rss feedResize Text
Twitter Follow Me

“jika kau ubah fikiran|aku kan setia menanti|jika kau perlukan teman|carilah di sini|jikau kau ubah fikiran|untuk jatuh cinta cinta lagi|yang pertama ke depan|jika kau ubah fikiran

28 Februari 2008

Hadiah Untuk Yang Teristimewa...

Published by HidayahYassin at 7:17 PG

Terlalu banyak entri berturut2 disebabkan kebosanan yang teramat saya rasakan sepanjang minggu ini. Dengan masalah yang bertimpa2 lagi... Perasaan saya juga terkadang bercampur baur. Ini juga telah menyebabkan saya tak tahu hendak meletakkan apa lagi tajuk untuk setiap entri saya.

Untuk perkara2 yang bakal berlaku hujung minggu ini, saya telah menyediakan beberapa hadiah untuk sahabat baik saya, Nad dan adiknya Inara. Tak ketinggalan, anak pertama yang sangat comel itu, suaminya juga pasangan Inara itu. Sudah sekian lama kami tidak bersua...entah bagaimana mahu saya hadapi hari itu nanti... Maklumlah, tiapkali bertemu seseorang yang baru pun saya sangat malu inikan pula yang dah lama saya kenal dan sudah lama tidak ketemu.

Hari ini, saya dan yang lain telah menerima satu berita yang.................... tak tahu bagaimana hendak diterangkan di sini. Tapi, yang penting staf di bahagian admin sudah menyediakan payung, mana tahu akan hujan dengan lebat tidak lama lagi ataupun tiba2 petir pula datang menyambar?




Ok2... Sekali dah terlanjur ni, ingin saya menitip ucapan Selamat Hari Lahir buat adik ke-3 saya, Ajip yang ke-21 tahun... (28th February 2008)... Nun jauh di Mesir sana tu... Saya memang ingat dan sentiasa ada dalam kepala ni mengenai tarikh lahir ahli keluarga saya semuanya... Cuma selalu terlupa nak selitkan di sini tetapi mulai hari ini, insyaAllah saya letak bila tiba harinya nanti...

Happy So Belated Birthday to my 4th brother, Ud yang ke 19 tahun (4th January 2008). Sorilah tak sengaja pun lupa nak buat entri... Biasanya kalau punya kredit dalam telefon saya hanya sms sahaja dan kalau tak saya kirim dengan mak je... Lebih mudah bukan? Hadiah? Ada lebih duit saya beri kalau tak, ucapan je yang mampu saya beri juga doa dari saya jua mak abah sentiasa untuk adik2 saya...

Oklah, masa untuk tidur... Internet sekarang macam sengal sikit so, daripada sakit hati baik saya sambung esok jek... Salam semua...

27 Februari 2008

Saya Tak Mengundi...;(

Published by HidayahYassin at 10:11 PG

Saya rasa, bulan ini adalah bulan paling banyak saya menulis. Catatan rekod besar dalam diari hidup saya ni... Sibuk jugak kat klinik tu tapi keje saya tak sama macam orang lain kecualilah orang lain itu doktor atau jururawat dan yang seangkatan dengannya. Tengoklah jam sekarang --> 2:13 am. Saya masih ada di depan laptop menaip apa sahaja yang ingin saya kongsikan bersama tetapi sebentar lagi saya akan menamatkan tulisan sebab sepatutnya saya dah tidur tapi sebab petang tadi dah puas tidur, nampaknya lambat lagilah nak tidur.

Berkaitan dengan tajuk di atas... Terlalu dan tersangat2 rugi rasanya sebab saya terlupa untuk mendaftar untuk mengundi pada hari Sabtu, 8 Mac 2008 nanti. Kelalaian ini disebabkan oleh saya sendiri yang selalu ambil sambil lewa (ingat ye Hidayah... lepas ni terus daftar untuk mengundi bila umur dah 30 nanti - 5 tahun lagi...). Tapi, yang dah lepas takkan boleh kita ulang semula.

Kalau tidak sewaktu Maal Hijrah yang lepas, saya sudah boleh mendaftar tapi booth yang bertempat di Wisma Negeri di Seremban telah ditutup selepas makan tengah hari. Oh Ya... Sebelum itu, saya sempat mendengar ceramah + pengalaman yang dikongsi oleh Dr. Sheikh Muszaphar Shukor. Sebenarnya apa yang dia ceritakan selalu adalah sesuatu yang klise tetapi best bila dapat dengar.

Selain itu, dia juga seorang yang sangat skema. Kenapa saya katakan begitu? Sebab seperti apa yang saya kata tadilah, semuanya klise je. Sama ada dalam iklan2 tv atau kat mana2 je... Memang skema. Siapa yang kenal, dia tahulah... Hehehh...

Oklah, nak tido + line astro tak bagus pulak. Bosan ni... Ingat nak menaip kosong jek dalam word jap lagi... Selamat tido semua ye?

Saya Dah Ok...

Published by HidayahYassin at 4:35 PG

Alhamdulillah, saya dah boleh legakan hati yang marah ni. Dah boleh tegur Fadhil macam biasa tapi masih dalam keadaan yang sangat berhati2. Kasihan jugak melihat tapi apakan daya, saya dan Along masih perlu mengajar dia... Ok2, saya tak mahu lagi cerita pasal hal ini lagi dan biarkan masa sahaja menentukan...

Sekarang ni saya nak cerita pasal hal saya dan Zura pula... Dia akan sampai N9 dari Kelantan pagi Jumaat ni. Harap2 dia punya masa untuk keluar bersama... Nak habiskan masa bersama2 sebelum dia pulang ke Kelantan semula 4 hari selepas itu. Tapi, saya tau dia mesti penat bila sampai nanti. Dan Jumaat ini juga akan ada satu meeting antara wakil2 cawangan dengan pengarah juga empunya klinik ini.

Sabtu dan Ahad ini pula saya bercuti memandangkan kedua2 hari tersebut punya sejarah yang bakal berlaku nanti. Sabtu, adik ketiga Nad --> Inara bakal melangsungkan majlis perkahwinan dengan pasangannya, Hakimi di sebuah dewan di PJ. Sabtu itu juga bakal menyaksikan majlis pertunangan sepupu saya --> Juyah @ Zurah dengan pasangannya Jie di Pantai Dalam. Ahadnya pula juga majlis pertunangan sepupu saya yang juga abang Juyah di Seremban. Oh ya! Sepupu ini lelaki dan juga sebaya saya...heheheh...

Alang2 dah ke Seremban, saya cuma perlu tumpang keluarga sepupu saya itu semasa hendak ke rumah pasangan sepupu itu, Ina. Kat sini pun ada jemputan kahwin kawan mak saya... Pening jugak nak memikirkannya... Dalam 2 hari macam2 yang akan terjadi... Dan perancangan lain terpaksa saya tunda mungkin...

Berbalik kepada cerita saya Zura tak lama dulu tu. Saya berada di rumah ketika itu memandangkan minggu itu adalah minggu saya bekerja di shift petang. Zura sms saya pada mulanya dan saya tak dapat nak membalasnya memandangkan kredit tiada...;). So, akhirnya dia menelefon saya dan mengajak saya menemaninya untuk membetulkan kereta yang berbunyi. Dia ada sebut mengenai pad break... entahlah, saya tak pernah tau pun apakah benda itu.

Bila sampai masanya, mak menghantar saya pergi klinik kerana abah gunakan Tiara masa tu. Saya ajak Zura ke kedai belakang (berhampiran kedai tayar yang saya dan Along pergi Isnin lepas). Bila ditanya2 memang benar pad break kereta tersebut sudah haus. Zura ajak saya temankan dia ke Dataran Senawang untuk mengeluarkan duit dari ATM. Dalam ketakutan dia terpaksa juga memandu walaupun ketika itu bunyinya tersangatlah kuat dan sangat lambat untuk perlahankan kenderaan.

Tunggu punya tunggu adalah dalam masa sejam pad break ditukar. Oh, baru saya tahu dimana dan apakah benda tersebut. Satu perkara baru yang sempat saya belajar... Harga semua sekali ialah RM 85. Murah atau mahal ye? Entah ye? Maklumlah kita ni tahu guna saja... Tapi bila saya bertanya dengan seorang kawan, katanya harga seperti itu masih boleh dikira murah juga dan ianya bergantung kepada jenis kereta juga... Ok, saya dah faham... Sebenarnya saya pernah alaminya satu masa dulu...cuma tak ingat apakah benda itu...

Ok, seperti yang saya janjikan...inilah video kembar Didy n Dimy itu... Sangat comel...




Maaf, saya tak tahu macam mana nak 'dirikan' video ini...;)

Inilah temuramah yang dilakukan oleh abang Long --> suami Along... Bila bosan, saya selalu minta pinjam telefon Along dan mengulang tayang video ini. Sangat comel...bijak pula tu...

