Akhirnya saya yang disenaraikan sebagai orang pertama memulakan tugas untuk 'siaran' 24 jam selamat menjalankan tugas. Hari pertama? Macam tajuk entri saya yang baru ni... Berhari-hari memikirkan bagaimana mahu menjalani hari yang bakal berlangsung nanti... Nah, sekarang untuk kali kedua saya telah selamat - alhamdulillah bekerja dengan pengarah yang berdua itu (suami isteri). Hari pertama (lagi?), tak ada patient langsung. Saya takut juga kalau-kalau ada apa-apa yang bakal berlaku nanti. Ramai orang dah beri peringatan dan sudahpun kami lanjutkan pada pengarah tapi...tiada tindakan yang cepat dan pantas. Perkara-perkara lain pula yang disibukkan malah didahulukan pula.
Ini antara perkara-perkara yang septutnya didahulukan sebelum membuat sesuatu. Merancang adalah lebih baik bukan? Ya, saya tahu mungkin adakalanya kami terlalu mahukan yang sempurna. Tak, kami tahu batas-batas seorang manusia biasa. Tiada yang sempurna melainkan DIA YANG SATU... Ok, saya listkan di bawah ye?
i) Tiada promosi melalui apa jua cara ie; segala macam media massa, media elektronik.
ii) Dah pernah ada pengalaman sebelum ini yang mana pengurusan dulu mahu mengadakan operasi 24 jam tapi tak lama lepas tu operasi seperti biasa sebab masalah-masalah yang telah saya nyatakan tadilah.
iii) Merungut pula bila bisnes tak jalan. Sekarang ni siapa yang rancang semua ni? Saya pasti semua ini pasti akan terjadi.
iv) Pengarah itu kata nak tengok dalam masa sebulan ni macam mana. Kalau tak ok macam mana? Saya pula cuma mahu melihat dalam minggu ini hingga minggu depan sahaja.
v) Isteri pengarah tanya-tanya kenapa tak ada patient datang. Saya katakan padanya, belum masanya lagi patient sakit mungkin? Tau apa respons dia? You sembahyang banyak-banyak, patient sakit and they will come. Apa tu? Minta yang bukan-bukan. Kita bukan menjual barang tapi kita nak ubat orang sakit.
vi) Ini pendapat kamilah... Tempat kami beroperasi sangatlah tak strategik. Sebelah kilang kayu yang sentiasa mengeluarkan habuk dari kayu-kayu tersebut.
vii) Patient mesti nak yang paling mudah, bukan? Biarlah perkhidmatan tak bagus tapi senang nak pergi.
Oklah, berhenti dari meminta yang bukan-bukan dari mereka yang tak mahu langsung terima pendapat malah dia mahu kita ikut 100% kata-kata dan arahannya padahal sebelum itu dia sendiri yang bertanya mana lebih baik atau mana lebih elok. Akhirnya kata putus kami, buatlah apapun yang anda suka. Kesabaran kami rasanya makin menghampiri batasannya... Mahukan keajaiban tak tahu bilakan muncul. Kami tetap berdoa sepanjang masa untuk menghadapi apa jua kemungkinan...
4 ulasan:
haih. mcm tersirat je maksudnye :P
banyak yang tersirat tu kak... pendam kan je...huhu
Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Monitor de LCD, I hope you enjoy. The address is http://monitor-de-lcd.blogspot.com. A hug.
Monitor de LCD--> tq for visiting my blog...huhuhu...
Catat Ulasan