rss feedResize Text
Twitter Follow Me

“jika kau ubah fikiran|aku kan setia menanti|jika kau perlukan teman|carilah di sini|jikau kau ubah fikiran|untuk jatuh cinta cinta lagi|yang pertama ke depan|jika kau ubah fikiran

28 Disember 2006

Salahkah aku?

Published by HidayahYassin at 7:24 PTG

Ape yang salah? Berkaitan .C.I.N.T.A. - .K.A.S.I.H. - .S.A.Y.A.N.G.... Alah, macam biasaalh dah tentu pasal jodoh. Aku taklah terfikir sangat cuma kadang2 tu tiba2 je menerpa kat pale otak ni. Aku taklah berangan teringin nak macam orang tu, macam orang ni *dulu MUNGKIN ye*. Kalau segala2nya bertentangan dengan akidah, insyaAllah tak ikut la kot. Aku kena ingatkan diri aku selalu. Nak menasihati orang tu, SANGAT pakar TAPI bila dah tiba kat aku macam terdiam dan terkaku serta terkedu sekejap *kadang2 lama jugak*. TAPI, aku tetap tidak akan biarkan diri aku dalam keadaan PANIK.

Kenapa tiba2 aku cite pasal ni? Sebab semalam kete Tiara Mak, buat hal lagi. Entah yang keberapa kali pun aku tak tau. Aku tiba2 terfikir kalaulah ade 'seseorang' mesti dai boleh bantu aku kala aku tangah menghadapi saat2 getir macam semalam tu. BUT NO! Lelaki bukanlah selama2nya boleh teman kita dan bantu kita *lainlah kalau dah confirm jadi laki aku*. Aku kalau boleh taknak libatkan lelaki *yang bukan ahli keluarga aku* dalam hal yang macam ni. Aku akan PASTIKAN diri aku cuba buat sebaik dan sehabis mungkin DAN kalau tak boleh jugak, aku MESTI minta tolong FAMILY aku. Dan semalam, Mak adalah orang pertama yang aku call. Abah kat Chiangmai lak. Mati aku kalau dia tahu. Sebab nanti mesti keluar skrip ni "Kalau aku pakai elok je, tiba kat korang semuanya tak okey...". Ade ke patut? Dan Mala pernah cakap balik kat aku "Orang lama memang la okey ngan kete lama...". Aku senyum je dengar.

Berbalik pada cite paling atas tu. Kalau hal2 lain mungkin aku KENA libatkan 'seseorang' yang aku maksudkan tadi TAPI SIAPA? Aku tak tahu dan tak pernah tahu pun. Semua orang kata PASTI ADA punya nanti. Aku kenal diri aku dan aku SANGAT tidak sabar orang nya TAPI BUKAN GELOJOH ye? Tak senonoh betul tau kalau gelojoh ni. Dah bape hari ni rase nak demam je. Datang ofis je mesti dahi rasa panas, semuanya panas. Sakit pale pun ade gak. Harap2 aku tak sakit la sampai aku balik rumah nanti *esok keje ye*.

Petang ni nak amek Abang kat UIA, Gombak. Dia demam tu sebab aku kene amek dia. Selalu sangat demam tapi aku tengok relax je. Kalau aku, nak bangun pun dah mengong2. Dan aku takkan duduk dalam bilik, ruang tamu jugak yang best. Tahun ni je dekat 5 hari aku demam yang betul2. Biasanya sakit pale atau demam yang boleh kebah esoknya.

Sekarang, aku tak kisah kalau demam. Nak lama ke, kejap ke, aku tak kisah langsung... Hehehe... Oklah, continue kat lain mase. Ade keje ni...

p/s: Thanx kak anne for the smses... Hehehe... Sekampung rupenye? Ingat sedara ke? Mungkin? Mana tahu? Baguslah kalau sedara. Hikhikhikhik...

Yang bold dan italic tu, maksudnya:
- Orang Lama *Abah*
- Kete Lama *Tiara*
- Aku *Abah*
- Korang *Aku dan Abang*

25 Disember 2006

Banjir...

Published by HidayahYassin at 7:07 PTG

Semakin hari banjir semakin kurang. Yang pastinya Johor mencatatkan paling banyak orang yang dipindahkan. Aku masih terkejut dengan apa yang berlaku *Johor kampung aku - Muar*. Alhamdulillah syukur segala2nya selamat. Kat Muo *biasa loghat org Johor* naik sikit air tapi tak seteruk tempat lain. Memang tak percaya akan berlaku banjir besar kat sana. Tak silap asal2nya longkang tersumbat kat JB. Tapi, bila tengok berita hampir seluruh negeri banjir. Banyak versi yang aku dengar dan lihat. Macam2 la diorang ni. Semoga semakin baik sebelum mulanya sesi persekolahan. Dan yang pastinya PLKN tetap berjalan ye? Nak ke tempatnya tu yang masalah. Katanya akan disediakan pengangkutan khas. Kem yang takde pape.

Okla, semalam aku tak keje sebab Christmas. Petang tu, aku, Syima, Pak Teh n Mak Teh g Mid Valley. Taklah banyak sangat beli barang dan tak lama jugak kitorang kat sana. Cari barang2 yang penting je. Mak Teh yang memang nak sangat pergi dan tinjau2 barang murah2 *maklumlah YES kan masih berjalan lagi*. Ingatkan naklah berjalan lagi lepas keluar dari Carefour tapi Pak Teh nak balik pulek. *asal2nya kami bertiga je yang nak pegi naik bas. tapi Pak Teh lak nak ikut*. Kalau orang dah bawak, ikut je la. Masuk Maghrib je, kitorang sampai rumah. Tolong masak2, makanlah. Tapi tak dapat tengok Dunia Baru sampai habis sebab hujan yang sangat lebat *ASTRO biasalah kalau hujan kan?*

Ahad lepas, kitorang pegi tengok Teater Muzikal Kanak2 Ali Baba. Fuiyo! Beshnye. Lagi2 pulak ade Aznil. Tak habis gelak tengok gelagat budak2 yang berlakon dan 'bapak' budak tu. Hahaha... Mula2 sampai sibuk tangkap gambar sana sini. Itupun rasa macam tak cukup je lagi. Sempat lagi tangkap gambar dengan 'minah2' Arab *ceh! tukang jual je - gambar tu nanti dulu*. Orang dewasa yang berlakon cuma Aznil je. Yang lain paling tua pun 12 tahun walaupun tingginya dah macam lepasan SPM. Banyak yang boleh diambil dari cite tu n the most important thing is diorang interact dengan penonton. Itulah yang istimewanya. Semuanya pun memang enjoy sangat2...

Awalnya, aku, abang *adik aku eh* ngan Mak gi kenduri kat bawah rumah *flat - biasalah*... Habis makan tunggu yang lain turun nak ke kenduri Acik Shidah ngan Acik Saiful. Hijau + Coklat temanya *gambar nanti dulu*. Dengar2 macam kena demam campak je Acik Shidah tu. Jumpa tak lama tapi menunggu Mak Teh yang lama. Siap makan lagi kat rumah kawan dia tu. Tunggu punya tunggu tak jugak timbul, Mak ajak g rumah sedara lain *takde kenduri cuma dah lama tak jumpa*... Lepas tu dah minum2 ngan makan kat rumah Makcik Lin pegi Masjid UPM then IB la.

22 Disember 2006

Power of LOVE!!!

Published by HidayahYassin at 7:37 PTG

Memang CINTA ni KUASA ke? One of my fren, told me that she want to go to Penang JUST to MEET her BOYFRIEND... What? I think she's just waste her time la... Why I said like that? Because of she told that she's got to Penang 'Sehari Semalam' je... Mean that just go Penang n then go back home... Kan jauh tu? Gilo betullah... Memang people easy to say but HARD to do... I understand the situation. For HIM/Her, kita willing to do anything... Baguslah kalau ianya ada kebaikan. Tapi kalau sampai macam tu, for me macam MELAMPAU... *Out there, dont angry with me ha?* Ini satu kisah yang jauh la...

Banyak lagi kisah2 yang berkaitan CUMA tak berapa nak ingat pulek... Ha! Tiba2 leh ingat lak... Adelah satu masa *masa Dip tak habis tu*, my bestest fren baru je balik dr Genting with he hubby *masa tu boyfriend la*... Dah tu, he BF tu act mengantuk dan penat sebab diorang balik hari. Then he BF tu gerak nak balik rumah. Tiba2 my fren tu rase tak sedap hati lak. She tried to call her hubby tu...tapi tak angkat2 lak... Then we all pun risau sangat2 sebab she starts crying. Mula2 softly then lama2 macam histeria. Then me n another bestfren turun and make a call to her hubby. Dalam 2-3 kali jugaklah and finally dapat. Aku pun bgtau la the boyfren of my bestfren. Rupa2nya sebab mengantuk sangat he decided to stop and have some sleep kat tepi jalan TAPI dalam kete la... Dalam hati 'Aku dah agak memang abang ***** mesti tido kat tepi jalan punyalah.' Nak marah pun ade tapi lebih pada kesian n lega. Then she terus STOP crying. But, adelah suara2 sumbang yang kata my fren tu dah pregnant so she cried all the time till she can find her hubby... Sebab taknak ganggu mood my fren, aku pun simpanlah the rahsia. Buta couple day before her wedding, I've open the secret BUT my fren didnt ask me who was the one told me the story... Nasib baik sangat2...

Ada gak orang yang macam tu ek? Ade gakla another fren of mine yang alaways go to Genting. Kata orang, kalau dah sanggup sampai ke tempat atas lagi sejuk tu, maksudnya adelah something yang diorang buat... Ish! Minta disimpangkanlah... Tak baik pk yang bukan2 ni. Tak elok dan hukumnya lebih berat dari membunuh kalau FITNAH orang. And another fren punye BF kata pernah la nampak my other best fren salu gi Genting dan buat benda2 yang kurang elok. But, for me apapun yang diorang buat semuanya bergantung pada diri sendiri dan depends on diorang sendirilah kan. Aku hanya mendengar BUT tak angguk dan tak geleng. Kalau betul, nak buat macam mana? Dan kalau salah, salahlah...

N now, I feel so happy because dah ramai my fren yang kawen, dah ada anak *semoga dapat meramaikan lagi UMAT MUHAMMAD, insyaALLah*... Yang dalam proses bertunang dan menghampiri GERBANG PERKAHWINAN pun makin ramai... Yang aku harapkan CUMA all of U n them always happy with the life they choose... Fi Amanillah...

20 Disember 2006

Mengantuk tul...

Published by HidayahYassin at 6:23 PTG

Dalam pukul 4 pagi ni, aku bangun sebab nak temankan Mak hantar Abah g IB *ade keje kat Chiang Mai*. Sebelum tu, sempat sahur dulu sebab dah niat nak habiskan puasa *nazar sebab dapat keje*. Alhamdulillah ini hari terakhir aku puasa. InysaAllah aku teruskan puasa ni tiap2 minggu *Isnin ngan Khamis*...

Balik je dari IB, aku pun solatlah dah tu terus sambung tido. Tapi, aseklah terkejut2... Then, aku bangun kul 8.30. Taklah rush sangat. Ofis pun tak jauh sangat *nasib baiklah...*. Mak siap perli lagi tu "Ofis tu ko punya"... Aku tak bagi ape2 reaksi pun. Blur kot? Mak balik Seremban Sabtu pagi2 terus ke PD sebab ade Family Day kat sana... Inilah tahun pertama aku tak sertai dan tahun pertama Mak sertai Family Day KMS *Kolej MARA Seremban*. Aku ni antara yang setia gaklah dalam Family Day. And rasenye aku adalah yang paling senior *antara budak2 yang ikut sekali*. Malu memang malu tapi nak buat macam mana kan? Bukan ade kawan2 yang aku kenal pun *esp. Nad*... Tapi Nad dah tak join lagi since nak SPM. Aku pulak leh suka2 je nak pegi... Itu masa kat MARA HQ la. Ni kat KMS lagilah aku takde sesape yang aku kenal *esp. la students Mak yang sangat rajin bertandang kat rumah*...

Aku ni dah tak sabar sangat nak g umah Mala petang ni. Nak bagi hadiah belated kawen dia. Sekali melawatla ni. InsyaAllah aku mesti datang pas office hour. Aku dah call tadi. Tak sabar nak cuti pun yek, nak tengok teater pun yek gak...

