rss feedResize Text
Twitter Follow Me

“jika kau ubah fikiran|aku kan setia menanti|jika kau perlukan teman|carilah di sini|jikau kau ubah fikiran|untuk jatuh cinta cinta lagi|yang pertama ke depan|jika kau ubah fikiran

04 September 2006

Nad... Tahniah!

Published by HidayahYassin at 9:14 PG

Tadi buka email dapat email alert yang Nad tulis entri baru. Tak percaya yang Nad juga bakal menamatkan zaman bujangnya. 17 September is around the corner... Bila dibelek2 kalendar...It's this Saturday??????????? What????????? Sampaikan aku bace berulang kali tu. Memang aku masih terkejut sekarang ni. Tapi inikan dah ditentukan Allah? Apepun aku sangat gembira menerima berita ini... Tahniah Nad * nama sebenarnya Nadiah bt. Jaapar*. Semoga segalanya berjalan dengan lancar, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat kalian berdua dan selamtlah segala2nya ye? Jangan lupakan Dayah ni tau?

Dan bila tengah syok layan internet ni, Mala pulak call. Yeyeye... Dia nak balik KL 18 September ni. Rindulah nak jumpa ko. Dia ajak bincang persiapan perkahwinan dia yang bakal menjelang tak lama lagi ni... Dia call pun kira dah lepas rindu tau. Lama sikit kali ni... Katanya dia balik sampai dia kahwin nanti. Siap pesan tido umah dia... InsyaAllah aku akan tunaikan permintaan ko ye? Apepun tahniah gak untuk ko...

Tiba2 aku rasa sedih. Memang dah hampir menitis airmata ni tapi tak tahulah kenapa tak jatuh? Sepatutnya aku gembira... Memang! Memang aku gembira tapi jauh di sudut hati ni, aku rasa sangat hiba... Seorang2 akan pergi meninggalkan aku keseorangan... Lepas seorang...seorang lagi...seorang lagi...dan seterusnya...

Jumaat lepas...mak, abah, mak bek ngan aku balik kampung. A day before tak kemana... Tak rasa excited la. Kenape ye? Aku kurang pasti dan aku tak nak pastikannya. Macam mana yang aku rasa sewaktu malam Merdeka, macam tulah yang aku rasa bila tengok CT&Dato' K n Mawi&Ina... Tengok...tengok gak. Tapi tak meresap dalam hati pun. Then 1 September balik kampung. Dah lame tak balik. Dalam perjalanan yang hanya mengambil masa 1 jam-2 jam tu, aku macam biasalah tido. Mengantuk tu tak gak tapi saje menggatal. Tapi sebelum masa kat highway nak ke Melaka, ade accident kat seberang jalan nak ke KL. Teruk gakla. Tapi biasala kan bila accident kat sebelah jalan, sibuklah orang yang kat jalan kita ni nak tengok sekali. Nasib baik tak accident sekali. *Abah selalu marah...yelah menyusahkan orang lain pulak nanti*. Ada satu hari tu, mak bawak van pun hampir2 accident. Ada accident kat jalan sebelah...masa tu dah nak sampai rumah. Kete yang depan kitorang tu elok2 laju tiba2 berhenti semata2 nak tengok accident kat sebelah tu...ha? Memang menempah maut betol tau... Kalau dia je takpe gi tapi melibatkan orang len tu. Ingat2lah ye? Sekarang dalam tv pun banyak iklan pasal keselamatan jalanraya ni.

Oklah untuk tatapan, aku selitkan gambo yang baru je aku edit...

0 ulasan:

Catat Ulasan