rss feedResize Text
Twitter Follow Me

“jika kau ubah fikiran|aku kan setia menanti|jika kau perlukan teman|carilah di sini|jikau kau ubah fikiran|untuk jatuh cinta cinta lagi|yang pertama ke depan|jika kau ubah fikiran

21 Februari 2008

Saya Dah Tak Bengang Lagi...

Published by HidayahYassin at 9:44 PTG



Macam sedikit lega...kurang rasa marah kerana hal yang terjadi semalam. Saya sering berkata dengan diri sendiri "Selagi tak melampaui batas kesabaran seorang manusia biasa, saya tidak akan ambil pusing pun". Sebab saya tahu diri saya bagaimana orangnya... Sabar itu sudah tentu. Tetapi dengan adanya perkara-perkara sebegini akan membuatkan saya berfikir sambil melakukan kerja yang saya memang sering melakukan kesalahan dan saya akui itu. Saya tak mahu berlagak sombong atau mendabik dada dengan mengatakan "Akulah manusia paling bagus, semua orang sukakan aku, aku baik dan sebagainya". Rasa-rasanya menyampah tak dengar?

Saya sendiri menyampah. Apa-apapun yang mungkin saya cakap, semuanya dalam hati saja. Mungkin niat kita baik tapi penerimaan orang-orang yang mendengarnya? Jangan salah cakap, buruk padahnya nanti...;) (wah...sudah pandai saya ye? selalu menggunakan senyum itu?<--)

Saya memang mesti motivasikan diri sendiri... Dengan cara itu saya akan lebih lega dan bukan bermaksud untuk menyedapkan hati sendiri tapi ikut yang logik dan patutlah... Saya masih meminta pendapat orang-orang sekeliling dan utamanya EmAk saya yang tersayang itulah. Depan mak, saya tidak mampu meluahkan rase sayang ini tapi deep in my heart terlalu kuat rase itu... Sejak saya kecil lagi, mak selalu ingatkan supaya tidak ambil peduli pun dengan apa orang kata.

Sekarang ini lebih-lebih lagi saya sudah semakin dewasa, saya semakin faham maksud emak tu. Kalau asyik dengar je, apa kita dapat? Tak akan kemana-mana kita nanti sedangkan bila kita susah bukan orang-orang itu yang membantu...malah dikata pula nanti. Semalam pun mak masih mengatakan hal yang sama. Memang, itulah perkara yang memang saya buat pun walaupun Along ada suruh saya telefon pihak yang berdua itu. Malas pula saya dibuatnya... Bila pihak berdua tu nak bercakap sendiri, cakaplah supaya tidak menambah kekusutan kepala kita semua...

Malam semalam adalah hari pertama bekerja dengan pengarah. Nama pun doktor kan? Dia sendiri selalu berpesan, telefon dan beritahu sahaja pada dia bila ada mana-mana doktor yang membatalkan 'locum' di saat-saat akhir. Mungkin dia atau ada kawan yang lain akan memnggantikan. Tetapi semalam itu bukan hal membatalkan tetapi tersalah faham. Saya sendiri tidak faham dan nak percaya yang mana satu.

Bila dirisik semula saya agak seorang staf itu yang salah buat perjanjian. Nasib kami baik sebab doktor pengarah itu mahu datang dan menggantikan tempat doktor yang sepatutnya bertugas. Macam-macam perkara yang dapat kami bincangkan bersama-sama. Alhamdulillah dia hendak bertanya dan meminta pendapat kami. Dan dia sempat memuji keadaan klinik termasuk TuAn EmPuNyA tempat tersebut. Kata mereka, tempat kami bersih... Dia suka... Siap nak ambil gambar dan ditunjukkan contoh pada 2 cawangan yang lain.

Kamu lihat ada hikmah tak sebalik apa yang berlaku... Semoga doktor memahami apa yang berlaku dan bakal berlaku perkara yang lebih baik lagi selepas ni... Tq...

0 ulasan:

Catat Ulasan