Okla... Nanti2 aku enter untuk tulis entri lagi... Rase lapor sangat ni *puasa da*...

19 Disember 2006

Ali Baba The Muzikal...

Published by HidayahYassin at 7:36 PTG



Dah mula berapa hb pun tak perasan but I feel soooo happy dan tak sabar nak pegi tgk... Punyalah dah lama tak pegi tengok teater tu. Harap sangat dapat release tension. Okla, my program hujung minggu ni
*24th Dec 06* - Kenduri kawen Acik Shidah *Anak Tok Rasid n Nek Hawa*
- Tengok teater kat IB *Istana Budaya* ---> Ali Baba The Muzikal<---
*25th Dec 06* - Mak nak bawak the budak2 kecik gi KLCC *Anak2 Mak Teh la*
Then, seterusnya start keje baliklah jawabnya. Lepas tu lagik, 1st Jan 07 cuti lagi... Masuk keje rasenya Rabu *3rd Jan 07*, insyaAllah. Sekarng ni tengah gak buat keje tapi taklah berapa nak sibuk bebenor.

Pasal Impian Illyana tu *nak beli kete* masih terpaksa dipendamkan dulu. Sampai dah rase ok, barulah aku decide. Ini satu masalah besar dan memerlukan masa yang sangat2lah panjang. Kedudukan aku pun aku tak berapa faham dan tahu lagi...

Oh! Ya, tengah hari ni Mak akan datang dengan the budak2 sebab esok pagi2 *5 pagi* nak hantar Abah gi IB. Jumaat nanti Mak balik Seremban semula sebab Sabtu ni, ade Family Day. Adus!!!!! 1st time tak ikut serta sebab aku keje la pulek kan? Takpelah, dah bukan masanya lagik untuk aku sertai. Yang sesuai hanyalah orang2 tertentu je.

Okiesla. Nak sambung keje balik ni. Nanti tak siap2 lak...

17 Disember 2006

Hari Bertunangnya Lia...

Published by HidayahYassin at 6:36 PTG

Lia? Siapa tu? Ha? Sape yek? Ish, tak kenalnye? Hehehe, jangan terkejut, jangan tertanya... Dia mungkin bukan sesiapa di hati anda *pembaca semua*... Hehehe, TAPI sangat istimewa di hatiku *cheh! membodek namanya tu*... Since kenal dia, memang aku tak pernah langsung jumpa *till today, but someday...hopes so...* Kenal dia dari frenster *Ley la ni*... Tapi, masa memula tengok gambar dia, seriously macam school gurl...hehehe. Apa yang menariknya Lia ni? Kalau nak tahu, tengoklah gambar2 hari tunangnya Lia ni... So comel *ajuk kata Lia* bila tengok dan terkesima bila melihat warna yang dipakainya hari tu... And the day is her birthday! Yang ke..... 22nd... Tahniah berkali2 dari akak!

Act, I'm so fanatic to her fiance's group. Kalau u all kenallah, Saujana. Just ask my frens, then they'll tu the same answer how they know me... Hehehehe... Pasal Saujana lah. But b4 that aku bukanlah minat diorang, just minat nasyid je *masa tu Raihanlah*. Tapi lepas je kuar satu sekolah agama ni *salah seorang Pengarah Syarikat TelagaBiru tu our ex-Pengetua- aku terus giller Saujana... Rasa macam best je kalau dapat jumpa diorang. Tanyalah ape je pasal Saujana ni, aku memang boleh bagi jawapan dan kalau orang lain salah bagi jawapan, aku siap boleh betulkan lagi. Betapa kuatnya aura Saujana ni pada aku *kalah Mawi---->masa tu la*..... Aku selalu lawat website Saujana *semua sekali*... Kalau aku email salah seorang dari Saujana *Ley la biasanya* aku mesti rasa bangga yang amat tau... Aduh! Till today, I'm still their die hard fan *tapi tak sempat lagik nak beli their new cd's la*

Alamak, dah melalutlah pulak aku ni... Back to Lia's day. Masa tu Mala kawen *Nikah n Malam Berinai*... Aku berkampung kat rumah Mala *her pics tu nanti2 la eh? tertinggal kat Seremban lak*... Masuk keje balik, barulah diberitakan melalui Frenster tentang Hari Pertunangan Lia&Ley. Dan tiba2 hari ni nak update pasal budak yang cute lagi jelita dan ayu ni... (amek hati nih :0) Mula2 dia update only one je. Tapi, banyak pulak permintaan so, dia pun upload lagi. Tapi, aku sangat yakin yang dia memang sangat2 baik hati dan budi pekertinya... Tak tahulah macam mana kan, tapi memang aku yakin sangat2... Sight from my heart *apakah betul apa yang cuba aku katakan ni?*...

Dan yang penting sekali, aku sebagai kakak sangat mengharapkan perkahwinan antara Lia&Ley ini dirahmati hingga ke syurga, Amin! Aku nak sangat attend their ceremony *almaklumlah rumah Ley tu sebelah lorong rumah aku je dan selalu sangat ternampak the red car... Hehehe...

lia3

Masa ni katanya tengah tunggu her baby...Hahaha...


lia4

Her Family... Big n happy family...


lia5

Luv this pic so much...


lia6

Masa turun ke ruang tamu *yeye je aku ni*


lia7

Ni lagi kiut... Future Mom in Law...


lia8

Future Sis in Law...


lia9

22nd Birthday... With her daddy...


lia10

Ley's Big n Happiest Family... *tiba2 je ade Aza? Ha?*


That's sebahagian Lia's collection... Tunggu dia kawen lak...
K la, de keje ni... Chiow!

15 Disember 2006

Got this from Mala's old blog... Try it!!!

Published by HidayahYassin at 9:19 PTG

1. Who are you?
---> Hidayah... Fren of Mala...
2. Are we friends?
--> Definitely, YES!
3. When and how did we meet?
--> Please dont angry with my wrong answer... If I'm not mistaken, we meet when me and other frens changing into new dorm *which is including urs dorm*, when we're take Sijil IT...
4. How have I affected you?
---> Not affected me BUT we're looking each other ONLY at that time...
5. What do you think of me?
---> 1st time, I thought u r very arrogant to people BUT I'm wrong... BUT I think ure one of my bestest fren...
6. What's the fondest memory you have of me?
---> When u cooked a dinner for us at *rumah sewa*...
7. How long do you think we will be friends?
---> 4ever, hope so...
8. Do you love me?
---> So much...
9. Do you have a crush on me?
---> No BUT I really love u as my sis...
10. Would you kiss me?
---> Everytime we meet, we're always kiss together...
11. Would you hug me?
---> Of course yes *same answer with no 10...
12. Physically, what stands out?
---> Eyes, chick, hair...
13. Emotionally, what stands out?
---> Attitude...
14. Do you wish i was cooler?
---> Yes...
15. On a scale of 1-10, how hot am I?
---> 7...
16. Give me a nickname and explain why you picked it.
---> Si Mala, if u lost of ur things... I will call u with that cute name...
17. Am I loveable?18. How long have you known me?
---> I think so. + - x / the answer is... 5 years...
19. Describe me in 3 words20. What was your first impression?
---> Arrogant, Cute *wut?* and friendly...
21. Do you still think that way about me now?
---> Of course the 1st one is not suitable with u anymore...
22. What do you think my weakness is?
---> Drama queen...
23. Do you think i'll get married?
---> Of course yes la. 2 Dec 06 is ur nikah day... 3 Dec 06 is ur sanding day wut?
24. What makes me happy?
---> When the people around u always taking care about u...
25. What makes me sad?
---> Ur *bantal busuk* lost... Apalah Si Mala ni...
26. What reminds you of me?
---> Evrything...
27. If you could give me anything what would it be?
---> Love n cares...
28. How well do you know me?
---> Everything about u re in my pocket...hahahaha...
29. Do you wish to get to know me more?
---> YES I am...
30. Ever wanted to tell me something but couldn't?
---> I dont think so... Hope so that I've tell u everything...
31. Do you think I could kill someone?
---> Hope not... Seriously la, harap dijauhkan la...
32. Are you going to put this on your journal and see what I say about you???
---> YES BUT since u r Abang Abbas wife, I dont think u will log on as usually la... Even my blog...

Sabtu Yang Bosan...

Published by HidayahYassin at 8:09 PTG

Kenapalah hidup aku semakin membosankan? Kawan? Semua kat rumah. Diorang manelah keje Sabtu? Dahlah Sabtu aku kene naik public transport *either Abah ade show or balik Seremban* but, yang penting malam ni aku balik Seremban. Kalaulah dapat cuti lama2 kan best? Esok petang bali Pantai semula... Aduss! Aku akan pastikan setiap hujung minggu aku ade kat Seremban.

Pagi ni, aku tiba lewat beberapa minit sebab kuar rumah 7.30. Lagipun bas sampai pun lewat. Tapi, as usually aku lah yang paling awal tiba. Walau apapun yang terjadi...! Dan sekarang aku depan pc tengah menaip isi2 blog. Hari2 *kalau drive* rutinku sama je. Takde yang lain *melainkan kalau banyak keje, Asar kat rumah je* sebab malas nak kuar ofis lambat2 *eventhough jalan tak jammed pun*...

Act, aku memang tak sabar2 nak tunggu waktu balik ni. Yahooooooooooooooooooooo! Balik Seromban... Dan aku masih terfikirkan sesuatu ni... Nak toruskanko tak? Ape tu? Adelah... Bahaya nak taip kat dalam ni. Nanti2lah den citokan. Banyak benda nak buat bila dah sampai Seremban ni. Nak g kedai jahit *saja nak tanya kalau2 ade keje 0* hehehe..... Alah, situkan tempat aku practical 7 bulan lepas... Dulu ade gak kak Rahmah *kakak ni rajin datang menyinggah kat kedai cikgu0owner of the kedai jahit yang namanya Alia Alissa* bgtau ade kedai atas kedai cikgu tu nak pakai tukang jahit. Aku lak dah tau bukanlah nak tanya2 ke... Alih2 habis jahit tepi, aku blah. Ingat bila datang lagi, aku nak tanya tapi aku anggap yang diorang mesti dah ade pekerja punyalah... So, apeje peluang yang ade depan mata memang aku sambar terus. Tapi bergantunglah pada orang, either diorang nak amek aku ke tak. Aku tanya gak kat Abah kat IB *Istana Budaya* tu ade ke keje 0? Laei sonang aku nak pegi keje... Abah tanya nak keje pe? Dah tentu keje yang takde kaitan ngan seni persembahan punya. Takkan nak jadi penari lak kan? Dulu banyak nak pakai Pembantu Pentas tapi Mak kata tak payah minta sebab kelulusannya hanya PMR, kesian kat orang yang hanya lulus PMR nak mintak keje. Pulak??? Aku suruh gak Abah tanya2 kan lagi. Ya Allah Ya Tuhanku, Mudahkan Doaku Ini... Makbulkan Segala2nya...

Masih dalam mood tak sabar nak balik Seremban. Tiba2 kan aku terfikir yang aku mungkin sukakan keje yang jumpa ramai orang. Tapi, dulu aku keje P**** H**, same je. Penat adelah... Entahlah, makin mengong lak aku pk kannya. Entah ape yang aku nakkan sebenarnya pun aku tak tau...

p/s: Semalam petang Nurul *adik Cik Emi* call. Cik Emi pesan suruh datang rumah. Memang aku niat nak pegi...nak tengok baby sulung Cik Emi. Alamak! Lupalah pulak nama dia. Macam Anis Soleha je bunyinya. Tapi bila dah jumpa nanti, dah tentu aku akan tangkap gambar ngan the budak kecik yang baru 17 hari melihat dunia. Mesti cute...

14 Disember 2006

Frens

Published by HidayahYassin at 6:58 PTG

Semalam dapat new fren dalam myspace... Bukanlah interesting sangat kan but dah selalu mesej2 tu tadi dia tiba2 nak call me... Ha? Aik? Tibo2 yo kan? Tak pasal2 je, baru tahu sikit2 dah nak call. But then aku bgtau yang sebaiknya dan sorilah ye? Tak sesuai pun nak jual mahal. Cuma tak sampai sehari kenal, itupun dalam internet dah nak call? Lagipun bukan dia ade no aku. Takyah risau pun.