Abang long: Hello guys...
Didy: Hi...
Abang Long: What is your name?
Didy: Didy.
Abang Long: How old are you?
Didy: 3 years.
Abang Long: Not 3 years la...
Didy: Beh?
Abang Long: 4 years.
Didy (menunjukkan angka 4 guna jari): 4 years.
Abang Long: What your ambition?
Didy: Low ye... (lawyer-loghat orang Perak).
Abang Long: Lawyer...good. And you brother? What is your name?
Dimy: Erm... Imy.
Abang Long: How old are you?
Dimy: Dokter (doctor-loghat cam orang Perak).
Abang Long: How old are you?
Dimy (menunjukkan angka 4 guna jari): 4 years.
Abang Long: 4 years...good.
Abang Long: What your ambition?
Dimy: Docter...
Abang Long: Doctor, good...
Abang Long: Erm... What is your...erm...ba...erm, babah name?
Dimy: Erm... Shuwi (act, Suri).
Didy (mencelah): Ina.
Abang Long: What your mama name?
Dimy: Ina.
Abang Long: Ina...good.
Abang Long: What your Acu name?
Didy: Fashilah (act, Fazilah).
Abang Long: Fazilah.
Abang Long: What your Lalang name?
Didy (pegang remote Astro): Erm... Azuya (act, it's Zura).
Abang Long: Azura...good... Ok, bye guys ...
Didy & Dimy: Bye...!

Kesimpulannya, saya sangat mengkagumi cara Along, suami Along, Zura, Fazilah, mak Along, ayah Along, adik lelaki Along yang sama2 membesarkan pasangan kembar yang dah makin sihat ni. Tak pelik pun sebenarnya kanak2 seusia Dimy & Didy ni dah pandai respon pada apa orang sekelilingnya kata atau tanya. Dan Along memang rajin, kreatif serta punya banyak idea2 baru dalam usaha nak mendidik anak2nya. Bukanlah nak menyanjung terlalu tinggi tapi saya memang salute dan harap sangat mereka berdua terus2an berjaya... Setiap hari, saya tahu Along mesti sentiasa fikirkan cara2 yang senang dan mudah untuk anak2nya belajar. Tak mudah juga nak merancang dan mengajar tapi itulah hakikatnya kalau kita nak tengok anak2 bijak, kenalah usaha lebih.

Ada juga yang terkejut kalau lihat budak2 berdua ni sudah pandai membaca, mengenal huruf (pelat2 tu masih boleh dididik), menjawab soalan, mengira... Darab yang paling mudah pun diorang berdua dah dapat. Baca doa makan pun mereka dah tau. Saya tidak terkejut, malah terdetik rasa bangga pula. Sebab sepupu sebelah mak iaitu abang sepupu saya, anaknya yang pertama kini usianya mungkinlah dalam usia kanak2 tadika... Sudah pandai membaca, berinteraksi dengan mummy n daddynya dalam bahasa Inggeris. Tapi tak bermakna dia tidak fasih berbahasa Melayu...

Ada yang anaknya sudah berusia 5 tahun masih tidak pandai membaca atau mengenal huruf malah cikgu tidak faham apa yang dia cuba katakan. Dia masih kecil dan masih boleh dilentur sebelum dia sudah menjadi buluh. Itu semua bergantung kepada usaha ibu dan ayahnya. Saya pernah katakan padanya... Dan begitu juga dengan Along. Kena rajin bertanya, ajar dia... Tanya sahaja apa yang masih boleh diperbaiki kepada guru tadikanya...

Orang kata, bercakap memang mudah. saya memang suka nasihatkan orang (walau tiada pengalaman sendiri pun). Suka ingatkan, suka berkongsi apa yang saya tahu. Sedikit yang saya tahu pun, saya suka dan sudi kongsikan. Buat apa nak simpan sendiri2 saja? Tak dapat apa2 pun malah tak lama pun ilmu yang kita ada tu... Pesanan pengarah, buatlah baik sentiasa...hidup ni sekali jek. Kalau kita tak beramal, tak ada gunanya...tak ada maknanya kalau tak tinggalkan apa2 kebaikkan...

26 Februari 2008

Saya Sangat Tegar...

Published by HidayahYassin at 8:17 PG

Dah 2 hari saya tak bertegur sapa dengan dia--> Fadhil... Wakakaka... Ini semua adalah untuk memberi pengajaran kepada dia. Kalau tak faham dan tak sedar2 lagi, tak tahulah saya...nak buat apa lagi.

Harap2 sangat Fadhil tak ulangi kesilapan yang sama lepas2 ni... Saya sedang berfikir2 sekarang... Dalam masa yang tinggal 2 hari ini, saya akan mula bercakap dengan dia (kan saya ada kata tak tegur orang dalam 3 hari berturut2 berdosa???)... Tak sampai 3 hari pun. Tengah hari tadi saya tegur juga itupun sebab Safwa telefon dari atas hendak bercakap dengan Fadhil. InsyaAllah saya takkan berlama2an tidak menegur dia.

Berkali2 saya katakan pada Along yang saya sebenarnya hendak mengajar dia. Dan harapan saya agar dia faham kenapa saya buat begitu. Selepas ini, saya hendak jadi seorang yang profesional sahaja tanpa mencampur adukkan apa pun semasa bekerja. Tiada guarauan seperti biasa tetapi tak bermaksud saya akan sentiasa serius cuma hati saya sudah tidak ada lagi untuk selalu bergurau2...

Bercakap hanya bila perlu dan untuk yang penting2 sahaja. Selain itu, hanya berbual2 yang biasa sahaja. Mudah bukan? Saya harap saya akan terus begini dan bila difikir2kan semula, saya tak mahu lagi memanjakan orang atau menyanjung tanpa sedar yang mausia ini akan berubah2 setiap masa...

p/s: kepala saya sakit sangat2 dan hari ini balik lambat sebab tiba2 patient datang sekali ramai... kesian Dr. Sim...hehehe...

25 Februari 2008

'A gift from someone'

Published by HidayahYassin at 7:50 PG

Daniel: I guess we are the left overs in this world.
Jasmine
:
I think so.. All of my friends have boyfriends & we are the only 2 persons left in this world without any special someone in our lives.
Daniel
: Yup! I don't know what to do.
Jasmine
: I know! We'll play a game.
Daniel
:
What game?
Jasmine
: I'll be your girlfriend for 30 days & you will be my boyfriend.
Daniel
: That's a great plan in fact, I don't have anything to do for the following weeks..

DAY 1:

They watched their first movie together & were both touched in the romantic film.


DAY 4:


They went to the beach & had a picnic... Daniel & Jasmine had their quality time together.



DAY 12:


Daniel invited Jasmine to a circus and they went to a Horror House.. Jasmine was scared

and she tried to touch Daniel's hand but by accident she touched someone else's and they both laughed..


DAY 14:


They saw a fortune teller down the road and asked for their future. The fortune teller said: "My darlings, please don't waste the time of your lives... spend your time together happily." Then tears flow from the teller's eyes.


DAY 20:


Jasmine invited Daniel to go to the hill and they saw a meteor... Jasmine mumbled something
.

DAY 28:


They rode on a bus and because of the bumpy road, Jasmine gave her first kiss to Daniel by accident.


DAY 29:

11:37 pm

Daniel & Jasmine were sitting in the park where they first decided to play this game
...

Daniel
: I'm tired Jasmine... do you want any drinks? I'll buy you one.. I'll just go down the road..

Jasmine
: Apple juice would be fine,thanks.

Daniel
: Wait for me...

20 minutes later
...
a stranger approached Jasmine.

Stranger
: Are you a friend of Daniel?

Jasmine
: Yes, why? What happened?

Stranger
: A reckless drunken driver ran over Daniel & he is critical in the hospital .

11:57pm


The doctor came out from the emergency room & handed out an apple juice & a letter to Jasmine.


Doctor
: We found this in Daniel's pocket.

Jasmine read the letter which says:

Jasmine, this past few days, I realized you are really a cute girl & I am falling for you.. your cherished smile, your everything when we played this game.. & before this game ends, I would like you to be my girlfriend for the rest of my life. I love you, Jasmine...


Jasmine crumples the paper & shouted..


"Daniel! I don't want you to die...I love you... Remember that night we saw a meteor? I mumbled something.. I wished that we would be together forever & never end this game. Please don't leave me, Daniel... I love you, you cannot do this to me


Then the clock strikes 12


Daniel's heart stop pumping


THEN IT WAS THE 30th DAY...


************************************************************************************

Always love your loved ones & show them how you feel before it's too late.. You will never know when they will be gone from your embrace.. If you were given a time to bestow petals of everlasting compassion & love to your love ones, today is the day. Love them while they are still here...

p/s: minggu tentang "Cinta Seorang Sahabat"

Bengang Ini Makin Teruk...

Published by HidayahYassin at 3:51 PG

Saya bukan sengajakan semua ini berlaku pun tapi makin diabiar, dia semakin menjadi2 pulak. Datang sahaja ke klinik, saya dan Along meneruskan bicara tentang perkara yang satu itu (hal semalam). Dalam erti kata lain kami nampak yang dia telah berubah menjadi seseorang yang sangat lain, buat orang menyampah... kalo orang di N9 ini klasifikasikan dia sebagai Jobo... maksudnya BeRlAgAk... Ada 'Strider' dalam Dunia Baru Musim ke-3 kata 'Opie' @ 'Gem' macam tu...

