rss feedResize Text
Twitter Follow Me

“jika kau ubah fikiran|aku kan setia menanti|jika kau perlukan teman|carilah di sini|jikau kau ubah fikiran|untuk jatuh cinta cinta lagi|yang pertama ke depan|jika kau ubah fikiran

29 Januari 2007

Entah le...

Published by HidayahYassin at 6:19 PTG

Tak tau ape perasaan aku masa ni... Macam2 yang aku rase kot? Semalam balik keje je terus amek Mala kat KL Sentral. Mulanya dia suh amek kat Petaling Street sebab dia baru sampai dari Singapore g tengok her hubby kat sana... Aku lak mengong pasal jalan so, tak dapatlah nak g sana. Kang lain lak jadi. So, dia turun KL Sentral je senang. Dah tu lapo sesangat g la makan kat PJ. Hehehe... Pastu g Carrefour sebab si Mala nak cari car reader lak... Haih? Cari2 jumpa gak. Semalam pening lagik pale aku ni ha. Last2 baliklah rumah bila jam pukul 9.30 malam. Ha? Baru kol 9.30 ke? Aku ye2 je ingat dah kol 11 malam tau. Sempat tengok Dunia Baru jugaklah ngan Oshin then Ayahku Kahwin Lagi... Cite yang last ni memang best sesangat. Kalau ade yang tengok mesti nak gelak je. Bukan ape, ade ke M. Rajoli tu kawen ngan budak yang boleh dipanggil cucu? Lawak tol tau... Budak tu namanya Linda Hashim. Baru episod 4 la cite tu. Pastu anak2 M. Rajoli tu yang aku tau la Amyza Adnan ngan ade la 2-3 orang lagi. 2 cucu. Kelakau tul tau. Abah pun gelak sekali lagi2 bila anak kedua M. Rajoli tu panggil si Linda ni 'Mak'. Mau tak ku gelak beramai2? Muda sesangat la. Nasib baik Linda ni diterima anak kedua tu ngan cucu2nya.

Aku baru dikhabarkan untuk pergi ke Kelantan. Hari ni nak confirmkan pergi ke tak. Kalau kene g, g je la pengalaman... Kalau tak g, aku gunalah plan A. Dah janji ngan Rani nak g beli kain. Semalam mase gi Carrefour sempat g Nagoya. Aku dah jumpa apa yang aku nak. Nasib aku baik sebab dah jumpa. Semeter RM5 la. Aku bajet dalam 4 atau 3 1/2 la. Ok jek tu ek? Pastu nak kene carik lining lak. Dah try warne hitam lining tapi macam tak ok je. Sebab kain luo tu warnanya maroon, kan gelap dah tu? So, bila dah habis tengok jenjalan sikit then ternampak ade jual inner. Alah dulu2 salu orang guna handsocks je kalau pakai t shirt lengan pendek kan? Tapi yang ni jenis macam baju lengan panjang, sejuk je kainnya... Aku ngah pakailah sekarang ni. Ok gak rasenye. So untuk baju aku mase Rani nikah n sanding dah diselesaikan cuma tak tau bila nak beli kain tu KALAU aku kene g Kelantan... Tak merasalah aku cuti Hari Wilayah lagik eh?

Rani kat Genting sekarang sebab attend kursus Khidmat Pelanggan sampai sok la. Petang dah tiba rumah katanya. Harap2 sok aku leh g rumah dia... Khamis nak g beli kain KALAU jadik. Hish! Pening lagik pale aku ni ha...


*Contoh Blaus yang bakal aku jahit nanti, insyaAllah ye?*

*Ni pun insyaAllah juga. Ada cadangkan aku buat yang ini je...*

24 Januari 2007

Tahukah Anda?

Published by HidayahYassin at 6:22 PTG

Bulan Muharram...
Kenapa bulan Islam ini dipanggil Muharram?

Kerana telah diharamkan peperangan di bulan ini...
Nabi Adam (a.s.) diampunkan selepas dikeluarkan dari syurga setelah memakan
buah khuldi hasil hasutan Syaitanirrojim...

Semua maklumat ini diambil dari Tahukah Anda di Tv9... Dekat Di Hati...

Waktu ini, aku masih keseorangan kerana tiada siapa yang ada untuk berbual dalam erti kata lain berborak2 sambil melakukan kerja2 tertentu. Itu yang buat aku bosan. Nekadnya keputusan aku masih di dalam 'priority list'. Aku sedang mencuba itu dan ini. Dah terlalu banyak peluang yang diberikan tapi satu pun tak mendatangkan hasil kepadaku secara langsung. Tapi, Mak tak pernah merendah2kan aku dari segala segi. Malah terus menerus menyokong aku secara terang atau tidak. Apa je yang aku lakukan insyaAllah akan mendapat sokongan Mak dan ahli keluarga yang lain.

