rss feedResize Text
Twitter Follow Me

“jika kau ubah fikiran|aku kan setia menanti|jika kau perlukan teman|carilah di sini|jikau kau ubah fikiran|untuk jatuh cinta cinta lagi|yang pertama ke depan|jika kau ubah fikiran

29 April 2008

Kenangan Terindah!

Published by HidayahYassin at 7:45 PTG

Pagi2 tadi saya sempat edit sebuah klip yang dah lama niat dalam hati nak buat. Nak tak nak saya buat juga seberapa segera. Ini kira short clip je. Sebenarnya lebih panjang lagi saya nak buat sebab ada banyak "video" yang sempat saya rakamkan sepanjang saya bekerja di tempat itu. Semuanya kenangan2 yang memang takkan dapat diulang semula. Sangat manis setiap kenangan itu malah saya ada sedikit rasa menyesal sebab tak rakam setiap detik kenangan yang berlalu. Apa yang saya sendiri rasa perlu ketika itu sahaja yang saya rakam, selainnya hanya menyakitkan mata dan hati je.

Dalam klip ini pun dah hampir separuh yang terpaksa saya buang untuk tidak terlebih dari lagu yang saya selitkan sekali ini. Lagu "Kenangan Terindah" adalah lagu yang menjadi kegemaran kami semua. Dipendekkan cite, saya nak ajak anda2 semua enjoy je ngan persembahan klip pendek dari saya ni... Nak komen pun boleh sangat2... Tq!




-Kenangan Terindah-

Takziah...

Published by HidayahYassin at 12:16 PG

*diambil dari blog lain...*

Buat Faizal Ismail@FBI Hotfm...dan isteri Kak Lina serta anak perempuan mereka berdua - Kayna... Salam takziah di atas pemergian anak kedua mereka pagi tad (kalau tak silap sebab dengar pun masa bukak channel 8tv pagi tadi)... Adam Haikal Iman. Ingat lagi last week mase nak g keje *di tempat itulah*, saya mendengar Hotfm yang dikendalikan oleh Fafau dimana FBI sedang bercuti kerana waktu itu isterinya baru bersalin. FBI memberitahu bila Fafau call dia dari konti nama anaknya ini diberikan oleh anak perempuan mereka - Kayna... Pandai sungguh si kakak memberikan nama untuk si adik tapi apakan daya, hayat baby yang baru berusia 12 hari itu tidak lama dan DIA lebih menyayangi si adik itu. Kata orang, andai anak yang pergi dulu sebelum ibunya...syurga untuk ibunya sudah ditempah awal2... Wallahu'alam... Doakan saja mereka bertiga tabah dalam menghadapi saat2 getir seperti ini di ketika ini...

Sama2lah kita sedekahkan al-Fatihah buat arwah ye?

28 April 2008

Banyak Masa...

Published by HidayahYassin at 5:22 PG


*gambar yang diterima daripada Huda*


Disebabkan ketiadaan bahan2 untuk memulakan potongan pertama di atas sehelai kain sepanjang 4 meter itu maka saya dengan bangganya mengisytiharkan bahawa memotong kain hanya akan dimulakan esok hari insyaAllah... Jadi saya memang sedang punya masa yang banyak dan mak sempat menjengah tadi... Kata mak "Amboi akak, asek menghadap je"... Saya? Tersengih je... Itulah saya sebenarnya...

Walaupun kadang-kadang tak tau nak tulis tajuknya apa, saya tetap nak menaip jugak. Tak kiralah sama ada orang nak atau tak membaca tulisan2 saya ini... Yang penting dengan cara begini, saya dapat kongsikan perasaan saya setiapkali saya berhadapan dengan perkara baru. Stop dululah pasal kisah 'Jatuh Cinta' saya itu ye? Saya malas sudah untuk menyambungnya. Lain2 kali pun tak mengapa kan?

Tak ada apa sangat yang hendak saya ceritakan di sini cuma nak kongsikan rasa dari 'adik' saya yang seorang ini. Mula kenal dia melalui blog. Semuanya terjadi tiba2... Lupa pulak saya pada tarikh keramat yang telah 'menemukan' saya dengan dia. Bila dilihat kembali, betapa beruntungnya saya kerana selalu ditemukan dengan sahabat2 yang baik2 belaka, cantik2 pulak tu... Tak setanding pula dengan diri saya... Contohnya Imah dan adik saya ini... Namanya Adila tapi saya lebih kenal dengan panggilan Huda, itupun melalui blognya juga. Oh ya... Dia sebaya adik saya yang kedua itu...

Walaupun kami tidak langsung pernah berbual jauh sekali untuk ketemu *saya di Malaysia, dia di UK*, tapi selalu saja saya ini rasa dekat dengan dirinya. Adalah satu hari tu sewaktu menghadiri majlis pertunangan kakak sepupu sebelah mak, saya dapat panggilan dari seseorang *lelaki*... Ingatkan apalah...rupa2nya ada hadiah buat saya. Dan pengirimnya ialah Huda a.k.a. Adila... Tq a lot dik! Hadiahnya? Pernah saya selitkan tentang hadiah tersebut... Sebuah novel tulisan Faisal Tehrani. Lama tak lama jugaklah saya membacanya sambil memahami apa jua yang cuba disampaikan...

Ok, sempatlah juga saya mengganggu dia yang sedak sibuk dengan study kat UK sana tu... Saya memang suka ganggu dia... Asal saja saya on9, dia pun on9 memang saya akan ganggu punyalah. Tak percaya, tanyalah dia... Huhuhu... Saya tahu dia memang selalu sibuk dan bakal menamatkan study di sana dan bila pulang nanti akan menyambung study di sini *katanya akan menjadi guru*. Tahniah dari akak, dik! Kita sama2 tak punya kakak... Tapi Huda ada adik perempuan, tak macam akak ni. Tapi ini semua bukanlah sebab untuk akak tidak mensyukuri apa yang telah dikurniakan malah bangga punya adik lelaki yang ramai...

Oklah... Ini sahaja untuk adik saya yang seorang ni. Seorang lagi dah hilangkan dirilah... Saya dah jumpa tapi dia masih dengan dunianya sendiri... Biarlah kalau itu lebih membahagiakan hidupnya...