Yang buat saya hangin dan semakin bengang lagi tu, sewaktu selepas mereka2 semua naik ke atas (kejap lagi saya ceritakan selanjutnya ye?), dalam beberapa minit dia ini turun membawa begitu banyak borang2 reject dari pihak Admin. Kesalahan2 dalam borang2 tersebut; Tak ada diagnosis, tak ada tarikh pesakit datang juga masa melawat, no. kakitangan... Saya tahu dan akui kami memang silap tetapi saya jadi sakit hati yang amat tu sebab cara dia ini seolah2 kita ini tiada perasaan langsung...

Anda marah tak bila seseorang yang nak suruh kita lakukan sesuatu kerja tapi menyuruh dengan cara yang boleh dikata sebagai 'KuRaNg AjAr'? Itulah yang terjadi tadi dan Along sendiri saksikan hal yang tersebut. Borang yang berhelai2 itu dicampak di kaunter sambil jarinya menunjuk2 ke arah borang2 tersebut...macam saya dan Along tak faham langsung apa yang akan disuruh...

"Ni apa salah2 ni... Tak tulis tarikh la, tak ada diagnosis...". Eh, hello...beritahu elok2 tak boleh ke? Dia ingat saya dan Along ni tak ada perasaan agaknya? Sejak saat itu, hati saya jadi sangat2 marah... Masa ambil kad2 rujukan pesakit, saya melangkah dengan rasa sesangat geram...ke sana ke mari dengan hentakan kaki menunjukkan yang saya sangat terasa ngan apa yang dia buat...

Apa lagi yek yang sempat saya buat tadi eh? Bila dah jumpa kad2 yang perlu, saya pula mencampakkan atas kaunter juga menunjukkan rasa hampa dan kecewa... Hahahah... Teruk saya ni kan? Niat saya hanya satu, nak beritahu yang kami juga punya hati dan perasaan...jangan mudah buat sesuatu yang akan buat orang sakit hati...

Tika & saat ini, saya sedang menonton Impak Maksima dan sesekali tukar ke KL Menjerit the series la. Harap2 saya dah tak rasa bengang lagi lepas ni... Biarlah dia belajar dari apa yang terjadi. Yang sebenarnya dia suka bikin gempak...tu jek.

Dalam Islam kalau kita tak tegur orang lebih 3 hari turut2 berdosa kan? Harap2nya saya takkan jadi setegar itu... Tapi dengan cara itulah yang dapat mengajar seseorang dan menyedarkan dia... Tentu anda nak tahu siapa dia yang saya maksudkan, bukan? Fadhil la orangnya tu!!!

Dia yang saya maksudkan sebelah Zura itula... Jangan sensasikan gambar di atas yek???

Hal yang saya nak citekan itu ialah sambungan dari hal semalam. Dr. yang bertugas malam semalam ialah isteri kepada pengarah baru. Actually, both of them (pengarah baru n isterinya) risau kalau2 ada orang yang naik sebab pintu kat atas tu tak berkunci. Bukan salah kami kalau pintu tak berkunci... Kami hanya bekerja dia bawah dan tak patut langsung nak naik atas tutupkan dan kuncikan pintu. Kalau setakat untuk ambil tahu tentang tetamu2 yang datang hendak bertemu dengan orang2 di pejabat, memang tak keberatan pun kami nak lakukannya. Dan ternyata pengarah baru itu datang dengan isterinya hanya berkata yang dia kecewa dengan sikap 'careless' orang2 di pejabat...

So, mana yang mengamuknya tu ye? Itupun buat saya geram dengan budak kat dalam gambar di atas ini. Bikin gempak je semua tu. Orang yang profesional takkan nak marah2 orang tanpa usul periksa dan mereka akan bertanya dahulu... Kalau salah menuduh lagi susah kan?

Sebelum pulang dari kerja tadi, sempat temankan Along betulkan tayar kereta yang dipandunya... Masa nak ke Tiara, saya nampak tayar belakang sebelah kanan tu macam lembik jek. Saya cakapkan pada Along, sama ada tayar tu bocor terkena dek paku ataupun memang kena pam sebab dah lama tak pam. Saya pernah tempuh pengalaman yang sama dengan Along dan penyelesaiannya adalah dengan hantar saja ke kedai. Biasalah selagi tak cuba memang takkan percaya dan itulah yang terjadi kat Along.

Bila suruh Cina kedai tayar tu tolong, akhirnya salah satu sebabnya adalah tayar tu termasuk paku. Tayar sekarang dah tak guna tiub so, tak perlulah susah payah gantikan tayar tetapi hanya dengan keluarkan paku tersebut dan sumbatkan dengan tiub yang akan dipotong bagi menggantikan lubang yang menyebabkan kebocoran tayar tersebut... Anda faham, kan? Kira2 cam nak kongsikan dengan anda2 yang bernama WaNiTa di luar sana.

Tayar kereta ayah Along yang sudah dimasukkan tiub dan sedang dipasang semula...

Saya selalu rasa nak buktikan kat semua yang WaNiTa juga boleh melakukan hal yang sama... Solve the problems by ourselves. Tak susah sebenarnya... Samalah macam nak pam tayar di stesen2 minyak. Saya sangat takut tetapi bila difikir2kan kembali, ianya sesuatu perkara yang mudah dan tak perlu nak suruh orang2 lain yang bantu melainkan kalau kita sangat2 terdesak... Dan sekarang ni saya terasa macam nak belajar tukar tayar pulak...hehehehe...

Dapat gaji bulan ni, saya memang nak tukar minyak hitam Tiara... Perkara ni saya sempat belajar sewaktu di tempat lama dulu. Itupun lepas berkali2 abah ingatkan dan saya memang nak belajar selain membasuh kereta... Oh! Ya, sekarang saya sangat gila membasuh kereta nak2 pula selepas saya perasankan sebotol apa tah untuk polish kereta... Kereta berkilat2 siapa yang tak suka, kan? Sejak kecil (waktu di PJ), berjiran dengan Nad n family...kami memang sudah diajar untuk membasuh kereta. Siap panjat2 kerusi kerana tak sampai untuk membasuh bumbung van...

Lagi seronok bila basuh dengan adik-beradik... Ok, stop pasal ni sekarang... Belajar yang asas mengenai sebuah kereta sudah cukup rasanya. Sebab akhirnya kalau tiada sesiapa di sebelah kita, siapa lagi yang kita nak minta tolong? Lain orang lainlah gaya dan caranya kan? Berbalik kepada hal Along tadi, semasa saya yang hadapi perkara yang sama, saya hanya perlu membayar RM 3. Lain pula halnya dengan Along... RM 5? Mahalnya? Pelik saya kenapa begitu... Sebelum itu, Along sangat risau sebab yang ada padanya ketika itu ialah RM 30 sahaja. Kelakar bila dengar Along kata apa yang abang Long (husband Along) cakap masa diorang sebab berbual mengenai tayar kereta itu... "Takkan abang nak balik, Ina?". Hehehe... Nasib baik saya ada pengalaman sebegitu dan saya dapat kongsikan bersama2 Along...

So, anda diluar sana...jangan lupa sentiasa berhati2 dan bersedia dari segi mental dan fizikal tau? Jangan hanya tahu guna dan berserah. Kalau suatu masa kita seorang sahaja menghadapi keadaan sebegini, kita mungkin akan panik dan selalu tak tau nak fikir apa, kan? So, sesuatu perkara yang mudah juga adakalanya akan menjadikan kita panik... Sebolehnya elakkan daripada panik...

p/s: Nanti kalau saya tak sibuk, saya akan ceritakan kisah saya dan Zura tika menghadapi saat2 kereta yang sama berbunyi bila brek ditekan...

24 Februari 2008

Saya Bengang Lagi...

Published by HidayahYassin at 6:59 PG


Kali ini kebengangan saya bukan seperti yang sebelum ini tetapi pada orang di HQ sendiri juga. Mulanya dia sms saya dekat2 waktu Maghrib dengan bertanyakan saya tentang hal yang satu ini... Adalah satu perkara tersebut. Setelah berbalas2 sms beberapa ketika, akhirnya saya maklumkan yang saya akan berithu supervisor saya.

Sejak 2 menjak ini, perangai dia sedikit berubah pula. Saya tak faham kenapa begitu jadinya... Kata dia lagi pengarah mengamuk... Ha??? Setahu saya pengarah baru ini bukan seperti yang lama dan rasa tidak percaya pula bila dia menyatakan begitu. Saya bukan orang yang suka menuduh tanpa usul periksa tetapi bila sudah diselidik itu dan ini...semuanya tak sama seperti yang dia beritahu.

Bukan saja saya yang marah, malah Along juga marah dan bengang. Kenapa dengan dia ye? Buat saya sakit hati pula. Takpe2, esok siaplah dia... Pagi2 lagi dah buat orang marah... Saya sempat ke klinik menemani adik ke4 saya yang mengeluh pergelangan tangan kirinya terseliuh selama 2 bulan... So dikesempatan yang ada itulah saya merisik2 perkara yang sebenar.

So, tidak ada apa yang kecoh cuma pengarah baru itu sedikit risau sahaja dengan keadaan tempat kami itu. Staf2 lain di klinik juga ada menyatakan yang pengarah baru itu langsung tidak marah atau apa2 cuma risau, itu sahaja... Nampak sangat kelainan pada dia sekarang ini. Saya sedang mencari2 mengapa dan kenapa dia boleh berubah laku sedrastik ini sekarang. Di kala kami2 memang sangat2 menghargai apapun yang dilakukannya. Itulah, setiap yang di atas tidak selamanya akan di atas, bukan?

