rss feedResize Text
Twitter Follow Me

“jika kau ubah fikiran|aku kan setia menanti|jika kau perlukan teman|carilah di sini|jikau kau ubah fikiran|untuk jatuh cinta cinta lagi|yang pertama ke depan|jika kau ubah fikiran

21 September 2006

If we luv somebuddy could we be dis strong...

Published by HidayahYassin at 10:44 PG

Part of the lyric from Heart soundtrack yang tajuknya My Heart. Best dengar lagunya... Citenye lom tengok gi...Y? Takde mase la... Lepas tengok Remp-It ngan Kak Nana, tak try lagi nak tengok sorang2. Besenye Kak Nana yang belanja. Masuk bab duit ni, macam masalah je bagi aku. Aku bingung la memikirkannya. Tiap kali kuar nagn kawan2 mesti aku serba salah sama ada nak kuar duit sendiri atau x. Aku boleh pk yang orang taknak duit aku, katanya menyusahkan pulak. Tapi sebenarnya aku malu nak bukak mulut kata "Takpelah biar aku je yang bayar", itu kalau kuar ngan Mala. "Tak pe, saya bayar", bila kuar ngan Rani. Memang aku tak pernah ringankan mulut kalau2 bab gini KECUALI kalau mak suruh. Aku malu sebab bukan duit aku TAPI mak punya. Kalau aku punya memang TAK PERNAH segan silu atau malu2 nak belanja atau kuarkan. Seriously, memang aku takkan teragak2 nak kuarkan duit aku sendiri *gaji atau duit MARA* untuk belanja orang. Aku akan rasa sangat berbesar hati... Tapi sekarang ni yang dapat aku bagi cuma tenaga je. Aku sangat FREE bila2 orang panggil nak suruh tolong pape. Macam sekarang ni, Rani dah booked aku untuk tolong Kak Atun *kakak Rani* buat kuih. InsyaAllah 29 hb ni *6th day of fasting* aku g umah Rani. InsyaAllah dapatlah buat duit2 raya ni. Mala pun dah booked untuk her wedding. Memula dia just ajak aku tolong dia bungkus door gift, gula2 n yang terbaru suruh rakamkan hari bersejarah dia nanti. Semuanya masih dalam perancangan lagi. Cuma aku sangat2 berterima kasih atas segala2nya. Syukur pada Allah.
Berbalik pada cite duit tu...yang pastinya aku TAKKAN rasa malu ngan my siblings je. Apa2 je yang diorang nak, insyaAllah aku akan bagi *walaupun diorang tak pernah susahkan aku atau mintak yang bukan2 ngan aku*. Besenye duit la. Sekarang aku lom keje g, tapi kalau dah keje aku mesti bagi lagi punyalah. Mak ngan abah cuma dapat rasa gaji aku sekali je masa aku keje kat P**** H** B****. Setakat 1 bulan setengah, berape la sangat kan? Aku quit pun sebab penat sangat. Seminggu tapak kaki kebas, asek berdiri je... Ingat okla kan lepas tu, rupe2nye lepas dah berhenti pun masih rasa kebas esp. kat ibu jari kaki kiri ngan kanan. Pinggang lagi ngan muka berminyak, peluh2 yang sangat busuk. Aduih! Ponek eseh...
Act, banyak mende g nak cite ni cuma tak tahu nak mula yang mana dulu sebab semua bercampur2, yang aku ingat tadi langsung lupa...
Pukul 8 *malam* lebih tadi g makan kat luar. Sebab malas masak lagipun lauk2 dah habis... Kebetulan Tok Mak *nenek-mak abah aku* datang dah hampir 5 hari. Kitorang *aku, mak, Ajip ngan Tok Mak* gi kuar makan. Tempat tu kira strategik, cepat dan sedap masakannya. Besenye Melayu ni masak memang sedap TAPI lambat yang amat perkhidmatannya. Kalau Mamak pulak, tak sedap TAPI cepat. So, mana yang akan menjadi pilihan? Dah tentu yang cepat... Pernah satu hari Sir A***n *ex-lecturer kat IIC ngajo ITFC (Information Technology of Fundamental Computer) ngan Business Study n my mom ex-student masa ngajo kat Kolej MARA Banting* cite masa tu kelas Business la. Dia kononnya nak makan kat satu kedai makan namanya aku pun tak ingat cuma yang pasti belakangnya nama Negeri S******R kat B* 3... Pandailah nak teka kan? Datang je, bese la kan waiter pun amek pesanan. Nak menunggu air je boleh buat orang hangin satu badan n kalau makan dah tercekik pun *masa kat P**** H**, manager selalu kata kalau amek pesanan kena amek air dulu sebab kalau makanan dah sampai boleh tercekik orang*. Berbalik cite tadi, nak menunggu makanan pun satu hal lagi. Sampai lecturer tu balik tanpa makan ape2. Boleh compare kan?
