rss feedResize Text
Twitter Follow Me

“jika kau ubah fikiran|aku kan setia menanti|jika kau perlukan teman|carilah di sini|jikau kau ubah fikiran|untuk jatuh cinta cinta lagi|yang pertama ke depan|jika kau ubah fikiran

11 Disember 2006

Hari2 aku bosan...

Published by HidayahYassin at 6:22 PTG

Tiap kali datang ofis je mesti aku bosan sebab aku je yang paling awal. Tengah hari nanti barulah ramai sikit orang. Hmmm...bukan setakat bosan je, sedih pun ye gak. Nak nangis ni sebenarnya. Tapi dah tak larat la. Cuma ingat nak siapkan keje2 yang aku kena buat hari ni ngan balik. Start Sabtu lepas aku tido rumah kak Nana sebab kat rumah takde orang. Lagipun aku tak tau bila Abah balik. Yang aku tau Abah ade show kat mana tah... Ahad tu kononnya nak ikut kak Nana pegi rumah orang kawen, alih2 Rani call suruh pegi rumah kak Aisyah. Dan masa nak pegi tulah kitorang accident tapi kete je kemek sikit, itupun kat bahagian pemandu. Tiada kemalangan jiwa yang dicatatkan, alhamdulillah. Alih2 tak jadi pegi rumah kak Aisyah. Kete tu pulak kete tunang Rani. Kesian kak Atun... Sampai rumah Rani, lepak2 jap. Dalam pukul 6 lebih kak Atun hantarkan kat KTM Serdang. Punyalah lebat hujan. Rasa macam nak balik Seremban je. Tapi memikirkan yang aku kena keje esoknya, tak jadilah. Sampai je kat KL Sentral, aku call Abah. Tiba2 dengar suara Mak. Aku pun gembiralah. Aku ingat Mak yang datang Pantai Dalam. Aku tak puas hati, aku call Mak balik. Mak ade kat Seremban rupanya. Masa cakap ngan Mak, aku menangis sebab ingatkan Mak ade kat KL. Kira aku taklah sedih sangat kalau Mak ade kat KL. Last2 aku call kak Nana. Tido lagi rumah dia. Pastu malam tadi aku call Seremban tanya Abah balik bila, Hud cakap balik esok tapi sebenarnya Abah balik malam tadi. Dah salah cakap, aku pun cabut pegi rumah kak Nana lagi. Tido sana dan dalam perjalanan naik teksi ke rumah kak Nana, mak call. Dia marah dok rumah orang lama2. Aduis! Aku tak peduli pun. Sebab kalau dok rumah pun takde orang, bosanlah. Pagi tadi aku balik rumah, lepak jap lepas solat Subuh sebab nak guna kete pegi ofis. Dah dekat seminggu aku pegi keje naik bas, putra ngan star... Penat tak penat gaklah. Nasib baik Abah tak guna kete. Alhamdulillah kete dah ok dan takde buat hal lagi tapi aku still worried jugak. Cuma kena jaga2 je lah lepas ni sampai dapat beli kete baru, insyaAllah. Doakan jelah aku dapat beli my own car... Mudahkan aku dan semua orang. Semoga dengan doa semua aku dapat lakukan segala2nya dengan mudah, cepat dan yakin... Amin!

0 ulasan:

Catat Ulasan