Dan sekarang saya memang perlu ingatkan diri sendiri dan yang lain untuk tidak terlalu menyanjungi seseorang itu sangat tinggi agar dia tak leka dengan segala pujian atau tersasar dari landasan yang sebenar...

p/s: Dia itu adalah salah seorang staf yang selalu sibuk kesana kemari dan saya pernah menceritakan tentang dia di dalam blog saya ini...

Didy & Dimy
Latest picture of The Twins (Didy n Dimy)

Wanita dan kecantikannya (credit to http://anakkuwiraku.blogspot.com)

Published by HidayahYassin at 12:46 PG




Ada sesuatu yang ingin saya kongsikan bersama hari ini bagi menggantikan cite saya di hari ini... Mungkin malam nanti saya akan citekan kisah saya satu hari ini ye? Renungi apa yang terulis di bawah ye? Ini juga impian saya sebagai wanita Muslim...insyaAllah... Ameen!


Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi
seorang yang istimewa."

"Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia;
namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam
untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap
tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh
keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai
anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika
anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung
suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui
bahwa seorang suami yang baik takkan pernah
menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji
kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada
disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk
dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan."

Kecantikan seorang wanita bukanlah
dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya.

Kecantikan seorang wanita harus
dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya,
tempat dimana cinta itu ada."


Kirimkan Firman ini kepada setiap wanita yg anda kenali....
Anda akan menambah harga diri ciptaan Indah,wanita!
Kerana, Setiap Wanita itu Cantik

23 Februari 2008

Oh! Oh! Kamu ketahuan...

Published by HidayahYassin at 7:35 PG

Bila baca semula entri sebelum ni rase kelakar yang amat. Mana tidaknya, tengah2 sibuk menaip tiba2 teringat nak cite pasal impian sendiri kan... Macam2 impian yang terbuku sebenarnya dalam benak saya ni. Cumanya tak semua saya boleh kongsikan di sini untuk tatapan anda + saya tau takde pun yang sudi nak baca kot?

What ever pun tetap saya hendak menulis as long as saya tak melampaui batasan saya sebagai seorang manusia biasa. Rasa2 macam lebih selesa menggunakan pengganti diri --> Saya... Selagi saya rasa selesa, saya akan gunakan ganti diri ini...

Saya selalu suka lakukan sesuatu perkara mengikut keselesaan saya. Samalah seperti mencari kerja. Selepas beberapa kali bertukar kerja dan posisi akhirnya (mudah2an) saya temui apa yang sesuai dengan jiwa saya ini. Walaupun ianya bukanlah sesuatu bidang yang menjadi minat saya tetapi bak kata pepatah melayu "Belum Cuba, Belum Tahu", bukan? Berkat kesabaran selama beberapa bulan sejak memasuki bidang ini, saya dapat juga penuhi kehendak dan minat saya...

Antara gaji yang dibayar banyak & kerja yang membuatkan kita tidak selesa juga gaji yang dibayar sedikit tetapi kita suka dan selesa dengan apa yang kita buat...mana satu pilihan anda? Saya pernah mendengar topik ini diperbualkan di dalam salah satu siaran radio kegemaran ramai Hot.Fm.

Memang hangat topik ini dan saya samalah seperti Fara Fauzana yang memilih pilihan kedua tadi. Kalau gaji banyak, hati tak tenteram akan buat kita rasa takut, gusar dan gementar bilamana kita hendak melakukannya. Lain pula halnya bila kita memilih untuk bekerja dengan gaji yang sedikit (memang saya akui duit itu sangat penting) tetapi kita suka bilamana kita disuruh melakukan sesuatu kerja.

Mengapa pula topik ini yang menjadi perkara hangat saya hari ini? Sebab beberapa hari lepas, saya dan Along sempat berbual2 dengan pengarah baru (gantikan locum seorang Dr. yang terlupa locumnya hari itu)--->sambungannya ada di bawah ye? Semalam update...

Perkara yang membuatkan klinik kecoh selepas Maghrib semalam...

Waktu saya bekerja dengan Along semalam (22th Feb 08 – shift petang), bila mana Dr. Nora yang bertugas sewaktu hendak memeriksa suhu badan seorang kanak2 India, alatan yang biasanya digunakan Dr. Nora ialah Forehead Termometer hilang...lesap...lenyap. Macam2 yang kami fikirkan dan semuanya memikirkan perkara yang sama iaitu ianya telah dicuri oleh seseorang yang juga bertugas di klinik. Ha??? Rasanya baru beberapa hari lepas saya membaca cerita tentang kecurian di sebuah klinik di KL (from Dr. Azwan’s blog)... BTW, ianya tidak berlaku di dalam tetapi di hadapan klinik tersebut dan barang yang hilang adalah sebuah motosikal yang baru dibeli 2 bulan kepunyaan staf klinik tersebut. Tak ada rezekilah namanya tu kan?

Berbalik kepada "kecurian kecil" di atas... Mula2 Dr. Nora menelefon pengarah baru, Dr. Chandra. Dia hanya tergelak dan saya dapat bayangkan bagaimana dia gelak kerana mungkin padanya ianya sesuatu yang kelakar. Masakan tidak? Barang sekecil itupun boleh hilang? Dengan kontena2 nya sekali. Sudah tentu lagi pelik pada kami2 semua. Selepas beberapa lama (after Maghrib actually), saya pula menelefon Dr. Harun untuk bertanyakan hal yang sama. Mulanya selama 2 kali saya menelefon Dr. Harun tetapi tidak berjawab... Selepas beberapa ketika, telefon OPD berdering dan agakkan kami tepat...daripada Dr. Harun. Punyalah terkejut bila Dr. Harun menjawab “Dah tak boleh guna tu...jangan guna lagi, saya dah buang petang tadi”... Beristighfar saya sekejap... Saya membalas “Ya Allah, kenapa Dr. tak beritahu?”. “Dah tak boleh guna tu... Saya buanglah”. “Terkejut kitorang kat sini, Dr. Ada Dr. beritahu kak Marina ngan Safpna?”. “Tak...saya tak beritahu pun”. “Oklah Dr. Sorry ganggu... Assalamualaikum”. “Wa’alaikumsalam”.

Rasa nak marah atau nak gelak? Sila jawab dalam masa 3 saat ye? Tet............... Dah tamat. Saya memang nak marah tapi tak jadi tapi bukan sebab dia Dr. dan senior tapi sebab ianya telah dibuang dan tak perlu peningkan kepala lagi lepas ni. Nampaknya pengarah baru kenalah beli yang baru. Mudah dan tepat.

Ada pesakit yang tak suka Dr. periksa suhu badan menggunakan termometer yang dimasukkan di lubang telinga... Padahal bukan sakit pun... So, alternatif lain adalah dengan menggunakan termometer yang hilang itulah. Tapi sekarang, hayatnya pun dah tiada, Selamat Datang saya ucapkan kepada termometer baru... Welcome To Our Club! Bercerita pula mengenai pengarah baru ni, moga2 dia dapat lakukan yang terbaik dan bukan lagi bayangan dan sambungan dari pengarah lama. Kami dah tak sanggup lagi dan alhamdulillah nampaknya dia sangat2 memahami masalah kami2 semua serta as a doctor dan pernah locum di macam2 klinik pasti memang faham akan keadaan yang sedang berlaku ini.

Ya! Sebelum ini, saya dan semua memang sangat ‘dissapointed’ dengan keputusan Dato’ tentang pemilihan pengarah baru... Masakan tidak, dia bukanlah datangnya dari kalangan kami (Melayu). Dan kami bukan hendak menidakkan kebolehan atau apa2 sahaja tetapi anda semua tentu faham bukan? Tetapi bila melihat ada perubahan ke arah kebaikkan membuatkan kami setuju dengan pemilihan ini. Itu hak Dato’ sebagai empunya tempat ini. Dia boleh buat apa sahaja... 2 hari lepas, sempat saya dan Along berbual2 dan berbicara tentang pelbagai perkara yang semuanya mengenai klinik ini.

Dia cuba sedaya upaya dia untuk menaiktaraf klinik dan gaji2 kami. Dia juga seorang pekerja dan tahu yang gaji itu memang penting. Dengan pengarah baru ini ataupun dengan isterinya kami tidak takut2 atau lari2 dari berbual2 dengan mereka. Tidak seperti yang dulu tu... Jangankan nak bercakap, tahu dia datang pun sudah membuatkan kami rasa seperti bakal berlaku satu gempa bumi yang dahsyat... Dia akan membuat kekecohan di OPD dan seterusnya dia bahagian Admin. Sudahlah bercerita pasal pengarah lama tu. Menyampah pulak...

Oklah, ini juga dikira seperti masuk ke alam dan dunia yang baru bila kami terima macam2 perkara baru untuk meneruskan kehidupan kami semua seterusnya... Semua ni juga adalah berkat kesabaran kami jua... Alhamdulillah...

p/s: insyaAllah ade video baru yang sangat comel nak saya kongsikan di sini... Tapi kene minat izin tuannya dulu...(Dimy n Didy ditemubual oleh Babah mereka...nantikan ye?)