Sepanjang hari dan malam, macam2 yang aku fikirkan. Tentang itu dan ini...segala2nyalah yang mungkin tak perlu aku terlalu memikirkannya. Tapi hanya Allah yang tahu segala isi hati, jiwa dan benakku. Hari2 aku berdoa supaya dipermudahkan segala2nya. Makbulkan segala2nya yang aku pinta dan harapkan.

Pasal keje? Macam ni jugak. Takde perubahan yang terlalu drastik pun. Kalau adapun hanyalah sedikit dan tak lama. Sehari dua je berubah, esok2 kembali ke bentuk asal jua. Aku bukan suka suasana yang sama dan serupa atau serupa tapi tak sama... Cuma kalau adalah suasana yang ramai dan harmoni kan lebih bagus? Entahlah...akhirnya lelahku aku lepaskan dengan perkataan ini. Tidak tahu mana hujungnya. Dan akhirnya juga aku yang akan menulis kembali dengan luahan2 yang entah ape2 entah *bagi yang membacalah*. Aku masih mencari jalan penyelesaian.

Kerjaku sekarang ini hanyalah sementara dan untuk menisi masa lapang serta mencari pengalaman. Ingat! tak semestinya aku akan terus berada di bawah tekanan yang sama dan sentiasa membuatkan aku rasa tak terjamin. Mungkin pada semua di luar sana? Samakah kamu semua denganku? Tapi, sebelum aku membuat apa2 jua keputusan, hatiku masih ada untuk aku membuat pertimbangan diri. Hati aku masih lagi berkata2 supaya aku terus bersabar. Untuk beberapa ketika je lagi. Sampai dah rase puasnya bekerja dengan orang, mungkin? Tapi, aku masih rase kasihan yang amat pada keluarga aku terutamanya Mak... Sangat kasihan aku pada Mak... Tak terbalas jasanya pada aku... Tak lupa pada Abah sebab sejak aku keje, Abah je yang buat semuanya sekali. Malas sungguh anak dara diorang ni...sangat2... Aku ngan Ajip punya pendapat yang sama. Dah banyak salah yang aku lakukan dan sangat malu untuk mengaku *minta maaf*. Macam time rayelah. Nak sangat minta maaf sungguh2 tapi tak terkeluar malah boleh gelak2 pulak. Macam tak menginsafi langsung pulek.

Bukan macam tu, aku cuma taknak sedih masa tu dan yang paling penting sekali bila dah minta maaf kene ingat jangan buat salah lagi. Tak berguna kalau kita minta maaf sungguh tapi masih buat perkara yang kita dah minta dimaafkan tadi. Itulah pendapat aku dan apa yang aku rase sebenarnya. Kenapalah aku tak rasa seronok ngan apa yang aku lakukan ye? Maksud aku keje ni. Tak rasa lagi ke seronok tu? Atau takkan rase? Aku tak tahu yang mana satulah. Bingung memikirkannya. Semua pun kata benda yang sama cuma aku je yang tak sekuat wanita2 Islam zaman Nabi kita dulu. Aku masih tak dapat nak buang rase kecewa, menyesal atau sedih dari kehidupanku. Rase macam adik-beradik pulak. Tak boleh dipisahkan lagi.

Yang aku harapkan cumalah semuanya berakhir dengan kegembiraan. Moga akhirnya hatiku jadi tenang seperti sebelum ini. Semoga apa jua keputusan yang telah difikirkan dan akan dibuat nanti MESTI mendapat keberkatan dan keredhaan ALLAH... Pasti... Aku takut apa je yang aku buat rase senang hati tapi Allah tak berkat, kan rugi yang amat tu? Dan lagi penting pulak keredhaan Mak dan Abahku... Takde keredhaan Mak Abah maka Allah jua tak meredhai kita... Betul tak kawan2?

Oklah, aku terpaksa mengundurkan diri untuk hari ini... Semoga hari esok menjanjikan lebih baik hari bagiku... Semoga berjumpa lagi kita selagi hayatku masih ada esok hari ye?

23 Januari 2007

Pernah dulu...

