rss feedResize Text
Twitter Follow Me

“jika kau ubah fikiran|aku kan setia menanti|jika kau perlukan teman|carilah di sini|jikau kau ubah fikiran|untuk jatuh cinta cinta lagi|yang pertama ke depan|jika kau ubah fikiran

30 September 2007

Jahit Baju...

Published by HidayahYassin at 5:38 PG

Ingat nak menjahit baju raya...tapi, esoklah kot? Sebab esok aku keje petang. Alhamdulillah, penantian selama beberapa minggu bakal berakhir esok... Huhuhu... Tadi siang punyalah mengantuk tahap gaban punya. Maunya tak? Selepas berhari2 dok keje dari pagi sampai malam *nasib bukan 24 jam*... Hari ni *tetiap minggu pun sama* rehat sehari...

Malam ni aku takut tak dapat tido jek almaklumlah esok kan shift petang? Selalu je berharap dapat settlekan semua keje yang dah tertangguh berbulan2...mungkin juga bertahun2. Tadi sempatlah tolong mak pasang langsir baru... Yeahooooo... Dapat langsir baru...hehehe.... Next 2 weeks day before raya, mak suh tolong tanggalkan langsir yang kitorang pasang sejak pindah untuk dicuci.

Kena hantar luar untuk cuci sebab kalo pakai kat rumah punya ni, tak dapek doh nak bersih... Mau tertukar warna pulak nanti... Tadi, mak ajak melepak kat Ampangan. Aku memang nak ke sana niatnya sebab nak cari tudung 'Arini', hehehe...

Mak kata tak payah beli pape, just tengok2 jek... Alih2 dia kata nak cari kuih untuk mentee2 dia... Untungnya jadi mentee... Macam2 mak aku bagi kat derang? Hehehe...tak jeleslah... *cemburu jek*...

Kalo ade yang berkenan di hati, aku belilah. Tapi masalahnya sekarang, aku ni mudah tak suka pada barang2 yang sebenarnya boleh diuji sebelum dibeli... Kalo dalam internet tu, pantang suka terus beli je... Padahal bila dah sampai kat tangan nanti kalo tak best, terpaksa kata best gak sebab dah beli...

Takpa2, aku try pujuk diri aku untuk try dan beli kalo besh... Dalam internet tudung2 yang aku suka takde jual kat sekitar kita2 ni so, aku lebey suka beli dalam internet jek... Harganya tak usah kata, memang secantik tudungnya...

Azan dah berkumandang tu...sebelum gerak ke Ampangan aku nak solat Isya' dulu... Takut2 nanti balik dah penat n nak terus tido jek...

K, nak off dulu... maybe ade something yang bakal aku kongsikan bersama? Pergi dulu n tengok, balik nanti baru kongsi...

28 September 2007

Tarawikh

Published by HidayahYassin at 9:39 PG

Sedeynya... Sebab start puasa tahun ni LANGSUNG tak berpeluang Tarawikh... Nak nanges jek... Mana taknya keje dari 7.30 pagi sampailah 11.00 malam. Penat tau... Robot pun tau penat inikan pulak manusia biasa cam aku ni. Baju tak jahit tepi lagik... Ahad ni macam biasa aku cuti SO, mungkinlah dapat menjahit...

Sekarang ni pun aku tersangat2lah penat. Exhausted... Lain macam penat aku ni. Mata pun ala2 je ni TAPI masih sempat blogging lagik tu... Sebelum tutup klinik, sempat exercise kejap. Aku, suami dr Nora ngan Zura menolak kete ayah Zura. Start 2-3 hari lepas buat hal... Malam ni pulak takleh nak start. Esok pepagi? Tak tahulah aku cane... Nasiblah nak balik kg cuma makan masa 45 min je. Tapi, dalam masa2 macam tu, macam2 leh jadi... Balik rumah, tukar2 baju, Fizi ajak amek kawan dia pulak kat komuter Seremban.

Mood aku baik SO dengan baik atinya aku temankanlah dia SEBAB dia lum berlesen lagik... Balik2 je, lepak2 jap sambil tunggu abah habis main game kat laptop. Diam tak diam dah 17 hari puasa ye? Hanya tinggal 13 hari je lagi menjelang Aidilfitri ni.

Tak sabar2 pun ada TAPI aku dapat rasakan yang raya tahun ni lebih suram daripada tahun2 sebelum ni. Sedangkan tahun lepas balik dari ziarah kubur arwah Atuk pun masing2 dah bosan... Tahun ni apatahlagi dengan pemergian Abang ke rahmatullah...

Masih aku teringat2kan dia. Kenapa aku ni seolah2 tak boleh terima hakikat yang dia dah tak ade ye? Istighfar bebanyak lah!!! Aku rasa, aku dapat bayangkan apa yang bakal berlaku pagi raya nanti. Aku harap2 sesangat semoga seluruh ahli keluarga ada beraya bersama2 kat kampung tahun ni. Kemeriahan tu semakin hilang nampaknyalah. Macam2 pulak tu yang terjadi tanpa disangka...

Dugaan betul hidup ni nak2 bila semakin meniti usia yang entah berapa lama je? Doaku semoag segala2 yang aku harapkan berjalan lancar dan diberkati Allah... Sekadar yang ade, cukuplah kan?