Kenapa Ni???

Published by HidayahYassin at 12:25 PG


Saya memang dah tak bengang lagi tapi bila saya masih gagal melakukan yang terbaik untuk blog saya, bengang tu datang balik mengganggu saya… Bengang dengan kebijaksanaan terlampau saya ni. Dah 3 kali saya lakukan kesalahan yang sama. Ianya umpama orang yang bodoh sombong lagak gayanya.

Saya dah pernah berkata dengan diri saya (maaf, saya memang suka berkata2 dengan diri saya) yang lepas ni taubat tak nak buat lagi. Tapi, untuk kesekian kalinya saya ulangi kesilapan yang sama. Saya memang patut marah dengan diri saya...

Oh ya, kalau ada yang tertanya-tanya kenapa saya sangat skema sejak 2-3 hari ni, ini adalah jawapan klise saya... Suka hati sayalah, ini kan blog saya dan ianya umum? Kalau nak baca, memanglah dipersilakan dan kalau tak sudi, sila nyahkan diri anda dari sini eh? Oh...tidak, saya tidak bermaksud hendak kurang ajar tapi itulah salah satu cara saya meluahkan perasaan saya. Biasanya saya akan bercerita dengan seseorang (tu sebablah saya sedang mencari ‘si dia’ yang sangat sudi dengar dan kongsi luahan2 saya selain dapat menjaga diri saya sebaiknya selama hidup bersama...semoga selamanya).

Tak semua insan di sekeliling saya, sudi nak dengar setiap luahan hati saya. Saya tahu bila mereka boring nak dengar apa yang saya nak cerita (bila potong2 cakap saya, muka pun nampak bosan). Saya akui saya sangat kesian sebab terpaksa dan dipaksa mendengar...mengukuhkan lagi bukti yang saya ini sangat mementingkan diri orangnya. Saat ini (4.00 am tepat), saya sedang menaip di dalam word kerana wayar penyambung Streamyx sangat pendek dan ia berada di ruang tamu kedua...

Impian saya, hendak menggunakan hall kedua sebagai tempat duduk saya dikelilingi sahabat2 dan saudara-mara saat2 saya diijabkabulkan... Ruang tamu utama pula akan menempatkan bakal teman hidup saya juga dikelilingi ahli keluarganya dan bakal abah mertua (which is my father) ‘si dia’ serta Tok Imam... Satu lagi, harapan saya sebagai satu2nya anak perempuan mak dan abah saya, abah mesti walikan saya... Sebelum antara saya, mak atau abah yang pergi selamanya nanti, saya harap impian ini akan dimakbulkan... Tidak ketinggalan, adik2 saya yang berempat itu juga saya wajibkan untuk iring kakak mereka yang satu ini sepanjang majlis berlangsung nanti...

Berangan2 saja kerjanya saya ini. Anda di luar sana, jangan gelakkan saya ye? (haip..kan saya kata jangan gelakkan saya?). Semua orang punya impian masing2...Kenapa pulak saya bercerita impian saya ni? Cuma nak kongsikan bersama2 anda sahaja... Seperti yang saya kata tadilah, ini impian saya so, biarlah saya dengan angan2 saya yang saya tak tahu akan makbul atau tidak... Impian tetap impian. Usaha juga kena ada bersama. Ya, saya sudah mulakan usaha saya tapi untuk lebih lanjut rasanya bukan urusan saya lagi melainkan berdoa kepadaNYA sentiasa. Tetapi saya perlu beringat dan tidak terlalu mengharap andai impian saya tidak dimakbulkan, saya mesti redha menerima sebarang kemungkinan. Ada hikmah disebalik segalanya dan ada yang lebih baik telah DIA janjikan untuk hambaNYA yang kerdil ini...

Memandangkan hari hampir pagi, saya nak labuhkan dulu tirai diari saya hari ni. Esok kalau berkesempatan, pasti saya akan mencoret lagi sambil2 membetulkan blog saya ini. Masih banyak lagi perkara2 yang saya tak tahu rupanya... Maafkan saya kerana telah banyak menyusahkan anda semua. Semoga saya akan lebih belajar dengan apa yang telah berlaku... Doakan saya sukses selalu ye?

21 Februari 2008

Saya Dah Tak Bengang Lagi...

Published by HidayahYassin at 9:44 PTG



Macam sedikit lega...kurang rasa marah kerana hal yang terjadi semalam. Saya sering berkata dengan diri sendiri "Selagi tak melampaui batas kesabaran seorang manusia biasa, saya tidak akan ambil pusing pun". Sebab saya tahu diri saya bagaimana orangnya... Sabar itu sudah tentu. Tetapi dengan adanya perkara-perkara sebegini akan membuatkan saya berfikir sambil melakukan kerja yang saya memang sering melakukan kesalahan dan saya akui itu. Saya tak mahu berlagak sombong atau mendabik dada dengan mengatakan "Akulah manusia paling bagus, semua orang sukakan aku, aku baik dan sebagainya". Rasa-rasanya menyampah tak dengar?

Saya sendiri menyampah. Apa-apapun yang mungkin saya cakap, semuanya dalam hati saja. Mungkin niat kita baik tapi penerimaan orang-orang yang mendengarnya? Jangan salah cakap, buruk padahnya nanti...;) (wah...sudah pandai saya ye? selalu menggunakan senyum itu?<--)

Saya memang mesti motivasikan diri sendiri... Dengan cara itu saya akan lebih lega dan bukan bermaksud untuk menyedapkan hati sendiri tapi ikut yang logik dan patutlah... Saya masih meminta pendapat orang-orang sekeliling dan utamanya EmAk saya yang tersayang itulah. Depan mak, saya tidak mampu meluahkan rase sayang ini tapi deep in my heart terlalu kuat rase itu... Sejak saya kecil lagi, mak selalu ingatkan supaya tidak ambil peduli pun dengan apa orang kata.

Sekarang ini lebih-lebih lagi saya sudah semakin dewasa, saya semakin faham maksud emak tu. Kalau asyik dengar je, apa kita dapat? Tak akan kemana-mana kita nanti sedangkan bila kita susah bukan orang-orang itu yang membantu...malah dikata pula nanti. Semalam pun mak masih mengatakan hal yang sama. Memang, itulah perkara yang memang saya buat pun walaupun Along ada suruh saya telefon pihak yang berdua itu. Malas pula saya dibuatnya... Bila pihak berdua tu nak bercakap sendiri, cakaplah supaya tidak menambah kekusutan kepala kita semua...

Malam semalam adalah hari pertama bekerja dengan pengarah. Nama pun doktor kan? Dia sendiri selalu berpesan, telefon dan beritahu sahaja pada dia bila ada mana-mana doktor yang membatalkan 'locum' di saat-saat akhir. Mungkin dia atau ada kawan yang lain akan memnggantikan. Tetapi semalam itu bukan hal membatalkan tetapi tersalah faham. Saya sendiri tidak faham dan nak percaya yang mana satu.

Bila dirisik semula saya agak seorang staf itu yang salah buat perjanjian. Nasib kami baik sebab doktor pengarah itu mahu datang dan menggantikan tempat doktor yang sepatutnya bertugas. Macam-macam perkara yang dapat kami bincangkan bersama-sama. Alhamdulillah dia hendak bertanya dan meminta pendapat kami. Dan dia sempat memuji keadaan klinik termasuk TuAn EmPuNyA tempat tersebut. Kata mereka, tempat kami bersih... Dia suka... Siap nak ambil gambar dan ditunjukkan contoh pada 2 cawangan yang lain.

Kamu lihat ada hikmah tak sebalik apa yang berlaku... Semoga doktor memahami apa yang berlaku dan bakal berlaku perkara yang lebih baik lagi selepas ni... Tq...

20 Februari 2008

Saya Sangat Bengang...

Published by HidayahYassin at 7:58 PG


Perasaan marah ni datang menerpa bila Along call beritahu yang our senior marahkan saya dan mengatakan saya ini KuRaNg AjAr... Please Take Note! Sejak pertama kali menghirup udara di atas bumiNYA ini, saya belum pernah buat sesuatu yang boleh diklasifikasikan sebagai KuRaNg AjAr... Tak tahu pulak saya kalau2 ADA tapi tak berterus terang dengan saya... Sebolehnya saya cuba lakukan apapun supaya tiada yang kategorikan saya sebagai yang tersebut...

Teringat pula kata-kata ex-bos saya yang dulu... Melayu ni kalau tak puas hati pada apa-apa, lebih suka diam dan akan membuatkan diorang bercakap-cakap di belakang kita... Nah! Dah terbukti pun. Lain pula halnya dengan bangsa lain eg; Indian, Chinese, English... Mereka ini akan terus terang tanpa selindung apa-apa... Terpulang pada kita sebagai penerima kritikan mereka.

Yang membuatkan saya lebih bengang tu pulak bila mereka yang mengatakan saya sebagai KuRaNg AjAr ini pulak tak mahu berterus terang (directly) bercakap dengan saya terus. Ini tidak, mereka telefon pula untuk mengadu dengan pihak tengah atau lebih mudah berkata sebagai OrAnG kEtIgA... Saya sangat bimbang sebab apa yang mereka cakap dan adukan kepada yang tengah ini dan sampaikan pula kepada supervisor saya akan bercanggah. Dan ini akan menyebabkan timbulnya pertengkaran dan pergaduhan dalaman. Kita di HQ ini selalu sahaja dipersalahkan...