Till now pun aku masih tercongok depan pc without doing anything regarding my exactly what I to do la. Aku sorang je dalam ofis ni. Tu yang kebosanan. Biasanya Jumaat memang kebanyakkan orang kat ofis ni *takla ramai pun*, datang lambat esp. lelaki sebab solat Jumaat. Sejak keje ni, takde lain yang aku pk hanya bosan!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! But, bila dah dengar macam2 nasihat from all my beloved family dan frens, aku akhirnya akur dengan takdir Allah. Aku cuma perlu buat ape yang disuruh atau tak dan semuanyala. Yang penting SABAR... Hari2 aku mohon pada Allah segala2nya supaya baik dan lancar.

Alhamdulillah lepas kete masuk hospital *bengkel da*, dia dah ok dan rasanya semakin okla. Alhamdulillah juga sebab aku mudah nak pegi keje. Nampaknya kene pendamkan dulu niat dan impian nak beli a new car *so jeles with u la Nad*... Abah kata guna jelah kete tu, takyah beli2...then kalau rosak, Abah kata dia betulkan. But, aku bukan nak minta simpati Abah tapi aku kesian kat dia la. Dah la aku duduk rumah dia *sewa eh*, dah tu bila kete rosak je, dia yang betul dan bayarkan. Itu sebab aku baru keje, pas2 ni alamatnya pandai2 sendirila ye? Sejak keje gak, Abah yang buat sarapan... Tak taulah dia buat untuk aku mula2 keje atau selama2nya. Basuh baju pun dia tapi guna mesin la. Cuma aku sidai dan angkat bila kering je. Tiap hari2 gak Abah masak makan malam. Masuk tahun dan bulan baru nanti memang aku kenalah masak dan takut terlupa nak masak nasi ngan lauk pulak. Tak boleh jadi ni. Banyak yang aku boleh jimat kalau pasal makan ni. Cakap pasal makan ni, aku makin kurang makan opulak sekarang ni. Malam pun makan sikit je. Biasanya 2 pinggan, itupun rasa lapar lagi tapi Mak dah sound awal2...hehehe... Kat ofis pun makan sekali je itupun bekal yang Abah masak.

21 Dec ni Abah terbang gi ChiangMai... Adus!!! Takdelah orang yang basuhkan baju, masakkan untuk aku lagi *teruknya*... Yang aku peningkan sekarang ni takde sape yang sudi nak temankan aku la. Dahlah 10 hari lak tu... Raya Haji baru Abah balik Seremban. Bosanlah hidup aku kala itu. Cuti pun aku lum tau g dari bila ke bila. Harap2 Mak sudi temankan aku kat Pantai ni. Itupun kalau Mak sanggup tinggalkan Seremban 10 hari...

New thing's I've found...

Published by HidayahYassin at 5:39 PTG



Sj try, ade gak ropenye aku nih yek?

13 Disember 2006

Masih bosan.................

Published by HidayahYassin at 5:37 PTG

Tadi Mala call. Kesiannya dia tak dapek keluar dan pesan untuk aku datang rumah dia. Aduh! Memang aku nak jugak ke sana tapi seganlah pulak. Orang dah bersuami. Takut2 nanti apa pulak kata abang Abbas. Dahlah dia takde pastuh aku pulak sibuk2 bertandang kat rumah dia. Tengoklah Mala, kalau tak sibuk pasti aku kesana. Dan kalau takde orang kat rumah Pantai Dalam barulah aku ke sana. Aku masih terfikir siapa nak temankan aku nanti? 10 hari Abah akan ke Chiangmai. 10 hari jugaklah aku sorang2 kat Pantai Dalam. Kalau ajak orang lain memang diorang yang akan ajak aku tido rumah diorang. Tapi aku je yang asek tido dan susahkan diorang semua. Aku pun tahu gak segan ngan orang... Tapi yang pastinya aku akan balik Seremban walau satu hari jek.... Yahoo!!! Dah lama tak balik rumah sejak keje ni... Aku kena belajar untuk bersabar..... Sabar..... Sabar!!!

11 Disember 2006

Hari2 aku bosan...

Published by HidayahYassin at 6:22 PTG

Tiap kali datang ofis je mesti aku bosan sebab aku je yang paling awal. Tengah hari nanti barulah ramai sikit orang. Hmmm...bukan setakat bosan je, sedih pun ye gak. Nak nangis ni sebenarnya. Tapi dah tak larat la. Cuma ingat nak siapkan keje2 yang aku kena buat hari ni ngan balik. Start Sabtu lepas aku tido rumah kak Nana sebab kat rumah takde orang. Lagipun aku tak tau bila Abah balik. Yang aku tau Abah ade show kat mana tah... Ahad tu kononnya nak ikut kak Nana pegi rumah orang kawen, alih2 Rani call suruh pegi rumah kak Aisyah. Dan masa nak pegi tulah kitorang accident tapi kete je kemek sikit, itupun kat bahagian pemandu. Tiada kemalangan jiwa yang dicatatkan, alhamdulillah. Alih2 tak jadi pegi rumah kak Aisyah. Kete tu pulak kete tunang Rani. Kesian kak Atun... Sampai rumah Rani, lepak2 jap. Dalam pukul 6 lebih kak Atun hantarkan kat KTM Serdang. Punyalah lebat hujan. Rasa macam nak balik Seremban je. Tapi memikirkan yang aku kena keje esoknya, tak jadilah. Sampai je kat KL Sentral, aku call Abah. Tiba2 dengar suara Mak. Aku pun gembiralah. Aku ingat Mak yang datang Pantai Dalam. Aku tak puas hati, aku call Mak balik. Mak ade kat Seremban rupanya. Masa cakap ngan Mak, aku menangis sebab ingatkan Mak ade kat KL. Kira aku taklah sedih sangat kalau Mak ade kat KL. Last2 aku call kak Nana. Tido lagi rumah dia. Pastu malam tadi aku call Seremban tanya Abah balik bila, Hud cakap balik esok tapi sebenarnya Abah balik malam tadi. Dah salah cakap, aku pun cabut pegi rumah kak Nana lagi. Tido sana dan dalam perjalanan naik teksi ke rumah kak Nana, mak call. Dia marah dok rumah orang lama2. Aduis! Aku tak peduli pun. Sebab kalau dok rumah pun takde orang, bosanlah. Pagi tadi aku balik rumah, lepak jap lepas solat Subuh sebab nak guna kete pegi ofis. Dah dekat seminggu aku pegi keje naik bas, putra ngan star... Penat tak penat gaklah. Nasib baik Abah tak guna kete. Alhamdulillah kete dah ok dan takde buat hal lagi tapi aku still worried jugak. Cuma kena jaga2 je lah lepas ni sampai dapat beli kete baru, insyaAllah. Doakan jelah aku dapat beli my own car... Mudahkan aku dan semua orang. Semoga dengan doa semua aku dapat lakukan segala2nya dengan mudah, cepat dan yakin... Amin!

04 Disember 2006

Aku BOSAN!!!!!!!!!!!!

Published by HidayahYassin at 6:40 PTG

Entahlah kenapa dengan aku ni kan. Asyik bosan je. Tapi memang itu yang aku rasa. Mungkin aku selalu bebankan orang dengan segala masalah yang aku hadapi. Biasanya akan ada orang yang dengar segalan masalah aku. Tapi tidak kali ini. Jangankan nak mendengar, orang pun takde kat sekeliling aku. Malam tadi aku sangat sedih dan rasa down sangat. Selalunya aku yang nasihatkan orang tapi kali ini takde siapa yang nak dengar tapi yang PASTI Allah tetap akn mendengar segala rintihan aku. Itulah pesan Imah. Tapi aku perlu juga teman untuk mendengar luahan hati aku. Aku sangat sedih lagi hari ni. Sebab aku asyik teringat rumah kat Seremban dengan family aku yang ada kat sana. Setiap perkara yang aku buat mesti akan mengembalikan ingatan aku kat Seremban. Aku nak jadi manusia yang boleh survive walau kat mana sekalipun tapi kenapalah aku lemah sangat2? Aku masih mencari jawapan yang sebenar... Aku nak nangis lagi ni. Aduh! Lemahnya aku ni. Tadi pagi datang takde orang dan masih sampai sekarang takde orang. Aku hanya menaip dan mendengar lagu je. Pun masih bosan. Kalau abah balik malam ni, mungkin aku tak berapa sedih sangat kot. Sampaikan aku terfikir nak berulang je dari Seremban ke Cheras. Bukan jauh sangat pun. Asalkan aku boleh duduk rumah setiap hari. Kalau dekat Pantai Dalam dah tentu susah nak balik Seremban. Dan aku ada gak terfikir kalau duduk je rumah dan menjahit je kan bagus tapi pendapatan tak seberapalah kan. Sebab aku masih dalam proses nak memahirkan diri sendiri lagi. InsyaAllah kalau dah ok dengan keje kat sini, aku cuba balancekan dua2 sekali. Masuk hari ni dah 2 kali aku pergi naik teksi. Sekali naik rm13, pergi balik dekat rm30 jugaklah. Kopaklah aku macam ni selagi kete tak ok lagi. Next week mungkin oklah kut. Rabu abang nak guna kete. Hari ni nampaknya aku kena balik naik baslah. Asal sampai rumah, sudah. Kalau tak payahlah kan... Oklah... Nak check mana tahu masih ade keje yang lum siap lagi ke...

03 Disember 2006

My 2nd day of working at ADAN!

Published by HidayahYassin at 7:56 PTG

1st day ari tu sibuk dan pc lom tiba so tak dapat nak update g. Quite busy la tapi still boleh online. Kadang2 ade gak rase bosan tapi tak selalu. sekrang ni pun tgh lekat gambar. Kena masuk dalam album.

Semalam Mala ngan abang Abbas sanding lepas Sabtu *2 Dec 06* diorang nikah. Banyak gak gambar yang aku ambil dan akan aku masukkan kat sini nanti. *Dah banyak gambar yang aku tak masukkan kat sini*... InsyaAllah akan buat. K la ni je yang dapat aku tulis.

21 November 2006

Takutnye...

Published by HidayahYassin at 7:46 PG

Sebab Rabu *esok* baru tahu pasal keje. Sentiasa aku berdoa agar aku dapat keje tu. Kalau tak dapat memang aku dah menyusahkan ramai orang especially orang di sekeliling aku. Macam tak berbaloi lak kalau aku tak dapat nak buktikan sesuatu pada semua... Dah lama aku tak tulis kat sini. Yang penting aku sekarang ni memang terlalu sibuk terutama sekali yang berkaitan dengan jahitan... Banyak lagi yang masih belum siap aku jahit. Biasalah kalau MALAS dah datang memang aku kalah... Hahaha... Kawan2ku semua *yang membaca ataupun tak* TOLONGLAH doakan aku ye? Oklah chipw dulu...

21 September 2006

If we luv somebuddy could we be dis strong...