Published by HidayahYassin at 5:52 PTG

Pernah dulu, satu ketika aku terlalu memikirkan tentang hidup dan masa depanku ini. Kemana agaknya arah tuju hidupku selepas ini? Yang pentingnya aku selalu fikir siapalah pasangan hidupku? Selalu berangan2 tentang hal yang satu ni. Sampaikan aku fed-up dengan semua ini. Yalah waktu remajalah, kita selalu disogok dengan perkara2 ini. Orang lain ade, tak kiralah dia pandai sikit...pandai banyak...tak pandai sangat atau tak pandai langsung *yang kelasnya paling akhir atau kedua akhir*. Cemburu? Pastilah ada. Tapi, aku tak suka bagitau *mana ade orang suka bgtau* yang aku sakit hati melihat semua ini. Lantaklah...

Dan pernah seketika yang lain perasaan redha dengan ketentuan tu datang dalam masa yang agak panjang juga *itupun sebab dah bosan yang amat*. Memang aku rase sangat redha waktu itu. Selalu dalam hati kata, tak apalah kalau Yang Satu itu tak berikan aku peluang yang sebegini. Mungkin memang aku tak ada, lambat ataupun takkan ade langsung... But, ramai yang kata aku mesti ade punya... Aku tetap sabar menanti...

Dan sekarang ini perasaan ingin tahu siapakah pasangan itu datang menerpa kembali benakku. Wah! Tapi, aku masih boleh mengawalnya cuma aku selalu ajukan persoalan ini kepada sahabat2ku... Aku dapat mengimbangi perasaan antara ingin tahu yang sangat meluap dan rasa redha dengan ketentuan yang Allah dah tulis sehak aku dijadikan dan dilahirkan ke muka bumiNya ini. Pelbagai pendapat, pandangan dan macam2 lagilah. Aku sangat menghargainya. Dan aku sebagai hambaNya yang sangat lemah ini tak dapat nak tulis nama2 mereka itu satu persatu kat sini.

Kat sini nak letak lirik lagu baru yang aku dengar dari Firdaus featuring Faizal Tahir OIAM... Sesuai ngan semua orang... Hayati eh? Kalau dapat dengar lagi best... Enjoylah...

Pupus
Album : Dunia Yang Lebih Indah
Munsyid : Firdaus
http://liriknasyid.com


(featuring Faizal Tahir)

pertemuan yang ku idam
masih belum bersua
perpisahan yang ku takutkan
hadir sudah tiada ku pinta
harapan pudar mati tuk mencari lagi
bagai lilin yang menerangi
lalu padam jua

apalah yang mampu ku beri
agar rasa ingin berkasih hadir dalam diri
tak mampu ku mendusta hati ini lagi

cinta yang tersulam tulus
ku rasakan pupus
hingga ada terluka
pada setiap bicara ku
kasih yang mengukir mesra
hilang dalam tawa
namun ingin ku semula
merasai nikmatnya

mampukah rayuanku ini
membuatkan ia kembali
setiap kemanisan cinta yang tulus dan suci
hadirkanlah sekali lagi cuma
agar bernyawa cinta semula
maafkan aku andai keterlaluan pintaku ini

18 Januari 2007

Jantung...

Published by HidayahYassin at 11:11 PTG

Memang tamak betul aku ni ha... Masuk ni dah 2 kali blogging. Macam takde keje lak? Ade... Tapi semua keje depan PC. So how? Pk sendirian berhadla jawabnya...hehehe. Takde pape yang best nak tulis pun. Just nak g tau yang aku ni dah bape hari asek sesak nafas je. Nak kata jerebu tak lak. Hujan hari2 *takkan boleh banjir ye tak?*. Memang rase makin sesak pulak ni. Nak bernafas panjang kena tarik dalam2. Sakit tu. Nak tau nape? Sebab keliling aku ni perokok2 yang tegar. Tak tau nak buat macam mana lagi. Aku rase jantung aku lebih hitam dari diorang punya. Sebab diorang menghembus je, aku lah tukang sedut yang tak rasminya.


*Contoh jantung yang baik ye?*-Jagalah Jantung Anda!

Sakit dada, tekak ngan rase cam nak selsema je. Malam tadi hujan sangat lebat punya. Dah lah lebat pastu berhenti kejap, hujan sangat lebat balik. Aku pun belasahlah ais krim... Jangan ingat orang besar cam aku suka sangat melantak benda2 macam tu ye? Kadang2 bolehlah layan. Muak pun ade, manis sangat pun ye... Coklat sangat baik untuk jantung tau. Ingat semua bukan untuk mengeemukkan kalau makan sekali sekali DAN sangat baik kalau kita terlalu lapar... Baik untuk orang2 yang suka mendaki gunung... Makan nasi nanti menambahkan berat dan akan buat kita ngatuks...


