rss feedResize Text
Twitter Follow Me

“jika kau ubah fikiran|aku kan setia menanti|jika kau perlukan teman|carilah di sini|jikau kau ubah fikiran|untuk jatuh cinta cinta lagi|yang pertama ke depan|jika kau ubah fikiran

27 Julai 2006

Al-Fatihah....

Published by HidayahYassin at 6:24 PTG

Lepas tido semalam kat Seri Indah Resort, masa tunggu mak sampai... Aku adalah terdengar sorang polis ni tengah cakap ngan kawan dia... Pasal Hani Mohsin meninggal dunia. Aku dengar tapi malas nak ikuti n percaya sebab kadang2 ni sume rumours semata2... Nanti kat dalam Melodi mesti kuar pasal org hantar sms pada dia tanya betul ke dia dah meninggal? Yelah sebab banyak sangat orang yang suka bawa mulut ni... Tapi yang aku dengar ni polis tu kata kawan dia bagitahu Hani Mohsin meninggal dunia kat KLIA. Itu je... takde butiran lanjut pun. Malas la nak ambil tahu lagi. Then mak sampai aku citelah. Mak terkejut sebab dia muda lagi. Alah kalau dah sampai masa bila2 pun Allah boleh ambil nyawa kita. Dan lepas sampai kat Pahang (Shahzan Inn Kuantan) tido semalam lagi, esoknya tengok MHI dan segala2nya telah terbukti kebenarannya. Hani Mohsin yang genap 41 tahun ni memang meninggal dunia. Terkejut sangat2. Kita tengok sihat je... Nak nangis pun ada tengok anak tunggal dia menangis... Mana taknya tengah seronok2 nak pegi vacation, depan mata ayah dia pergi meninggalkan dia. Tapi dia sempat tengok ayahnya... Aduh! Itu yang betul2 rapat tapi bagi yang < rapat macam mana pulak? Kesian betullah aku tengok... Sedih dan masih keliru lagi agaknya. Al-Fatihah utk Allahyarham Hani Mohsin Hanafi (1961-2006)... Semoga rohnya dicucuri Rahmat Allah hendaknya...

0 ulasan:

Catat Ulasan