rss feedResize Text
Twitter Follow Me

“jika kau ubah fikiran|aku kan setia menanti|jika kau perlukan teman|carilah di sini|jikau kau ubah fikiran|untuk jatuh cinta cinta lagi|yang pertama ke depan|jika kau ubah fikiran

13 April 2008

Saya dah jangka semua ni pasti berlaku...

Published by HidayahYassin at 9:28 PG

Seperti yang ku jangka terjadi... Hihihi...Huhuhu...Hahaha...Hohoho... Saya tahu, mula dari saya hantar surat berhenti itu pasti ada 'sesuatu' yang menanti saya keesokkan harinya... Nah! Bilamana petang selepas seharian bercuti semalamnya (9th April 2008), saya dikhabarkan bekerja malam *sambung selepas pukul 11 malam - OT la...*. Saya walau geram macam mana pun, apa je yang boleh saya lakukan selain merungut? Siapapun yang kenal rapat dengan saya pasti memberikan jawapan yang sama... Saya sangat pendiam *tengok tempat dan masa*, tak suka nak gaduh2 *dengan adik2 suka bergasaklah...*, lebih suka senyum je dari jawab...

Saya tau kalo saya cite sesuatu kat sini mesti orang kata saya sangat budus... Citenya begini, masa saya tengah sibuk2 tulis kat atas envelope ubat untuk diberi pada patient, si bini pengarah sibuk2 pulak selak tudung saya. Dia tengok rambut saya pendek... Saya ok lagi... Tiba2 dia kata bukaklah tudung ni sebab rambut U dah pendek... Eh? Melampaunya? Tapi saya masih diam dan senyum. Sebenarnya saya masih menanti saat2 saya bakal meninggalkan jejak2 saya di sana. Saya cuba bersabar untuk beberapa hari saja lagi ni. Saya hanya jawab yang saya suka bertudung. Dia memang suka campur adukkan hal2 agama dengan hal2 kerja. Dan banyak kali juga dia menyindir dan katakan yang orang2 Islam ni tak bagus di mata dia. Saya sedang fikirkan sesuatu yang boleh memberi impak paling besar supaya tindakan saya ini akan meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada mereka.

Biar dia tahu siapa saya. Semua itu bakal saya lakukan bila saya berhenti nanti. Kalau saya tak lakukan apa2pun nama saya juga bakal busuk di hati dia. Saya tahu itu sebab Along dan seorang senior saya juga sudah macam2 dituduhnya. Saya memang tahu dan nampak yang dia suami isteri *isteri dia lebih2 lagi* memang hendak melaga2kan kami semua ISLAM+MELAYU... Ada satu hari, sepasang suami isteri *patient* nak tumpang solat dan bila dia dan isterinya tahu, jawapan mereka? Hanya senyuman sindiran je yang kami nampak. Apa tu? Dia menyindir orang2 ISLAM yang solat. Sedangkan kami tak pernah langsung buruk2kan agama dia... Bilik solat yang dulunya terletak di belakang sudah tiada... Katanya semua kalau nak solat, solat di ofis sahaja. Kami yang staf ni bolehlah tapi bila dah malam siapa je yang ada? Mula2 sekali dia kata nak pindahkan bilik solat ke atas, saya sudah merasa sesuatu yang ganjil. Permulaan kepada sesuatu yang tak elok bakal berlaku. Jadi jugak bilik itu ditukar kepada bilik rehat doktor dimana dia suami isteri yang tidur di sana. Bukan bilik rehat doktor tapi bilik tidur dia dan isteri sebab kunci bilik hanya dia yang pegang...

Pandainya dia menyusun rancangan. Kami cuba nak tolong tapi lain pula yang kami dapat. Kata putus dari saya dan selalu saya katakan pada Along, dari menghamba-abdikan diri kat sana lebih baik kita keluarkan saja diri kita dari sana. Tak boleh silap sikit, ada je yang akan kena nanti kecualilah 2 orang INDIAN yang dia ambil bekerja itu. Depan kita punyalah manis berbicara tapi bila kat belakang, dia yang lebih2... Kuat mengadu rupanya dia ye? Tu sebablah sekarang ini saya lebih suka beralas bila bercakap dengan mereka berdua tu... Tunggu dan lihat je masanya nanti. Saya dah tak sabar nak menanti hari yang bakal berlangsung nanti... Apa hasilnya, tunggu je ye? Saya dah habis sabar dengan sikap2 dia berdua dan 2 orang staf *INDIAN yang dia sanjung2 sangat tu* lagi tu...

