rss feedResize Text
Twitter Follow Me

“jika kau ubah fikiran|aku kan setia menanti|jika kau perlukan teman|carilah di sini|jikau kau ubah fikiran|untuk jatuh cinta cinta lagi|yang pertama ke depan|jika kau ubah fikiran

15 Ogos 2006

Rindu... Sedih... Gembira...

Published by HidayahYassin at 11:00 PG

Aku tengah merindui ramai orang ni...
Sekarang dah pukul 2 pagi dan aku masih tak tido lagi. Mungkin sebab dah tido petang tadi lepas balik dari temankan mak dan jumpa Kin. Saja je request kat mak nak ikut pergi KL. Padahal Khamis ni nak ke KL lagi dan cadangnya nak tido umah baru Kak Nana. Ada barang yang nak diberi. Aku akan ke sana lagi insyaAllah... Semalam tak dapat tido padahal aku penat sangat. Semalam juga aku mula ambil suppliment untuk diet. Memang dah bertekad ni. Bukan tak bersyukur dengan keadaan diri atau terlalu mengikut orang TAPI aku sendiri rasa badan makin penat dan berat...


Tiba2 hatiku sedih ni...
Tengah2 surf blog dari frens blog, hatiku tiba2 teringat semua orang dan jadi sedih. Kenapa ni? Aku nak luahkan semuanya sekali tapi masih tak dapat k0s0ngkan jiwa aku ni. Macam2 yang buat aku sedih dan aku terfikir macam2... Banyaknya perkara yang negatif. Sebab mulanya bila my 2nd bro wishes me on my belated birthday! Mesti orang akan kata aku gila kan? Bukan...aku masih waras CUMA terharu je... Aku memang nanti2kan ucapan tu dari dulu lagi... Without present... Dengan lapang dada dan jiwa serta mindaku ini aku menerima ucapan itu. Thanx Abang! Ingatlah yang aku sangat sayang kamu berempat, adik2ku... Kamulah HER0ku, segala2nya bagiku... Nampaknya pertalian antara kita semakin rapat DAN itulah yang sangat2 aku harapkan setiap hari. Thanx ALLAH for makin my DREAM come true... Aku tahu kita SAYANG antara satu sama lain TAPI kita EGO! Aku tak pandai tunjukkan KASIH & SAYANG aku pada kamu berempat termasuklah MAK & ABAH... Jauh di sudut hati aku, aku sangat2 SAYANGKAN kamu semua... CUMA aku tak pandai nak tunjukkan... Fahamilah dan Mengertilah perasaan aku ini...

Ku Gembira Di Sampingmu...
Got an SMS from Mariya... Miss U So Much! Macam2 cite yang aku dapat dan kami kongsikan bersama... Dia tak keje lagi sebab anaknya masih menyusu badan... Sabtu yang lepas Ain & Wahida datang rumah Mar. Ain yang beria2 mengajak nak jumpa. Aku juga rindukan mereka berdua tu... Masing2 hilang tanpa berita lepas habis sekolah. But I'm still keep in touch with Mar... Apa yang aku tahu aku beritahu dan juga sebaliknya... Aku akan pergi jua ke rumah kau Mar CUMA belum berkesempatan je. Maaf kalau buat kau tertunggu2... Sejak ramai kawan2 dan sahabat yang bakal menjadi RAJA & RATU SEHARI, sedang menjadi SUAMI & ISTERI juga yang sudah menjadi IBU & BAPA, aku makin rasa yang aku makin tua... Aku dapat rasa perasaan mereka2 ini CUMA aku tidak berada bersama mereka di dalam alam dan situasi yang sama... Belum JODOH! Moga aku sempat bahagiakan diri sendiri dan keluarga dan sampai masa yang sesuai PASTI akan berlaku jua peristiwa ini, BIIZNILLAH... Aku masih sedar yang ada ramai lagi seperti aku... Tak apa... HIDUPKAN diri sendiri dulu ye?

Fi Amanillah!
Mak dah cadangkan nak tambah sesuatu kat rumah ni kat bahagian garaj... Untuk aku mudah menjahit, memotong kain dan melukis pola... InsyaAllah... Masih dalam perancangan lagi. Kira jadi biliklah ni. Bilik Jahit Hidayah... Cheh... Berangan nih. Harap2nya jadilah. Mudah untuk aku membuat keje nanti. TAPI aku MESTI mula memotong dan menjahit baju untuk MAK... PASTI & MESTI buat... Doakan aku BERJAYA...

0 ulasan:

Catat Ulasan