Hanya disebabkan saya berterus terang pun menjadi masalah? Lebih baik saya berterus terang dari menipu, bukan? Tak dapat apa-apa faedah pun kalau menipu... Mungkin akan membuatkan orang lain tidak akan mempercayai saya lagi... Saya tak mahu berlaku begitu...

Sebenarnya ianya berkaitan dengan awal minggu ini... Bila senior di cawangan iTu (yang marahkan saya itulah), meminta ubat yang memang dah tak ada lagi di tempat kami. Ada pun hanya beberapa botol kecil (*** Eyedrops)... Lastly, dia minta saya sampaikan pada Fadhil untuk bercakap dengannya. Nada saya bercakap sama seperti biasa malah gembira je. Tak tahulah saya penerimaannya bagaimana? Mereka masih lagi ingat dan pk kami sorokkan ubat-ubatan dan tidak mahu berikan pada mereka. Sekarang ini, kami adalah mangsa ketidakpuashatian mereka. Saya tak tahu apalagi yang perlu kami lakukan untuk memuaskan hati dan perasaan mereka. Kata oRaNg TeNgAh mereka harapkan saya berkata begini "Sekejap ye, saya tengokkan ubat tu"...

Bayangkan, kalau ubat itu dah tentu-tentu memang tiada stok depan mata dan berpura-pura (sedangkan mereka tidak nampak pun) untuk mencari dengan harapan ubat itu ada untuk disampaikan pada mereka... Adakah mereka terima dengan perasaan yang suka? Saya yakin mereka akan lebih marah dan mengatakan ini "Lainkali kalau tak ada, beritahulah terus"... So? Kesimpulannya apa pula? Pening saya dan yang lain memikirkannya... Kami ni manusia biasa dan tak mampu hendak memenuhi semua kehendak dan tuntutan mereka sepenuhnya. sekadar yang boleh sajalah...

Memang hendak menguji kesabaran kami nampaknya. Cadangan yang kami memang nak ajukan pada Pengarah Baru ---> Hantar sahaja setiap cawangan itu seorang Pharmacist untuk mengambil tempahan ubat-ubatan untuk tidak menimbulkan rasa tak puas hati pada kami... Dah habis berikan ubat-ubat yang ada pun masih nak marah lagi... So, Dr. tolong dengar dan teliti cadangan kami ye? Fahamkan keadaan kami di sini... Dan tak perlulah Fadhil selalu untuk ke cawangan-cawangan dan menghantar bekalan-bekalan ubat...

p/s: Aghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!

19 Februari 2008

Putri Yang Terbuang...;(

Published by HidayahYassin at 7:37 PG


Yuna, sejak kecil selalu ingin membahagiakan ibunya. Ia pun tak menolak saat dojodohkan dengan miliuner bernama Carlos yang mempunyai dua istri. Namun Rima, ibu Yuna tak pernah puas, ia ingin memiliki seluruh kekayaan Carlos.


Yuna mengandung, inilah saat yang ditunggu Rima. Rima tahu bahwa Carlos mendambakan anak laki-laki. Dari dua istrinya, lima anaknya semua perempuan. Andai punya anak laki-laki, Carlos berjanji akan memperlakukannya bagai raja dan mewarisi seluruh kekayaannya. Sumpah ini yang diinginkan ibu Yuna.


Namun takdir berkata lain, Yuna melahirkan anak perempuan. Rima tak hilang akal, ia dapat kabar bahwa sopir Carlos, Yudi, melahirkan bayi laki-laki. Rima meminta Yudi menukar bayinya dengan imbalan sejumlah uang. Ia tak peduli meskipun istrinya, Asti, keberatan.


Karena dendam, Asti membuang bayi tersebut. Tak tanggung-tanggung, ia letakkan sang bayi di tong sampah di kompleks pelacuran. Asti kemudian mengadopsi bayi sepupunya. Bayi yang dibuang itu kemudian ditemukan oleh Susan, pelacur yang baru tobat. Susan memberi nama bayi itu Putri.

Carlos bangga dengan bayi itu, ia namakan Raja sebagai tanda ia akan memperlakukan istimewa anak lelakinya.


BERTAHUN-tahun rahasia ini hanya menjadi milik keluarga Carlos, Asti dan Susan. Putri tumbuh menjadi gadis pemberani dan cenderung tomboi. Sementara Raja menjadi anak lelaki yang banyak diidolakan cewek-cewek di sekolah. Raja tumbuh menjadi pemuda yang sombong dan keras kepala, ia selalu mendapat apa yang ia inginkan.


Putri harus membantu keuangan ibunya agar terlepas dari jeratan germo di kompleks pelacuran. Ia ingin ibunya berhenti menjadi pelacur. Dan Susan berjanji pada putrinya. Putri akhirnya bekerja sebagai tenaga pembersih di sekolah tempat Raja bersekolah. Di tempat inilah Putri dan Raja bertemu. Awalnya, pertemuan mereka terjadi dalam situasi saling tidak menyukai. Apalagi Putri berani menyiram Raja dengan air bekas mengepel lantai. Raja justru terkesan dengan keberanian Putri.


Tabitha adalah cewek yang berharap cinta Raja. Tabitha cemburu melihat Raja selalu menolong Putri. Itu sebabnya, Tabitha kerap mengganggu Putri.

Raja harus menemui kenyataan pahit saat ia mengikuti Putri. Putri ternyata tinggal di kompleks pelacuran. Lebih menyakitkan lagi ketika Raja tahu, Fabian – teman sekolahnya – memberi uang pada Putri. Raja salah sangka, ia mengira Putri menerima uang untuk kencan.


YUNA akhirnya memutuskan kembali mencari putrinya. Ia temui Yudi dan Asti. Keduanya menolak keinginan Yuna melihat putrinya. Namun Yudi berkeras bahwa mereka harus memperkenalkan Linda kepada Yuna. Linda adalah anak sepupu Asti. Linda bukanlah bayi Yuna. Yudi berharap ia bisa masuk dalam lingkar keluarga Carlos lewat Linda. Yudi dan Asti berharap bisa mendapatkan sebagian harta keluarga Carlos. Selain itu, Asti bisa setiap saat melihat Raja tumbuh.


Dari sinilah konflik menjadi makin pelik. Putri masih terus menghadapi hinaan Tabitha. Putri juga harus menghadapi Raja yang perlahan mulai mencintainya. Namun Raja juga diinginkan Tabitha dan Linda. Entah bagaimana sikap Carlos mengetahui bahwa Raja bukan anak kandungnya? Entah bagaimana pula Yuna akhirnya menemukan kembali putrinya? Atau bagaimana akal licik Yudi dan Asti yang ingin menguras harta Carlos? Ikuti terus kisah menarik serial TV PUTRI YANG TERBUANG.

Kalo korang salu tengok tv saluran PRIMA kat Astro mesti tau cite ni. Memula ingatkan bukan episod...alih2 nak habis tu (tak habis g cite) ade lak perkataan bersambung... tertulis kat last scene. Pelakon yang aku kenal hanya Rionaldo yang berlakon as Roby dalam sinetron Liontin tu. Dalam sinetron ni dia berlakos sebagai Raja. Best memulanya, sekarang dah tengah2 (rasenyelah) pun still maintain best...

Kisah ni bermula apabila Raja yang asal usulnya dari keluarga pemandu telah diambil dan ditukar untuk dijadikan sebagai anak Tuan Besar (which is his father's boss)... Sedey sey... Dah le baru seminggu lahir, tiba2 bapak dia sendiri amek untuk ditukar gara2 gila dan tamakkan duit. Anak asal Tuan Besar telah diambil oleh nenek bayi tu sendiri... Sebab dia perempuan. Bapak bayi perempuan ni pulak pernah kata kat mak dia yang bapak dia ni berkeinginan anak lelaki. Oops...the baby's name is Putri.

Bila dah tukar, mak sebenar Raja bengang la...alih2 dia amek Putri langsung diletakkan dalam tong sampah rumah pelacur... Akhirnya sorang perempuan yang kejenya selalu melayan lelaki ni tiba2 tah cemana terbukak tong tu then terkejut tengok ada baby dalam tu... Dengan kudrat yang ada, dia bela anak tu walaupun tak sekolah (tak silap la ;))... Sepatutnya umur2 macam ni (16 tahun kot...), dia ada kat sekolah n belaja tapi dia keje...keje pulak kat sekolah yang Raja belajar. Biasalah, nak dijadikan kisah kan?

Cite ni memang dapat menarik perhatian aku (setiap Isnin - Khamis jam 11.00 pm - 12.00 am) walaupun selalu kalo bukak je PRIMA mesti cite indon memanjang. Bukan ape, tetiap hari pun ada cite indon kat TV3, RTM1 atau RTM... Kadang2 macam menyampah jek. Makin mengarut dan melarat. Tapi cite ni rasenye realiti dan biasalah kan mesti ada selit2 yang fantasi2 sikit. Episod yang baru aku tengok tadik, mak angkat Raja yang tak sukakan Putri (padahal anak sendiri tau Putri tu...) mengugut dengan cara yang kasar. Pecahkan sume tingkap rumah sewa... Dah tu tuan rumah yang Putri ngan mak angkat dia tinggal tu pulak suh mak angkat Putri ni keje untuk ganti balik kerugian2 tu sume...