Semalam sempat design kad raya family... Tapi tak tau nak print kat mana... Tengah cari tempat murah dan sesuai ni... Doa2kan aku ye? 1st time nak print kat luar, selama ni aku print atas kad N ianya grayscale jek... Tengoklah bila dah siap nanti eh? Ni nak sambung balik design, touch up sikit, ubah2 sikit...

Oklah, selamat tido ye? Esok pepagi keje n memalam balik semula... Penat n letihnya???

26 September 2007

Sakit Hati

Published by HidayahYassin at 8:44 PG

Sakit Hatiku... Pagi2 lagi dah buat org sakit ati tau... Citenye camni, last Saturday adelah sorg pakcik ni *konon2 OKU* datang bawak surat from KWSP. Masalahnya masa tu, the oakcik marah2 bila aku kata takleh nak wat check up sebab dr bertugas tu Isnin - Jumaat. Dia bantai marah pulak...katanya malam sebelum tu dia call *aku jawab* kata kitorang kata leh datang. Kalo setakat kata panel dia suh buat kat sini tapi tak gtau panel ape, memanglah boleh datang bebila je. Kalo ade dr permanent lagi senang. Sebab dr2 locum ni bukan selalu dia ade kat sini pun. Kalo2 papehal kan dah menyusahkan semua?

Tu satu hal, surat dia pun lum sampai. Dalam surat yang dia bawak tu pun suh datang hari ni *26 Sept 07*. See? Last2 dia balik sambil maki hamun...*&^%$#@... Manusia2... Melayu pulak tu. Bila sampai je surat tu Isnin baru2 ni, aku terus call. Dengan senang dan sesedap ati dia je kata "Kalau senang saya datanglah nanti". Humang hai... Apolah. Dah ado surat nak tangguh2 pulak.

Nasib baik dia datang tadi. Aku dah bergetar lutut nak buat kad baru untuk dia. Kang macam2 pulak yang dia buek eh... Elok2 je bg dr. dia masuk. Dr. cakap itu ini...dia macam nak bertekak je ngan dr. Dia tak sepatutnya kata diri dia tu OKU sebab dr dari hospital buat laporan pun kata dia hanya patah kaki, disimen dan dibenarkan keluar dr hospital sebab dah ok...

The point is, at least ade 1 besi pun cukupla...itu baru dikira OKU. Bukan mudah pun dikategorikan sebagai OKU. Bebetul sakit dan langsung tak berupaya untuk bekerja...baru leh amek duit dalam KWSP. Bukan nak susahkan org pun cuma perlu ikut proses yang ditetapkan.

Dr. Sofea kata kat hospital pun susah nak dapat pengesahan. Tu sebab di suruh g panel. Kakak ipar dr lagi pulak, accident then perut masuk 1 besi STILL tak boleh nak keluarkan duit KWSP dia. Private leh la nak budi2 bahasa tapi masuk je govt, nasiblah...

Lepas dr. cakap itu ini lagi...dia marah2 lagi. Dr. siap minta2 maaf lagi. Dia leh jawab "Tak payah nak minta2 maaf". Ape ni? Bukan kita saja2 tak nak tolong... Kita pun ikut peraturan jugak. Dr. dan semua yang ada kat situ tgk dia cuma jalan terdengkot2 TANPA bantuan apa2... Siap datang naik motor lagi tau... Kenapa dia macam tu ek? Patient yang nak amek ubat tadi pun tanya nape... Aku jawab seadanya aku tahu je. Entahlah aku...Esok dia mungkin datang semula sebab KWSP suh gak dr bg pendapat dr.Adoi... Aku bimbang kalo2 ade pape yan akan berlaku. Sorg je lelaki yang keje kat situ...

Dugaan betul keje duduk depan kaunter. Kena hadapi patient2 yang tak faham bahasa, tak sabar, suka marah2...nak cepat je... Macam2... Kalo nampak patient yang lain macam sikit je, BUDI BAHASA sangat2 diperlukan. Jangan kita lawan macam mana dia buat... Parah kita... Sebab kalo dia memarah then kita jawab span je, PASTI diaorang pun ok je... BUDI BAHASA tu PENTING sangat!

Dan apa yang kitorang tgk, kebanyakannya ok2 je... Mungkinlah sebelum2 ni patient tu marah2, dilawan balik pulak dengan staf... Memang akhirnya kad patient pun bintang... Bukan sebab bagus TAPI kene jaga2...

Malam ni pulak, dapat patient yang kitorang paling tak gomar... Nak kene swipe kadlah...tunggu itu inilah. Susah sesangat kalo tak sabar. Aku kalo dah takleh nak buat sangat, aku call hotline je... Mudah. Kadang2 dalam sopan kita kene bertegas SUPAYA patient FAHAM. Ini tak, taunya nak maarh2 je...

Oklah...luahan untuk episod kali ni. Esok kalo patient konon2 OKU tu datang hope so aku dapat hadapi dengan tenang, sabar DAN yakin... Doakan aku!!!

23 September 2007

Hadoi...

