rss feedResize Text
Twitter Follow Me

“jika kau ubah fikiran|aku kan setia menanti|jika kau perlukan teman|carilah di sini|jikau kau ubah fikiran|untuk jatuh cinta cinta lagi|yang pertama ke depan|jika kau ubah fikiran

25 Mac 2008

Novel Atau Cerpen?

Published by HidayahYassin at 5:00 PTG

Setelah berjaya siapkan sedikit sebanyak laman blog kepunyaan Along, sekarang saya nak kongsikan minat saya terhadap novel, cerpen atau apa jua bahan bacaan dan saya akan realisasikannya melalui blog juga. Maksudnya di sini saya akan punya lebih daripada 1 blog. Itu kesukaan saya, hak saya bukan? So, saya nak letak bahan2 bacaan saya yang terkini, mungkin juga ulasan2 terhadap bahan2 bacaan tersebut, jenis bahan bacaan dan insyaAllah saya nk masukkan cerita2 dari idea2 saya sendiri. Bukan mudah nak menulis ni kalau tak betul2. Saya andai punya masa terluang pasti saya akan menulis apa yang ada di kepala untuk dijadikan sebuah cerita tetapi biasanya ia hanya menjadi tatapan saya seorang je.

Niat untuk dikongsikan secara rasmi tu selalu ada tapi belum terlaksana lagi. Sekejap eh? Saya nak sidai baju kejap. Ok, dah siap pun. Berbalik kepada niat saya tu. Semuanya bermula sebab kawan baik saya juga seorang yang gemar menulis dan saya memang kagum dengan cerita yang pernah dikarangnya satu masa dahulu. Pernah saya tanya macam mana dengan cerita yang dia buat dulu tu? Jawabnya, dia pun kurang pasti dimanakah dia letakkan buku tersebut sebab sejak pindah, dia sudah tidak ketemu buku tersebut lagi.

Saya selalu punya sesuatu yang ingin saya tulis. Dan setiap kali menulis, ada sahaja yang ingin dan akan saya betulkan di mana-mana yang tak kena. Seronok sebab kita boleh transformasikan apa yang kita rasa dan fikir ke dalam cerita-cerita kita tu. Mungkin adakalanya apa yang kita fikir melebihi batas pemikiran, maksud saya yang tak berapa nampak logik. Sebolehnya saya mahu semuanya logik dan mengikut landasan yang betul.

Oklah, saya mahu mulakan apa yang saya mahu selepas ini. Anda kalau rajin, masuklah kat blog saya tu nanti eh? Kalau bercampur aduk semuanya, tak terbuat pulak saya nanti...

2 ulasan:

Carneyz berkata...

'Mungkin adakalanya apa yang kita fikir melebihi batas pemikiran, maksud saya yang tak berapa nampak logik. Sebolehnya saya mahu semuanya logik dan mengikut landasan yang betul.'

Wah, dee mmg ada bakat menulis ;)

dee83 berkata...

tq sis... semua tu ada dlm simpanan sendiri jek... jgn lupa ke blog lagi satu eh? nak cuba2 buat cerita...hehehe

Catat Ulasan