rss feedResize Text
Twitter Follow Me

“jika kau ubah fikiran|aku kan setia menanti|jika kau perlukan teman|carilah di sini|jikau kau ubah fikiran|untuk jatuh cinta cinta lagi|yang pertama ke depan|jika kau ubah fikiran

18 Februari 2008

Aku Rindu Kamu!!!

Published by HidayahYassin at 6:22 PG

Normala... Norhaslinda... Noor Aida... Hidayah...? 3 N + 1 H? Gabungan 4 orang manusia... Bertemu dan bersahabat tanpa disangka... Tak ada yang pelik pun sebenarnya cuma hanya ingin menimbulkan suasana sedikit ceria pagi2 ni...

Tiba2 jek aku rindukan insan2 yang pernah bersama2 aku harungi hidup sebagai pelajar kolej khasnya. Sepanjang aku kenal ngan diorang, memacam yang kitorang kongsi sama2... Susah ke...senang ke... mesti sama2... Sampailah habis belajar. Bukan senang & mudah nak dapat kawan seramai ini yang sanggup nak lakukan ape je sama2...

Orang pertama sekali aku kenal antara diorang bertiga ni ialah Puan Normala ni. At 1st sight nampak sombong. Ikhlas dari hati aku... Dengan cermin mata pink dia...gaya dan lagaknya... Itulah, sebelum mengadili kita kenalah kenal dulu. Bila dah dapat peluang dekati dia dengan lebih lagi, alhamdulillah sampai sekarang persahabatan antara kitorang masih berterusan cuma dah lama tak jumpa... Mala ni sangat tak suka buang masa. Ada masanya dia tak boleh tidur semalaman dan aku tau nape... Tau2 sok pagi dia dah siapkan sarapan untuk kitorang... (masa dok rumah sewa). Mase g Pulau Indah (West Port - untuk belajar pasal Business dalam IT), dia siapkan bekal sandwich sardin pagi2 untuk semua yang mengikuti rombongan ngan Sir Azrin tanpa minta apa2 bayaran pun... Bakinya diberi dengan ikhlasnya pada Sir Azrin sebab sudi suh pemandu bas sekolah tu berhentikan kitorang kat apartment kitorang sewa tu...;)

Dan dari perkenalan antara aku n Mala membawa kepada perkenalan aku dengan Aida n As... Dua2 tu memang kawan, sekelas dan aku jumpa dan kenal diorang bila sama2 sambung untuk peringkat Diploma... Aida ni kecik je orangnya tapi bila dia nak marah...bebetul marah sampaikan aku pun leh gerun. Tapi, lum pernah sampai nak bergaduh lak ngan aku ni... Aida memang memahami. Dia pandai buat Biskut Batik dan ianya telah menjadi kegemaran aku...sedangkan sebelum2 tu aku hanya dengar je tanpa merasa atau melihat rupa bentuk biskut tu. Memang sedap kalo Aida yang buat...aku cakap jek, tup-tup bila balik kolej (masa ni dah pindah Pulau Indah) dia dah siapkan sebungkus Biskut Batik tu untuk aku. Special tak? Heheheh...

As pulak orangnya hitam manis dan sangat menjaga kulit dia supaya tak bertambah2 gelap dek kerana pancaran sinaran sang mentari yang hangat tu la... Habis satu botol, beli lagi...dan dia sangat pandai berjimat. RM100 dia boleh guna untuk 3 weeks tau. Aku tak tau cane dia manage tapi itulah dia As. Dan bila orang bercakap atau berdebat ngan dia mesti akhirnya terpaksa mengalah sebab dia seboleh mungkin akan cantas pe je yang dia rase tak puas hati ngan orang yang cakap tu. Sekarang dia kat PD, teruskan kursus dalam askar... Kitorang gelar dia Puan Prebet... Kah3x... Dan dia masih maintain camtu la n makin kuruih la ko eh?

Diam x diam... Pejam celik, pejam celik dah 5 tahun kitorang kenal. Macam2 dah kitorang lalui bersama2... Apa2pun kesusahan yang salah seorang dari kami ni hadapi insyaAllah akan ade yang menghulurkan tangan... Dengan erti kata lain, sama2 takmo dan tak sampai hati tengok orang lain susah... Alhamdulillah sepanjang aku hidup, aku telah ditemukan, dikurniakan dan dihadiahkan sahabat2 yang sangat baik untuk sama2 berada di samping aku... Tak lokek apa pun malah sentiasa sudi nak berkongsi macam2 sama2... Selalu aku harap kitorang akan selalu sesama walau apa pun jadi nanti.

Kenangan Terindah memang takkan aku lupakan sedikit pun malah makin kuat ingatan2 tu terhadap mereka bertiga ni. Aku ingat lagi bila Mala kata kat aku dia tak nak tawen padahal masa dia cakap ngan aku tu, 3 more days wedding dia. Keje gila agaknya? Nasib baik cuma main2...kalo bebetul, habislah... sebelum tu pas habis cite Labuna Labuni, Mala call nangis2 kata her hubby yang sekarang ni - Abg. Abbas minta break... Pastu last mission dia call nangis2 sebab Abg. Abbas tak balik2 rumah... Ni samalah ngan kes masa kat kolej dulu tu... Aku cuma cakap kat dia, sabar je jap g mesti dia balik. Then dia call gelak2 kata suami dia dah balik pun... See?


Pastu bila Aida call aku pepagi tanya cane nak delete akaun Friendster gara2 bergaduh ngan Along - her boyfriend la... Sebab Aida sibuk balas mesej dalam FS dari kawan lama dia... Kes jealous la tu... Aiyo... Pastu tah cemana, dia solve sendiri itu problem ma... As? Dia takdelah masalah2 macam ni dan dia pun lebey kurang aku gak. Tempat kongsi masalah dan tolong selesaikan pulak tu... PluS As masa tu lum punya sesapa n dia taklah ade masalah2 yang sama cam minah2 berdua tu. Samalah ngan aku ni... Selagi boleh bantu, kitorang mesti bantu seboleh mungkin...

Aku Rindu Kamu... Kau Ada Aku Dan Aku Punya Kamu... Semoga Allah memberkati hidup kita semua...dikurniakan kesihatan yang berpanjangan... Rezeki yang murah... Hidup yang sangat bermakna untuk kita semua... Amin!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan