rss feedResize Text
Twitter Follow Me

“jika kau ubah fikiran|aku kan setia menanti|jika kau perlukan teman|carilah di sini|jikau kau ubah fikiran|untuk jatuh cinta cinta lagi|yang pertama ke depan|jika kau ubah fikiran

04 Disember 2006

Aku BOSAN!!!!!!!!!!!!

Published by HidayahYassin at 6:40 PTG

Entahlah kenapa dengan aku ni kan. Asyik bosan je. Tapi memang itu yang aku rasa. Mungkin aku selalu bebankan orang dengan segala masalah yang aku hadapi. Biasanya akan ada orang yang dengar segalan masalah aku. Tapi tidak kali ini. Jangankan nak mendengar, orang pun takde kat sekeliling aku. Malam tadi aku sangat sedih dan rasa down sangat. Selalunya aku yang nasihatkan orang tapi kali ini takde siapa yang nak dengar tapi yang PASTI Allah tetap akn mendengar segala rintihan aku. Itulah pesan Imah. Tapi aku perlu juga teman untuk mendengar luahan hati aku. Aku sangat sedih lagi hari ni. Sebab aku asyik teringat rumah kat Seremban dengan family aku yang ada kat sana. Setiap perkara yang aku buat mesti akan mengembalikan ingatan aku kat Seremban. Aku nak jadi manusia yang boleh survive walau kat mana sekalipun tapi kenapalah aku lemah sangat2? Aku masih mencari jawapan yang sebenar... Aku nak nangis lagi ni. Aduh! Lemahnya aku ni. Tadi pagi datang takde orang dan masih sampai sekarang takde orang. Aku hanya menaip dan mendengar lagu je. Pun masih bosan. Kalau abah balik malam ni, mungkin aku tak berapa sedih sangat kot. Sampaikan aku terfikir nak berulang je dari Seremban ke Cheras. Bukan jauh sangat pun. Asalkan aku boleh duduk rumah setiap hari. Kalau dekat Pantai Dalam dah tentu susah nak balik Seremban. Dan aku ada gak terfikir kalau duduk je rumah dan menjahit je kan bagus tapi pendapatan tak seberapalah kan. Sebab aku masih dalam proses nak memahirkan diri sendiri lagi. InsyaAllah kalau dah ok dengan keje kat sini, aku cuba balancekan dua2 sekali. Masuk hari ni dah 2 kali aku pergi naik teksi. Sekali naik rm13, pergi balik dekat rm30 jugaklah. Kopaklah aku macam ni selagi kete tak ok lagi. Next week mungkin oklah kut. Rabu abang nak guna kete. Hari ni nampaknya aku kena balik naik baslah. Asal sampai rumah, sudah. Kalau tak payahlah kan... Oklah... Nak check mana tahu masih ade keje yang lum siap lagi ke...

0 ulasan:

Catat Ulasan