27 April 2008

Jatuh Cinta!

Published by HidayahYassin at 9:21 PTG


Akhirnya saya jatuh cinta tanpa apa-apa pandangan. Biasanya orang akan kata 'Jatuh Cinta Pandang Pertama' or 'Love At First Sight'... Tidak bagi saya... Sebab lepas beberapa bulan *mungkin tahun*, saya kenal sorang mamat ni...

Mulanya begini... Masa keje tempat lama dulu, tiba2 ada nombor missed call nombor saya. Saya mulanya hanya biarkan sahaja tapi bila dah masuk ke beberapa kali, saya akhirnya bertanya melalui sms siapakah gerangan orang disana. Boleh pulak jawapannya disuruh teka siapakah dia... Hello... Saya tak ada masa untuk semua itulah... Lepas tu barulah saya tahu siapakah dia *kalau dia jujurlah* dan apakah tujuan dia buat begitu... Konon2nya dia nak kenakan kawan dia yang katanya sama nama dengan saya, tempat tinggal juga sama, umur sama dan pendek kata semuanya sama belaka... Pelik atau tidak? Saya pelik sampailah ke hari ini.




Saya pulak terfikirkan seorang kawan yang namanya sama dengan mamat ini *jangan bimbang, nama anda telah saya rahsiakan BUAT MASA INI*... Jadi dengan lajunya saya pun menghantar sms kepada seorang kawan perempuan yang ketika itu masih bekerja bersama dengan kawan lelaki ini... Saya minta nombor telefon melalui kawan perempuan yang saya lebih selesa memanggilnya kakak. Then the boy reply my sms via his number. Eh? Nombornya tak sama jadi sangkaan saya meleset. Tapi saya tak bertanya apa-apa pun kepada kawan lelaki itu. Dan beberapa bulan selepas itu, mamat ini selalu missed call saya... Asal sikit tak ada orang lain, pasti nombor dia sahaja yang terpapar di skrin telefon bimbit saya... Sungguh skema ayat saya... Lepas berhenti dari syarikat tersebut, mamat ini masih lagi lakukan perkara yang sama...

Tapi perlakuannya sama macam chipsmore, sekejap ada, sekejap tak ada. Adakalanya bila saya pula yang cuba missed call dia, telefonnya seperti ditutup... Lepas tu on semula. Walaupun dia selalu je 'usik' saya dengan cara begitu, hati saya belum dan tak pernah pun terdetik rasa suka pada dia sebab saya masih lagi berpijak di atas bumi yang nyata.


Dipendekkan cite, tah macam mana mulanya minggu lepas *saat2 nak meninggalkan tempat bekerja itulah*, saya jadi mula rapat dengan dia tapi masih tiada lagi rasa suka tu... Pastu Sabtu baru2 ni leh ke dengan gilanya terima propose dari dia? Apa dah jadi dengan saya ni? Saya saja terima walaupun dalam hati hanya DIA je yang tahu... Tapi menjadi pasangan kepada orang yang kita tak pernah jumpa atau kenal dengan lanjutnya takkan mudah...nak2 orang seperti saya. Bukan saya tak percaya atau menidakkan bahawa ada juga orang lain yang melalui perkara yang sama seperti ini tapi saya masih tetap tak boleh teruskan semua ini...


*ada tak yang sudi hadiahkan saya seperti hadiah di atas ini? sempena hari lahir yang bakal menjelma... tak malu betul saya ni*

Petang itu saya keluar dengan mak. Nak mencari kasut asalnya... Tapi jumpa gak ngan kasut yang mak nak2kan tu. Terjumpa pulak dengan doktor locum yang punya 2 anak dara comey tu... Seorang anaknya selalu saja ikut dia bila dia locum di tempat saya bekerja itu *dulu*. Selepas bersembang2 *tak lama sangat tapi sempat cite benda2 penting + orang memang ramai sebab tengah sale masa tu*... Then lepas bayar2, gi section itu ini, keluar dari Jusco S2, kitorang ke Popular Bookstore + MPH Bookstore... Nak cari barang2 yang mak nak. Masa tulah si mamat ni sibuk missed call2 saya. Saya dah mula jelak dengan perangainya yang satu ini. Menyampah pulak saya bila dia begitu.

Selagi tak balas sms dia, selagi itulah dia akan missed call dan terus sms saya banyak2 kali. Akhirnya dalam kemarahan dan memang tak suka diperlakukan begitu, saya katakan yang saya tak boleh nak teruskan perhubungan ini. Bukan masalah apapun cuma saya tak percayakan diri saya, dia dan saya percaya pasti akan berlaku sesuatu yang akan menjadi mimpi buruk saya buat selama2nya andai saya terus2an melayan perasaan yang saya sendiri tak mahu ini. Pernah saya katakan dulu saya takkan buat kalau saya rasa saya tak mahu buat. Buat apa lakukan perkara yang diluar kehendak kita? Saya kalau buat keputusan memang masa tu jugak... Kebaikkan dan keburukkan? Kemudian cerita... Saya sms dia dan beritahu apa jua yang saya rasakan. Mahu atau tak dia memang kena terima. Saya dapat rasakan tak sepenuh hati pun semua yang dia mahukan...




Saya memang tiada pengalaman sendiri tetapi pengalaman kawan2 banyak membantu dan jua nasihat kawan2 baik memang selalu ada. Selepas saja keputusan dibuat, dia pun apalagi terus2an sms saya, voicemail lagu kepada saya. Macam2lah lagi. Saya tak mahu semua ini berlaku lagi walau memang itulah yang saya mahukan. Tapi dengan pengalaman yang sedikit inilah yang akan menjadi panduan hidup saya sampai bila2. Saya dengarkan aje lagu2 jiwang yang dia rakamkan untuk saya dengar. Saya balas yang saya sakit kepala dengar lagu2 jiwang ni semua. Tak, saya tidak berlagak atau sombong tapi rasanya saya tak bersedia untuk hadapi saat2 begini ketika ini. Alhamdulillah Allah bagi saya rasai pengalaman sebentar ini. Saya harapkan orang lain itu adalah mamat ini tapi tak mungkin ianya berlaku. Saya tahu tu... Dan akhirnya dia sms saya dengan mengingatkan kalau dia tak muncul2 lagi selepas ini jangan marah. Tak, saya tak marah malah dipersilakan anda untuk berbuat demikian. Siap dengan sms ugutan lagi, kalau dapat sms dari sesiapa tentang dia jangan menyesal. Tak, saya tak menyesal pun. Kalau dah Allah takdirkan nak buat macam mana? Saya dan dia tetap jua manusia biasa, takkan dapat menghalang kehendak Allah itu.