Published by HidayahYassin at 10:44 PG

Part of the lyric from Heart soundtrack yang tajuknya My Heart. Best dengar lagunya... Citenye lom tengok gi...Y? Takde mase la... Lepas tengok Remp-It ngan Kak Nana, tak try lagi nak tengok sorang2. Besenye Kak Nana yang belanja. Masuk bab duit ni, macam masalah je bagi aku. Aku bingung la memikirkannya. Tiap kali kuar nagn kawan2 mesti aku serba salah sama ada nak kuar duit sendiri atau x. Aku boleh pk yang orang taknak duit aku, katanya menyusahkan pulak. Tapi sebenarnya aku malu nak bukak mulut kata "Takpelah biar aku je yang bayar", itu kalau kuar ngan Mala. "Tak pe, saya bayar", bila kuar ngan Rani. Memang aku tak pernah ringankan mulut kalau2 bab gini KECUALI kalau mak suruh. Aku malu sebab bukan duit aku TAPI mak punya. Kalau aku punya memang TAK PERNAH segan silu atau malu2 nak belanja atau kuarkan. Seriously, memang aku takkan teragak2 nak kuarkan duit aku sendiri *gaji atau duit MARA* untuk belanja orang. Aku akan rasa sangat berbesar hati... Tapi sekarang ni yang dapat aku bagi cuma tenaga je. Aku sangat FREE bila2 orang panggil nak suruh tolong pape. Macam sekarang ni, Rani dah booked aku untuk tolong Kak Atun *kakak Rani* buat kuih. InsyaAllah 29 hb ni *6th day of fasting* aku g umah Rani. InsyaAllah dapatlah buat duit2 raya ni. Mala pun dah booked untuk her wedding. Memula dia just ajak aku tolong dia bungkus door gift, gula2 n yang terbaru suruh rakamkan hari bersejarah dia nanti. Semuanya masih dalam perancangan lagi. Cuma aku sangat2 berterima kasih atas segala2nya. Syukur pada Allah.
Berbalik pada cite duit tu...yang pastinya aku TAKKAN rasa malu ngan my siblings je. Apa2 je yang diorang nak, insyaAllah aku akan bagi *walaupun diorang tak pernah susahkan aku atau mintak yang bukan2 ngan aku*. Besenye duit la. Sekarang aku lom keje g, tapi kalau dah keje aku mesti bagi lagi punyalah. Mak ngan abah cuma dapat rasa gaji aku sekali je masa aku keje kat P**** H** B****. Setakat 1 bulan setengah, berape la sangat kan? Aku quit pun sebab penat sangat. Seminggu tapak kaki kebas, asek berdiri je... Ingat okla kan lepas tu, rupe2nye lepas dah berhenti pun masih rasa kebas esp. kat ibu jari kaki kiri ngan kanan. Pinggang lagi ngan muka berminyak, peluh2 yang sangat busuk. Aduih! Ponek eseh...
Act, banyak mende g nak cite ni cuma tak tahu nak mula yang mana dulu sebab semua bercampur2, yang aku ingat tadi langsung lupa...
Pukul 8 *malam* lebih tadi g makan kat luar. Sebab malas masak lagipun lauk2 dah habis... Kebetulan Tok Mak *nenek-mak abah aku* datang dah hampir 5 hari. Kitorang *aku, mak, Ajip ngan Tok Mak* gi kuar makan. Tempat tu kira strategik, cepat dan sedap masakannya. Besenye Melayu ni masak memang sedap TAPI lambat yang amat perkhidmatannya. Kalau Mamak pulak, tak sedap TAPI cepat. So, mana yang akan menjadi pilihan? Dah tentu yang cepat... Pernah satu hari Sir A***n *ex-lecturer kat IIC ngajo ITFC (Information Technology of Fundamental Computer) ngan Business Study n my mom ex-student masa ngajo kat Kolej MARA Banting* cite masa tu kelas Business la. Dia kononnya nak makan kat satu kedai makan namanya aku pun tak ingat cuma yang pasti belakangnya nama Negeri S******R kat B* 3... Pandailah nak teka kan? Datang je, bese la kan waiter pun amek pesanan. Nak menunggu air je boleh buat orang hangin satu badan n kalau makan dah tercekik pun *masa kat P**** H**, manager selalu kata kalau amek pesanan kena amek air dulu sebab kalau makanan dah sampai boleh tercekik orang*. Berbalik cite tadi, nak menunggu makanan pun satu hal lagi. Sampai lecturer tu balik tanpa makan ape2. Boleh compare kan?
Petang tadi, aku, Ajip ngan mak g Jusco Seremban 2 beli stuff for Ajip. Persediaan ke Mesir *InsyaAllah kalau Allah izinkan, 2 hb Oktober ni Ajip akan ke Mesir, further study kat sane*. Tak banyak sangat, apa yang perlu je. Aku pun join beli satu T-Shirt. Lama gak nak menunggu Ajip *adik aku yang ke 3 n dalam gambo ni dia yang berdiri sebelah aku pakai baju warna putih* membeli barang. Mak macam bese marah Ajip asek membelek. Kuar pun dah dekat pukul 6 mana taknya. Bukan ape cuma takut dah Maghrib je. Pas habis beli barang2, chiow cincau la. Jammed gak jalan sebab dah nak malam. Balik je, tengok tv *takleh sembahyang, COTI*. Lepas je Maghrib...bummm! Terjun atas katil. Ngantuk gilo la... Tengak syok2 tido, mak ajak g kuar makan. Bangun, dengan tak basuh mukanya aku salin baju ngan pakai tudung. Tunggu mak abis solat. Chow!
Dan sekarang aku depan laptop menaip peristiwa yang berlaku hari ni. Sepanjang perjalan menghantar Ajip ke Terminal One, ade la 2 road block. Patutla aku nampak banyak budak2 moto ngan kete tersadai tepi jalan... Takut kena tahan la tu. Dan yang dah ditahan pun ramai gak. Then masa nak sampai komuter, nampak ade 2 kenderaan *kete ngan van depannya* berhenti walaupun lampu dah hijau. Rupenya accident la. Nak belok, banyak kete. Sempatla tengok ada I**** ni kuar dari ketenya dengan terhuyung hayang... Mabukla tu. No wonder la accident kan? Yang empunye kete tu C***. Ape jadi pastu tak tahula eden kan. Dan bila nak masuk simpang selepas traffic light, nampak la ambulans membelok. Ajip nampak kren. Kenetulan ade la P***o**s station kat situ, jadi mak expect ambulans nak isi minyak. Tapi kata Ajip ade accident. Memang la tu sebab ambulans tu singgah sebentar kat P***o**s tu cuma nak belok je. Aduih! Asek tengok accident je.
Bercakap pasal accident ni, teringat aku satu accident yang betul2 jadi depan rumah aku. Masa dok kat kuarters MARA kat PJ la. Depan rumah aku ade longkang besar memang boleh masuk kete even lori sekalipun. Malam tu ade la satu mamat C*** ni bawak kete yang ade arak. Rasenye nak jual kot bila tengok jenama kat kete dia. Kete dia datang dari arah atas bukit. Kira bila nampak rumah aku tu simpang 3 la. Kalau terus, itu menempah maut namanya. Mungkin the mamat tu mabuk kot jadi dia ingat boleh jalan terus. Masa kejadian tu, aku langsung tak sedar pape. Memang tido matilah. Bangun je nampak kete dah dalam longkang. Dan orang yang tak bertimbang rasa yang lalu lalang kat situ amek kesempatan mengambil apa2 yang patut. Ade ke macam tu? Masa tu the mamat dah dibawa ke hospital. Kira2 dah hampir 13 tahun la cite tu. Dan satu lagi accident kat depan rumah jiran aku dan ianya berlaku dalam longkang jiran gak. Masa tu dah habis hujan dan masa tu gakla pokok nak tumbang. Rasenye dah dekat Maghrib dan tak perasan pun bunyi yang kitorang dengar tu adalah kereta accident. Katanya kakak yang bawak kete tu ingat ade jalan terus sebelah pokok tumbang tu. Dan dengan lajunya dia memecut...dummmm! Dah jatuh dalam longkang siap terperosokbawak jambatan lagi pulak... Memang kesian tapi alhamdulillah tak teruk pun. The moral is JANGAN asek pakai INGAT je... Ingat tu bagus TAPI tak elok digunakan dalam situasi macam ni. Wah! Rekod ni... Entri terpanjang yang pernah aku tulis... Banyak g cite yang mengaitkan kete, jalanraya dan ANDA! Hehehe... Nanti2 la sambung eh?

p/s: Amy nak datang sini petang ni. Kata Tok Mak dia nak bawak budak jadi singgah sini kot jap... *Dia sepupu sebelah abah dan sekarang ni cikgu kat IIS(International Islamic School)*.

20 September 2006

Teater

Published by HidayahYassin at 10:44 PG

Beberapa jam yang lepas aku ngan mak tengok teater Adat Perpatih kat N9 ni...*seriously so long I dont go teater...miss teater soooo much!*. Best gak citenye. Besela kan kalau kat N9 ni memang kuat memegang adat, lagi2 adat perpatih. Untung untuk perempuan tapi payah bagi lelaki yang tak berani... Maksudnya kalau lelaki tu berani dah tentu dia suka bila dapat isteri orang N9 sebab si isteri bakal dapat harta yang banyak lebih pada lelaki. Hehehe... Kan untung tu? Pandai2lah fikir kan? Adelah sikit2 gambo yang aku amek tadi. Sebab nak upload punyalah payah... So, jangan lupa check-out kat dee83's Photobucket ye?

19 September 2006

New Features!

Published by HidayahYassin at 12:42 PG

Entah betul ke tak ape yang aku taip ni? Tajuk kat atas tu, harap2 betullah. Finally, aku dapat ape yang aku nak. Tentang blog aku ni la. Hehehe... Inspirasi Impian Illayana... Malam tadi Mala call, katanya sampai Ahad... Dan dia dah jumpa As. Alahai! Aku lum jumpa gi budak tu. Mala kata the girl dah gelap. Sian deh sama kamu. Dan ade berita sedih ni *actually tak bape sedihla*, As habis 24 Disember 06 *3 hari lepas tu dia 23rd*...so, tak dapat attend Mala's wedding.

Beberapa hari yang lepas dapat email dari Adan.biz... Kira jurufoto rasmi Sang Puteri kawen. Banyak gambo dan cantik2 belaka. Memang superb la dan aku sangat mengaguminya. Rasa nak buat macam tu tapi diorang dah pro...aku ni amatur je...

Okla, nak makan tengah hari ni. Sebab breakfast pun dekat tengah hari...

16 September 2006

Thanx ALLAH!

Published by HidayahYassin at 11:05 PG

Just nak kongsi sesuatu... Lastly I've found my chilhood fren... Tak sangka... Kira dah terpisah hampir 10 tahun. Dulu masa baru pindah dialah kawan baik aku. His name is Ahmad Shahril Izham. Dan berita terbaru yang aku terima, dia dah kawen. Sedihnyer...............*gembira gak cuma yang sedihnya tak dapat jumpa dia*. Dia makin chubby la pulak... Masa kat sekolah dulu2 ramai yang admire kat dia. Aku? Adela sikit2 tapi lebih kepada kawan baikla. Masa tu dok Kuarters, so tak ramai kawan. Dialah jiran, dialah jugak kawan sepermainan aku. Hehehe... Rindu giller waktu dulu tu. Bukan ngan dia je aku kawan, malah seluruh ahli keuarga dia aku geng. Sebabnya diorang sumenye friendly... Sampai dia pindah atas bukit pun kitorang still befriend gak cuma bila dah meningkat umo, pergaulan semakin terbatas. Kadang2 kitorang jenjalan gi umah dia. Macam2 yang kitorang buat... Cuma aku tak pandai macam dia. Adik-beradik dia memang pandai2 sumenye... Rasenye sume berjaya dan diorang juga lulusan luar negara... Kalau la ade peluang jumpa dia lagi, alangkah seronoknya aku! Really missed the time we'd together... Bila dia pindah, Nadiah pun pindah situ gantikan keluarga Am ni... Lepas tu aku kawan ngan Nad... Nad, tinggal beberapa jam je dia akan menjadi isteri yang sah kepada seseorang... Sedih n gembira aku!

13 September 2006

Dia Telah Menentukannya...

Published by HidayahYassin at 8:39 PG

1st of all congratulations to Nad untuk Majlis Nikah Ahad ni... Tarikh keramat tu. Cuma ade la terasa terkilan sikit *dapat berita ni dari blog Nad, bukan dari mulut Nad sendiri...;-( *. Rani, 11 November bakal jadi tunang orang. Tahniah for both of u guys. Sangat2 seronok dengar dan terima berita ni...dengan tangan hati yang terbuka *walaupun hati ni selalu rasa sedih dan terharu*.

Tak tahulah kenapa, semakin dengan hari bahagia diorang, aku pulak yang sedih... Lagi2 pulak dengar lagu Citra Cahaya Cinta Datin Siti *Sang Puteri*... Itu permintaan seorang isteri kepada suami...isn't it rite? Aku 'sayang' dengan maksud lirik ni. Itulah yang dapat aku gambarkan tentang ape yang rasa sekarang.

*Sayangilah Daku! Peluklah Daku!
Janji Denganku...Semai Cinta Nan Satu...
Tuhan Menguji! Takkan Berhenti! Hanya Ku Pinta...
Sama Setia Menjaga...
Hingga Ke Alam Syurga...*

18 hb ni Mala akan balik Mesia *ceh! macam dok kat New Zealand lak ko eh?*. Aku semakin hari semakin tak sabar2 nak jumpa ngan bakal pengantin ni. Janjinya sampai dia kahwin nanti. Dah tu kitorang siap buat plan nak pi lawat As kat Kem Tentera kat PD... Kira surprise dari aku n Mala. Jangan kitorang yang terkejut pulak, dahlah...

