rss feedResize Text
Twitter Follow Me

“jika kau ubah fikiran|aku kan setia menanti|jika kau perlukan teman|carilah di sini|jikau kau ubah fikiran|untuk jatuh cinta cinta lagi|yang pertama ke depan|jika kau ubah fikiran

23 Februari 2008

Oh! Oh! Kamu ketahuan...

Published by HidayahYassin at 7:35 PG

Bila baca semula entri sebelum ni rase kelakar yang amat. Mana tidaknya, tengah2 sibuk menaip tiba2 teringat nak cite pasal impian sendiri kan... Macam2 impian yang terbuku sebenarnya dalam benak saya ni. Cumanya tak semua saya boleh kongsikan di sini untuk tatapan anda + saya tau takde pun yang sudi nak baca kot?

What ever pun tetap saya hendak menulis as long as saya tak melampaui batasan saya sebagai seorang manusia biasa. Rasa2 macam lebih selesa menggunakan pengganti diri --> Saya... Selagi saya rasa selesa, saya akan gunakan ganti diri ini...

Saya selalu suka lakukan sesuatu perkara mengikut keselesaan saya. Samalah seperti mencari kerja. Selepas beberapa kali bertukar kerja dan posisi akhirnya (mudah2an) saya temui apa yang sesuai dengan jiwa saya ini. Walaupun ianya bukanlah sesuatu bidang yang menjadi minat saya tetapi bak kata pepatah melayu "Belum Cuba, Belum Tahu", bukan? Berkat kesabaran selama beberapa bulan sejak memasuki bidang ini, saya dapat juga penuhi kehendak dan minat saya...

Antara gaji yang dibayar banyak & kerja yang membuatkan kita tidak selesa juga gaji yang dibayar sedikit tetapi kita suka dan selesa dengan apa yang kita buat...mana satu pilihan anda? Saya pernah mendengar topik ini diperbualkan di dalam salah satu siaran radio kegemaran ramai Hot.Fm.

Memang hangat topik ini dan saya samalah seperti Fara Fauzana yang memilih pilihan kedua tadi. Kalau gaji banyak, hati tak tenteram akan buat kita rasa takut, gusar dan gementar bilamana kita hendak melakukannya. Lain pula halnya bila kita memilih untuk bekerja dengan gaji yang sedikit (memang saya akui duit itu sangat penting) tetapi kita suka bilamana kita disuruh melakukan sesuatu kerja.

Mengapa pula topik ini yang menjadi perkara hangat saya hari ini? Sebab beberapa hari lepas, saya dan Along sempat berbual2 dengan pengarah baru (gantikan locum seorang Dr. yang terlupa locumnya hari itu)--->sambungannya ada di bawah ye? Semalam update...

Perkara yang membuatkan klinik kecoh selepas Maghrib semalam...

Waktu saya bekerja dengan Along semalam (22th Feb 08 – shift petang), bila mana Dr. Nora yang bertugas sewaktu hendak memeriksa suhu badan seorang kanak2 India, alatan yang biasanya digunakan Dr. Nora ialah Forehead Termometer hilang...lesap...lenyap. Macam2 yang kami fikirkan dan semuanya memikirkan perkara yang sama iaitu ianya telah dicuri oleh seseorang yang juga bertugas di klinik. Ha??? Rasanya baru beberapa hari lepas saya membaca cerita tentang kecurian di sebuah klinik di KL (from Dr. Azwan’s blog)... BTW, ianya tidak berlaku di dalam tetapi di hadapan klinik tersebut dan barang yang hilang adalah sebuah motosikal yang baru dibeli 2 bulan kepunyaan staf klinik tersebut. Tak ada rezekilah namanya tu kan?