Published by HidayahYassin at 5:04 PG

Tak tau nak tulis ape la... Bosan ke? Mungkin sebab dah kekeringan idea la... Just wanna share something yang tak interesting pun pada u all BUT aku suka... Dh lama tak kongsi edited pics kan? First Picture For The Ramadhan...

ramadhan

20 September 2007

Lelaki Ini

Published by HidayahYassin at 8:47 PG



Nak kongsi something... Sebab lagu ni terlalu bestlah... Hanya untuk didengar BUKAN dan TIDAK digalakkan untuk terlalu meghayati sehingga membawa kepada perkara yang tidak baik...

19 September 2007

Takde Cite...

Published by HidayahYassin at 8:56 PG

Salam, takde pos yang menariklah... Hari ni, Dr. Nazir. Mati2 aku ingatkan dia tu orangnya dah tua (berusia). Sebab last week dia suh ingatkan untuk buat locum kat Seremban 1@Betaria. Alih2 masa dia datang...

"Along, patient la...", kata aku.
"Patient ke doktor?", soal Along.
"Takkan doktor kot?", aku menyangkal.
"Along pernah jumpa tak?", aku menyoal lagi.
"Tak", sambil menggelengkan kepala.

Straight away the man masuk melalui pintu kaunter.

"Sah, memang doktor!", aku hanya berkata dalam hati.
"Assalamualaikum, doktor", ucap Along sambil tersenyum.

Aku hanya memandang tanpa berkata apa2. Terkedu tengok doktor tu. Mudanya? Pakaian sempoi giler la... ARgh! Aku tak cayo...

Pagi tadi punya cerita... Ade one boy ni datang dengan ayah dia. Nama the boy is Hakim tapi membahasakan diri dia 'Abang'. Aku tak join Zura ngan kak Haiza (staf baru) lagi time tu. Asek dengar diorang borak2 je. Sebelum masuk bilik dr, the boy jalan macam kengkang sikit. Sakit ke? Lepas aku dah siap keje2 aku, aku join the grup la. Dengar budak kecik tu cerita2... Kejap2 aku ke kaunter nak pastikan ade patient ke tak. Pastu takde patient, aku join balik. Dr keep going ask him sakit ke tak kaki tu. Dia cakap tak. Ayah dia pun cakap takde bengkak ke ape2. Aku dengar dr kata bila diuji tahap kecergasan kaki 'Abang', ok je.

Ayah dia kata semalam elok je. Act, selalu jugak jadi macam tu. Sampai kene dukunglah... Zura kata the boy demam panas. Yang aku dengar dr kata tak demam pun. Entahlah... Zura cakap lagi kalau demam panas sangat, sawan. Automatik, fikiran aku teringat kat Abang semula... Rindunya... Berbalik ke pada the boy. Dr speaking ngan ayah dia yang the boy seems hard to forget his childhood history...ye kot? Maksudnya dia masih ingat zaman kanak2 dia. Dia ni baru 3 tahun lebey...

Masa the boy ngan ayah dia keluar, aku dok la kat kerusi depan dr. Seronok berbual2 dengan dr Joo Ann @ Sofea Nur Ain ni... Dia convert tau...

"Kenapa ngan budak tu dr?", aku mulakan pertanyaan.
"Saya rasa dia tak sakit tapi buat2 sakit supaya ayah dia cuti"
"Ha? Cano tu dr?", soal aku.
"Sebab sy tgk dia ok je. Tak demam pun"
"Oh, maksudnya dia tu nak manja2 je la?"
"Mak dia dah meninggal".
"Ha? Kesiannya".
"Itulah. Saya rasa dia saja2 je buat macam tu. Kan mak dah tak ada".
"Bukan sawan eh dr?", Zura tanya.
"Taklah. Tak demam pun"
"Oh...kesian nye dia dr. Maksudnya dia psycho je la eh?"
"Tulah, sy pun tak faham. Budak2 kecik pun pandai psycho"

Korang faham tak? Maksudnya dia nak manja2 macam masa mak dia masih ada dulu. Mak dia meninggal sebab kanser. Dia ingat dia masih kecik. Dia rajin berbual2 persis arwah Abang... Aku hampir2 nak menitiskan airmata melihat dia. Aku ingat dia sakit sebab kene pijak ke, kene tendang ke ape ke... Dr pun puas suruh dia berjalan sendiri tanpa bantuan org lain. Ayah dia pun...aku tahu dan dapat rasa yang ayah dia tu dah tak tau nak buat apa lagi...

Nak balik tu siap salam semua. Dia ingat kitorg semua ni dr. Masa nak bagi gula2 pun dia tolak... Jarang ada dak2 kecik yang takmo gula2 kan? Baguslah sebab ayah dia dah ajar macam tu kot.

"Abang nanti kene jalan sendiri tau?", dr sempat ingatkan dia berkali2.
"Kat rumah abang ada adik".
"Adik pandai jalan tak", dr cuba umpan.
"Pandai. Dia pandai lari"
"Adik pandai jalan, pandai lari. Abang kene pandai jalan jugak. Abang cuba jalan tau? Kesian ayah"
"Adik lari laju2"
"Adik lari, abang lari, siapa menang?"
"Abanglah menang"
"Abang mesti kene menang kan? Nanti jalan sendiri tau?"