Saya balas untuk kali terakhir dengan pesanan jangan buat kerja bodohlah. Masing2 dah besar dan dah pandai fikir pun. Dan saya hanya terus sms dengan kawan2 lain dan sahabat saya yang seorang ini memang sentiasa saja ada masa bila2 saya perlukan nasihat dari dia. Tq Imah! Dia banyak ingatkan saya dan saya sangat kagumi dia + sayangkan dia... Saya jadi lupa dengan apa yang telah terjadi pada saya. Malamnya pula, mamat ini masih lagi sms saya tapi sms tu seolah2 bukan dari dia tapi saya tahu itu dia. Smsnya begini "Saya nak bgtau yang kawan awak xcdent"... Anda semua nak gelak guling2 ke nak gelak biasa2 je ke, nak senyum sambil tutup mulut ke, nak gelak gila2 baik punya? Saya bagi anda pilihan ni... Saya memilih untuk terus senyum dengan sms dia tu... Saya tak balas apa pun sebab pasti akan memalukan dia. Kalau ikutkan hati mahu saja saya balas begini "Teruk ke? Ada gaya2 nak mati ke? Atau ada patah apa2? Nak saya tolong atau tengok dari jauh je?". Kredit telefon pun saya cuma khaskan untuk sahabat tersayang jadi saya pun lupakan je... Then saya terus sms Imah. Imah kata "Lupakan saja mereka. Allah knows best"... Again, tq Imah... Tiba2 semalam pagi2 dia sms lagi... Kan betul? Dia memang sengal ubi. Kata accident? Tiba2 elok pulak? Ini bukan cerita cinta zaman Ali Setan atau Kekasih Awal & Akhir. Dia sms tanya macam2 dan untuk kesekian kalinya saya tak balas pun. Cuma tengok dan keluar dari inbox. Saya boleh berkawan lagi tapi bukan sekarang tapi mungkin dalam masa yang agak lama lagi. Biar hati saya pulih dulu dan hilangkan kegelian hati ini...

Dan hari ini dia tidak lagi mengganggu tapi tak tahulah di masa akan datang. Beginilah, andai dia adalah orang yang telah DIA takdirkan untuk menjadi pasangan hidup yang sah untuk saya selama2nya, bagaimana lagi boleh saya katakan? Itu semua tulisan takdir dari Allah kan? Selalu saja saya pohon yang terbaik dlaam hidup saya dan saya sememangnya redha dengan segalanya yang telah DIA tentukan. Ada hikmah di sebalik semua yang berlaku...

p/s: baru saja mamat itu sms saya...tanya dia ada buat salah ke? what ever...

Update!

Published by HidayahYassin at 2:44 PG

Selama beberapa hari ni tiba2 internet tak boleh guna... Internet memang connected tapi bila bukak je Mozilla Firefox & Internet Explorer langsung keluar tulisan Try Again... Banyak2 kali saya cuba tapi macam tu jugak keluar. Beberapa hari lepas tu saya masih cuba, sampai tertido2 jugaklah dibuatnya tapi masih lagi yang sama saya dapat...

Jumaat lepas, adik keempat saya balik dari U... Katanya kene format semula laptop ni... Sama jugak hasilnya selepas itu. Tapi entah macam mana tiba2 boleh pulak semalam sebelum AF mulakan konsert, internet boleh guna semula. Tak datang pun orang yang sepatutnya untuk membantu menyelesaikan masalah internet ni...

Cerita pasal Jumaat, dalam waktu makan tengah hari saya telah 'diraikan' dalam satu majlis kecil2an... Dia dan isterinya belanja makan Domino's Pizza... Masa makan ni saya teringat kat bos lama saya... Dia sekeluarga memang gemarkan pizza ini lebih daripada pizza Malaysia... Mungkin sebab lebih rangup berbanding pizza Malaysia yang biasanya lebih cheese... Huhuhu... Bak kata budak2 HR, dia dan isterinya memang mengharapkan ketiadaan saya lebih cepat tapi mengikut surat yang telah saya sampaikan, Jumaat adalah hari akhir saya di sana...

Kalau ikutkan, dia memang nakkan saya berhenti 24 jam...tak tahu pulak saya... Kalau tahu dah lama saya hantar notis 24 jam itu...huhuhu... Oh tidak, semua itu sudah lepas dan takkan berulang lagi... Saya harap selepas ini takkan ada lagi orang yang bekerja di sana menjadi mangsa keadaan seperti senior2 saya... Kasihan mereka semua, diperlakukan oleh manusia2 yang langsung tak ada rasa kasihan, tia perikemanusiaan...

Oh ya... Jumaat itu juga telah membawa saya kepada satu tempat yang tak pernah saya sangka2kan bilamana setelah menghantar ini mak orang *u know who you are, puan!*... Apa tu? Jalan yang digunakan setiap hari oleh staf2 yang berkhidmat di cawangan Seremban tempat saya bekerja *saya di Senawang*... Punyalah jauh gile... Kalaulah dia laki bini pergi dan bukak sikit mata tu tentu tahu bagaimana susahnya diorang nak ke Senawang atas kehendak dia laki bini. Bercakap memang mudah... Ye, bas ada tapi bukan dari tempat tinggal itu terus ke Senanwang...tak! Perlu ke Terminal dulu tunggu bas lain yang ke Senawang... &penat je terangkan kat sini...bukan dia faham pun*. Kalau dia laki bini pergi tengok pun belum tentu dia berdua setuju dengan kami tapi kalau BANGSA + KAUM dia wah...tak apa... Tak makan pun sanggup tolong belikan pulak tu.

