Seboleh2nya saya ingin menjadi seorang yang boleh digelar Multipurpose Women. Tidak bermaksud untuk melebihi batas apa yang telah dikurniakan. Cuma rasa ini untuk tidak memanjakan diri sendiri dan hendak menjadi seorang yang boleh berdikari. Apa yang tak semua wanita boleh buat, saya nak buat. Kedengarannya seperti seorang yang gila pula saya ni. Tak, saya masih dalam keadaan yang waras. Saya selalu je rasa diri saya tak pernah berguna pada sesiapa. Ini pada pandangan saya saja. Tapi kalau ada kawan2 saya yang membaca sudah tentu marah dengan kenyataan saya ini sebab setiap manusia yang dilahirkan sangat istimewa dan punya kelebihan serta kekurangan di sisiNYA. Sudah tentu DIA lebih tahu tentang diri setiap insan yang DIA jadikan.
Hari ini saya memang ingin bercerita tentang diri seorang wanita yang keistimewaannya sangat mengagumkan. Tanya sahaja pada sesiapa pasti mereka akan menyatakan hal yang sama. Walaupun seseorang itu tak rapat dengan wanita yang dipanggil ibu, mama, mami, mummy, umi, emak, mak, amma dsbnya tetapi mereka2 ini tetap seseorang yang telah melahirkan kita, membesarkan kita dengan kudrat yang telah dianugerahkan ALLAH. Saya sebagai manusia biasa memang kadangkala berperasaan kecil hati dengan emak, marah atau selalu jugaklah saya bertekak dengan mak. Tapi bila diingat2 kembali, apa pula tindakan mak? Diam je tapi tak bermakna dia setuju ngan apa yang telah saya lakukan dan ini membuatkan saya rasa menyesal dalam diam.
Saya masih waras dalam memikirkan tentang pengorbanan mak sejak saya dilahirkan. Kata mak, sebab saya anak sulung dan setiap wanita yang baru melahirkan anak pertama pasti hendakkan yang terbaik untuk anaknya itu termasuklah diri saya sendiri iaitu mak telah memberikan saya sejenis susu yang mahal ketika itu. Mungkin disebabkan susu itulah yang telah menjadi darah daging saya, saya sangat susah untuk diserang penyakit. Kalau demam pun 3 tahun sekali. Kadang2 membawa kepada 4 tahun sekali. Bila kena pulak kadang2 sehari jek, tak pun sampai 5 hari pun ada. Betapa sayangnya seorang ibu kepada anaknya bukan? Oh ya, pernah juga saya terasa seperti disisihkan tetapi bila difikir2kan kembali kenapa saya perlu berasa sedemikian pula?
Saya punya adik lelaki seramai 4 orang dan sudah tentu orang kata saya manja. Entah ye? Kebanyakkan orang memang kata saya manja. Saya pulak tak berasa begitu? Itulah kata orang, orang lain itulah cermin diri kita. Dari pandangan orang, kita boleh kenal siapa diri kita dan sebagainya. Mak pulak katakan saya ini yang suka manjakan diri pada mak. Ye ke? Ye kot? Sampaikan mak tak larat nak layan manja saya ni. Kadang2 kalau malas nak ambil nasi dan kebetulan mak makan di sebelah saya, saya minta mak suapkan. Mak seperti biasalah, takut saya gigit jari dia tu. Hahahaha... kelakarnya. Ok, berhenti setakat ini pasal kisah saya.
Berbalik kepada tajuk besar di atas. Maksud saya di sini, bagaimana seorang ibu boleh lakukan pelbagai perkara sedangkan dia hanya seorang? Itulah keistimewaannya seorang wanita bergelar ibu. Dialah ibu, dialah Menteri Kewangan keluarga, dialah pekerja, dialah bos, dialah segala2nya. Tanya sahaja pada sesiapa pun tetap jua mengakui apa yang saya nyatakan di sini. Saya sangat mengagumi semua wanita di dunia. Bermula dengan wanita pertama yang memeluk agama Islam --> Saidatina Khadijah iaitu isteri kepada Nabi Junjungan Mulia kita umat Islam. Bukan setakat seorang isteri tetapi dia jua seorang ahli perniagaan. Tidak ada yang mustahil melainkan dengan kehendakNYA je.
Saya teringin menjadi seperti wanita yang boleh lakukan apa sahaja. Saya nak katakan TIDAK kepada lelaki yang kata hanya kaum ADAM sahaja boleh lakukan apa yang ingin dilakukan oleh wanita. Boleh saja kalau nak. Saya kadang2 boleh jadi menyampah dengan sesetengah wanita yang mengada2, tak boleh itulah, tak boleh inilah. Terlalu sensitif la... Yang akan buatkan orang sekeliling rasa macam... eh? Kenapa perempuan ni? Macam wanita2 di sekeliling saya... Korang boleh buat. Cuma jangan panik ... tu jek. Saya pernah alami satu situasi di mana saya hendak menangis tapi airmata tak keluar. Saya rasa mungkin saya terlalu risau dan tiada sesiapa yang ada di sebelah. So, sejak itu saya tekad dan saya selalu tenangkan diri sendiri. Kalau kita tenang, mudah je nak selesaikan apa2pun. Pernah juga dalam satu situasi tu saya, adik saya dan sepupu saya berhadapan dengan satu kemalangan. Saya memang panik walaupun diorang berdua tu lelaki dan diorang juga panik. Macam mana tu?
Jadi, saya perlu untuk menjadi seorang yang bertenang dan tidak panik. Tu sebab selagi boleh saya cuba tenangkan wanita2 yang menghadapi apapun dan saya katakan pada mereka, don't panic. Ianya akan memudahkan semangat tu jatuh. Orang lain boleh buat, kenapa tidak kita? Kita memang boleh lakukan apapun yang kita nak. Niat tu penting dan saya selalu percaya kalau niat kita songsang (tersasar dari landasan kebaikan), tentu apa yang ingin kita lakukan jadi lain, hati pun tak sedap nak teruskan niat songsang tu kan?
Sekarang insyaAllah saya boleh jadikan diri saya sedikit2 kepada Multipurpose Women. Mak yang banyak ajar saya untuk lebih berdikari. Kalau saya sakitlah contohnya, mak selalu cakap jangan ikutkan sangat sakit tu... Jadi, saya dah set dalam mind saya yang saya boleh walau pun saya sakit. Tapi masa sakitlah yang saya boleh manja lebih2...hihihi... Mak selalu katakan pada saya, saya boleh buat apapun cumanya saya ni malas. Ish3...
Saya nak jadi Multipurpose Women... InsyaAllah!