Memori dia mase kecik masih segar dalam ingatan dia. Patutlah... Dr dah refer kat hospital. ENtah apalah resultnya?


love-propose-1

Lepas berbuka tadi terbaca something dalam majalah Healthy yang tetiap bulan mesti sampai pusat rawatan... Kongsi sesama esp. untuk mereka2 yang sudah berkahwin...

Keeping The Fire Burning

1. Start each day with a big hug.

2. Telephone or SMS to say "I Love You" during the day.

3. Give the gift of listening : refrain from judging or lecturing.

4. Perform PRAYERS together. *ini paling aku admire n nak sangat buat*

5. Do daily chores together and make this special sharing time.

6. Put on slow music and dance before refining for the evening.

7. On a clear night, share a brief star-gizing experience.

8. Assure your spouse often that you care, and show you care by how you act.

9. Thank your partner for compliments and kind gestures - and you'll get more of them.

10. Help WHIT OUT being asked.

11. Always take each others' feelings into consideration.

12. Make having fun together a priority.

13. Look for your partners good points and praise them.

14. Admire each other's achievements.

15. During tough times, think why you FELL in LOVE in the first place and dwell on those things.

16. Always make your partner feel special.

17. List all the ways your partner enriches your life and share your list with your spouse.


"Most Couples Strive To Put Their Best Self Forward During Courtship, BUT Take A Huge Step Back After Marriage. A Psychiatrist Provides Some Pointers On Keeping The Flame Burning Come Hailstorm OR Tsunami" by Nur Yasmin Hashim (Writer)

p/s: alangkah indahnya kalau aku juga dapat merasai apa yang diarasai semua untuk memulakan apa yang telah aku listkan. andai ada jodoh PASTi tak kemana...nak sangat buat apa yang ade kat atas tu...nak sangat ade naluri keibuan...hehehe...lumrah hidup bernama manusia...semuanya tak pernah yang cukup dan puas untuknya...

16 September 2007

100th Post Entry From Me...

Published by HidayahYassin at 6:48 PG

Salam semua... Baru hari ni dapat post entry. Penatlah... Semingu aku keje sampai 11 malam. Siapa yang tak penat kan? Mula pagi, balik malam. So exhausted... Tapi, alhamdulillah dapat rehat tiap Ahad.

Cerita sempena post ke 100 ni... Aku nak wish Happy Belated Ramadhan (Puasa yang ke-4!). Dapatlah jugak sahur dan berbuka dengan family (kecuali Ajip n Fizi).

Esok keje pagi (mungkin)... Sebab aku tak call PRIDZ lagi untuk tahu jadual aku. Tapi, aku tau aku pasti mula pagi dan balik malam nanti... Penatnya... Takpelah, as long as aku masih punya kudrat untuk itu semua, aku buatlah...

Hari2 aku minta DIA mudahkan segala urusan harian aku...ampunkan dosa2 semua umat islam sama ada yang masih hidup dan yan telah meninggal dunia termasuklah diri aku sendiri dan seluruh keluarga aku...

Sambil2 tu mintak gak DIA tunjukkan insan yang benar2 boleh dijadikan teman hidup sepanjang hayat aku... Kenapa aku tiba2 masukkan hal ni? Saja2 jek nak kongsi... Tak ada sebab2 tertentu pun.

Hehehe, macam ape je aku ni kan? Tak benda nak cite pun sebenarnya la. Baru habis menjahit butang baju uniform aku. Baru pakai sehari dah tercabut butangnya. Nasib baik tak teruk. Selama seminggu aku pakai unifrom yang tak berbutang (bahagian bawah baju je)... But, taklah sampai memalukan aku...hihihi, tapi kene gelak gak la...

Ade banyak gambar yang aku nak upload kat sini cumanya card reader takdo la. Nanti2 la ye? Biasa2 masukkan gambar dari hp ok je, tapi tah pahal tah, buat hal lak hp aku tuh... Geram je...

Buku yang Huda@Dila hadiahkan tu, masih belum tamat pembacaan aku tu, mungkin dalam masa beberapa hari lagi selesailah kot? Doa2kan je ye?

Okla, aku nak chiow dulu. Ada masa aku post lagik. Macam ade sesuatu yang aku nak tulis lagi cuma tak ingat la... Nanti2 kalo dah ingat, aku post eh?

07 September 2007

Cuti...

Published by HidayahYassin at 9:07 PG

Yeahoooooooooo.... Seronok sangat2 sebab dapek cuti Sabtu Ahad. The reason why? Minggu ni aku lum cuti lagi so, Sabtu adalah cuti untuk minggu ni. Ahad dah masuk minggu baru so, setiap minggu akan mula dengan hari Ahad... Tetiap minggu le gamaknya aku coti Ahad, alhamdulillah. Tadi mase kol 10 lebih, hujan lobek sangat... Riso aku, seb bek la mase nak balik tu kurang lobek eh, kalo tak maunya kene tunggu kat pusat rawatn sampai hujan dah reda sikit.

Sampai2 rumah pun hujan semakin kurang. Apalagi, park kete depan umah... Masuk then mandi la... Dengan pale yang gatal ni... Aduhai la. Tapi bila dah habis mandi rase sogar sangat. Sekarang aku depan laptop mak menaip apa yang berlaku hari ni.

Actually dari last entri lagi aku nak menaip tapi mood hilang, mungkin sebab penat sesangat. Hari ni kurang penat so, aku citelah ye?


Isnin

Pagi ni Dr. Joo Ann @ Sofea Nur Ain... Dlama bulan 9 ni, alhamdulillah dia boleh keje tetiap pagi kecuali Sabtu n Ahad. Sebab katanya dia amek cuti 2 bulan. Dia keje kat HBS @ HTJ... Memula jumpa cam ok la. Dia mesra, suka cakap2...suka gelak... Cakap pun direct je... Pe lagi ek? Ha, mudah keje bawah dia. But yang payahnya dia kalo bab2 dressing MESTI suh kitorang. Nasib baiklah benda2 tu senang2 jek. Dapat tang yang luka2 besar gedabak, mau pengsan kitorang dibuatnya.. Biasanya kalo parah terus hantar GH je kan? Dan selama keje ngan dr. ni memang salu dapat kes2 luka sebab accident atau cagu n sbgnya la. Kalo aku tak busy akulah yang assist dr. dan aku gak la yang kene bersihkan luka2 tu dengan Normal Saline dan Flavin guna Gauze. 3 benda ni memang kene guna punyalah. Makin lama aku makin boleh masterkan diri aku untuk dressing, alhamdulillah. Tak sangka sebab dalam mase nak masuk 3 minggu aku keje ni, aku boleh hafal ubat cuma hafal harga ubatlah yang payah sikit. Buat dressing, amekkan injection untuk dr. dan paling aku suka tolong dr. buat scan ngan UPT. Kalo dapat check patient tu mengandung memang seronoklah... Tapi bila keputusan mendukacitakan, sedey gak la.


Selasa...

Masih dengan dr. yang sama... cuma malam tukar ngan dr. Sim. Biasa2 je mase ni... Takde ape yang nak diceritakan la...


Rabu...

Sama je la kot.. Aku pun tak bape ingat... Cuma aku ingat insiden dimarah oleh sorang patient ni. Aku ingat muka dia. Geram je aku tgk dia ni. Suka2 je kata "Inilah lemahnya pusat rawatan ni, ade dr., g makan". "Eh, hello encek... tolonglah. Dia pun manusia gak kan? G pun dia keje dari pagi", tapi dalam hati jek. Dr. dan kita semua manusia biasa jek... Takkan la nak makan pun masalah besar kot? Bukan parah pun sakitnya sampai nak mati... Kenapalah macam tu perangai dia ye?


Khamis...

Sama gak le. Banyak mende dan sangat sibuk nak daftar patient, cari kad2 diorang, assist dr., amek ubat, panggil patient amek ubat, filing kad dalam buku n filing dalam drawer. Penat sangat2... Lagi2 dapat patient cerewet. Tang dr. lak, tulisan2 diorang. Ade tu kemas sangat2 ade tu langsung tak boleh baca. Ade yang buat keje cepat sangat, yang buat keje lemah lembut pun ade gak...


Jumaat...

Hari ni? Macam biasalah. Cuma masa malam tadi datang patient dukung anak dia n kata dia anak dia dilanggar dengan motor dan dia sempat sambut anak lelaki dia tu. Kononnya nak memotong rambut. Yang melanggar tu lak ppuan n bawak motor laju. Adoi la. Ayah budak tu cemas sangat2 sampai kan kitorang pun sama2 cemas. Erm, bila dr. Nora dah peksa alhamdulillah luka dak tu luar tulang kepala. Cuma dr. pesan kalo ade simptom2 seperti muntah, mata kabur... cepat2la g sepital. Takut kalo2 dibuatnya otaknya bergegar kang hilang ingatan atau buta atau pekak kot?

Sok n Ahad cuti... Nak lepak puas2. Bila la nak dapat keje kat sana ek? Sejak keje sini bosan tu jarang2 singgah... Alhamdulillah...

p/s: Aku Terlalu Cinta Dia... Awak... Heheheh...

05 September 2007

Entah

Published by HidayahYassin at 9:08 PG

Macam2 yang aku fikirkan sekarang... Mengantuk sebenarnya walaupun dapat balik awal. Sooo tired... Mata ni dah nak tutup habis tapi masih nak menaip lagi.

Nafas aku semakin sesak. Mulanya aku sakit tekak dan dah habis Zecuf aku hisap masih tak elok. Selalunya dan biasanya yang membaikkan tekak aku hanyalah dengan menghisap gula2 hacks BUT sekarang tak lagi... Tekak ni macam main2 je dengan aku. Kejap ok, kejap tak. Kepala pun tak ketinggalan nak rasa tempias. Sekarang ni yang aku rasa hanyalah dada aku semakin sempit... Nafas masih macam biasa cuma ade kelainan yang dapat aku rasakan.

Aku macam rasa yang telinga akulah punca segala2nya. Sebab biasa perkara ni berlaku. Dalam telinga ni, the benda dah banyak sangat n keras so menutup lubang pendengaran. Sampai sekarang masih rase bengang telinga ni. Tapi lepas titikkan ubat tu setiap malam alhamdulillah adelah sikit perubahan. Harap2 lepas2 ni telinga aku kembali pulih... InsyaAllah, Amin...

Oklah, mata semakin kuyu ni. Esok sambung cite lagi... Pasal Panik, Sakit Hati, Bengang, Semuanyalah...

Published by HidayahYassin at 7:42 PG





























Destinasi Cinta...


Verse 1
Di Hati Yang Mana
Ku Temu Cinta Terindah
Kau Berikan Ku Jawapan
Tiada Lagi Persoalan

Sambut Cintaku Ini Sayang
Berselimutkan Kasih Kita
Di Ruang Hatiku Yang Terpencil
Mekar Cinta Kita Yang Akhir

Chorus

Kini
Menuju Ke Destinasi
Puncak Cinta Tertinggi
Aku Menunggumu
Aku Takkan Jemu
Kerna Cinta Itu
Termanis Bagiku

Verse 2
Mimpiku Semalam
Kau Hadir Bersama Cinta
Kau Lukiskan Dua Hati
Lambang Kasih Sayang Sejati

Kau Datang Bersama Sinar
Menyuluh Hatiku Yang Pudar
Kini Semua Kembali Berseri
Bila Kau Hadir, Ku Damba

Ulang Chorus

Bridge

Matahari Masih Jingga
Menyala Cinta Bagai Bara
Perjanjian Kita Berdua
Kekal Selama
Berdua
Berdoa
Bersama
Sayang…





Lelaki Ini...

Kasih, kenanganku
Ingatkah saat saat dulu
Kasih, apakah dirimu
Merasakan semua itu

Ke mana pun langkahku pergi
Ku masih melihat bayanganmu cintaku
Dan kemana pun arah anginku berlari
Hati ini masih kau miliki

Lelaki ini yang selalu mencintamu
Selalu, tanpa ragu
Lelaki ini yang selalu memuja
Hanya dirimu
Yang bertakhta dalam sanubariku
Sanubari ku
Aku yang mencintakan mu
Hanya dirimu…

Karena cintaku, tak berbatas waktu
Karena cintaku, tak mengenal jenuh hatimu
Hatimu…
































Sahabat...

Sahabat
Mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri

Kau tahu ku tak sanggup

Sahabat

Ingatlah kau selalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tak disini lagi

Sahabat

Aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku inginkan kau hadir

Korus:

Aku di sini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
Tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah

04 September 2007

TAGGED BY NAD..

Published by HidayahYassin at 8:44 PG

Assalamualaikum...
I've been tagged by Nad..
Gilo tagged yo eh? But, anyway...tq Nad...

5 things in my bag

• Purse + coin purse
• My hand phone
• Deodorant
• A pen + note book/paper
• Spray Body Mist


5 things in my wallet / purse

• My IC + driving license
• Childhood picture with siblings
• ATM cards
• Money
• Mak & Abah's photo


5 favorite things in my room

• My bed
• My bags
• My gifts and presents
• My closet
• My dresser


5 things that I want to do

• To be a good wife (in the future)
• To perform umrah/haji with my family
• To have my own happy family + own house + own car
• To have a stable life
• To be rich & famous :P


5 actions that you're doing right now

• Update blog
• Bathing
• Sleepy
• Doing this tagged
• Chat with Huda @ Dila


Here are the five (5) people that must do:

• Anyone who read my blog.. ;)

03 September 2007

Note For Frens...

Published by HidayahYassin at 7:22 PG

free image hosting

free image hosting

01 September 2007

Hero-Hero Sepanjang Hidup Aku...

Published by HidayahYassin at 5:57 PG

Wah, ayat nak bagus jek. Tiba2 cam takde pape nak cite lak. So, terlintas dalam pale otak kali ni, aku nak cite pasal adik2 aku... Sementelah, blog for family tu aku jarang masuk so, aku delete la. 1stly aku nak cite dari diorang lahir sampailah sekarang...


Abang @ Hazrin...

Abang

Lahir tahun 1985 kat Hospital Besar Seremban (anak jati Seremban)... Tarikhnya 3 Mei... Masa kecik2 pelat. Aku ingat lagi perkataan yang mak ngan abah sebut, Pasar Lamat. Rasa2 kan korang tau tak ape maksudnya? Abah kata abang nak sebut Pasar Malam tapi dia tahu sebut Pasar Lamat. Ado ko jauh bonar poei eh? Mase aku kecik2 dia lahir (aku 2 tahun mase tu), perasaan aku? Gembira kot? Masih budak2 la katakan... Ni kememeh sikit. Pantang aku kaco, mesti nanges. Apolah... Aku suka sangat nyakat dia sebab dia gembeng... aku geram kat dia satu hari tu (mase kat Gombak), tengah syok main pasir...aku genggam pasir aku campka kat muka dia... Akhirnya dia nanges... Jahatnya aku kan? Mase nak pindah PJ, aku dah niat nak kenakan dia. Mase dia tengah buang air kat satu bilik air bawah tangga tu, aku padam lampu. Langsung nanges... Sampai tingkatan 3 dia aseklah nanges bila aku usik dia... Tapi lepas2 tu dia lak kenakan aku balik... Aku yang nanges lebih banyak dari dia dulu2... Semakin besar ni, kitorang dah tak gado, selalu leh bual2...