Kejam sungguh ini orang... Sampai sakit2 orang tu dan Putri yang tak boleh nak buat apa2 tu hanyalah menangis. Kalo dia halang, dia yang kene gantikan mak dia keje tapi mak angkat dia sangat2 baik hati, sanggup keje jugak semata2 takmo tengok anak angkat dia kene buat keje2 terkutuk tu.

Walaupun minggu ni keje shift petang, still aku leh layan cite ni... Lompat2 pun aku masih boleh ikuti episod2 baru... Setiap kali mula cite ni lagu yang menjadi latarbelakang cite ni adalah lagu kegemaran Zura - KeNaNgAn TeRiNdAh...

p/s: Nasib kami2 masih baik dan NeW dIrEcToR sedang berusaha untuk mempertahankan nasib kami2... BTW, ex-director tiba2 jadi minah sibuk nak tau memacam hal terbaru pasal klinik. Sori cik... Kami tak boleh, tak dapat, dihalang, tak dibenarkan (siap dengan peringatan dan amaran lagi tau) untuk melayan setiap pertanyaan cik berkaitan klinik ni. Dan kami tak perlu ikut arahan dan takut dengan apa2 pun yang cik suruh. Mungkin dah tak pandang cik lagi kot? (ikut pada apa yang pernah dia buat sebelum ni...). Kalo perangai tu semenggah tak hape le...ni, jangan harapkan yang baik2 dari kami2. Kami tak berdendam jauh sekali kecil hati TaPi kami takmo lah sibuk2 nak gtau apa2 perkembangan dan kami tak akan dan tak boleh layan dah kot? Tq 4 every single thing yang pernah cik buat... Kami2 takkan lupakan sedikit pun, insyaAllah...

18 Februari 2008

Aku Rindu Kamu!!!

Published by HidayahYassin at 6:22 PG

Normala... Norhaslinda... Noor Aida... Hidayah...? 3 N + 1 H? Gabungan 4 orang manusia... Bertemu dan bersahabat tanpa disangka... Tak ada yang pelik pun sebenarnya cuma hanya ingin menimbulkan suasana sedikit ceria pagi2 ni...

Tiba2 jek aku rindukan insan2 yang pernah bersama2 aku harungi hidup sebagai pelajar kolej khasnya. Sepanjang aku kenal ngan diorang, memacam yang kitorang kongsi sama2... Susah ke...senang ke... mesti sama2... Sampailah habis belajar. Bukan senang & mudah nak dapat kawan seramai ini yang sanggup nak lakukan ape je sama2...

Orang pertama sekali aku kenal antara diorang bertiga ni ialah Puan Normala ni. At 1st sight nampak sombong. Ikhlas dari hati aku... Dengan cermin mata pink dia...gaya dan lagaknya... Itulah, sebelum mengadili kita kenalah kenal dulu. Bila dah dapat peluang dekati dia dengan lebih lagi, alhamdulillah sampai sekarang persahabatan antara kitorang masih berterusan cuma dah lama tak jumpa... Mala ni sangat tak suka buang masa. Ada masanya dia tak boleh tidur semalaman dan aku tau nape... Tau2 sok pagi dia dah siapkan sarapan untuk kitorang... (masa dok rumah sewa). Mase g Pulau Indah (West Port - untuk belajar pasal Business dalam IT), dia siapkan bekal sandwich sardin pagi2 untuk semua yang mengikuti rombongan ngan Sir Azrin tanpa minta apa2 bayaran pun... Bakinya diberi dengan ikhlasnya pada Sir Azrin sebab sudi suh pemandu bas sekolah tu berhentikan kitorang kat apartment kitorang sewa tu...;)

Dan dari perkenalan antara aku n Mala membawa kepada perkenalan aku dengan Aida n As... Dua2 tu memang kawan, sekelas dan aku jumpa dan kenal diorang bila sama2 sambung untuk peringkat Diploma... Aida ni kecik je orangnya tapi bila dia nak marah...bebetul marah sampaikan aku pun leh gerun. Tapi, lum pernah sampai nak bergaduh lak ngan aku ni... Aida memang memahami. Dia pandai buat Biskut Batik dan ianya telah menjadi kegemaran aku...sedangkan sebelum2 tu aku hanya dengar je tanpa merasa atau melihat rupa bentuk biskut tu. Memang sedap kalo Aida yang buat...aku cakap jek, tup-tup bila balik kolej (masa ni dah pindah Pulau Indah) dia dah siapkan sebungkus Biskut Batik tu untuk aku. Special tak? Heheheh...

As pulak orangnya hitam manis dan sangat menjaga kulit dia supaya tak bertambah2 gelap dek kerana pancaran sinaran sang mentari yang hangat tu la... Habis satu botol, beli lagi...dan dia sangat pandai berjimat. RM100 dia boleh guna untuk 3 weeks tau. Aku tak tau cane dia manage tapi itulah dia As. Dan bila orang bercakap atau berdebat ngan dia mesti akhirnya terpaksa mengalah sebab dia seboleh mungkin akan cantas pe je yang dia rase tak puas hati ngan orang yang cakap tu. Sekarang dia kat PD, teruskan kursus dalam askar... Kitorang gelar dia Puan Prebet... Kah3x... Dan dia masih maintain camtu la n makin kuruih la ko eh?

Diam x diam... Pejam celik, pejam celik dah 5 tahun kitorang kenal. Macam2 dah kitorang lalui bersama2... Apa2pun kesusahan yang salah seorang dari kami ni hadapi insyaAllah akan ade yang menghulurkan tangan... Dengan erti kata lain, sama2 takmo dan tak sampai hati tengok orang lain susah... Alhamdulillah sepanjang aku hidup, aku telah ditemukan, dikurniakan dan dihadiahkan sahabat2 yang sangat baik untuk sama2 berada di samping aku... Tak lokek apa pun malah sentiasa sudi nak berkongsi macam2 sama2... Selalu aku harap kitorang akan selalu sesama walau apa pun jadi nanti.

Kenangan Terindah memang takkan aku lupakan sedikit pun malah makin kuat ingatan2 tu terhadap mereka bertiga ni. Aku ingat lagi bila Mala kata kat aku dia tak nak tawen padahal masa dia cakap ngan aku tu, 3 more days wedding dia. Keje gila agaknya? Nasib baik cuma main2...kalo bebetul, habislah... sebelum tu pas habis cite Labuna Labuni, Mala call nangis2 kata her hubby yang sekarang ni - Abg. Abbas minta break... Pastu last mission dia call nangis2 sebab Abg. Abbas tak balik2 rumah... Ni samalah ngan kes masa kat kolej dulu tu... Aku cuma cakap kat dia, sabar je jap g mesti dia balik. Then dia call gelak2 kata suami dia dah balik pun... See?


Pastu bila Aida call aku pepagi tanya cane nak delete akaun Friendster gara2 bergaduh ngan Along - her boyfriend la... Sebab Aida sibuk balas mesej dalam FS dari kawan lama dia... Kes jealous la tu... Aiyo... Pastu tah cemana, dia solve sendiri itu problem ma... As? Dia takdelah masalah2 macam ni dan dia pun lebey kurang aku gak. Tempat kongsi masalah dan tolong selesaikan pulak tu... PluS As masa tu lum punya sesapa n dia taklah ade masalah2 yang sama cam minah2 berdua tu. Samalah ngan aku ni... Selagi boleh bantu, kitorang mesti bantu seboleh mungkin...

Aku Rindu Kamu... Kau Ada Aku Dan Aku Punya Kamu... Semoga Allah memberkati hidup kita semua...dikurniakan kesihatan yang berpanjangan... Rezeki yang murah... Hidup yang sangat bermakna untuk kita semua... Amin!!!

16 Februari 2008

So lazy to update lor...

Published by HidayahYassin at 8:54 PG

Malasnya nak menaip...dah panjang berjela kang aku delete...rase2 cam banyak mengarut pulak bila pepanjang tu. Mengantuk tapi maleh nak tido... Malas jek aku ni... Tapi, aku memang tengah malas nak buat semua ni... Gagahkan jugak sebab memang rase dah lama tak menaip.

Macam2 nak aku tuliskan kat sini...macam2 nak aku cite kat sini...kegembiraan telah kembali menyinari hidup kami2 di klinik 4 the time begin n being insyaAllah... Berdoa sahaja agar selamanya begini dan berubah pun biar yang tidak menyakitkan kami2 semua...

Berita terbaru...uniform yang currently BluE bakal ditukar dengan warna PinK karer yang exactly it's not my favourite colour lor. Aku bukan penentang warna2 girly ni TAPI ianya hanyalah warna2 sampingan bila warna yang aku suko tak ado...kihkihkih3x.

Jujurnya aku rase dan berpendapat insan2 yang sangat2 addicted to the pink...sangat2 tulus...mulus...lembut...comey...hatinya...mudah terguris perasaannya... peranganya pun sangat lembut TAPI tetap bukan semuanya begitu... It's just my opinion jew...

