di tempat lama dulu. Itupun lepas berkali2 abah ingatkan dan saya memang nak belajar selain membasuh kereta... Oh! Ya, sekarang saya sangat gila membasuh kereta nak2 pula selepas saya perasankan sebotol apa tah untuk polish kereta... Kereta berkilat2 siapa yang tak suka, kan? Sejak kecil (waktu di PJ), berjiran dengan Nad n family...kami memang sudah diajar untuk membasuh kereta. Siap panjat2 kerusi kerana tak sampai untuk membasuh bumbung van...
Lagi seronok bila basuh dengan adik-beradik... Ok, stop pasal ni sekarang... Belajar yang asas mengenai sebuah kereta sudah cukup rasanya. Sebab akhirnya kalau tiada sesiapa di sebelah kita, siapa lagi yang kita nak minta tolong? Lain orang lainlah gaya dan caranya kan? Berbalik kepada hal Along tadi, semasa saya yang hadapi perkara yang sama, saya hanya perlu membayar RM 3. Lain pula halnya dengan Along... RM 5? Mahalnya? Pelik saya kenapa begitu... Sebelum itu, Along sangat risau sebab yang ada padanya ketika itu ialah RM 30 sahaja. Kelakar bila dengar Along kata apa yang abang Long (husband Along) cakap masa diorang sebab berbual mengenai tayar kereta itu... "Takkan abang nak balik, Ina?". Hehehe... Nasib baik saya ada pengalaman sebegitu dan saya dapat kongsikan bersama2 Along...
So, anda diluar sana...jangan lupa sentiasa berhati2 dan bersedia dari segi mental dan fizikal tau? Jangan hanya tahu guna dan berserah. Kalau suatu masa kita seorang sahaja menghadapi keadaan sebegini, kita mungkin akan panik dan selalu tak tau nak fikir apa, kan? So, sesuatu perkara yang mudah juga adakalanya akan menjadikan kita panik... Sebolehnya elakkan daripada panik...
p/s: Nanti kalau saya tak sibuk, saya akan ceritakan kisah saya dan Zura tika menghadapi saat2 kereta yang sama berbunyi bila brek ditekan...
0 ulasan:
Catat Ulasan