Ajip @ Hayazif...

Ajip

Ajip

Ajip

Aku pernah tanya mak dan kadang2 abah, apa maksud nama dia walaupun aku sendiri tak pernah langsung rasa pelik adik aku yang sorang ni nama dia cam pelik sikit. Kata mak, abah gtau yang nama tu nama sebuah lagu arab. Oh... Maksudnya? Aku tak cari lagi dan tak jumpa pak ustaz kitorang tu lagi... Mase nak poskan barang kat dia pun ade kakak post office tu kata sedap nama, ape maksudnya? Aku jawab seperti apa yang aku tulis ni lah... Adik kedua aku ni tersangat2... Terejal... Kata orang nakal la. Memang nakal sangat. Aku sendiri selalu sakit ati ngan dia, terlalu aktif, suka nyakat orang dan kalo orang balas ape yang dia buat mesti orang tu akan dapat hadiah... Gigitan... Hahahaha.... ko memang jahat, Jip. Mase dia tadika Cina (Lai Meng), aku ngan makcik aku yang sangat2 sayangkan dia ni g hantarkan dia naik bas mini sebab abah takleh nak hantar (padahal tempat abah keje depan sekolah dia je)... Mase dah sampai tu, dia masuk pagar, dan2 tu suh kitorang balik cepat... Dia malu sebab kitorang kan nampak Melayu, kawan2 dia lak semuanya Cina (ade Melayu tapi tak ramai). Lepas tu masuk lak sekolah rendah Cina kat PJ. Mase ni, asal balik je dari sekolah dia mesti dah dok kat meja makan buat semua keje2 sekolah dia bagi habis. Sebab dia ni mata belalang (kata mak)... Pantang pukul 9 malam jek, mata dia pun sama2 terkatup... Mase sekolah rendah nilah dia bawak beg yang oenuh ngan buku2... Aku angkat pun langsung tak larat. Ade sekali tu dia tengah tunggu bas amek tengah hari... Dia dok kat batu jambatan depan rumah kat PJ... Sebab beg tu berat sangat2, akhirnya dia jatuh kebelakang.... Dia telefon mak (aku lupa...mungkin kak Ida yang call)... Nanges2 sebab terkejut kot? Aku bila dengar balik memang asek nak gelak guling2 jek... Maunya tak... Beg berat sangat sampai terbalik? Wakakak.... Mase sekolah rendah (dia takmo sambung sekolah Cina lagi sebab tak tahan dugaan)... kat Serdang mase darjah 6, main bola, kaki dia patah sebab... kene himpap dak gomok... Takut dak tu bila abah nak jumpa BUT abah tak marah pun... Dia tau dak2 ni kan ganas? Ada hikmah sebaliknya sebab sepanjang kaki patah nak baik tu, dia dok umah belajar ngan mak DENGAN kawan2 dia yang lain... Then dia cemerlang dalam UPSR. Ramai orang kata bebudak yang nakal2 masa kecik dah besar dia bijak.Aku rase betul kot ape orang kata sebab dia dah ke Mesir sambung belajar... Jahat2 ko pun, ko lebih bijak dari aku... Bila ko nak balik wei??? Btw, Ajip lahir kat hospital yang sama ngan abang dia 2 tahun selepas tu, 28hb Feb...1987... Mase kecik montel sesangat. Aku salu kata kat diri aku kalo la mase tu leh berputar kembali...aku memang akan cubit pipi dia... Montel sangat... Tak pun dia mase sekarang dan aku pun dah besar...so dapeklah den cubit2 pipi dia tu...dah le mata pun sepet...



Ud @ Hud Jafni...

Ud

Ud

Ud

Seorang yang sangat2 suka buat orang lain risau esp. mak ngan abah. Mase dok PJ dulu, dia kecik lagi sebab dia lahir mase kitorang semua dok Gombak. Pernah satu hari tu dia tiba2 senyap jek. Mak ngan abah kejut2, dia buat tatau jek. Menguit tak, menggeliat tak. Adoila... Aku tak ingat (mungkin gak aku yang tak tau langsung). Siap bawak g sepital wo... Akhirnya dr. kata dia ok jek. Pandai lak buat drama swasta yang boleh buat jantung semua orang berhenti berdegup... (memandai jek aku ni ek?). Budak bertuah ni lahir kat Pusat Rawatan Islam kat KL tu... 4 Jan 1989... Dia ni oklah... Pernah mase dia kecik (kat PJ) main2 kat pokok rambutan. Dia kat bawah tapi masih atas pokok lagik... Abang dia yang 1st tu kat atas sekali. Aku ngan yang lain (makcik2 pun ade sekali)...ade kat dalam rumah. Tiba2 abang masuk gtau yang pale Ud terkena galah rambutan tu... Mak suh pakcik aku bawak g klinik... Muka relaks jek tapi bila sampai klinik dr. selak je rambut dia, meletup darah keluar tapi taklah teruk sangat. Berjahit gak la... Nama dia je yang ade 2 patah... Mase dia lahir tu yang aku kene tinggal ngan makcik aku (mak kak Nana)... Siap tadika lagik... 1st tadika atas bukit (PJ)... Tadika campur rasenye. Kat situ dia leh cepat berbahasa Inggeris... Mase dia tadika, asal malam je aku suh dia nyanyi lagu2 yang dia belajar kat sekolah... Aku suka sangat dengar (mase sekolah ABIM la)... Dia hafal Rukun Iman, Rukun Islam sebab dilagukan... so sangat best la. Mase tu dah hafal surah2 pendek. Seronoknya lah hai...