Macam aku...(nak jugak...!) Aku sangat2 suka hijau (sampaikan jam baru tu pun hijau)... Kata orang la kan...uLangaN--> KaTa OranG... Hijau bererti kedamaian...tak suka perang...tak suka gado2...bukan makanan tau? Tak suka orang memarah tapi tak bererti kami2 yang sangat addicted to greeN colour ni takut kek orang...tak...cumanya kami sangat2 sukakan kEdAmaiaN... Itu jew...

K, la...ni untuk update sikit jew...akan ada yang terbaru sat2 g la...doakan kami2 tenang dan mudah lakukan apa pun yang bakal kami buat nanti... Sayonara semua...

13 Februari 2008

Good News... Maybe?

Published by HidayahYassin at 8:47 PG



Alhamdulillah, insyaAllah bakal terima pelbagai perkara baru yang sangat2 menarik perhatian kami2 semua. Harap2 sangat dengan pentadbiran baru ni akan buat kami semua bekerja dengan lebey tekun dan sentiasa bersemangat untuk melakukan pekerjaan kami... Ikhlas dan tenang...

Hari ni cam ade mood sikitla nak cita pasal perkara yang aku delay nak cite tu. FYI, pihak pengurusan telah sebulat suara mengumumkan yang CD tidak lagi duduk di atas kerusi empuk milik Dato' *tutttttttt*, tak pegang jawatan Pengarah dan takde kat sini lagi untuk mentadbir sebab dah dapat pengarah baru which is HE's iNdiAn... Ha??? Cuba ulang semula??? Korang sebut sendiri la... Nanti kata aku ni anti-perkauman pulak.

Mula2 terima berita ni rasa cam...alamak, ok...argh! tidak! Tapi itu semua seperti biasalah hanya berada dalam hati dan benak jek... Sampaikan baru teringat kat x-director. Boleh tak terpk nak cakap ngan CD jangan lah benti tapi dia ade benda lain yang lebey penting perlu diselesaikan...mengenai masa depan dia... *dia sambung belajar-law...degree*. Susah je nanti nak pk itu ini bila duduk atas kerusi pengarah n malam nak kene attend kelas belajar...

Semalam (12/02/08), Along macam biasa wakil cawangan g naik meeting. Keputusannya? Bila dah bebetul dilaksanakan, akan aku tuliskan kat sini. Sebab dengar jek, tak buat tak guna gak kan? Sebab dulu tu ngan pengarah lama, buek ponek den kobar an yo...langsung habuk pun takdo...kan dah buat orang kecewa?

Tiba2 mengantuk pulak mata ni. Hari ni (14/02/08), aku OT petang so...memerlukan tenaga yang banyak untuk bekerja. Tapi, kalo takde patient atau tak busy, aku buat kilang taik mate gak...tau dek pengarah baru abeslah...;)... BTW, keadaan klinik sekarang dah tak seindah dulu dek kerana penasihat pengarah yang tak tau-erti-cantik-dan-indah... Sakit ati ni sangat2. Dan bunga2an yang Along buat dah diberikan pada kami2 semua yang masih-lagi-minat-pada-keindahan. Payah orang tak suka cantik ni. Dia nak buat hutan rimba agaknya tu sebab suh tukar bunga2an plastik ngan yang idop punya. Humang aih? Apolah... Lantak an la...yang ponting kami semuo di bayar gaji...

Ngantuk la...nak tido...selamat pagi yek semua? Sabtu & Ahad kenelah siap sedia semua...OT 2 hari berturut2...

11 Februari 2008

Erm... Ok... Argh!

Published by HidayahYassin at 9:38 PG

Tadi masa kat klinik rasa cam banyak sangat benda nak cite tapi bila dah ngadap laptop ni macam takde mende pulak nak tulis... Sebenarnya mata ni nak katup dah tapi dipaksa jugak tahan... Dalam 2-3 hari lepas tah apehal mata ni susah sangat nak mengantuk. Pusing sana, golek sini tapi masih sama... Segar jek mata ni. Esoknya pun sama cuma semalam adalah hari paling bahagia sebab dapat kembali nikmat tido tu semula. Hari ni, baki2 kesegaran mata 2-3 hari lepas tu buat aku mengantuk pulak (ape aku repekkan ni???).

Sok, cuti minggu ni. Baru je cuti Sabtu lepas, ni cuti lagi dan siaplah bersilat sampai akhir minggu ni +Ahad ni keje sampai malam = OT sebab ganti staf cuti. Malas nak cite pasal pengurusan baru hari ni... Sebabnya sangat2 menyampahsssssss... Tapi yang buat aku rasa best sebab kaunter OPD bakal menggunakan PC (lawaknya...klinik2 lain dah lama guna semua kemudahan2 ni...tempat aku? entah le)... Memacam yang jadi satu hari ni n kalo tak sibuk, aku cite lah nanti2 jek. Tak larat nak ingat semua2 ni.

BTW, sekali nak update ni just nak kongsi memacam cerita gembira yang dah, sedang dan bakal berlaku dalam tahun ni la...

Tahniah buat sahabat2 yang sudah selamat melahirkan umat2 Nabi Muhammag SAW...

1. Mariya Ulfah @ Mar (Early Jan - 2nd Princess)
p/s: 1st princess (Nur Umairah Natasya - 1 year +-) tak sempat aku ziarah lagik...huhu!

2. Nor Aisyah @ Kak Aisyah (2th Feb 08 - 1st Princess)
p/s: Jumaat lepas - 8hb Feb ada kenduri Aqiqah...still aku tak sempat nak join sebab keje...

3. Norfazilah @ Noi (12st Jan 08 - 1st Princess)
p/s: dpt sms dari Noi ajak dtg tgk dia kat Kota Tinggi...lagi pulak aku tak sempat nak g...
Nurina Syazwani is her new family member name ni...


4. Nor Shaniza @ Aniz (1st Princess)
p/s: Ye2 sms tanya bila due date, alih2 dah nak habis pantang katanya... Nama the baby -
Khayra Qistina Balqis...;) btw, she's married to her lecturer masa kat yayasan dulu...hehe.

5. Haerani @ Rani - insyaAllah Early April ni...
p/s: Sampai ke sudah tak jugak jumpa ngan minah sorang ni... Hope so dpt jumpa b4 her
delivery...

6. Norhayati @ Nueq - insyaAllah akhir bulan Feb atau awal bulan Mac...
p/s: Reply sms ingatkan suh sediakan hadiah awal2... Bila aku sms tanya bila due
date...Amboi?


Tahniah untuk sahabat2 yang bakal mendirikan rumahtangga...

1. Shida @ sHidAy - bulan Mei ni insyaAllah...

2. Hawa @ Cik We - bulan Jun insyaAllah...

3. Zie- bulan Ogos insyaAllah...

4. Sepupu2 aku mak's side (adik-beradik) - bertunang awal bulan Mac ni (1 n
2hb)... Kawen awal tahun depan, insyaAllah...

5. Sepupu (abah's side) - kawen bulan Ogos ni, insyaAllah...

01 Februari 2008

New Watch...

Published by HidayahYassin at 8:58 PG

Alhamdulillah, finally dapat beli jam ni. Kira2 dah dekat 3 tahun mengidam jek. Kalo tak semalam (31th Jan 08) nak beli TAPI tak jadi sebab tgk kedai kat Jusco S2 tu cam nampak ekslusif sgt2...mesti charge lagi mahal... So, sempena dapat gaji tadi akhirnya aku beli gak ini jam (warnanya Ijo yek)... Aku sgt yakin kalo mahal tu tentu kualitasnya juga sgt bagus...tak gitu? So, kenalah jaga dengan baik. Macam yang mak salu kata kalo satu2 barang tu rosak kat tangan aku... "Yelah, bukan beli guna duit ko..."...

Sebenarnya tgh siapkan resume untuk abah ni... Tapi, tak habis buat lagik n mata pun dah makin nak tutup ni. Esok shift pagi... BTW, alhamdulillah n insyaAllah abah akan start jadi pensyarah muzik kat ASWARA... Last year ada gak tawaran dari UiTM tapi senyap macam tu jek. Kali ni, pihak ASWARA mintak resume n I assume insyaAllah berjalan seperti yang dirancang. Dulu2 abah memang ada gak mengajar students muzik tapi kejap2 jek. Aku tak dapat nak bayangkan macam mana abah mengajar... Entah ek? Ngan aku masa kecik2 dulu (darjah 3, okey) dah kene struggle untuk UPSR... Kunun2 jek tu tapi sudahnya? Lupakan je la. Tengok jelah kot2 satu hari nanti leh tgk macam mana abah mengajar? Tak sangka abah jadi pensyarah? Habiskan masa sebelum nak pencen ni ha...

Sok, habis keje aku update lagi la... CD Isnin ni insyaAllah quit dari kerusi Director n akan ada pihak pengurusan yang baru bakal menggantikan CD. Hope so semuanya bakal berlaku dan berjalan dengan baik sekali... Amin! Moga2 ada kenaikkan gaji... Itu yang penting sebab bulan ini bakal mendapat potongan SOCSO n KWSP (patutnya lepas 3 bulan tapi....entah le)... Eh, oklah... Aku out dulu, esok kalo tak sibuk aku continue eh?