Baru je tengok blog Nad... Alamak! Salah sangka rupenye aku ni? Dia ajak tapi masa kenduri besar nanti. Maybe she's sebab2 tersendiri kan? Tapi bangga sebab tak dilupakan... Thanx Nad. InsyaAllah Dayah datang... Mesti datang punyelah. Jangan bertembung ngan kenduri sesape dah la... Ramai lak yang dah booked tarikh kahwin ni... Yang aku tahu dah sampai ke tahun2 depan la... Rani kata pun insyaAllah bulan 6 tahun depan dia kawen... Penuh kalendar aku... Kalah artis ni... Cuma bukanlah setiap hari tapi boleh dikatakan setiap hujung minggu merangkap hujung bulan ade je yang tempah hari...

Semuanya ketentuan Allah... Tak siapa boleh menolaknya.

07 September 2006

Citra Cahaya Cinta...

Published by HidayahYassin at 9:45 PG

Got it from Acai dengan tajuknya Senyum Ek?. Ingatkan gambo ke...video lawak ke? Rupa2nya lagu baru Siti for her lovely husband. Act, the song memang suitable dengan semua orang yang bakal mendirikan rumahtangga... Cuba hayati lirik dan dengar dalam2, tentu tahu maksudnya. Aku bukanlah peminat setia Sang Puteri tapi sejak album yang ke berapa entah, aku sangat suka dengan lagu2nya terutamanya lirik2 yang bercerita tentang diri dan kehidupannya selama ni. Aku memang mengagumi dirinya... Abah lagilah. Sejak dikenali, memang dia terlalu memuji Sang Puteri ini. Bila dilanda musibah *dalam erti kata SENI*, memang aku juga turut merasakan apa yang dirasakan Sang Puteri. Tapi taklah sampai nangis.
Sejak dapat lagu ni, aku asek dengar je. Best tu. Aku masih ade benda nak buat ngan blog ni. Akulah manusia tak reti nak puas dengan ape je yang aku ade. Hari2 aku mesti tengok blog orang dan cari macam mana nak cantikkan blog aku macam blog diorang. Sangat memberi inspirasi pada aku. Sambil menaip, aku dengar lagu Sang Puteri dan kadang2 menjeling tv *tengah tayang Sarjan Hassan*. Boleh ye macam tu? Tapi biasanya aku bukanlah orang yang tahu nak buat keje banyak2 dalam satu2 masa. Serius tau ni. Sebab nanti akhirnya memang takkan jadi satu pun. Tapi sebab bila aku buat perkara yang aku suka, PASTI jadi dengan izinNya.

p/s: Nak upload gambo Sang Puteri tapi takleh lak. Gilo tol!

04 September 2006

Luahan...

Published by HidayahYassin at 5:06 PTG

Terlalu banyak yang bersarang di dalam hatiku... Tapi aku tak tahu macam mana nak rungkaikan satu persatu. Aku lemah...terlalu lemah sampai tak terlarat nak bangun semula bila dah jatuh.

Semalam petang aku pegi Giant Ampangan nak jahit tepi *jahit tepi kat Giant?*. Dah habis menjahit tepi, aku lepak2 jap sebab tunggu mak balik dari sekolah. Tengah sibuk2, Mok *adik mak...patutnya pangkat dia Mak Uda tapi faham2 jela eh?* hantar mesej. Katanya anak dia yang 5 orang tu demam campak. Mula dari yang ke3...ke4...ke5 then ke2...pertama. Yang pertama tu *Najwa Adiba @ Wawa @ Kak Long amek UPSR start semalam*. Mok kata lagi Wawa baru 3 hari kene. Biasanya seminggu kan? Aku doakan semoga segala2nya baik seperti sediakala. Tak sampai beberapa minit, aku dapat mesej from adik angkat aku yang tersayang *Siti Aidatul Sarah @ Sara @ Amoi*. Mesejnya berbunyi
"Kak dayah syg.juz nk
bgtau bpe ari ni kte x shat.jma'at ari 2 kte bru
kuar wad.today, kte bru
lpas scop.ulser
lam perut.doakan kte k.ini
smua ujian dr ALLAH", Aku terkejut tapi tak seorang pun yang tahu. Nak menangis? Aku sedih...memang sedih cuma tak terzahir dengan ucapan atau tangisan. Lama dah aku tak jumpa Sara. Aku balas balik
"La ye ke. Macam mana boleh jadi macam tu? Sekarang kat hospital lagi ke? Akak doakan kebaikan untuk Sara ye?"
Aku dapat mesej balasannya tapi lambat nak sampai. Mungkin masih sakit lagi.
"Xla.kte dah balik dah.xde
apela.luka lam pervt skit aje. ^prevt-tersalah tekan V. Patutnya U^.
"Aku balas balik
"Jaga diri baik2 tau? Makan ubat...". aku lupa apa yang aku tulis. Itu je yang aku ingat. Aku terkejut la. Nampak macam busy body tapi pada orang yang pernah mengenali aku, kata diorang aku sangat mengambil berat pasal dioarang. Aku harap begitulah.

Aku pun masih tak call Sara. Takut2 kalau dia sedang berehat? Nanti mengganggu pulak. Aku harap aku dapat tolong walau bukan dari segi tenaga atau wang. Dia mampu dari segi yang macam tu...

Semalam, kawan baru aku call. Selalu rasa takut2 tapi sekarang tak lagi. Excited tak sangat cuma seronok je tapi aku tak reti nak bercakap sangat. Yelah, baru lagi kan? Ta tahulah kalau2 tak lama lagi? Kenal pun sebab hantar mesej pada Lin *X-student IIC...biasanya orang panggil Lin Tepung sebab muka dia selalu ditepek bedak yang sangat putihnya*. Rupa2nya no yang dah 2 tahun tu salah? La yeke? Aku langsung tak perasan da.... Gara2 mesej yang tersalah tulah aku kawan ngan mamat ni. Mamat????? Itulah panggilan mak pada semua lelaki yang mak tak kenal. Saje je. Lagipun cepat memesrakan. Mamat tu namanya Zul. Dia yang call. Aku cuma mesej je. Tak lama gak la kitorang berbual cuma yang dia tanya pasal diri aku dan family. Aku dengar sore dia macam sore Abang Fendi *kenal masa pegi Kursus Kepimpinan Asas Belia kat Bukit Fraser*. Lagipun kata Zul, dia orang Terengganu... Abang Fendi ni lak orang Kelantan. Mungkin loghat je yang kedengaran sedikit serupa? Ni la gambo Abang Fendi masa kitorang satu kumpulan *kumpulan 3* kat Bukit Fraser. Dia ketua kumpulan 3 dan dialah Ketua pada semua kumpulan. Memang nampak kredibilitinya sebagai seorang ketua. Adalah dia call last week. Ada gud news tapi aku terkejut sangat... He's already married. Katanya baru2 lagi tapi tak ramai yang tahu. Aku tanya kenapa, dia jawab tak tahulah kenapa. Dan dia pesan untuk tidak beritahu pada sesiapa yang kursus sekali. Dan biasanya kalau belah2 Pantai Timur khususnya Kelantan ni, pasangannya mesti Kelantan jugak kan? Itu juga yang terjadi pada Abang Fendi. Aku ragu2lah... Tapi, tak baik begitu kan? Abang Fendi kata dia nak buat majlis lagi dan nak jemput semua budak2 belia yang kursus sekali. InsyaAllah kami datang... Sayang kalau tak pergi...

Nad... Tahniah!

Published by HidayahYassin at 9:14 PG

Tadi buka email dapat email alert yang Nad tulis entri baru. Tak percaya yang Nad juga bakal menamatkan zaman bujangnya. 17 September is around the corner... Bila dibelek2 kalendar...It's this Saturday??????????? What????????? Sampaikan aku bace berulang kali tu. Memang aku masih terkejut sekarang ni. Tapi inikan dah ditentukan Allah? Apepun aku sangat gembira menerima berita ini... Tahniah Nad * nama sebenarnya Nadiah bt. Jaapar*. Semoga segalanya berjalan dengan lancar, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat kalian berdua dan selamtlah segala2nya ye? Jangan lupakan Dayah ni tau?

Dan bila tengah syok layan internet ni, Mala pulak call. Yeyeye... Dia nak balik KL 18 September ni. Rindulah nak jumpa ko. Dia ajak bincang persiapan perkahwinan dia yang bakal menjelang tak lama lagi ni... Dia call pun kira dah lepas rindu tau. Lama sikit kali ni... Katanya dia balik sampai dia kahwin nanti. Siap pesan tido umah dia... InsyaAllah aku akan tunaikan permintaan ko ye? Apepun tahniah gak untuk ko...

Tiba2 aku rasa sedih. Memang dah hampir menitis airmata ni tapi tak tahulah kenapa tak jatuh? Sepatutnya aku gembira... Memang! Memang aku gembira tapi jauh di sudut hati ni, aku rasa sangat hiba... Seorang2 akan pergi meninggalkan aku keseorangan... Lepas seorang...seorang lagi...seorang lagi...dan seterusnya...

Jumaat lepas...mak, abah, mak bek ngan aku balik kampung. A day before tak kemana... Tak rasa excited la. Kenape ye? Aku kurang pasti dan aku tak nak pastikannya. Macam mana yang aku rasa sewaktu malam Merdeka, macam tulah yang aku rasa bila tengok CT&Dato' K n Mawi&Ina... Tengok...tengok gak. Tapi tak meresap dalam hati pun. Then 1 September balik kampung. Dah lame tak balik. Dalam perjalanan yang hanya mengambil masa 1 jam-2 jam tu, aku macam biasalah tido. Mengantuk tu tak gak tapi saje menggatal. Tapi sebelum masa kat highway nak ke Melaka, ade accident kat seberang jalan nak ke KL. Teruk gakla. Tapi biasala kan bila accident kat sebelah jalan, sibuklah orang yang kat jalan kita ni nak tengok sekali. Nasib baik tak accident sekali. *Abah selalu marah...yelah menyusahkan orang lain pulak nanti*. Ada satu hari tu, mak bawak van pun hampir2 accident. Ada accident kat jalan sebelah...masa tu dah nak sampai rumah. Kete yang depan kitorang tu elok2 laju tiba2 berhenti semata2 nak tengok accident kat sebelah tu...ha? Memang menempah maut betol tau... Kalau dia je takpe gi tapi melibatkan orang len tu. Ingat2lah ye? Sekarang dalam tv pun banyak iklan pasal keselamatan jalanraya ni.

Oklah untuk tatapan, aku selitkan gambo yang baru je aku edit...

31 Ogos 2006

Tahniah!

Published by HidayahYassin at 9:04 PG

Tadi Rani n her boy, her sis datang sini. Rindunya aku ngan minah seorang ni. Mana taknya kitorang dah lama tak jumpa... Kenduri yang lepas pun dia tak datang. Hehehe... Dia bakal bertunang dengan the boy *namanya Shamsul*... Tahniah Rani. Gembiranya dengar berita ni! Dia tanya pendapat aku, ok je Rani... Saya sangat2 gembira... Dan tak sabar nak tunggu hari langsungnya. Hujung tahun ni kata Rani sekali ngan birthday dia...

Entah bila pulak giliran aku? Aku hanya berkata dalam hati... Kadang2 sampai aku terfikir yang mungkin aku takkan alaminya sama seperti orang lain. Kata orang jangan memilih. Tapi aku bukanlah memilih *hehehehe...dulu ye, BUT NOT NOW*. Entah2 aku pun tak berpeluang nak memilih kot?

Sepanjang pertemuan yang berlangsung di ruang tamu utama rumah mak ni, kitorang aseklah gelak sakan. Bukan ape, diorang ni sekeluarga memang kaya dengan lawak jenaka. Dari aku kenal Rani sampailah mak ayah dia, aseklah berlawak. Susah nak tengok diorang serius je. Baguslah macam tu. Seronok tau kawan ngan dia sampai aku kenal seluruh keluarga dia. Kitorang asek cite pasal kenangan2 masa belajar dulu. Kahkahkah! Pecah perut dibuatnya. But aku lupa nak tangkap gambo diorang lak. Adusss! Dah la lama tak jumpa... Takpe, nanti masa dia tunang aku tangkap gambo dia banyak2. Aku tumpang gembira atas segalanya yang berlaku dalam hidup Rani... Masuk tahun ni dah 9 tahun aku kawan dengan dia. Wah! Macam tak caye jek... Tak sangka tau.