Lepas2 ni bolehlah saya bercakap + menulis di sini mengenai dia laki bini dengan senang hati sebab saya tidak lagi terikat dengan dia berdua langsung... Tak perlu berbasa-basi lagi kan? Tak perlu kias2an lagi... Sekarang juga saya merasa tenang dengan apa yang sedang saya lakukan... Sepatutnya pagi ini saya dah mula mengukur kain tapi bahan2nya tinggal di KL tapi tengoklah petang ini kalau boleh dapatkan bahan2 tersebut *pembaris2nya saja*... Dan kalau ada semua tu petang atau malam ini saya sudah boleh mulakan semula kemahiran yang telah lama saya tinggalkan ini... Harapan saya agar saya tak lupa sangat semua yang telah saya belajar secara percuma ini... InsyaAllah!

22 April 2008

Alhamdulillah

Published by HidayahYassin at 6:49 PG


Tadi dalam pukul 20:19pm, dapat call dari kawan baik sejak Tingkatan 2 kat Serdang. Akhirnya penantian selama 5 hari, Rani selamat melahirkan baby lelaki - sempurna sifatnya dan sihat sekali...beratnya 3.5kg. Wow! Tahniah Rani... Inilah berita paling gembira yang sangat saya nanti2kan dari awak. Saya ada katakan dalam hati andai terima berita gembira ni saya akan terus ke rumah awak... Tapi mungkin dalam minggu depan kot sebab kita dah tinggal dekat macam dulu lagi...

Macam mimpi pun ada rasanya bila awak call saya beritahu berita gembira ni... Tak sabar nak tengok, peluk cium our new born baby... Sebab apa saya katakan macam mimpi? Sebab awaklah yang selalu menentang bila perkara kahwin ini dibangkitkan tapi akhirnya awak tetap mendahului saya... Macam2 yang kita lalui bersama2 kan? Saya teringat lagi macam mana kali pertama saya kenal awak... Bila budak2 kelas bisik2 kat saya cite yang buruk2 pasal awak *saya lebih dulu kenal awak sebelum diorang*, macam mana gembiranya saya bila awak bisik2 kat saya beritahu cik Burn *which is your husband now + father of your baby* nak masuk meminang awak...betapa saya rasakan oh! saya masih punya sahabat baik rupanya... then lepas SPM kita decide sama nak study kat mana *kali pertama study, awak tinggalkan saya sebab awak takmo resit paper lagi*... pastu awak ajak saya study lagi...menjahit *sekali lagi awak tinggalkan saya sebab dapat kerja kat IKM*... Tapi saya tak kisah sikit pun... Awak bagi jalan saya yang habiskan...

Sekarang ni awak dah pun jadi seorang Ibu... Saya selalu kena sedarkan diri saya yang kawan baik saya ni dah punya sebuah keluarga sendiri dan harapan serta doa saya, awak sentiasa bahagia dan gembira dengan semua ini... Saya taknak bila dah ada keluarga sendiri kita tak boleh macam dulu lagi... Persahabatan kita masih tetap kekal kan? Huhuhu... Saya selalu sayangkan awak + family awak + persahabatan kita = 11 Tahun... Tak sangka kan? Diam x diam rupa2nya...

Oklah Rani, terima kasih banyak2 sebab selalu ada bila saya perlukan awak...awak memang baik dan sangat suka tolong orang... BTW, sedikit2 perangai awak tu saya ikut tau... Apa dia, hanya DIA yang tahu... Doakan saya selalu tau? *awak tak g sini pun kan?*... Jaga diri awak, family + family baru awak baik2... Jumpa next week kalau saya sempat tau?

21 April 2008

Sabar...

Published by HidayahYassin at 9:24 PG

2 hari lagi saya bakal meninggalkan jejak2 saya selama 7 bulan di klinik itu. Terpaksa dengan rela. Macam mana tu? Macam mana pun la... Semakin hari semuanya makin teruk. Hari2 terpaksa berdepan dengan dia berdua yang suka memburuk2an dan membusuk2an nama staf yang dah berhenti. Semua ini berulang kembali ketika bekerja dengan CD *ingat lagi?*... Betapa lebih busuknya hati dan perangai mereka berdua ini.

Sejak saya sangat geram dengan mereka berdua selalu saja saya memburukkan mereka pula tapi bukanlah apapun cuma meluahkan dengan cara begini adalah lebih baik dari memendam rasa... Sampaikan tiapkali saya dengar atau terima berita buruk dari sesiapa yang berkaitan pasti saya akan teringat Along... Dan jika tiada sesiapa saya akan berbual2 dengan Along mengkhabarkan tentang ini. Ya, saya juga risau dalam masa yang sama andai dia bosan mendengarnya. Yelah, siapa tahan bila orang asyik mengata tentang kita? Pulak tu orang lain pula yang menyampaikan... Tak Along seperti yang pernah saya katakan dulu saya nak Along tahu kebenarannya dan saya masih tahu akan batasannya. Kata orang 'mengadu domba' ini perlakuan buruk...

Apa cara yang boleh saya lakukan selain ini? Jika orang yang sudah menamatkan perkhidmatan dan ditamatkan perkhidmatan ini tiada, dengan mudah dan sombong serta angkuhnya dikata, dijaja namanya pada budak2 baru...saya yang masih tinggal 2 hari saja lagi ini juga sudah mula terkena tempiasnya. Menyindir pada mulanya. Menuduh pula saya di cawangan lain. Pernah mula2 dulu saya sangat kesal kerana bertukar pengarah yang bukan ISLAM. Bukan hendak menidakkan kebolehan mahupun keupayaan tapi dengan menggunakan nama ISLAM tetapi tidak dipraktikkan, apa guna dan bezanya?

Tapi sejak akhir2 ini saya sudah mula menunjukkan ketidakpuasanhati saya kepada mereka. Cuma diam dan lakukan apa jua kerja tanpa banyak bersuara dengan riak wajah yang sangat hampa. Hamap dengan perangai yang ditunjukkan. Benarlah apa yang pernah dikatakan oleh beberapa orang doktor *rakan sekerja* tentang perangai si pengarah ini... Kalau kita baik dengan orang, orang pasti akan baik dengan kita juga akhirnya. Saya nak bila saya keluar nanti biar mereka menyesal yang teramat sangat dengan apa yang telah dilakukan... Nampak sudah penyesalan tersebut cuma ego telah mengatasi segala2nya...

