rss feedResize Text
Twitter Follow Me

“jika kau ubah fikiran|aku kan setia menanti|jika kau perlukan teman|carilah di sini|jikau kau ubah fikiran|untuk jatuh cinta cinta lagi|yang pertama ke depan|jika kau ubah fikiran

25 Mac 2008

1 April?

Published by HidayahYassin at 8:47 PG

Ada apalah dengan tarikh keramat April Fool ni eh? InsyaAllah saya dan yang lain bakal menambah masa bekerja (OT) tetapi bukan seperti biasa tetapi lebih kepada 24 jam. Maknanya akan ada 3 shift dan saya adalah orang pertama yang akan memulakan giliran bekerja bermula jam 11.00 malam hingga ke 7.00 pagi. Agak terkejut mungkin dengan perubahan dan penambahan masa bekerja. Adakala saya tertanya-tanya kenapa perlu 24 jam sedangkan pesakit2 yang datang tidak sampai memerlukan kita membuka selama 24 jam. Saya jadi pelik dan semakin mempersoalkan apa yang sedang berlaku...

Saya selalu pk yang orang2 diatas seolah mahu kami berundur dengan rela hati untuk membolehkan diorang tidak perlu untuk membayar sebarang pampasan pun. Macam2 yang saya pk kalau saya tidak lagi berkhidmat di sana lagi. Saya selalu harapkan agar saya tak perlu pk mengenai berhenti tapi akhirnya terpaksa jua mengalah. Bukan mengalah kerana takut tapi saya rasa tak perlulah kita selalu rasa sayang dengan pekerjaan ini tapi orang lain tak sayang pun dengan kita. Buat penat badan jek...

Saya sangat ingin menjadi seperti seorang jururawat tidak formal. Macam2 yang saya dapat belajar bila baca buku yang saya tidak sengaja jumpa lalu beli *mak tolong bayarkan* masa teman mak Sabtu lepas *tidak sengaja terjumpa kak Faizzah dan suami*... Tertarik dengan tajuk je tapi tak sangka pula saya minat untuk membacanya. Kenapa mesti seorang jururawat perlu bersikap kasar dan seolah2 mereka sangat tegar sehingga tidak punya sebarang rasa kemanusiaan? Alasannya mudah, tidak mahu orang lain mengada2 dan tak mahu seseorang jururawat terlalu menyayangi hingga menyusahkan diri sendiri. Saya setuju dengan Munirah. Saya kagumi dia... Saya mahu jadi sepertinya. Merawat sambil menjaga dengan penuh kasih dan sayang. Untuk apa kita sakitkan lagi hati pesakit yang sememangnya sakit?

Pasti ada yang marah dengan kenyataan saya ini kan? Dan pastinya orang akan kata "Kau cakap senanglah...cuba kau yang dok kat tempat dia". Apa tu? Sama juga dengan doktor. Seboleh mungkin seseorang doktor itu mahu merawat dan melihat pesakit2 di bawah jagaannya cepat sembuh tapi siapalah dia? Hanya dengan membantu tetapi kalau sudah ditakdirkan Allah seperti itu...itu jelah. Kita perlu berusaha sambil berdoa bukan menyerahkan nyawa itu di tangan seorang yang bernama doktor atau jururawat. Rasanya kalau tidak disebabkan rasa bebanan yang amat sangat dari pesakit yang tak faham apa-apa, tentu sesorang jururawat itu tidak akan bersikap sedemikian. Tapi, awalau apapun alasannya sebagai seorang jururawat kita tak boleh bersikap terlalu kejam. Untuk berlaku tegas memang tak apa...

Kalau ikutkan rasa marah dengan keadaan yang sedang melanda sekarang, pastinya kami boleh lakukan lebih teruk untuk kepuasan hati sendiri. Kami masih sayangkan profesion ini dan seboleh mungkin kami tak mahu berhenti. Tapi nampak gayanya mereka suka menindas kami ikut suka hati je. Malah lebih2 pulak tu. Saya dah tak larat nak marah, tak larat nak bengang, tak larat nak sakit2 hati. Saya dah jelak, muak dan semuanyalah. Saya tahu diorang takkan hairan pun sebab dengan bangganya diorang masih ada yang mahu menggantikan tempat kami. Kami pun tak hairan jugak. Pegang pada ini je... Rezeki Allah takdirkan ada kat mana2... InsyaAllah. Mahu atau tak je...

Mengantuknya saya kalau diikutkan sangat dengan rasa2 ini... Tiba2 saya rasa lapar pulak. Dah makan tapi rasa macam nak makan orang pulak. Oh tidak! Saya masih waras dan insyaAllah tak akan jadi macam tu. Luar hukum alam tu. Saya tak mahu dilaknat di akhir dunia nanti... Saya dan yang lain masih tunggu dan lihat sahaja apa jua yang bakal berlaku selepas ini. Saya marah, ada orang kisah? Saya menangis, ada orang peduli? Saya bengang, ada yang ambil pusing? Tak ada...kecualilah DIA...

Saya ni suka bercerita dengan orang tentang apa jua yang saya rasa. Tanpa harapkan apa2 pun bantuan untuk menyelesaikannya. Saya yakin akhirnya nanti pasti akan saya jumpa jalan penyelesaiannya nanti. Dahlah...saya bosan dengan semua ni... Saya tak suka dengan apa yang sedang berlaku... Saya nak jadi macam dulu. Saya baru lagi dalam bidang ini. Saya nak diberi peluang tapi bukan dengan cara ini. Saya dah jemu dengan janji2 semua yang pernah duduk kat atas tu. Dalam 1/2 jam, macam2 yang boleh berubah. Siapa yang nak percaya dengan kata2 saya? Saya tak punya bukti yang tersurat pun. Dia memang boleh sesedap rasa berkata itu ini... Dah...saya berhenti dulu. Makin lama hari2 saya semakin menyakitkan hati dan kepala otak saya... Saya dah tak sanggup lagilah... Tolonglah...

0 ulasan:

Catat Ulasan