Ingat lagi masa pertama kali kenal Rani. Masa tu tahun 1997... Aku baru pindah dari PJ ke Serdang. Mula2 masuk 2T6. Bila check balik rupa2nya aku salah masuk kelas *bengang tol tau. mana taknya dah hampir beberapa bulan dok situ, disuruh pindah lak*. Aku kena tukar 2T9? Pegilah dengan muka toye. Masuk je dok sebelah ketua kelas. Itulah dia kawan Rani kat kelas sebab Rani < suka berkawan *ada sebab2 tertentu*. Then bila aku dok sebelah ketua kelas dan asek temankan ketua tu, Rani pandang aku dengan pandangan yang tajam je. Yelah kawan dia dah kawan ngan aku. Aku pun bengang gak kalau jadi dia. Tapi ntah macam mana aku boleh pindah dok sebelah dia... *lupelah* Start tulah aku kawan ngan Rani sampai la hari ni. Hari2 kitorang gelak. Bayangkanlah time cikgu ngajo pun kitorang boleh berborak2? Sampai kena tegur ngan cikgu Maths. Nasib baik markah aku masa tu baik. 75% tu... Dikira A kan? Bangga gak la. Tapi masa cikgu Maths umumkan aku tak datang lak. Yang paling tinggi Maths ngan aku sumenye budak2 cina perempuan. Hehehe... Kenangan yang takkan dapat aku lupakan sampai bebila... Rani n the gang balik dalam pukul 9 mlm tadi. Suruh tido dia taknak lak sebab her boy nak balik Taiping malam ni gak. apa boleh buat? Tiba2 aku sedih. Entahlah... Gembira dan sedih kot? Ramai akan meninggalkan aku bila dah masuk alam rumahtangga. Dulu Ranilah orang yang beria2 TAK NAK bercinta atau KAHWIN... But sekarang dialah yang paling awal... * tak gak sebab kawan kitorang yang pertama BAHA namanya dah kawen tapi...dia dah divorcee*. Itulah pengalaman hidup namanya. Belajar dari kesilapan... Tapi aku juga yang selalu buat silap walau dah belajar...*macam mana tu?*
p/s: I'm very sorry Zac... Sy just try tukar...n mungkin masih perlukan bantuan awak untuk upgrade kan lagi my blog... Terima kasih Zac... Sorry again...!

21 Ogos 2006

Mimpi... Jenjalan...

Published by HidayahYassin at 7:24 PTG

Malamku bermimpi hai dengan satu bintang... lalala... Macam tak caye je aku mimpi sesuatu. Hehehe... Aku mimpi jumpa someone yang aku kenal tapi tak pernah jumpa. Kata orang kalau begitu mungkin aku terlalu memikirkan dia atau rindukan dia... Ek eleh apa cite ni? Kelakar tul tau... Dah beberapa hari ni tak dapat nak update sebab pergi rumah Kak Nana, rumah Kak Izan... n tengok anak buah yang dah makin kurus tu... Rindu Taufiq banget deh... ahad yang baru2 ni aku balik naik komuter... Ramai juga yang naik tapi sampai Kajang je terus tak boleh guna the komuter sebab rosak... Itulah kelemahannya. Patutnya semalam dah mula memotong kain tapi sakit pale otak pulak. Pagi ni pun masih sakit lagi. Selalu kalau makan 2 biji Acti-Fast dah boleh baik tapi tak ok gak... Semalam aku belasah lagi 2 biji lepas 2 biji yang pertama tak berkesan. Pagi ni sakit lagi... Hari tu kat rumah Kak Nana pun sakit gak...

Kak Nana ajak temankan dia ke DBKL kemas barang. Bila2 masa je Datuk Bandar suruh pindah sebab nak renovate office dia keje. Dia Penolong Pegawai kat situ... Aku dok dan dia suruh guna PC cuma surf internet je... Check email n so on... Lepas siap mengemas, Kak Nana ajak pi tengok wayang dan dia yang belanja... Kitorang tengok Remp-It... Besh la gak... Cuma ending nye tak bape seronok cuma sedih je...

Sepanjang kat rumah Kak Izan n Kak Nana, aku asyik main2 ngan Taufiq... sebab dah lama tak jumpa the budak kecik. Dan aku asyik ambil gambar dia.. Dia memang pandai tengok kamera dan posing... Hehehe... Cuma asyik mengamuk dan meragam. Rupanya mulutnya ada mata ikan.

16 Ogos 2006

Ape Cite?

Published by HidayahYassin at 10:21 PG

Aku mengantuk... Dan mungkin lambat nak tido semula

Hari ni mengantuk sangat, so tido awal. Pukul 10.30 malam tadi terbangun bila dengar lagu Sha Na Na theme song for PUTERI... Ingat baru start tapi dah habis. Terus tengok Nuraisha. Then tengok CSI:MIAMI... Banyak yang menarik dan tersirat. Berfikir sambil menonton... Quite gud na?

Tomorrow will be at Pantai Dalam. Accompany mak to Hud and Pz's school at KKb on Friday... Ada Majlis Restu for their PMR and SPM's... Selamat Berjaya. Semoga korang dapat apa yang dihajati, jangan selalu main2 sebab aku dah terlalu banyak meyesali diri ini dan berharap agar perkara yang sama takkan berlaku pada both of u... My youngster HEROE'S. Takde apa yang boleh aku bantu selain bagi semangat dan nasihat je. Then school holiday n hope that kita boleh spend time kan? Sementara aku tak keje ni... Dan aku akan INSYAALLAH tido kat rumah baru Kak Nana for the 1st time... Sekarang ni bolehlah lepas2 ni tak tahulah amacam kan?

Kadang2 aku fikir macam nak keje kat rumah je... Menjahit? Sudah tentu. Memang banyak benda yang aku fikirkan. Rasa macam nak buat Baju Kurung, Kebaya n so on banyak2 then hantar kat orang untuk dijual. Ok kan? Itulah idea aku dan harap sangat ianya berjaya. Aku mesti ISTIQOMAH untuk buat kerja2 ni. Aku MESTI...MESTI...MESTI...

15 Ogos 2006

Rindu... Sedih... Gembira...

Published by HidayahYassin at 11:00 PG

Aku tengah merindui ramai orang ni...
Sekarang dah pukul 2 pagi dan aku masih tak tido lagi. Mungkin sebab dah tido petang tadi lepas balik dari temankan mak dan jumpa Kin. Saja je request kat mak nak ikut pergi KL. Padahal Khamis ni nak ke KL lagi dan cadangnya nak tido umah baru Kak Nana. Ada barang yang nak diberi. Aku akan ke sana lagi insyaAllah... Semalam tak dapat tido padahal aku penat sangat. Semalam juga aku mula ambil suppliment untuk diet. Memang dah bertekad ni. Bukan tak bersyukur dengan keadaan diri atau terlalu mengikut orang TAPI aku sendiri rasa badan makin penat dan berat...


Tiba2 hatiku sedih ni...
Tengah2 surf blog dari frens blog, hatiku tiba2 teringat semua orang dan jadi sedih. Kenapa ni? Aku nak luahkan semuanya sekali tapi masih tak dapat k0s0ngkan jiwa aku ni. Macam2 yang buat aku sedih dan aku terfikir macam2... Banyaknya perkara yang negatif. Sebab mulanya bila my 2nd bro wishes me on my belated birthday! Mesti orang akan kata aku gila kan? Bukan...aku masih waras CUMA terharu je... Aku memang nanti2kan ucapan tu dari dulu lagi... Without present... Dengan lapang dada dan jiwa serta mindaku ini aku menerima ucapan itu. Thanx Abang! Ingatlah yang aku sangat sayang kamu berempat, adik2ku... Kamulah HER0ku, segala2nya bagiku... Nampaknya pertalian antara kita semakin rapat DAN itulah yang sangat2 aku harapkan setiap hari. Thanx ALLAH for makin my DREAM come true... Aku tahu kita SAYANG antara satu sama lain TAPI kita EGO! Aku tak pandai tunjukkan KASIH & SAYANG aku pada kamu berempat termasuklah MAK & ABAH... Jauh di sudut hati aku, aku sangat2 SAYANGKAN kamu semua... CUMA aku tak pandai nak tunjukkan... Fahamilah dan Mengertilah perasaan aku ini...

Ku Gembira Di Sampingmu...
Got an SMS from Mariya... Miss U So Much! Macam2 cite yang aku dapat dan kami kongsikan bersama... Dia tak keje lagi sebab anaknya masih menyusu badan... Sabtu yang lepas Ain & Wahida datang rumah Mar. Ain yang beria2 mengajak nak jumpa. Aku juga rindukan mereka berdua tu... Masing2 hilang tanpa berita lepas habis sekolah. But I'm still keep in touch with Mar... Apa yang aku tahu aku beritahu dan juga sebaliknya... Aku akan pergi jua ke rumah kau Mar CUMA belum berkesempatan je. Maaf kalau buat kau tertunggu2... Sejak ramai kawan2 dan sahabat yang bakal menjadi RAJA & RATU SEHARI, sedang menjadi SUAMI & ISTERI juga yang sudah menjadi IBU & BAPA, aku makin rasa yang aku makin tua... Aku dapat rasa perasaan mereka2 ini CUMA aku tidak berada bersama mereka di dalam alam dan situasi yang sama... Belum JODOH! Moga aku sempat bahagiakan diri sendiri dan keluarga dan sampai masa yang sesuai PASTI akan berlaku jua peristiwa ini, BIIZNILLAH... Aku masih sedar yang ada ramai lagi seperti aku... Tak apa... HIDUPKAN diri sendiri dulu ye?

Fi Amanillah!
Mak dah cadangkan nak tambah sesuatu kat rumah ni kat bahagian garaj... Untuk aku mudah menjahit, memotong kain dan melukis pola... InsyaAllah... Masih dalam perancangan lagi. Kira jadi biliklah ni. Bilik Jahit Hidayah... Cheh... Berangan nih. Harap2nya jadilah. Mudah untuk aku membuat keje nanti. TAPI aku MESTI mula memotong dan menjahit baju untuk MAK... PASTI & MESTI buat... Doakan aku BERJAYA...

11 Ogos 2006

Happy Birthday To Me...

Published by HidayahYassin at 9:00 PG

Genap 23 tahun aku hari ni. Yesterday recieve an email from JobStreet... Nway, thanx... Tadi call Kak Nana then dia wish aku... Ada berita gembira! Kak Nana dah pindah umah baru kat Kampung Limau dekat ngan Angkasapuri. Tak sabar nye nak ke sana. Ingat nak gak ke sana esok tapi mak buat jamuan lagi untuk her new students... Again?????????? Yup, nak macam mana? Kenalah tolong juga kan? Doakan yang terbaik untuk aku ye?

10 Ogos 2006

PGLTM, Birthday, Watch 'Em n Spot 'Em...

Published by HidayahYassin at 9:06 PG

Diberitakan bahawa aku tak jadi pergi PGLTM... Wah! Sedih ni. Tapi tak berkobar2 sangat cuma terkilan je... Takpelah mungkin akan ada teater lain lepas ni? Moga2 aku dapat pergi lagi...
This coming Saturday is me 23rd , Izu Saujana 25th n my internet fren Nurul83's 23rd birthday. Happy Birthday To All Of Us! Semoga dengan peningkatan umur ini seiring dengan kematangan minda kita ye? So long I'm not celebrate my big day... Ucapan tu adalah... 1st of all thank u very much to Lina's JobStreet for the wishes... 1st wishes la kiranya... Dulu2 kira kisah juga pasal celebrate birthday but now tak kisah lagi... Ucapan n ingatan yang aku kisahkan. Tapi kalau orang tu ingat tapi tak ucap macam aku ni macam mana ek? Wut evala... Aku cuma harap aku akan dapat keje dalam masa yang terdekat ni. Aku sangat memerlukan keje...

One of Disney Channel's contest. Hahaha! Macam bebudak je aku ni. Tapi selain benda2 biasa yang aku buat, ini adalah hiburan bagi aku. Aku dah terlepas beberapa watak kartun la. Yang aku dapat cuma Malina (Kuzco's GF) n Kron... Esok last... Next week kena cari watak2 kartun Lilo & Stitch yang appear masa show yang start pukul 5.30-7.30 mlm... Gud Luck For Me...

09 Ogos 2006

Mala, As, EyE_Da, Rani...