Jadual saya untuk hari2 terakhir saya di sana, saya bakal bertugas setiap hari kecuali pagi ini (7.00 am-3.00 pm) sambung (11.00 pm- 7.00 am), semuanya petang dan malam, malam ke pagi sampailah 24hb ni nanti. Dah lah itu hari terakhir saya, OT pulak tu... Wah3x... lemak banyak betul dia ni. Dan saya hanya bercuti pada Selasa ini sahaja! Bila saya khabarkan tentang jadual tersebut, dia geleng2 kepala dan kelihatan kononnya kesal dengan hasil kerja orang di atas. Saya dah tak percaya dengan lakonan2 tu lagi. Saya cuma katakan yang saya tak kisah dengan jadual tersebut. Kalau ikutkan hati memang saya protes sebab saya memang dah niat nak berhenti. Selalunya saya tak suka nak berdendam tapi bila melihat begini yang saya dapat akhirnya, jadi saya memang betul2 berdendam dengan dia dan semuanya (yang terlibat jek). Sengaja nak melaga2kan kami semua. Yang sebangsa dengan dia, ditatang bagai minyak yang penuh. Tengoklah nanti... Saya tak hadap pun dengan semua ni... Saya memang mesti lakukan sesuatu yang akan meninggalkan kesan sangat mendalam di hatinya nanti.

Semalam si isteri sibuk bertanya dengan saya sama ada saya benar2 hendak berhenti? Saya jawab memang saya dah lama nak berhenti. Dia dengar jawapan saya tapi dia sampaikan pada suami dia yang saya nak bekerja lagi. Puji2 sayalah, tanya saya kalau berhenti lepas ni saya nak kerja apa? Bila saya fikir2kan kembali, saya tahu jawapan yang sesuai ialah saya akan kerja dengan Along. Nak jugak tahu apa reaksinya nanti. Pastilah dia akan terasa tercabar nanti. Saya rasa perasaan kesian melihat wajah orang dah hilang dari dalam diri saya ni disebabkan oleh dia laki bini *ayat yang sedikit kasarlah*... Huhuhu... Semalam dia asyik *isterinya* katakan yang Along kata saya di belakang tapi saya tetap dah tak percaya dengan kata2 dia tu. Semuanya bohong belaka dan hendak melihat saya dan Along bergaduh. InsyaAllah saya masih tahu menilai mana kaca dan mana permata... Kelakarnya sebab dia seperti memperbodohkan dirinya sahaja...

Oklah, di kesempatan ini saya ingin menyampaikan ucapan Selamat Hari Ulang Tahun Ke-26 kepada Along! Tahniah Along. Semalam siap rancang lagi nak call Along and panggil anak2 Along *kembar* nyanyi sama2 untuk mama diorang ni. Tapi kembarnya tak bangun lagi...


To Along, tak ada apa yang dapat saya berikan dalam keadaan yang begini. Mencabar kesabaran kita sebenarnya ni. Harap sangat persahabatan kita *saya, Along, Zura n Fadhil* takkan putus sampai bila2 eh? Oh ya, terlupa pulak dengan encek pakcik Adi yang bakal bergelar Polis tu... Kita kenal kat sana dan disebabkan oleh pemerintah kuku besi yang bakal tumpul tu yang buat kita terpaksa berpisah sementara. Jangan lupa ambil saya bekerja dengan Along eh? Saya nak sama2 tolong Along. Macam2 yang ada kat kepala saya ni tau... Saya nak mintak maaf andainya sepanjang persahabatan kita, saya selalu je marah2, teremosi dengan Along, menengking, meninggi suara...kecilkan hati Along... Harap2 satu masa nanti Along baca apa yang saya tulis ni eh? Saya sayangkan persahabatan kita... Semoga berpanjangan sampai ke syurga abadan abada... Doakan saya cepat dapat jodoh dan realisasikan impian Along nak tengok saya kahwin satu masa nanti... Tak sabar2 nak buatkan hantaran untuk saya ye? InsyaAllah kalau dah Allah tulis begitu... Tq Along!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan