rss feedResize Text
Twitter Follow Me

“jika kau ubah fikiran|aku kan setia menanti|jika kau perlukan teman|carilah di sini|jikau kau ubah fikiran|untuk jatuh cinta cinta lagi|yang pertama ke depan|jika kau ubah fikiran

16 September 2007

100th Post Entry From Me...

Published by HidayahYassin at 6:48 PG

Salam semua... Baru hari ni dapat post entry. Penatlah... Semingu aku keje sampai 11 malam. Siapa yang tak penat kan? Mula pagi, balik malam. So exhausted... Tapi, alhamdulillah dapat rehat tiap Ahad.

Cerita sempena post ke 100 ni... Aku nak wish Happy Belated Ramadhan (Puasa yang ke-4!). Dapatlah jugak sahur dan berbuka dengan family (kecuali Ajip n Fizi).

Esok keje pagi (mungkin)... Sebab aku tak call PRIDZ lagi untuk tahu jadual aku. Tapi, aku tau aku pasti mula pagi dan balik malam nanti... Penatnya... Takpelah, as long as aku masih punya kudrat untuk itu semua, aku buatlah...

Hari2 aku minta DIA mudahkan segala urusan harian aku...ampunkan dosa2 semua umat islam sama ada yang masih hidup dan yan telah meninggal dunia termasuklah diri aku sendiri dan seluruh keluarga aku...

Sambil2 tu mintak gak DIA tunjukkan insan yang benar2 boleh dijadikan teman hidup sepanjang hayat aku... Kenapa aku tiba2 masukkan hal ni? Saja2 jek nak kongsi... Tak ada sebab2 tertentu pun.

Hehehe, macam ape je aku ni kan? Tak benda nak cite pun sebenarnya la. Baru habis menjahit butang baju uniform aku. Baru pakai sehari dah tercabut butangnya. Nasib baik tak teruk. Selama seminggu aku pakai unifrom yang tak berbutang (bahagian bawah baju je)... But, taklah sampai memalukan aku...hihihi, tapi kene gelak gak la...

Ade banyak gambar yang aku nak upload kat sini cumanya card reader takdo la. Nanti2 la ye? Biasa2 masukkan gambar dari hp ok je, tapi tah pahal tah, buat hal lak hp aku tuh... Geram je...

Buku yang Huda@Dila hadiahkan tu, masih belum tamat pembacaan aku tu, mungkin dalam masa beberapa hari lagi selesailah kot? Doa2kan je ye?

Okla, aku nak chiow dulu. Ada masa aku post lagik. Macam ade sesuatu yang aku nak tulis lagi cuma tak ingat la... Nanti2 kalo dah ingat, aku post eh?

0 ulasan:

Catat Ulasan