Published by HidayahYassin at 5:41 PTG

Semakin hari aku semakin merindui mereka2 ini. Sangat2... Aku tahu kemana mereka melangkah tapi ragu2lah bila kita semua aka bertemu semula? Semuanya mencari kehidupan yang lebih baik lagi. Awal minggu ni, Mala telefon. Soalnya, aku tak rindu dia ke? Mahu tak, aku sangat2 menanti panggilannya yang jauh di Singapore. Janjinya akan menelefon kembali tapi hampeh, takde pun?

4 Jun 2006 yang lalu dia ada ajak aku datang pada hari pertunangan dia dengan abang Abbas, tapi tak dapat nak tunaikan sebab in the same day mak aku pun buat kenduri. Mula2 dia ajak, aku kata insyaAllah sebab mak tak confirm lagi. Finally memang tak dapat pegi gak. Puan Puspa ada mengajak kerana pada hari yang sama dia juga adakan kenduri sempena kelahiran anak lelaki yang ketiga-Ahmad Darwisy Irfan... Dan telah diberitakan, insyaAllah yang dia akan mendirikan rumahtangga dengan abang Abbas 3 Disember 2006...
As pulak sedang berjuang di medan ilmu kat PD. Perjuangannya bukan juang biasa kerana dia memang betul2 berjuang. Masih dalam kursus latihan ketenteraan... Tak dapat masuk PLKN, kau belasah masuk tentera eh? Dalam masa beberapa bula ni memang tak dapat nak hubungi As. Aku sangat merindui kamu semua... Sangat2...

EyE_Da? Langsung hilang tapi aku tahu dia dimana. Cuma tak tahu apa yang buat sekarang. Dulu masa belajar, bila As, Mala n Kak G takde kat hostel dan tinggal aku n EyE_Da, ada saja yang diberi dia pada aku. Aku sangat hargainya. Mungkin watu itu aku tidak memahami perasaannya sebaik teman-teman rapatnya yang lain... Harap2 kita dapat bertemu satu hari nanti...

Rani? Memang mudah nak hubungi dia cuma bila sekarang ni aku telefon, dia asyiklah bercakap dengan orang di sebelahnya yang hari2 dia jumpa. Dah lama tak jumpa dia. Nak jumpa je mesti ada hal punya. Dan kenduri yang lalu dia tidak langsung hadir. Mungkin terguris hati sebab hanya dia je yang datang rumah aku. Aku masa dok Serdang dah selalu sangat datang rumah dia sampai aku sendiri naik malu n segan asyik bertempek di rumah orang. Alahai... Aku gembira dengan kehidupan barunya dan telah berjumpa seseorang kini. Tahniah. Semoga hingga akhir hayat tau? She like cats sooooooooo much... Siap membidankan kucing lagi... Entah dah bercicit tak?

08 Ogos 2006

Bengang Betul La...

Published by HidayahYassin at 4:58 PTG


Sneaky Duh Phew Pouty
Feeling: Bengangnya?

Semalam pagi tengah sedap2 menaip, boleh lak laptop ni buat hal? Tiba2 skrin jadi warna merah... Lepas ni kalau jadi lagi tak taulah nak buat macam mana lagi. Aku bukannya tahu nak fix hardware. Belum sempat nak habiskan cerita tu. Ada masa pun untuk benda lain.


Smile Bounce Roll
Feeling: Sukanya!

Kalau jadi Sabtu ni, students mak dah merancang buat rombongan menonton PGL The Musical (PGLTM) kat Istana Budaya (IB).
Kalau ok, aku ngan mak pun turut serta.
Sebenarnya nak pergi masa 1st time ditayangkan walaupun dalam filem tak se'gah' mana pun.
Cite2 sejarah ni jarang orang suka tengok.
Aku tengok filemnya pun sebab beli KFC dapat CD PGL.
Masa study kat IIC (dulu INPEN Selangor) aku selalu tengok teater.
Itupun sejak tengok Tun Perak, kebetulan percuma masa Family Day kat situ (abah keje kat IB). Aku tak lepaskan peluang tengok sebab nak rasa macam mana tengok cite live.
Sejak itu asal ada je tiket percuma, aku mesti tengok punya.
Dulu bolehlah percuma sebab Pengarah IB tu orang lain.
Sekarang ni kata abah, jangankan nak percuma pekerja pun kena bayar (diskaun) tau.
Cuma abah cakap nak tengok percuma boleh hanya untuk staff n family masa full dress rehearsal...
Aku dapat tengok masa Siti buat konsert tribute to Sudirman.
Takde orang sangat sebab belum start. Paling aku puji dan kagum ialah teater Inggeris.
Masa tu aku tengok Fame The Musical. Memang mengagumkan.
Bezanya orang putih ni kalau nak tukar scene, diorang gelapkan pentas sampai siapa pun tak perasan yang diorang tukar scene. Melayu buat juga tapi kita boleh nampak semua orang berkeliaran mencari tempat.
Boleh pulak macam tu? Ada sekali aku pergi tengok teater Merdeka! Merdeka! Merdeka! Taklah havoc sangat... Kebetulan masa nak balik tunggu abah, terserempak someone-Tok Perak @ Ahmad Marbawi... Mesti kenal kan? Dia dah arwah kan? Masa tu dia pun dah tak boleh jalan.
Anak dia yang bawakan so masa nak tunggu abah, anak dia sorongkan kerusi roda kat tempat kitorang sementara tu anak dia ambil kereta... Tak berbual pun sebab tak tahu nak cite apa.
Masa tengah tunggu2 tu, abang Zuhairi yang pelakon tu? lalu kat tempat kitorang tu...
Abang Zuhairi ni kira kenal keluarga akulah.
Sebab masa kecil2 dulu mak dia jaga aku... Tak lama, 6 bulan je.
Sekarang ni mak dia pun dah tak duduk sini lagi...
Tok Perak tu berbual kejap ngan abang Zuahiri tapi abang Zuhairi macam buat tak layan je...
Maybe penat sangat (dia berlakon teater malam tu)... Anak Tok Perak datang je, semua berpisah.
Lepas tu banyak gak teater yang aku tengok termasuk persembahan nyanyian.
Cuma kalau boleh Sabtu ni biarlah jadi rancangannya.

Shocked
Wedding CakeFlowerBouquet Clapping Hands Shocked Shocked
Feeling: Terkejut & Sangat Gembira

Tahniah untuk kawan internet aku yang masih tak pernah jumpa... Siti Hanum. Wah! Sangat terkejut aku dibuatnya... Aku keluar nak buka pagar sebab mak balik tengok box... Hanum punya kad kahwin? Banyak kali aku buka dan baca... Tak sangka yek? Apa2pun aku ucapkan tahniah. Kalau aku tak sibuk pasti aku akan ke sana nanti... Aku doakan kau bahagia bersama2 pasangan kau ye? Ish! Macam tak caye je la... Macam mimpi la. Realiti ni...

Kad yang dilayangkan untuk aku dari Hanum

Inilah kadnya

Kad dan sampulnya...

Oklah takde apa nak cite ni... Maybe kejap lagi atau esok pagi? Sambung balik? Take care ok?

Count Down : 3 Hari Lagi (12 Ogos 2006)


06 Ogos 2006

Aku Saja Yang Tahu...

Published by HidayahYassin at 11:51 PTG

New song from new singer, Farhan. Terlalu banyak yang tersirat dalam lirik lagu ini. Juga padanan muziknya...wah! Sangat best.


Tajuk:Aku Saja Yang Tahu
Artis:Farhan
Pelajar:Farhan

Lagu : Ajai

Lirik : Ajai/Fauziah Nawi
Kepuasan yang ku rasa di jiwa

Sejak ku di gelar kekasih
Oh di situlah
Terjadi semua kenangan yang tak pernah aku lalui
Mengapa masih jadi begini

Aku sendiri yang tak pernah mengerti
Sedangkan aku tak pernah percayakan cinta
Di hati hanyalah kenangan yang masih melanda jiwa
Dan masih aku mencari segala kenangan

Di dalam erti yang besar
Walau kita sering bercinta
Ku yakin kasih masih begini

Namun aku yang bersalah terhadapmu
Sedangkan aku masih begini kekasih

Mengapa aku yang kau cinta
Mengapa masih jadi begini

Aku sendiri yang tak pernah mengerti
Sedangkan aku tak pernah percayakan cinta
Dihati hanyalah kenangan yang masih melanda jiwa
Dan masih aku mencari segala kenangan

Di dalam erti yang besar walau kita sering bercinta
Oh ku yang tahu (2x)

Malam Sabtu yang lepas, malam yang sangat bermakna buat Farhan walaupun hanya dapat no 3 je. It's ok wut? Ramai la gak penyokong dia. Apa2 pun tahniah...
Banyak perkara yang sedang bersarang di hati aku ketika ini cuma masih tertanya2 adakah aku patut luahkan semuanya? Kata Imah, Allah adalah pendengar paling setia jadi jangan ragu2 untuk mengadu... Aku selalu risau kalau aku takde orang yang nak dengar luahan hati aku. Sejak kebelakangan ni aku terasa kehilangan dan tersisih serta dipinggirkan. Padahal orang lain tidak begitu. Mungkin aku perlu mendiamkan diri untuk seketika? Kadang2 aku rasa aku sangat memerlukan perhatian... Nak apa yang orang lain boleh dapat? Memang tak dapatlah kot. Sebab lain orang, lainlah gayanya kan? Bila difikir2kan balik, buat apa nak ikut orang? Takde pekdah pun.

Kenapa ye agaknya orang akan ingat bila kita dah takde lagi di depan mata diorang? Mean that meningal dunia? Memanglah itu lumrah... Macam aku juga, aku akan menyesal bila tiba waktunya aku hendak menghargai dia dah takde... Aku selalu kata yang diorang memang selalu ada... Tak terfikir yang diorang akan tinggalkan aku... Sekarang aku sedang belajar menghargai bila one of my frens yang sakit... Yang hayatnya tak lama lgi, buat aku insaf dan semakin menyayanginya. Kata2nya yang buat orang terasa hati termasuk aku tapi sekarang dah tak kisah lagi sebab aku tahu dia begitu. Kalau nak ikutkan bukan sebab dia sakit je tapi kesian pada dia. Orang lain tahu dan sedar kawan kami tu sakit cuma hakikat hayat hidupnya yang lama lagi tu je yang diorang tak tahu. Rasanya kalau diorang tahu dah tentu diorang takkan sakitkan hati budak tu. Mungkin diorang tak tahu jadi apa je yang budak tu tersalah cakap buat yang lain terasa...
Semoga Allah dapat memanjangkan hayatnya... Amin!

05 Ogos 2006

Birthday, Interview, Jamuan ...

Published by HidayahYassin at 10:08 PG

1st of all, I would like to wish Happy Birthday... Sweet 25th to the very best n cutest cousin... Kak Nana... Eventhough I'm not sms u personally, I hope u know that I never forget the big day in ur life... We're born in the same month but not in the same day n year. Happy to be ur cousin, always be by my side, u r my best sis n shoulder to cry...n the important thing is perangai kita sama tau! I'm very sorry cause always troubled u... Okla semoga Kak Nana sentiasa gembira dengan kehidupan dan berjumpa dengan sesuatu yang sangat menggembirakan hati Kak Nana... Lupakan segala kesedihan yang lalu ye?

Sepanjang malam aku tak dapat tido. Mungkin terfikir2 pasal interview kot? Pukul 2.30 pagi aku terjaga. Dahla pagi pulak tu. Aduh! Aku ke kiri, ke kanan pun masih tak boleh tido. Panas pun ye. Aku teringat yang a day before aku belasah minum Per'l Cafe sampai 2 peket. Nak mampus? Tapi sedapla air tu. Tak payah campur gula or susu. Memang sedap. Tenanga berlebihan kot? Aku tak tahu aku terlelap pukul bape tapi yang pastinya aku terjaga kol 6.30 pagi bila mak kejut. Kononnya nak pegi pagi2 la ni. Dalam pukul 7 lebih aku ngan mak naik van ke KL. Sampai Pantai Dalam, beli nasi lemak paru. Naik atas (rumah abah), lepak kejap, makan2 lepas tu aku call Agensi Pekerjaan Intelek tu nak tahu kat mana tempatnya. Dah tahu, gerak dan sampai syarikat tu. Rupa2nya baru aku perasan yang aku tak daftar lagi. Buang masa gak la. Sampai dalam pukul 10 pagi dan diorang suruh tunggu untuk daftar. 11 pagi baru aku disuruh mendaftar. Habis je diorang panggil aku. Ingat nak temuduga tapi nak pastikan je sama ade apa yang aku isi tu betul tak. Ek eleh...itu je ke? Tunggu je la kalau2 ade keje 0 untuk aku?