Berbalik kepada "kecurian kecil" di atas... Mula2 Dr. Nora menelefon pengarah baru, Dr. Chandra. Dia hanya tergelak dan saya dapat bayangkan bagaimana dia gelak kerana mungkin padanya ianya sesuatu yang kelakar. Masakan tidak? Barang sekecil itupun boleh hilang? Dengan kontena2 nya sekali. Sudah tentu lagi pelik pada kami2 semua. Selepas beberapa lama (after Maghrib actually), saya pula menelefon Dr. Harun untuk bertanyakan hal yang sama. Mulanya selama 2 kali saya menelefon Dr. Harun tetapi tidak berjawab... Selepas beberapa ketika, telefon OPD berdering dan agakkan kami tepat...daripada Dr. Harun. Punyalah terkejut bila Dr. Harun menjawab “Dah tak boleh guna tu...jangan guna lagi, saya dah buang petang tadi”... Beristighfar saya sekejap... Saya membalas “Ya Allah, kenapa Dr. tak beritahu?”. “Dah tak boleh guna tu... Saya buanglah”. “Terkejut kitorang kat sini, Dr. Ada Dr. beritahu kak Marina ngan Safpna?”. “Tak...saya tak beritahu pun”. “Oklah Dr. Sorry ganggu... Assalamualaikum”. “Wa’alaikumsalam”.

Rasa nak marah atau nak gelak? Sila jawab dalam masa 3 saat ye? Tet............... Dah tamat. Saya memang nak marah tapi tak jadi tapi bukan sebab dia Dr. dan senior tapi sebab ianya telah dibuang dan tak perlu peningkan kepala lagi lepas ni. Nampaknya pengarah baru kenalah beli yang baru. Mudah dan tepat.

Ada pesakit yang tak suka Dr. periksa suhu badan menggunakan termometer yang dimasukkan di lubang telinga... Padahal bukan sakit pun... So, alternatif lain adalah dengan menggunakan termometer yang hilang itulah. Tapi sekarang, hayatnya pun dah tiada, Selamat Datang saya ucapkan kepada termometer baru... Welcome To Our Club! Bercerita pula mengenai pengarah baru ni, moga2 dia dapat lakukan yang terbaik dan bukan lagi bayangan dan sambungan dari pengarah lama. Kami dah tak sanggup lagi dan alhamdulillah nampaknya dia sangat2 memahami masalah kami2 semua serta as a doctor dan pernah locum di macam2 klinik pasti memang faham akan keadaan yang sedang berlaku ini.

Ya! Sebelum ini, saya dan semua memang sangat ‘dissapointed’ dengan keputusan Dato’ tentang pemilihan pengarah baru... Masakan tidak, dia bukanlah datangnya dari kalangan kami (Melayu). Dan kami bukan hendak menidakkan kebolehan atau apa2 sahaja tetapi anda semua tentu faham bukan? Tetapi bila melihat ada perubahan ke arah kebaikkan membuatkan kami setuju dengan pemilihan ini. Itu hak Dato’ sebagai empunya tempat ini. Dia boleh buat apa sahaja... 2 hari lepas, sempat saya dan Along berbual2 dan berbicara tentang pelbagai perkara yang semuanya mengenai klinik ini.

Dia cuba sedaya upaya dia untuk menaiktaraf klinik dan gaji2 kami. Dia juga seorang pekerja dan tahu yang gaji itu memang penting. Dengan pengarah baru ini ataupun dengan isterinya kami tidak takut2 atau lari2 dari berbual2 dengan mereka. Tidak seperti yang dulu tu... Jangankan nak bercakap, tahu dia datang pun sudah membuatkan kami rasa seperti bakal berlaku satu gempa bumi yang dahsyat... Dia akan membuat kekecohan di OPD dan seterusnya dia bahagian Admin. Sudahlah bercerita pasal pengarah lama tu. Menyampah pulak...

Oklah, ini juga dikira seperti masuk ke alam dan dunia yang baru bila kami terima macam2 perkara baru untuk meneruskan kehidupan kami semua seterusnya... Semua ni juga adalah berkat kesabaran kami jua... Alhamdulillah...

p/s: insyaAllah ade video baru yang sangat comel nak saya kongsikan di sini... Tapi kene minat izin tuannya dulu...(Dimy n Didy ditemubual oleh Babah mereka...nantikan ye?)

0 ulasan:

Catat Ulasan