Ni lak gambo jantung kita bila menyedut asap rokok atau yang memang penghisap rokok tegarla...

Masih sakit dadaku ini. Rase sempit je.Pening lama dah hilang. Lain pulak yang datang. Hidung pun macam pedih2 ni. Harap2 sakit yang datang ni mencuci segala dosa2 aku yang kecil dan lepas2 tu, insyaAllah. Batuk dah mula sikit2 ni... Ya Allah Ya Tuhanku... Ampunkan Aku... Amin!

Masih rase tak sabar2 ni nak balik. Mengantuk lak ni. Nak balik....................................hihihihihi... Entah ape yang ade malam ni? Kat semua tempat pun mesti ade baca Doa Akhir dan AWAL tahun Hijrah... Kawan2ku, jangan lupa baca ye? Nak dapat buku baru ni... Semoga yang bakal tercatit nanti adalah perkara yang baik2 belaka... Biiznillah...

Nak Balik................Yahoooooooooooooo

Published by HidayahYassin at 5:19 PTG

Bestnye nak balik Seremban. Ada apa dengan Seremban? *amek kata2 IamFiq hotfm*. Kan itu rumahku syurgaku... Tentulah rase seronok n excited lebih sikit dan esok adalah permulaan Tahun Baru Hijrah yang ke 1428. Baru je 19 hari dalam bulan Januari 2007 dan kita akan menyambut Tahun Baru lagi bagi umat Islam. Itu yang lagi menambahkan keseronokkannya.

Ayuhai kawan2 semua. Jangan lupa baca doa awal dan akhir Tahun Baru Hijrah ye? Semoga bila dapat buku baru ni, kita akan menambahkan kebaikan *pahala* dengan segala2 yang berkaitan ye? Kurangkan atau JANGAN buat langsung perkara yang membawa kepada keburukkan *dosalah wei!*. Dah sedap kumpul pahala tiba2 terbuat dosa, kurang pahala kebaikkan kita kan? Rugi je. Mula2 sikit, lama2...sendiri mau ingatlah...

Apa aktiviti esok ye? Oklah, mula ngan malam ni dulu. Balik keje, mandi2, kemas2 rumah... Kalau Abah g surau, pas Isya' gerak balik Seremban n kalau tak lepas Maghrib la cabut... Sampai umah, mengantuk punyalah. Tapi dah tentu aku mesti tido kol 2 atau 3 pagi. Sebab kat Pantai takde ASTRO. Belasah je kat Seremban. Bila dah tido, bangun pun liat la kan?

Mak mesti kejutkan untuk jumpa Su. Lepas dah jumpa, mata masih ngantuk then sambung tido balik. Tapi kul 9 pagi sok ade program kat padang Seremban kat ngan komuter. Kebetulan Firdaus datang *kumpulan nasyid ye*. Nak gak tengok kan. Dah alang2 tu, apelagi. Digicam lak kat Abang. Kalau tak sibuk aku datangla...kalau tak dengar radio je la. Nak gak pegi.......

Tengah hari jumpa Zu lak kan? Makan tengah hari... Kadang2 baru je sarapan dan makan tengah hari. Kalau Mak malas sikit nak masak2, aku tolonglah masak ape yang aku tau je....

Petang? Jumpa As dulu la *kadang2 dekat nak jumpa Mag*. Tak tau lagi ape agendanya. Selalunya memang dok rumah je. Selain kemas mengemas rumah. Tengok tv jelah kot. Kalau jadi, sok nak g umah Cik Emi nak tengok baby girl dia. Tak sabar nak g. Tapi, keputusannya tak tau lagila pulak. Sebab Pz balik asrama Isnin n Abah yang hantar...

Malam? Biasalah... Tengok tv lagi. Ingat nak jahit Baju Melayu Pz yang tak mula2 lagi tu... Harap2 sempat siaplah... Habis je kenelah jumpa Is lak... Hehehe... Kalau faham, baguslah yek...

p/s: Su, Zu, As, Mag n Is tu nama2 singkatan untuk solat2 kita yek...

17 Januari 2007

Reminder...

Published by HidayahYassin at 7:47 PTG

Aku berpesan kepada semua umat islam di Malaysia... Dan juga yang ada dimana-mana supaya.... Jauhkan diri kamu daripada bergaul dan bercampur dengan orang2 jahat!