Esok pagi2 (dah pagi dah pun) students mak nak datang n mak nak jamukan diorang makan tengah hari. Separuh dah siapkan tadi. Selebihnya esok pagi kena siapkan. Dah macam suasana malam raya lak. Rasa macam nak raya kat sini je tahun ni. Aku tak cadangkan lagi supaya Tok Mak datang rumah anak2nya tiap kali Raya. Ikut giliranla. Sebab nanti bila asyik kat kampung je, ada yang balik, ada yang tak. Macam mana tu? Fikir2kanla...

03 Ogos 2006

Hobiku Yang Baru...

Published by HidayahYassin at 7:55 PG

Tadi tengah sibuk2 guna laptop ni tiba2 teringat yang Mala pernah ajar Syikin (IIC) buat ITMM. Masa tu Sir Rahman suruh buat Kulit Depan Majalah. Apa2 je majalah pun takpe... So, aku yang cepat lupa apa yang Sir ajar cuma tengok je dari jauh apa yang Mala buat. Mala kalau mengajar memang mudah faham cuma aku je yang lambat tangkap. Dan aku adalah try beberapa 'keping' kulit depan majalah. Pinjam jap nama InTrend ngan Perkahwinan. Seronokla. Aku ni bila dah buat satu2 benda memang akan tumpu pada satu tu je. Aku nak upload kat sini sebab nak kongsi ngan sume2 ni... Ingat nak pinjam Majalah Mingguan Wanita pulak. Tengok jelah hasilnya nanti. Sekarang tengah fikirkan pulak macam mana nak buat cover novel. Aku dah try tapi tak berapa ok pada pandangan aku sendiri. Tak tahu nak pilih gambar apa...


Lia-Frenster's Fren... Fit wit this kind of cover...
Rite choice of cover girl... Isn't she cute?
Cover ni paling aku suka...

Tiba2 server down... takleh nak upload bebanyak cover... K la ni je tatapan untuk hari ini. Sorry bebanyak la ye?

02 Ogos 2006

Novel

Published by HidayahYassin at 6:28 PTG
















Rasa macam nak letak sini the story yang dah hampir tamat tu. Cuma aku tengah dalam proses nak menamatkannya da mungkin akan try hantar kat mana2 syrkt penerbitan, insyaAllah. Semoga aku berjaya lakukannya. Impian masih dalam kenangan. Tajuk cite ni Kasihku Abadi. Ok ke? Masih nak cari tajuk2 lain. Entah ye? Takpe itu semua belakang kira yang penting aku tengah nak tamatkan cite ni. Lepas ni kalau ada masa aku akan cuba buat cite lain pula. Mungkin ada kena mengena dengan segala pengalaman hidup aku ngan sesape je... Kalau ada yang rasa terkena tu, maaf dipintalah hendaknya ye? Chewah... Macam dah release ek? Aku mesti lakukan apa yang aku nak...!!! Okla chiow dulu... Dah siap nanti aku bgtau la yek?

01 Ogos 2006

Interview

Published by HidayahYassin at 11:30 PTG

Aku ada dapat offer interview (yang aku beritahu sebelum ni...). Aku confirmed nak pergi Sabtu ni. Mengikut pengalaman sebelum ni (interview ngan TMnet), rasanya they'll ask me in English. Bukan tak faham tapi nak reply balik itu yang masalahnya. Jadi orang pun <>

Kenangan bersama... Tahun 2002
Berdiri dari kiri: Suhaina, Lala, As, Intan, Hanie, Bear
Duduk tengah dari kiri: Ain, EyE_Da, Mala, Kak G, Gue
Duduk bawah dari kiri: Lin, Sara & Suraya
Yang tiada dalam gambar: Nueq, Nad & Pihan

30 Julai 2006

Bila Rindu... Tarikh Tutup!!!

Published by HidayahYassin at 6:17 PTG

Aku baru je lepas buat sarapan dan kemas dapur but masih tak settle kemas stor... Last 2 week Agensi Pekerjaan Intelek hantar email offer an interview dan takde tarikh tutup. InsyaAllah hari ni aku call the office untuk confirm. Ni aku try mintak dari jobstreet so, kalau tak bagitahu apa2...diorang blacklist nama aku daripada menghadiri semua temuduga yang diadakan... Dulu pernah dapat dan aku pergi... Bila dia cakap "Oklah kalau kamu kata nak keje dalam. Tak payah buang masa awak dan saya... Terima Kasih". Tak reti2 nak balik? Aduh. Kenapalah nasib aku begini? Malu gaklah bila dibuat begitu... Tapi aku tak kisah, kurang2 aku ada pengalaman baru berdepan dengan interviwer yang macam tu. Doakanlah aku ye? Semoga aku yakin selalu... 2 days ago ada kenduri kawen... Tak kenal sangat the daughter of my pakcik. Sekali-sekala je jumpa. Itupun kurang ingat sangat... Sampailah aku pergi kenduri kak Jaja tu... Cantik sangat... Gambar dia lak susah nak ambil. Biasalah ramai orang yang datang... Banyak yang aku ambil dari belakang.

Kak Jaja n Abang Nain...
Jadi penghias kulit majalah perkahwinan


Actually hari ni last day untuk submit skrip Pertandingan Menulis Skrip Drama TV/Radio IKIM.fm... Dah masuk 3 tahun aku tak masuk2 lagi. Mula ngan minta nak menulis novel tapi tak pernah cuba2 buat cerpen pun... Hehehe... Asyik bertangguh2... Tahun depan tak tahu lagi dapat hantar ke tak. Masalahnya kalau menulis tu banyak idea tapi bila nak menaip balik (copy dari buku yang aku dah tulis) rasa malas bebenor. Sebab bila dah menaip nanti idea lain pulak yang datang. Aku memang minat menulis cerita sendiri. Kadang2 nak reka2 je tapi biasanya skrip tu orang buat berdasarkan pengalaman n cerita sebenar dalam kehidupan... So aku try masukkan rekaan n cerita sebenar. Yang aku risaukan orang terima tak? Nak ke orang baca cite aku ni? Tapi bila fikir2 balik, aku buat je apa orang kata belakang kira. Dan akhirnya aku nak try hantar kat syarikat yang menerbitkan novel... Doakan aku supaya berjaya ye? Impian yang masih lom termakbul lagi...


Sedara sebelah mak gue punya abah...


Sedara mak lagi... Tudung hijau tu Kak Long (sibuk suruh tangkap gambo jangan nampak perut dia...hehehe), Moksu Minah (mak Kak Long), tudung peach Kak Yante (adik Kak Long), tudung biru Kak Ani, tudung coklat tu Mokteh (mak Kak Ani), baju biru tu anak Kak Ani...

27 Julai 2006

Al-Fatihah....

Published by HidayahYassin at 6:24 PTG

Lepas tido semalam kat Seri Indah Resort, masa tunggu mak sampai... Aku adalah terdengar sorang polis ni tengah cakap ngan kawan dia... Pasal Hani Mohsin meninggal dunia. Aku dengar tapi malas nak ikuti n percaya sebab kadang2 ni sume rumours semata2... Nanti kat dalam Melodi mesti kuar pasal org hantar sms pada dia tanya betul ke dia dah meninggal? Yelah sebab banyak sangat orang yang suka bawa mulut ni... Tapi yang aku dengar ni polis tu kata kawan dia bagitahu Hani Mohsin meninggal dunia kat KLIA. Itu je... takde butiran lanjut pun. Malas la nak ambil tahu lagi. Then mak sampai aku citelah. Mak terkejut sebab dia muda lagi. Alah kalau dah sampai masa bila2 pun Allah boleh ambil nyawa kita. Dan lepas sampai kat Pahang (Shahzan Inn Kuantan) tido semalam lagi, esoknya tengok MHI dan segala2nya telah terbukti kebenarannya. Hani Mohsin yang genap 41 tahun ni memang meninggal dunia. Terkejut sangat2. Kita tengok sihat je... Nak nangis pun ada tengok anak tunggal dia menangis... Mana taknya tengah seronok2 nak pegi vacation, depan mata ayah dia pergi meninggalkan dia. Tapi dia sempat tengok ayahnya... Aduh! Itu yang betul2 rapat tapi bagi yang < rapat macam mana pulak? Kesian betullah aku tengok... Sedih dan masih keliru lagi agaknya. Al-Fatihah utk Allahyarham Hani Mohsin Hanafi (1961-2006)... Semoga rohnya dicucuri Rahmat Allah hendaknya...

21 Julai 2006

Kenanganku...

Published by HidayahYassin at 6:29 PTG

Semalam dah masuk Maghrib barulah *Setan* ni nak gayut kat mata. Then aku pun apalagi tahan punya tahan akhirnya padam juak... Aduih! Dah tu takleh solat...*** Mak kejutkan, aku masuk bilik, tahan lagi mata ni tapi rasanya dah dekat pukul 8 malam. Aku tido balik. Mengantuk banget sih... Dalam pukul 10.15 aku terbangun sebab terdengar Mawi nyanyi... Ingatkan Konsert Fantasia Mawi dah start... Itu 6 Ogos 2006 nanti. Rupa2nya AC DiSini da... Aku pun tengok jelah dan kebetulan cite Melayu baru start-Aku Ingin Terbang... Siti Fazurina jadi orang buta. Alah dia jadi Anita kat Dunia Anita tu... Gila2 punya orang tu... Bestlah dia tu sume cite pun dia boleh berlakon... Oppps! Bukan cite tapi watak*... Masa dia masuk Pencarian Dewi Remaja (PDR) sekali ngan Annahitta Bakavoli (Juara) tu... Memang keding giller la. Sebab lepas PDR je dia berlakon... Sekarang lepas cite Puteri je dia jadi montel tapi masih dalam kategori slim lagi sebab kalau nak dibandingkan dengan aku ni... Jauh panggang dari api... Wah! Jauh melalut dah aku nih...

My 1st neighbour-Am&his siblings n mine...


Memory with my 2nd neighbour-Nad&her siblings n mine- masa kat PJ

Aku teringatkan semua orang. Semua orang yang pernah aku kenal dan sayang suatu masa dulu... Aku terkenangkan kisah2 lama aku dengan diorang2 ni... Kenapa? Kenapa tinggalkan aku seorang? Segala surat2 dan kad2 yang aku terima semuanya masih aku simpan dengan baik. Aku tak tengok jam pukul berapa tapi rasanya memang dah pagi benar... Aku tak ada orang yang nak kongsi masalah ngan aku. Tanya apa2 pasal aku... n so on. Aku pernah katakan yang hidup aku ini membosankan. Memang bosan! Aku tak tahu kenapa aku begini. Aku suka bermanja dan memanjakan. Tapi kalau mengada2 minta nak dimanjakan memang tak dapatlah aku nak layan. Sebab nampak gedik sangat. Baik layan orang2 yang betul2 perlukan perhatian aku...

Tapi tiap kali jumpa sedara2 aku yang kecil2 tu... Kelu lidah aku dibuatnya. Kalau bukan bebudak tu yan berlawak dan berkongsi cite memang tak layanlah... Bukan tak suka tapi tak tahu apa topik yang sesuai. Alah budak2 kan? Sebenarnya jauh di sudut hati aku ni, aku nak layan bebudak ni lebih dari aku sayangkan diri aku sendiri. Mungkin jarak umo antara aku dan adik2 hanya selang 2 tahun hingga yang ke5...itu yang membuatkan aku jadi begitu. Pernah adik sedara sebelah mak cuba untuk berbual2 ngan aku. Aku bukan tak nak layan tapi...ish! Payahlah. Nanti diorang fikir kakak sedara diorang ni sombong lak... Aku cuba... Aku cuba untuk jadi kakak sedara yang baik... Sebelah abah pulak, baik dengan yang adik2* je... Sebab yang besar2 pun dah ada live sendiri... Tapi kenapa Angah* boleh ok dengan sume orang? Hehehe... Itu yang aku bangga ngan kagum ada Angah*... Dia pandai ambil hati semua orang sampaikan dia tidak mengambil peduli tentang diri sendiri... Dan sekarang dia sedang menimba ilmu di UiTM... Semoga berjaya Angah*... Chiow... Nak sambung jahit Blaus Labuh... Doakan aku selalu...