Fizi @ Hafizi...

Fizi

Nama yang aku sendiri bagi sempena nama kawan baik aku Mohd. Khairil Hafizi. Aku tanya mak, nak bagi nama apa? Mak kata ikutlah apa2 pun. So, sebab kitorang pangkal nama mula ngan H, ikut mak so satu nama yang aku nampak kat kepala-kawan baik aku tu... Kenapa aku bagi nama tu? Sebab dialah selain Am yang sudi kawan ngan aku, baik lak tu... Dahlah adik2 aku semuanya lelaki, sepupu2 pun ramai lelaki... Kawan2 pun lelaki gak yang lebih ngam. Kalo aku terbergado (apo punyo ayat la ni?) ngan kekawan ppuan dialah yang paling baik ngan aku. Dia dok depan aku dalam kelas darjah 4... Dia tu ala2 lembut sikit tapi dia sangat ok. Fizi lahir bulan 7, 19 hb, 1991. Dialah yang jadi kawan aku, musuh aku... bila abang2 dia yang 3 orang tu takde (masuk asrama)... Mase kecik2 dulu aku salu gomol2 pipi dia, cium pipi dia sebab geram. Dah macam Fei Mau lak aku tgk. Aku geram sebab dia montel sesangat... Mase dia dah besar sikit, aku salu suapkan air susu bancuhan sendiri (guna susu pekat lak tu...) dia ngan Ud tu la... Dia besar sikit lagi... Aku selalu suh dia g kedai (mase tu dia tadika kat Serdang)... Dan dia selalu mintak 50 sen... Kalo adik Eton (cite Bujang Lapok tu...) mintak 20 sen... Adik aku demand sikit. Seriously aku takkan berkira dengan diorang tapi diorang tak suka minta melainkan sesaje je mintak. Kalo aku ade duit lebih, aku pasti bagi punyalah...

Ud, Abang, Fizi & Ajip

Fizi, Ud (Besday Boy), Abang & Ajip

Itulah serba sedikit kisah2 adik2 aku yang sekarang ni aku semakin faham dan selesa kenapa Allah takdirkan aku punya adik2 lelaki je... Selalu orang kata aku anak bongsu... Bila aku kata aku anak sulung, diorang terkejut pas tu siap kata aku ni anak manja... Wei, aku memang.......MaNja...heheheh... Kata mak aku yang manjakan diri aku... Tapi kat orang2 yang aku nak manjakan diri jek... Sekali lagi orang kata aku manja adalah disebabkan akulah seorang anak perempuan mak ngan abah... Apa aku nak mesti leh dapat dengan mudahnya. Ye ke? Ermmm yelah kot? Sebab kalo aku dapat barang2 ppuan apa yang adik2 aku nak gadokan? Peliklah pulak kalo diorang nak gak barang2 ppuan, kan? Diorang sesama diroang pun tak pernah gado pasal barang2 mak ngan abah belikan... Mase kecik tu biasalah, gado je mestia nanges punyalah... Dan akhirnya yang tak bersalah pun kena pukul gak... Nasiblah... Diorang ni ngan abah sampai sekarang pun susah nak mintak apa2 kat abah. Aku pun tak tau nape. Mase kecik2 dulu aku asal aku tengah pakai kasut nak g sekolah, mulalah diorang... "Kak..."... "Nak apelah...", garang tak? "Mintakkan duit kat abah?"... "Mintaklah sendiri..."... "Saya takutlah..."... "Banyaklah korang ni". Then aku buka balik kasut, naik atas (PJ), kejut abah pelan2... mintakkan diorang duit. Hari2 aku macam tu. Kalo diorang rase berani sikit, diorang mintak sendiri... Sekarang diorang mintak melalui mak je sampai mak pun bising. Padahal tadi aku dah amek duit aku... Sengal ubi betullah... Sampai aku tingkatan 5 bekal duit aku cuma RM1... Kalo ade peksa je aku mintak sampai RM2... tamak tak?

Ape lagi nak cite eh? Aku bangga dan bertuah dikurniakan adik2 @ hero2 remaja seramai 4 orang tu... Beruntung sesangat... Kadang2 berangan macam2... Heheheheheheheh... Adolah satu benda tu aku harap sesangat akan jadi kenyataan untuk satu hari nanti... Diorang je yang boleh realisasikan impian aku tu... Diorang je adik-beradik aku, darah daging aku... Segala2nya untuk aku, mak ngan abah... Rase2 ape eh? Adolah... Satu hari nanti korang pun tahu gak... Rahsia...