rss feedResize Text
Twitter Follow Me

“jika kau ubah fikiran|aku kan setia menanti|jika kau perlukan teman|carilah di sini|jikau kau ubah fikiran|untuk jatuh cinta cinta lagi|yang pertama ke depan|jika kau ubah fikiran

21 April 2008

Sabar...

Published by HidayahYassin at 9:24 PG

2 hari lagi saya bakal meninggalkan jejak2 saya selama 7 bulan di klinik itu. Terpaksa dengan rela. Macam mana tu? Macam mana pun la... Semakin hari semuanya makin teruk. Hari2 terpaksa berdepan dengan dia berdua yang suka memburuk2an dan membusuk2an nama staf yang dah berhenti. Semua ini berulang kembali ketika bekerja dengan CD *ingat lagi?*... Betapa lebih busuknya hati dan perangai mereka berdua ini.

Sejak saya sangat geram dengan mereka berdua selalu saja saya memburukkan mereka pula tapi bukanlah apapun cuma meluahkan dengan cara begini adalah lebih baik dari memendam rasa... Sampaikan tiapkali saya dengar atau terima berita buruk dari sesiapa yang berkaitan pasti saya akan teringat Along... Dan jika tiada sesiapa saya akan berbual2 dengan Along mengkhabarkan tentang ini. Ya, saya juga risau dalam masa yang sama andai dia bosan mendengarnya. Yelah, siapa tahan bila orang asyik mengata tentang kita? Pulak tu orang lain pula yang menyampaikan... Tak Along seperti yang pernah saya katakan dulu saya nak Along tahu kebenarannya dan saya masih tahu akan batasannya. Kata orang 'mengadu domba' ini perlakuan buruk...

Apa cara yang boleh saya lakukan selain ini? Jika orang yang sudah menamatkan perkhidmatan dan ditamatkan perkhidmatan ini tiada, dengan mudah dan sombong serta angkuhnya dikata, dijaja namanya pada budak2 baru...saya yang masih tinggal 2 hari saja lagi ini juga sudah mula terkena tempiasnya. Menyindir pada mulanya. Menuduh pula saya di cawangan lain. Pernah mula2 dulu saya sangat kesal kerana bertukar pengarah yang bukan ISLAM. Bukan hendak menidakkan kebolehan mahupun keupayaan tapi dengan menggunakan nama ISLAM tetapi tidak dipraktikkan, apa guna dan bezanya?

Tapi sejak akhir2 ini saya sudah mula menunjukkan ketidakpuasanhati saya kepada mereka. Cuma diam dan lakukan apa jua kerja tanpa banyak bersuara dengan riak wajah yang sangat hampa. Hamap dengan perangai yang ditunjukkan. Benarlah apa yang pernah dikatakan oleh beberapa orang doktor *rakan sekerja* tentang perangai si pengarah ini... Kalau kita baik dengan orang, orang pasti akan baik dengan kita juga akhirnya. Saya nak bila saya keluar nanti biar mereka menyesal yang teramat sangat dengan apa yang telah dilakukan... Nampak sudah penyesalan tersebut cuma ego telah mengatasi segala2nya...

Setiap hari dipuji kaum + bangsa dia. Hardworking + fast learner... Apa2 je lah. Saya dengarkan sahaja. Daripada bising2 melawan tanpa faedah lebih baik saya diam kan? Diam tanpa lakukan apa2 tak ada gunanya tapi diam dengan lakukan apa2 je ada faedahnya. Sangat banyak sebenarnya. Memang berdendam saya ni kan? Kadang2 tak terfikir di akal yang orang sebijak mereka berdua akan lakukan perkara2 ini tapi inilah realiti yang terjadi... Saya sekarang hanya suka sindir-menyindir lebih2 lagi di depan si pengadu tu... Puas hati saya. Dia faham atau tak, lantaklah. Asalkan saya tahu itu adalah sedikit pengajaran untuk dia.

