rss feedResize Text
Twitter Follow Me

“jika kau ubah fikiran|aku kan setia menanti|jika kau perlukan teman|carilah di sini|jikau kau ubah fikiran|untuk jatuh cinta cinta lagi|yang pertama ke depan|jika kau ubah fikiran

24 Januari 2007

Tahukah Anda?

Published by HidayahYassin at 6:22 PTG

Bulan Muharram...
Kenapa bulan Islam ini dipanggil Muharram?

Kerana telah diharamkan peperangan di bulan ini...
Nabi Adam (a.s.) diampunkan selepas dikeluarkan dari syurga setelah memakan
buah khuldi hasil hasutan Syaitanirrojim...

Semua maklumat ini diambil dari Tahukah Anda di Tv9... Dekat Di Hati...

Waktu ini, aku masih keseorangan kerana tiada siapa yang ada untuk berbual dalam erti kata lain berborak2 sambil melakukan kerja2 tertentu. Itu yang buat aku bosan. Nekadnya keputusan aku masih di dalam 'priority list'. Aku sedang mencuba itu dan ini. Dah terlalu banyak peluang yang diberikan tapi satu pun tak mendatangkan hasil kepadaku secara langsung. Tapi, Mak tak pernah merendah2kan aku dari segala segi. Malah terus menerus menyokong aku secara terang atau tidak. Apa je yang aku lakukan insyaAllah akan mendapat sokongan Mak dan ahli keluarga yang lain.

Sepanjang hari dan malam, macam2 yang aku fikirkan. Tentang itu dan ini...segala2nyalah yang mungkin tak perlu aku terlalu memikirkannya. Tapi hanya Allah yang tahu segala isi hati, jiwa dan benakku. Hari2 aku berdoa supaya dipermudahkan segala2nya. Makbulkan segala2nya yang aku pinta dan harapkan.

Pasal keje? Macam ni jugak. Takde perubahan yang terlalu drastik pun. Kalau adapun hanyalah sedikit dan tak lama. Sehari dua je berubah, esok2 kembali ke bentuk asal jua. Aku bukan suka suasana yang sama dan serupa atau serupa tapi tak sama... Cuma kalau adalah suasana yang ramai dan harmoni kan lebih bagus? Entahlah...akhirnya lelahku aku lepaskan dengan perkataan ini. Tidak tahu mana hujungnya. Dan akhirnya juga aku yang akan menulis kembali dengan luahan2 yang entah ape2 entah *bagi yang membacalah*. Aku masih mencari jalan penyelesaian.

Kerjaku sekarang ini hanyalah sementara dan untuk menisi masa lapang serta mencari pengalaman. Ingat! tak semestinya aku akan terus berada di bawah tekanan yang sama dan sentiasa membuatkan aku rasa tak terjamin. Mungkin pada semua di luar sana? Samakah kamu semua denganku? Tapi, sebelum aku membuat apa2 jua keputusan, hatiku masih ada untuk aku membuat pertimbangan diri. Hati aku masih lagi berkata2 supaya aku terus bersabar. Untuk beberapa ketika je lagi. Sampai dah rase puasnya bekerja dengan orang, mungkin? Tapi, aku masih rase kasihan yang amat pada keluarga aku terutamanya Mak... Sangat kasihan aku pada Mak... Tak terbalas jasanya pada aku... Tak lupa pada Abah sebab sejak aku keje, Abah je yang buat semuanya sekali. Malas sungguh anak dara diorang ni...sangat2... Aku ngan Ajip punya pendapat yang sama. Dah banyak salah yang aku lakukan dan sangat malu untuk mengaku *minta maaf*. Macam time rayelah. Nak sangat minta maaf sungguh2 tapi tak terkeluar malah boleh gelak2 pulak. Macam tak menginsafi langsung pulek.

Bukan macam tu, aku cuma taknak sedih masa tu dan yang paling penting sekali bila dah minta maaf kene ingat jangan buat salah lagi. Tak berguna kalau kita minta maaf sungguh tapi masih buat perkara yang kita dah minta dimaafkan tadi. Itulah pendapat aku dan apa yang aku rase sebenarnya. Kenapalah aku tak rasa seronok ngan apa yang aku lakukan ye? Maksud aku keje ni. Tak rasa lagi ke seronok tu? Atau takkan rase? Aku tak tahu yang mana satulah. Bingung memikirkannya. Semua pun kata benda yang sama cuma aku je yang tak sekuat wanita2 Islam zaman Nabi kita dulu. Aku masih tak dapat nak buang rase kecewa, menyesal atau sedih dari kehidupanku. Rase macam adik-beradik pulak. Tak boleh dipisahkan lagi.

Yang aku harapkan cumalah semuanya berakhir dengan kegembiraan. Moga akhirnya hatiku jadi tenang seperti sebelum ini. Semoga apa jua keputusan yang telah difikirkan dan akan dibuat nanti MESTI mendapat keberkatan dan keredhaan ALLAH... Pasti... Aku takut apa je yang aku buat rase senang hati tapi Allah tak berkat, kan rugi yang amat tu? Dan lagi penting pulak keredhaan Mak dan Abahku... Takde keredhaan Mak Abah maka Allah jua tak meredhai kita... Betul tak kawan2?

Oklah, aku terpaksa mengundurkan diri untuk hari ini... Semoga hari esok menjanjikan lebih baik hari bagiku... Semoga berjumpa lagi kita selagi hayatku masih ada esok hari ye?

0 ulasan:

Catat Ulasan