Petang tadi, aku, Ajip ngan mak g Jusco Seremban 2 beli stuff for Ajip. Persediaan ke Mesir *InsyaAllah kalau Allah izinkan, 2 hb Oktober ni Ajip akan ke Mesir, further study kat sane*. Tak banyak sangat, apa yang perlu je. Aku pun join beli satu T-Shirt. Lama gak nak menunggu Ajip *adik aku yang ke 3 n dalam gambo ni dia yang berdiri sebelah aku pakai baju warna putih* membeli barang. Mak macam bese marah Ajip asek membelek. Kuar pun dah dekat pukul 6 mana taknya. Bukan ape cuma takut dah Maghrib je. Pas habis beli barang2, chiow cincau la. Jammed gak jalan sebab dah nak malam. Balik je, tengok tv *takleh sembahyang, COTI*. Lepas je Maghrib...bummm! Terjun atas katil. Ngantuk gilo la... Tengak syok2 tido, mak ajak g kuar makan. Bangun, dengan tak basuh mukanya aku salin baju ngan pakai tudung. Tunggu mak abis solat. Chow!
Dan sekarang aku depan laptop menaip peristiwa yang berlaku hari ni. Sepanjang perjalan menghantar Ajip ke Terminal One, ade la 2 road block. Patutla aku nampak banyak budak2 moto ngan kete tersadai tepi jalan... Takut kena tahan la tu. Dan yang dah ditahan pun ramai gak. Then masa nak sampai komuter, nampak ade 2 kenderaan *kete ngan van depannya* berhenti walaupun lampu dah hijau. Rupenya accident la. Nak belok, banyak kete. Sempatla tengok ada I**** ni kuar dari ketenya dengan terhuyung hayang... Mabukla tu. No wonder la accident kan? Yang empunye kete tu C***. Ape jadi pastu tak tahula eden kan. Dan bila nak masuk simpang selepas traffic light, nampak la ambulans membelok. Ajip nampak kren. Kenetulan ade la P***o**s station kat situ, jadi mak expect ambulans nak isi minyak. Tapi kata Ajip ade accident. Memang la tu sebab ambulans tu singgah sebentar kat P***o**s tu cuma nak belok je. Aduih! Asek tengok accident je.
Bercakap pasal accident ni, teringat aku satu accident yang betul2 jadi depan rumah aku. Masa dok kat kuarters MARA kat PJ la. Depan rumah aku ade longkang besar memang boleh masuk kete even lori sekalipun. Malam tu ade la satu mamat C*** ni bawak kete yang ade arak. Rasenye nak jual kot bila tengok jenama kat kete dia. Kete dia datang dari arah atas bukit. Kira bila nampak rumah aku tu simpang 3 la. Kalau terus, itu menempah maut namanya. Mungkin the mamat tu mabuk kot jadi dia ingat boleh jalan terus. Masa kejadian tu, aku langsung tak sedar pape. Memang tido matilah. Bangun je nampak kete dah dalam longkang. Dan orang yang tak bertimbang rasa yang lalu lalang kat situ amek kesempatan mengambil apa2 yang patut. Ade ke macam tu? Masa tu the mamat dah dibawa ke hospital. Kira2 dah hampir 13 tahun la cite tu. Dan satu lagi accident kat depan rumah jiran aku dan ianya berlaku dalam longkang jiran gak. Masa tu dah habis hujan dan masa tu gakla pokok nak tumbang. Rasenye dah dekat Maghrib dan tak perasan pun bunyi yang kitorang dengar tu adalah kereta accident. Katanya kakak yang bawak kete tu ingat ade jalan terus sebelah pokok tumbang tu. Dan dengan lajunya dia memecut...dummmm! Dah jatuh dalam longkang siap terperosokbawak jambatan lagi pulak... Memang kesian tapi alhamdulillah tak teruk pun. The moral is JANGAN asek pakai INGAT je... Ingat tu bagus TAPI tak elok digunakan dalam situasi macam ni. Wah! Rekod ni... Entri terpanjang yang pernah aku tulis... Banyak g cite yang mengaitkan kete, jalanraya dan ANDA! Hehehe... Nanti2 la sambung eh?

p/s: Amy nak datang sini petang ni. Kata Tok Mak dia nak bawak budak jadi singgah sini kot jap... *Dia sepupu sebelah abah dan sekarang ni cikgu kat IIS(International Islamic School)*.

0 ulasan:

Catat Ulasan