Depan kita kerja pun lebih teruk dari saya rasanya. Kenapa? Sebab pasal ubat2an pun masih nak merujuk kepada saya yang tidak berguna untuk dia pun. Semalam saya sempat pesan jangan ambil mudah je. Jangan nak suruh orang saja ingatkan dia yang ubat2 itu takde, ubat2 ini dah habis sedangkan sepatutnya dalam 2 minggu sahaja sudah boleh menghafal. Itulah tagging sebenarnya. Ada doktor2 locum bila dengar jawapan saya ini-dia hanya gelakkan sebab terperanjat yang pembantu klinik pun ada tagging? Sebulan pulak tu sedangkan di mana2 hospital hanya seminggu untuk doktor atau jururawat2...

Selepas ini insyaAllah dapat helakan nafas yang sangat panjang...semoga saya lebih lega selepas ini tanpa memikirkan apa2 pun tentang tempat yang telah memberi banyak...terlalu banyak pengalaman hinggakan kepada satu mimpi paling buruk pernah saya hadapi. Semuanya pengajaran untuk saya dan semua... Harap2 saya dapat jalani kehidupan saya dengan lebih baik lagi tanpa sebarang masalah dalaman seperti ini. Disebabkan peristiwa ini saya sangat kecewa dan kalau boleh tidak lagi mahu bekerja di dalam bidang perubatan seperti sekarang. Saya tak mahu berulang semua ini lagi...

Oh ye, doktor locum ada menyebut petang tadi andai bila2 dia ada buat locum di mana2 klinik dan kebetulan pula ada di antara kami yang sudah berhenti dan ingin bekerja di mana-mana klinik dia akan beritahu doktor atau pihak pengurusan tempat tersebut untuk tidak mengambil kami bekerja dengan mereka... Anda dapat lihat bukan? Betapa busuknya hati seorang doktor yang dianggap mulia sepertinya? Semua pesakit yang datang menemuinya memang tertipu dengannya... Rasa semakin menyampah pula... Tak sangka niatnya begitu. Periuk nasi orang kenapa perlu diusik? Hidup dia kami langsung tak pernah nak ambil tahu. Sangat cetek pemikiran dia sebagai seorang yang terpelajar itu.


Geram sangat hari ini dan esok yang bakal menjelang, tak tahulah apa pula yang perlu saya hadapi selama 8 jam itu? OT? Hanya 2-3 jam sahaja dan selepas waktu itu saya hanya perlu berlagak seperti seorang pesakit. Sebab menanti kepulangan seorang staf yang telah disabotaj dalam diam2 oleh pengarah itu... Tengok kan? Betapa busuknya perangai dia? Saya tahu itu dan dia memang tak suka staf yang suka menjawab *walaupun semuanya benar* dan staf yang banyak mulut... Kenapa? Sebab dia rasa terancam dengan staf2 yang berani ini. Setiap cawangan pasti ada seorang staf kaum + bangsa dia untuk dijadikan mata-mata dia dari jauh. Baik macam mana sekalipun dengan kita saya pasti mereka memang akan bersekongkol. Penat sikit diberi rehat yang panjang. Di manakah keadilannya? Sehinggakan saya dapat rasakan yang saya sedang melalui zaman Jepun dimana Tanah Melayu dijajah kala itu... Nak telefon kawan lama pun dihalang? Apa maksud dia? teruk dan besar sangatkah kesalahan kami ini? The point is the director + seluruh kaum dia yang ada di sana sangat takut dengan apa yang bakal berlaku di kemudian hari...

Kalau nak buat, dah lama kami buat tapi kami tunggu dan lihat dulu apa yang sedang difilemkan di sini...

Tadi sempat dia katakan di dalam bahasa Inggeris yang saya telah rosakkan segalanya *she's spoiled everything*... Saya tercengang dan terjerit "Ha?"... Tiba2 menyampuk pula doktor locum yang saya ceritakan tadi... "Ini cerita lainlah"... Takut ke yang saya faham apa yang dia katakan? Gerun juga kamu ya? Dia cuba katakan yang saya telah menceritakan tentang keburukan tempat ini hinggakan seorang staf baru berhenti secara tiba2 tanpa sebab... Cuba selidik dan fikirkan dalam kenapa dan mengapa dia lakukan demikian? Orang normal boleh fikir dengan baik semua ini. Tapi dia tetap tak mahu dengar apa jua yang cuba kami sampaikan dan sampai akhirnyalah dia akan terus begitu.

0 ulasan:

Catat Ulasan