Setiap hari dipuji kaum + bangsa dia. Hardworking + fast learner... Apa2 je lah. Saya dengarkan sahaja. Daripada bising2 melawan tanpa faedah lebih baik saya diam kan? Diam tanpa lakukan apa2 tak ada gunanya tapi diam dengan lakukan apa2 je ada faedahnya. Sangat banyak sebenarnya. Memang berdendam saya ni kan? Kadang2 tak terfikir di akal yang orang sebijak mereka berdua akan lakukan perkara2 ini tapi inilah realiti yang terjadi... Saya sekarang hanya suka sindir-menyindir lebih2 lagi di depan si pengadu tu... Puas hati saya. Dia faham atau tak, lantaklah. Asalkan saya tahu itu adalah sedikit pengajaran untuk dia.

Depan kita kerja pun lebih teruk dari saya rasanya. Kenapa? Sebab pasal ubat2an pun masih nak merujuk kepada saya yang tidak berguna untuk dia pun. Semalam saya sempat pesan jangan ambil mudah je. Jangan nak suruh orang saja ingatkan dia yang ubat2 itu takde, ubat2 ini dah habis sedangkan sepatutnya dalam 2 minggu sahaja sudah boleh menghafal. Itulah tagging sebenarnya. Ada doktor2 locum bila dengar jawapan saya ini-dia hanya gelakkan sebab terperanjat yang pembantu klinik pun ada tagging? Sebulan pulak tu sedangkan di mana2 hospital hanya seminggu untuk doktor atau jururawat2...

Selepas ini insyaAllah dapat helakan nafas yang sangat panjang...semoga saya lebih lega selepas ini tanpa memikirkan apa2 pun tentang tempat yang telah memberi banyak...terlalu banyak pengalaman hinggakan kepada satu mimpi paling buruk pernah saya hadapi. Semuanya pengajaran untuk saya dan semua... Harap2 saya dapat jalani kehidupan saya dengan lebih baik lagi tanpa sebarang masalah dalaman seperti ini. Disebabkan peristiwa ini saya sangat kecewa dan kalau boleh tidak lagi mahu bekerja di dalam bidang perubatan seperti sekarang. Saya tak mahu berulang semua ini lagi...

Oh ye, doktor locum ada menyebut petang tadi andai bila2 dia ada buat locum di mana2 klinik dan kebetulan pula ada di antara kami yang sudah berhenti dan ingin bekerja di mana-mana klinik dia akan beritahu doktor atau pihak pengurusan tempat tersebut untuk tidak mengambil kami bekerja dengan mereka... Anda dapat lihat bukan? Betapa busuknya hati seorang doktor yang dianggap mulia sepertinya? Semua pesakit yang datang menemuinya memang tertipu dengannya... Rasa semakin menyampah pula... Tak sangka niatnya begitu. Periuk nasi orang kenapa perlu diusik? Hidup dia kami langsung tak pernah nak ambil tahu. Sangat cetek pemikiran dia sebagai seorang yang terpelajar itu.


Geram sangat hari ini dan esok yang bakal menjelang, tak tahulah apa pula yang perlu saya hadapi selama 8 jam itu? OT? Hanya 2-3 jam sahaja dan selepas waktu itu saya hanya perlu berlagak seperti seorang pesakit. Sebab menanti kepulangan seorang staf yang telah disabotaj dalam diam2 oleh pengarah itu... Tengok kan? Betapa busuknya perangai dia? Saya tahu itu dan dia memang tak suka staf yang suka menjawab *walaupun semuanya benar* dan staf yang banyak mulut... Kenapa? Sebab dia rasa terancam dengan staf2 yang berani ini. Setiap cawangan pasti ada seorang staf kaum + bangsa dia untuk dijadikan mata-mata dia dari jauh. Baik macam mana sekalipun dengan kita saya pasti mereka memang akan bersekongkol. Penat sikit diberi rehat yang panjang. Di manakah keadilannya? Sehinggakan saya dapat rasakan yang saya sedang melalui zaman Jepun dimana Tanah Melayu dijajah kala itu... Nak telefon kawan lama pun dihalang? Apa maksud dia? teruk dan besar sangatkah kesalahan kami ini? The point is the director + seluruh kaum dia yang ada di sana sangat takut dengan apa yang bakal berlaku di kemudian hari...

Kalau nak buat, dah lama kami buat tapi kami tunggu dan lihat dulu apa yang sedang difilemkan di sini...

Tadi sempat dia katakan di dalam bahasa Inggeris yang saya telah rosakkan segalanya *she's spoiled everything*... Saya tercengang dan terjerit "Ha?"... Tiba2 menyampuk pula doktor locum yang saya ceritakan tadi... "Ini cerita lainlah"... Takut ke yang saya faham apa yang dia katakan? Gerun juga kamu ya? Dia cuba katakan yang saya telah menceritakan tentang keburukan tempat ini hinggakan seorang staf baru berhenti secara tiba2 tanpa sebab... Cuba selidik dan fikirkan dalam kenapa dan mengapa dia lakukan demikian? Orang normal boleh fikir dengan baik semua ini. Tapi dia tetap tak mahu dengar apa jua yang cuba kami sampaikan dan sampai akhirnyalah dia akan terus begitu.

13 April 2008

Saya dah jangka semua ni pasti berlaku...

Published by HidayahYassin at 9:28 PG

Seperti yang ku jangka terjadi... Hihihi...Huhuhu...Hahaha...Hohoho... Saya tahu, mula dari saya hantar surat berhenti itu pasti ada 'sesuatu' yang menanti saya keesokkan harinya... Nah! Bilamana petang selepas seharian bercuti semalamnya (9th April 2008), saya dikhabarkan bekerja malam *sambung selepas pukul 11 malam - OT la...*. Saya walau geram macam mana pun, apa je yang boleh saya lakukan selain merungut? Siapapun yang kenal rapat dengan saya pasti memberikan jawapan yang sama... Saya sangat pendiam *tengok tempat dan masa*, tak suka nak gaduh2 *dengan adik2 suka bergasaklah...*, lebih suka senyum je dari jawab...

