rss feedResize Text
Twitter Follow Me

“jika kau ubah fikiran|aku kan setia menanti|jika kau perlukan teman|carilah di sini|jikau kau ubah fikiran|untuk jatuh cinta cinta lagi|yang pertama ke depan|jika kau ubah fikiran

23 Mac 2008

Saya kehabisan tajuk...

Published by HidayahYassin at 11:17 PG

Minggu lepas adalah satu minggu yang sangat gila...sakit hati...geram. Semuanya menjadi satu perasaan2 saya yang banyak dikala itu. Dan ianya berjangkit hingga ke minggu baru ni. Badan saya jadi sakit2 semuanya, lenguh2 bahu, tangan kanan saya sakit seluruhnya. Mungkin juga saya banyak menulis. Sejak akhir2 ini masalah semakin banyak yang menimpa saya dan yang lain. Sebolehnya saya tak mahu kongsikan di sini. Hanya sekadar luahan biasa je.

Ok, saya sekarang nak war2kan pada semua yang saya bakal 'melancarkan' blog baru dan ianya kepunyaan Along dan dia telah mengamanahkan saya untuk mengadakan sebuah laman untuk memperkenalkan sekaligus menjual barangan yang dia hasilkan melalui idea2 kreatif anugerah Illahi. Macam2 yang bakal saya dan dia akan adakan. Maksud saya, dia beri dan saya pamerkan di sini. Ok, untuk permulaan dan pengetahuan anda perniagaan melalui laman yang saya bina itu hanya dapat dijalankan sekitar Negeri Sembilan SAHAJA...insyaAllah! Mungkin andai ada permintaan yang banyak dari anda2 di luar sana, kami panjangkan lagi perniagaan ini di luar Negeri Sembilan...

Di laman ini macam2 info untuk anda ketahui berkaitan apa jua majlis yang anda inginkan. Pertunangan, Pernikahan, Persandingan, Khatam Al-Quran, Berkhatan dan apa sahaja yang anda perlukan. Emelkan sahaja pertanyaan anda ke: kraf.kami@yahoo.com ataupu telefon sahaja mana2 nombor yang telah saya sediakan di laman tersebut. InsyaAllah kami jawab sebaiknya...*hanya yang berkaitan SAHAJA...!

So, jangan lupa panjangkan langkah anda ke laman ini ye? Kraf Kami... One Stop 4 All...

2 ulasan:

sishoney berkata...

salam,
tahniah..truskan usaha..
semangat yg penting maka usaha akan berterusan....

dee83 berkata...

sishoney--> tq sis...insyaAllah dan teruskan usaha sampai berjaya...doakan selalu eh?

Catat Ulasan