rss feedResize Text
Twitter Follow Me

“jika kau ubah fikiran|aku kan setia menanti|jika kau perlukan teman|carilah di sini|jikau kau ubah fikiran|untuk jatuh cinta cinta lagi|yang pertama ke depan|jika kau ubah fikiran

22 Februari 2007

New songs...

Published by HidayahYassin at 7:46 PTG

Artist - Tajuklagu: Jaclyn Victor Feat. Rio Fabrian - Ceritera Cinta

The Lyrics: Bertanya Sang Bayu padaku
Mengapa kau masih di situ
Tiadakah jemu kau menunggu... oh...

Dan buat seorang perindu
Penantian hanyalah waktu
Di kamus hatiku tiada istilah jemu... oh...

**Korus**
Hentikanlah saja jenaka bermadah
Biasa terlalu sering ku dengar
Ceritera cinta tiada berubah
Hanya mimpi yang indah... akhirnya nanti kecewa

Bukalah sedikit hatimu
Kenali siapa daku
Beriku pendam rasa hati
Malu mengakui... Oh...

**Ulang Korus**

Tanpa mahu mengakui kau pun di hati
Di luar sedang kau ku rindui
Penantian (penantianmu) hanya ruang waktu
Tiba masa kan terbukti cintaku... Oh...

Tak mudah percaya pada pengakuan
Aku di hatimu yang tersayang
Hentikan lah saja jenaka bermadah
Biasa terlalu sering ku dengar
Ceritera cinta tiada berubah
Hanya mimpi...
Akhirnya nanti... kecewa


Artist - Tajuklagu: Amy Mastura - Cinta

The Lyrics: Jika ditanya tentang cinta
Macam-macam lah jawapannya
Ada cinta yang bawa ceria
Ada cinta yang sanggup merana

Sanggup berkorban apa saja
Hilang kawan hilang keluarga
Lebih baik cinta pada yang Esa

Hidup ini penuh pancaroba
Kiri kanan masalah saja
Janganlah derita kerna cinta
Kerana cinta bahagia

Kalau benar cinta itu buta
Siapa kan jadi mangsanya
Kalau cinta itu cinta setia
Nangis ketawa sama hahaha

Kalau kita boleh beli cinta
Berapa pula harganya
Alangkah indah kita dicinta
Kerana hidup kita lebih bahagia...

Artist - Tajuklagu: Innuendo - Gemawan

The Lyrics:Mudah sekali berubah hati
Walau kasih kita termeteri

Wajahnya kembali bertakhta di hati
Saat bahagia kita 'kan pergi

Mudahnya kau berperi
Cinta bertamu lagi
Gemawan kasihku mendung lagi

Akan tiba hari
Kau merisik kembali
Mendung kini raja di hati ini

Senja yang menanti
Sendiri ku terpinggir
Mentari pun berlabuh lagi

Luputlah memori
Berkubur dalam mimpi
Mendung kini berarak pergi

Walau pedih kembaraku sendiri
Ku masih menanti
Gemawan ku pergi
Bahagia kembali

Atas ni lirik lagu2 yang sangat aku suka dulu dan sekarang... Wah gitu tau. Takde ape yang nak aku tulis sebenarnya TAPI masa nak balik dari opis semalam petang, teringat kat semua kawan2 lama. Lebih pada bebudak sekolah rendah la. Masa belajo kat Sekolah Rendah Sultan Alam Shah 1, Pj. Ingat lagik kata Pakcik Wahab *orang yang bertanggungjawab amek aku, adik ngan Nad n her siblings g sekolah agama dan balik...* "Sekolah kamu ni kaya sebab nama sekolah Sultan"... Hehehe... Rindu Pakcik Wahab n family dia. Setiap kali naik van dia salu dengar dia ngaji. Best sesangat. Tak pun dia pasang kaset orang ngah ngaji. Van dia pun masa tu dah terlalu uzur tau. Ade sekali sampai tercabutlah pintu van tempat duduk kitorg. Alhamdulillah sampai aku dah tak naik van tu tak pernah mencatat kemalangan jiwalah.

Berbalik pasal sekolah tu... Dari aku masuk darjah 2 setengah tahun *sebab baru berpindah dari Gombak*. Kenal semuanya. One of them was my neighbour... Dan aku dah pun jumpa nama dia dalam frenster. Pastu tgk2 ade lak bebudak lain. Shahril@Am, Shahir, Aidil, Samuel, Serina, Aini... Buat masa ni ni je yang aku dapat. InsyAllah aku try lagik. Rindu semuanya2. FYI, semuanya kat luar antaranya America, UK n so on la. Banyaknya sambung belaja dan ade gak yang keje sekalik kat sana siap dok ngan family tu. Aku bangga dengan derang BUT yang tak beshnya derang macam dah tak nak balik jek... Macam manalah nak buat gathering ek?

Yang kat sini pun ade gak yang aku dah jumpa like Intan, Shima, Hafizah, Nurul Sazrina... Hafiz tu lak macam tak ingat jek aku ni ha... Takpe... Aku still try cari sesapa yang berkenaan. Orang lain siap buat 2-3 kali. Sekolah aku, batch aku gak yang tak mula2. Rindu masa lalu... Rase cepat sangat masa berlalu. Intan dah 2 anak. Yang lain2 aku tak taulah. Rase cam lum kawen. But, perkembangan yang baik tu... Mungkin ramai lagik yang dah kawen BUT aku lum sempat carik. Yang sangat2 aku nak jumpa Ija@Ruhaiza. Kawan baik aku masa sekolah dari aku masuk sampailah berpisah sebab masuk sekolah menengah. Baizura, Christina, Vanajha, Halim n so on... Ramai lagik n aku ingat BUT bila nak menaip ni lupa lak.

Sapa2 kat luar sana kalau ade tersinggah kat blog ni atau jumpa nama aku kat dalam myspace, frenster, hi5, tagged, lovehappens, kawanku, virtualfrens n so on TOLONGlah ye? TOLONG tinggalkan nama atau apa2 yang berkaitan. Mana tahu kita boleh jumpa. At least ye? Tolong tegur aku bila dah ternampak nama aku tu... Tak kisahlah korang ni PERNAH tadika kat Al Hidayah *Kedidi 9*, tadika ABIM *Gombak*, sekolah rendah Gombak Setia *Gombak*, sekolah rendah Sultan Alam Shah 1 *PJ*, sekolah menengah Sultan Abdul Samad *PJ*, sekolah menengah Seri Serdang *Serdang*, sekolah Al Ain *Beranang*, INPENS *Shah Alam & Pulau Indah*, YPWM *PJ*... PLEASE? Ini salah satu caralah.

Kalau diizinkan Allah pasti kita kan bertemu jua. Aku harap sangat n doa hari2... Semua pun tolonglah eh? Mungkin ade cara lain kot? Pasti banyak cite yang nak dikongsi bersama nanti... Oklah... Kalau ade cara lain, aku mesti try buat...

0 ulasan:

Catat Ulasan