Saya tau kalo saya cite sesuatu kat sini mesti orang kata saya sangat budus... Citenya begini, masa saya tengah sibuk2 tulis kat atas envelope ubat untuk diberi pada patient, si bini pengarah sibuk2 pulak selak tudung saya. Dia tengok rambut saya pendek... Saya ok lagi... Tiba2 dia kata bukaklah tudung ni sebab rambut U dah pendek... Eh? Melampaunya? Tapi saya masih diam dan senyum. Sebenarnya saya masih menanti saat2 saya bakal meninggalkan jejak2 saya di sana. Saya cuba bersabar untuk beberapa hari saja lagi ni. Saya hanya jawab yang saya suka bertudung. Dia memang suka campur adukkan hal2 agama dengan hal2 kerja. Dan banyak kali juga dia menyindir dan katakan yang orang2 Islam ni tak bagus di mata dia. Saya sedang fikirkan sesuatu yang boleh memberi impak paling besar supaya tindakan saya ini akan meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada mereka.

Biar dia tahu siapa saya. Semua itu bakal saya lakukan bila saya berhenti nanti. Kalau saya tak lakukan apa2pun nama saya juga bakal busuk di hati dia. Saya tahu itu sebab Along dan seorang senior saya juga sudah macam2 dituduhnya. Saya memang tahu dan nampak yang dia suami isteri *isteri dia lebih2 lagi* memang hendak melaga2kan kami semua ISLAM+MELAYU... Ada satu hari, sepasang suami isteri *patient* nak tumpang solat dan bila dia dan isterinya tahu, jawapan mereka? Hanya senyuman sindiran je yang kami nampak. Apa tu? Dia menyindir orang2 ISLAM yang solat. Sedangkan kami tak pernah langsung buruk2kan agama dia... Bilik solat yang dulunya terletak di belakang sudah tiada... Katanya semua kalau nak solat, solat di ofis sahaja. Kami yang staf ni bolehlah tapi bila dah malam siapa je yang ada? Mula2 sekali dia kata nak pindahkan bilik solat ke atas, saya sudah merasa sesuatu yang ganjil. Permulaan kepada sesuatu yang tak elok bakal berlaku. Jadi jugak bilik itu ditukar kepada bilik rehat doktor dimana dia suami isteri yang tidur di sana. Bukan bilik rehat doktor tapi bilik tidur dia dan isteri sebab kunci bilik hanya dia yang pegang...

Pandainya dia menyusun rancangan. Kami cuba nak tolong tapi lain pula yang kami dapat. Kata putus dari saya dan selalu saya katakan pada Along, dari menghamba-abdikan diri kat sana lebih baik kita keluarkan saja diri kita dari sana. Tak boleh silap sikit, ada je yang akan kena nanti kecualilah 2 orang INDIAN yang dia ambil bekerja itu. Depan kita punyalah manis berbicara tapi bila kat belakang, dia yang lebih2... Kuat mengadu rupanya dia ye? Tu sebablah sekarang ini saya lebih suka beralas bila bercakap dengan mereka berdua tu... Tunggu dan lihat je masanya nanti. Saya dah tak sabar nak menanti hari yang bakal berlangsung nanti... Apa hasilnya, tunggu je ye? Saya dah habis sabar dengan sikap2 dia berdua dan 2 orang staf *INDIAN yang dia sanjung2 sangat tu* lagi tu...

Jadual saya untuk hari2 terakhir saya di sana, saya bakal bertugas setiap hari kecuali pagi ini (7.00 am-3.00 pm) sambung (11.00 pm- 7.00 am), semuanya petang dan malam, malam ke pagi sampailah 24hb ni nanti. Dah lah itu hari terakhir saya, OT pulak tu... Wah3x... lemak banyak betul dia ni. Dan saya hanya bercuti pada Selasa ini sahaja! Bila saya khabarkan tentang jadual tersebut, dia geleng2 kepala dan kelihatan kononnya kesal dengan hasil kerja orang di atas. Saya dah tak percaya dengan lakonan2 tu lagi. Saya cuma katakan yang saya tak kisah dengan jadual tersebut. Kalau ikutkan hati memang saya protes sebab saya memang dah niat nak berhenti. Selalunya saya tak suka nak berdendam tapi bila melihat begini yang saya dapat akhirnya, jadi saya memang betul2 berdendam dengan dia dan semuanya (yang terlibat jek). Sengaja nak melaga2kan kami semua. Yang sebangsa dengan dia, ditatang bagai minyak yang penuh. Tengoklah nanti... Saya tak hadap pun dengan semua ni... Saya memang mesti lakukan sesuatu yang akan meninggalkan kesan sangat mendalam di hatinya nanti.

Semalam si isteri sibuk bertanya dengan saya sama ada saya benar2 hendak berhenti? Saya jawab memang saya dah lama nak berhenti. Dia dengar jawapan saya tapi dia sampaikan pada suami dia yang saya nak bekerja lagi. Puji2 sayalah, tanya saya kalau berhenti lepas ni saya nak kerja apa? Bila saya fikir2kan kembali, saya tahu jawapan yang sesuai ialah saya akan kerja dengan Along. Nak jugak tahu apa reaksinya nanti. Pastilah dia akan terasa tercabar nanti. Saya rasa perasaan kesian melihat wajah orang dah hilang dari dalam diri saya ni disebabkan oleh dia laki bini *ayat yang sedikit kasarlah*... Huhuhu... Semalam dia asyik *isterinya* katakan yang Along kata saya di belakang tapi saya tetap dah tak percaya dengan kata2 dia tu. Semuanya bohong belaka dan hendak melihat saya dan Along bergaduh. InsyaAllah saya masih tahu menilai mana kaca dan mana permata... Kelakarnya sebab dia seperti memperbodohkan dirinya sahaja...

Oklah, di kesempatan ini saya ingin menyampaikan ucapan Selamat Hari Ulang Tahun Ke-26 kepada Along! Tahniah Along. Semalam siap rancang lagi nak call Along and panggil anak2 Along *kembar* nyanyi sama2 untuk mama diorang ni. Tapi kembarnya tak bangun lagi...


