rss feedResize Text
Twitter Follow Me

“jika kau ubah fikiran|aku kan setia menanti|jika kau perlukan teman|carilah di sini|jikau kau ubah fikiran|untuk jatuh cinta cinta lagi|yang pertama ke depan|jika kau ubah fikiran

18 Januari 2007

Nak Balik................Yahoooooooooooooo

Published by HidayahYassin at 5:19 PTG

Bestnye nak balik Seremban. Ada apa dengan Seremban? *amek kata2 IamFiq hotfm*. Kan itu rumahku syurgaku... Tentulah rase seronok n excited lebih sikit dan esok adalah permulaan Tahun Baru Hijrah yang ke 1428. Baru je 19 hari dalam bulan Januari 2007 dan kita akan menyambut Tahun Baru lagi bagi umat Islam. Itu yang lagi menambahkan keseronokkannya.

Ayuhai kawan2 semua. Jangan lupa baca doa awal dan akhir Tahun Baru Hijrah ye? Semoga bila dapat buku baru ni, kita akan menambahkan kebaikan *pahala* dengan segala2 yang berkaitan ye? Kurangkan atau JANGAN buat langsung perkara yang membawa kepada keburukkan *dosalah wei!*. Dah sedap kumpul pahala tiba2 terbuat dosa, kurang pahala kebaikkan kita kan? Rugi je. Mula2 sikit, lama2...sendiri mau ingatlah...

Apa aktiviti esok ye? Oklah, mula ngan malam ni dulu. Balik keje, mandi2, kemas2 rumah... Kalau Abah g surau, pas Isya' gerak balik Seremban n kalau tak lepas Maghrib la cabut... Sampai umah, mengantuk punyalah. Tapi dah tentu aku mesti tido kol 2 atau 3 pagi. Sebab kat Pantai takde ASTRO. Belasah je kat Seremban. Bila dah tido, bangun pun liat la kan?

Mak mesti kejutkan untuk jumpa Su. Lepas dah jumpa, mata masih ngantuk then sambung tido balik. Tapi kul 9 pagi sok ade program kat padang Seremban kat ngan komuter. Kebetulan Firdaus datang *kumpulan nasyid ye*. Nak gak tengok kan. Dah alang2 tu, apelagi. Digicam lak kat Abang. Kalau tak sibuk aku datangla...kalau tak dengar radio je la. Nak gak pegi.......

Tengah hari jumpa Zu lak kan? Makan tengah hari... Kadang2 baru je sarapan dan makan tengah hari. Kalau Mak malas sikit nak masak2, aku tolonglah masak ape yang aku tau je....

Petang? Jumpa As dulu la *kadang2 dekat nak jumpa Mag*. Tak tau lagi ape agendanya. Selalunya memang dok rumah je. Selain kemas mengemas rumah. Tengok tv jelah kot. Kalau jadi, sok nak g umah Cik Emi nak tengok baby girl dia. Tak sabar nak g. Tapi, keputusannya tak tau lagila pulak. Sebab Pz balik asrama Isnin n Abah yang hantar...

Malam? Biasalah... Tengok tv lagi. Ingat nak jahit Baju Melayu Pz yang tak mula2 lagi tu... Harap2 sempat siaplah... Habis je kenelah jumpa Is lak... Hehehe... Kalau faham, baguslah yek...

p/s: Su, Zu, As, Mag n Is tu nama2 singkatan untuk solat2 kita yek...

0 ulasan:

Catat Ulasan