To Along, tak ada apa yang dapat saya berikan dalam keadaan yang begini. Mencabar kesabaran kita sebenarnya ni. Harap sangat persahabatan kita *saya, Along, Zura n Fadhil* takkan putus sampai bila2 eh? Oh ya, terlupa pulak dengan encek pakcik Adi yang bakal bergelar Polis tu... Kita kenal kat sana dan disebabkan oleh pemerintah kuku besi yang bakal tumpul tu yang buat kita terpaksa berpisah sementara. Jangan lupa ambil saya bekerja dengan Along eh? Saya nak sama2 tolong Along. Macam2 yang ada kat kepala saya ni tau... Saya nak mintak maaf andainya sepanjang persahabatan kita, saya selalu je marah2, teremosi dengan Along, menengking, meninggi suara...kecilkan hati Along... Harap2 satu masa nanti Along baca apa yang saya tulis ni eh? Saya sayangkan persahabatan kita... Semoga berpanjangan sampai ke syurga abadan abada... Doakan saya cepat dapat jodoh dan realisasikan impian Along nak tengok saya kahwin satu masa nanti... Tak sabar2 nak buatkan hantaran untuk saya ye? InsyaAllah kalau dah Allah tulis begitu... Tq Along!!!

10 April 2008

Hohoho... Akhirnya saya 'free'

Published by HidayahYassin at 10:08 PG

Serasa mau terbang jek sekarang ni... Serasa dunia ni saya punya seorang *tolong sedar diri ye cik hidayah?*... Kenapa yek? Kelmarin dengan semangat yang tinggi dicampur dengan rasa sangat sakit hatinya saya pada dia yang saya sebut2kan sebelum ni, saya telah menghantar surat penamatan perkhidmatan saya 'by hand' kepada yang sepatutnya untuk dibaca oleh dia-encek pengarah tu la... Dengan harapan orang tengah itu takkan membukanya dulu TAPI seperti yang saya hagaklah... Saya tau orang tengah itu pasti akan merasmikannya dulu. Dimana kejujuran dan amanahnya orang tengah tu eh? Tak apa, saya sendiri lupa nak ingatkan. Asalkan saya puas dengan cara begitu. Dari bertekak dan takkan dapat apa-apapun kata putus lebih baik saya tamatkan perkhidmatan saya sendiri. Tapi ini bukan bererti kalah tapi kemenangan untuk saya dan orang2 lain. Kasihan pada yang tertindas...

Bangga sungguh dia *utamanya isteri dia* menyatakan dia punya pengganti kami yang baru. Bijak mungkin? Atau lebih pandai dari kami agaknya. Rasanya apa yang telah kami mulakan pasti takkan berterusan malah akan dibuang segala memori yang terpahat. Saya yakin dengan pasti. Orang kalau dah benci kan? Apapun sanggup dibuat. Setakat ini, saya tak dapat nak tulis banyak2 sebab saya masih punya baki 13 hari lagi untuk mencukupkan waktu bagi menamatkan perkhidmatan saya di sana. Sudah lebih 6 bulan saya berkhidmat, makin macam2 pulak yang jadi. Sebagai manusia biasa tetap saya punya batasan kesabaran. Sudah lama saya tahankan dengan harapan yang sangat besar untuk membantu dan menolong tapi lain pulak yang kita semua ni dapat. So, lebih baik saya angkat kaki.

p/s: sekarang ni lagi PARAH sebab sikit2 diancam andai tidak mengikut apa sahaja yang diminta. saya rasa dah macam duduk di zaman jepun pulak...

08 April 2008

Hepi Belated 54th Besday Mak! + Saya sangat bosan!!!

Published by HidayahYassin at 10:00 PG

1st of all... Besday wishes untuk Mak saya... Tadi hadiah yang saya beli untuk mak through internet sampai then bila balik, saya pun sampaikan pada Mak... Lamaaaaaaaaaaaaa sangat tak bagi Mak apa2...

Apa2pun kita harap mak sihat selalu *Mak memang pandai jaga kesihatan...huhu* Tq sebab lahirkan kita ngan adik2, jaga kita ngan adik2, besarkan kita ngan adik2. Walaupun mungkin masa kecik banyak dok ngan 'bibik'2 yang adakalanya terlalu garang dan adakala tersangat baik...Mak tetap orang paling utama dalam hidup kita ngan adik2. Diam x diam Mak dah 54 ek? Umur cuma angka je kan? Alhamdulillah, Mak masih sihat dan kuat *apa yang kita nampak*. Kita memang tak reti nak mintak maaf kalo buat salah, cakap sayang kat mak... Tapi, kita memang sayang sangat2 kat mak... Mana tumpahnya kuah kalo tak ke nasi kan? Kita warisi hampir segala2nya dari mak. Semua orang ingat kita adik mak...huhuhu... Mak salu pasan mode... Kehkehekh... Kita bangga jugak sebenarnya cuma tak tau nak ucapkan macam mana... Oklah Mak, kita harap sangat2 mak suka ngan hadiah tu... Plus, tq lagik sebab tak henti2 sokong kita... Apapun yang kita mintak Mak tolong PASTI Mak tunaikan... Tq ALLAH sebab kurniakan aku dan adik2 juga Abah...seorang Mak yang best dalam hidup kitorang...

Ok, saya nak sambung satu g tajuk kat atas... Saya sangat bosan dengan semua ni. Masa tengah drive lepas isi minyak kat Petronas, Along call. Along diberhentikan 24 jam. Sebabnya? Mula2 nak jugak tahu kenapa... Alasan langsung tak logik... Hanya kerana orang lain yang buat salah, Along terkena tempiasnya?

Kata PENGARAH !@#$%^&* tu, hilang PANEL tak boleh, tapi STAF boleh cari... Sejak masuknya dia kat sini, macam2 hal yang berlaku. Mula2 boleh terima lagi tapi lama2 barulah kami sedar yang dia nak buang orang... Mula2 dia buang 2 staf MELAYU+ISLAM, masukkan staf INDIAN 2 orang. Then sekarang dia buang lagi 2 STAF MELAYU termasuklah Along... INDIAN masih ada... Esok dia masukkan 2 STAF MELAYU... Siapa nak train? Pandai2lah diorang. Patient panel yang biasa datang dan dah kenal kami semuanya terkejut. Saya memang bersedia untuk diberhentikan sebab dia pernah kata nak buang semua SENIOR dan gantikan dengan STAF baru... Pelik tak bila PENGARAH = INDIAN, STAF INDIAN... Hanya gunakan perkataan ISLAM je... Bilik SOLAT dah diubah menjadi bilik rehat doktor atau lebih spesifik lagi BILIK TIDUR DIA suami+isteri... Tension dengan semua yang jadi sekarang ni.

Biarlah nak terlungkup ke, nak melangkup ke... Peduli hape kan? Kita ni seolah2 menghamba-abdikan diri je kat sini... Hasilnya tak seberapa pun. Ada yang suruh saya tunggu sampai dia bagi surat PENAMATAN PERKHIDMATAN-yang-takde-sebab-logik tu then mintak pampasan... Agak2nya sebab kami tak mengalah and dia pun tak tau cara mana nak suruh kami berhenti so dengan cara yang beginilah dia buat. Buatlah...pasti ada hikmahnya semua yang berlaku sekarang...

The point is... ada yang selalu mencucuk dari belakang. MELAYU pulak tu... Bukan nak ditolong kami ni MALAH di bantu pulak dia ni... Apa nak jadi ni? Lepas ni klinik ni dah takde ISLAMnya... Ada patient yang tumpang solat, dia sindir2, gelak2kan... Tak hormat langsung... Siap dengan megahnya dia ajak staf OPD MELAYU masuk agama dia KRISTIAN... Lu sapa ha? Kacau2 budak2 gua? Dia tengok saya bukan macam orang lain nak membantah apa yang dia cakap... Ye kan aje apa yang dia katakan. Lu silaplah... Wa memang nampak je diam, dalam hati lu tu gua hentam2 lu tau? Wa tunggu masa je. Kata SENIOR saya, jangan TAKUT sebab kita tak salah apa2... Lu orang pun main petik je apa pun lu nak supaya gua semua letak jawatan kan? So takde cara lain lu terminate je gua2 semua kan?

Ini luahan ketidakpuasanhati gua dengan geng2 gua... Lu tau lagi bagus... Lu tak tau? Pun bagus jugak. Macam2 bakal berlaku lepas ni. Ramai dengan gua sekarang ni. Semua nak tolong sebab masing2 sakit hati, geram dengan perangai lu tu... Lu nak marah gua? Lu marahlah. Gua pun dah malas nak BERKHIDMAT dengan lu yang sangat entah apa2 tah... Memang lu taknak MELAYU+ISLAM keje ngan lu kan? So, untuk menutup rasa nak buang tu, lu letaklah dulu MELAYU+ISLAM sekarang tapi akan datang...lu dengan senang hatinya akan letak bangsa2 lu sendiri kan?

p/s: ok, saya rasa puas dengan apa yang saya dah tulis ni... saya sedia untuk berhenti bila2 masa je dari sekarang... Apa nak jadi pun jadilah...

03 April 2008

For The 1st Time

Published by HidayahYassin at 1:59 PG

Akhirnya saya yang disenaraikan sebagai orang pertama memulakan tugas untuk 'siaran' 24 jam selamat menjalankan tugas. Hari pertama? Macam tajuk entri saya yang baru ni... Berhari-hari memikirkan bagaimana mahu menjalani hari yang bakal berlangsung nanti... Nah, sekarang untuk kali kedua saya telah selamat - alhamdulillah bekerja dengan pengarah yang berdua itu (suami isteri). Hari pertama (lagi?), tak ada patient langsung. Saya takut juga kalau-kalau ada apa-apa yang bakal berlaku nanti. Ramai orang dah beri peringatan dan sudahpun kami lanjutkan pada pengarah tapi...tiada tindakan yang cepat dan pantas. Perkara-perkara lain pula yang disibukkan malah didahulukan pula.

Ini antara perkara-perkara yang septutnya didahulukan sebelum membuat sesuatu. Merancang adalah lebih baik bukan? Ya, saya tahu mungkin adakalanya kami terlalu mahukan yang sempurna. Tak, kami tahu batas-batas seorang manusia biasa. Tiada yang sempurna melainkan DIA YANG SATU... Ok, saya listkan di bawah ye?

i) Tiada promosi melalui apa jua cara ie; segala macam media massa, media elektronik.

ii) Dah pernah ada pengalaman sebelum ini yang mana pengurusan dulu mahu mengadakan operasi 24 jam tapi tak lama lepas tu operasi seperti biasa sebab masalah-masalah yang telah saya nyatakan tadilah.

iii) Merungut pula bila bisnes tak jalan. Sekarang ni siapa yang rancang semua ni? Saya pasti semua ini pasti akan terjadi.

iv) Pengarah itu kata nak tengok dalam masa sebulan ni macam mana. Kalau tak ok macam mana? Saya pula cuma mahu melihat dalam minggu ini hingga minggu depan sahaja.

v) Isteri pengarah tanya-tanya kenapa tak ada patient datang. Saya katakan padanya, belum masanya lagi patient sakit mungkin? Tau apa respons dia? You sembahyang banyak-banyak, patient sakit and they will come. Apa tu? Minta yang bukan-bukan. Kita bukan menjual barang tapi kita nak ubat orang sakit.

vi) Ini pendapat kamilah... Tempat kami beroperasi sangatlah tak strategik. Sebelah kilang kayu yang sentiasa mengeluarkan habuk dari kayu-kayu tersebut.

vii) Patient mesti nak yang paling mudah, bukan? Biarlah perkhidmatan tak bagus tapi senang nak pergi.

Oklah, berhenti dari meminta yang bukan-bukan dari mereka yang tak mahu langsung terima pendapat malah dia mahu kita ikut 100% kata-kata dan arahannya padahal sebelum itu dia sendiri yang bertanya mana lebih baik atau mana lebih elok. Akhirnya kata putus kami, buatlah apapun yang anda suka. Kesabaran kami rasanya makin menghampiri batasannya... Mahukan keajaiban tak tahu bilakan muncul. Kami tetap berdoa sepanjang masa untuk menghadapi apa jua kemungkinan...