  1. Jangan berkawan dengan orang2 yang gila mengejar harta dunia!
  2. Jangan berkawan dengan orang2 yang tidak suka dan malas membaca al Quran!
  3. Jangan berkawan dengan orang2 yang malas dan tidak suka beribadat!
  4. Jangan berkawan dengan orang2 yang tidak suka berbuat kebaikkan sesama manusia!
  5. Jangan berkawan dengan orang2 yang suka hidup enjoy berpoya-poya!
  6. Jangan berkawan dengan orang2 yang selalu suka berbuat maksiat!
  7. Jangan berkawan dengan orang2 yang tidak mementingkan syiar agama islam mereka!
  8. Jangan berkawan dengan orang2 yang mengamalkan ajaran sesat!
  9. Jangan berkawan dengan si penipu munafik! Jangan berkawan dengan si pembunuh!
  10. Jangan berkawan dengan si tukang fitnah!
  11. Jangan berkawan dengan orang2 yang berhati pedengki macam yahudi! KERANA.... Orang2 macam itulah yang akan merosakkan iman kita! Berlindunglah kita kepada Tuhan daripada menjadi mangsa tipuan dan kejahatan orang2 semacam itu!

Joget Gadis Melayu...

Published by HidayahYassin at 7:13 PTG



Hehehe... Features yang baru ni takleh tulis tajuk, so buat label je la kat bawah nun ye? Buek ponek yo kalau tulih tajuk, takmo kuar punyo... Gembira ke aku hari ni? Entahlah, gembira tak gembira gak. Happy sebab kawan2 aku online sekaligus so, taklah bosan sangat2. Walau masing2 busy ngan keje. Aku suka kalau dapat macam nih hari2...

Actually tiba2 teringat satu pengalaman yang takkan aku boleh lupakan sampai bila2. Orang selalu kata *even dalam paper atau news, pasal hal ni* kena hati2 ngan orang kulit hitam ni *yang datangnya dari luar lah tau*. Sebab diorang ni banyaklah buat hal macam buat orang lupa atau khayal, lebih senang PUKAU la. But, itu bukanlah perkara yang aku nak kata kat sini. Cuma diorang ni kan besar2 semuanya *lebih kurang aku cuma lebih sikitla*. Teringat mase naik bas *waktu tu dok Serdang* nak balik rumah. Aku dok sebelah sorang mamat kulit hitam ni. Aku rase macam ade benda merayap lak atas peha aku. Aku tak nampak sebab ade beg atas kaki aku ngan dia. Aku biar dulu dan gerak2kan kaki aku. Aku agak mesti tangan mamat tu. Takkanlah tak sengaja kot? Bas tu bukan macam bas mini dolu2...kecik. Aku bukan taknak melawan atau aku suka orang buat macam tu. Dalam hati panas ni. Mendidih2 pulak tu. Nak lawan takut nantia ku yang kena balik. Orang mesti kata aku bodohlah. Aku cuma harap aku dapat cepat sampai rumah, itu je... Akhirnya sampai dulu dari mamat kulit hitam tu. Ish, geram akulah...

Kejadian baru2 ni pun lebih kurang jugak. Cuma mamat ni dok depan aku. Mula2 naik bas taklah ramai orang. Pastu mamat ni dok kat tiang yang betul2 sebelah aku. Ramai yang tengoklah. Makcik yang dok kat ngan aku tu pun agaknya dia faham sebab asek senyum2 je. Aku pusing kiri kanan masih macam tu gak. Mamat ni macam tak faham lak. Sikit lagi nak kene tang2 tu la... Takutnya aku!!!!!!!!!!!! Mase ni pun aku tak buat ape2. Tunggu nak sampai rumah je. Apalah nasib aku ni? Aku je yang taknak buat... Taknak bertindak je... Itu jek...

Dan kisah satu lagi ni mase tengok wayang ngan kak Nana n her family. Mase tu tengok filem Gerak Khas The Movie 1. Tengah syok layan filem tu, ade lak tangan merayap atas peha *pakai suar eh*. Ek eleh, aku pandang2 je orang sebelah tu *pakcik tua tu*. Guna beg, tangan bawah beg, meraba orang. Dan2 tu, kak Nana g tandas then I decided to change tempat duduk. Dia kata dia pun kena gak. Tapi, masing2 macam blur je. Takde tindakan yang dilakukan terhadap pakcik tua yang sangat gatal tu... Apalah nasib family pakcik tu kalau diorg tahu? Kalau ade family? Kalau takde? Lantaklah. Entah masih hidup lagi entah tak.

Pengajarannya kat sini kalau kuar mane2, drive je senang. Kalau naik public transport ni susah sikit. Kalau tengok wayang pun macam tu, tengok kat tempat yang dijamin selamatlah. Kalau dijamin selamat pun masih ade gangguan jugak, pandai2 la ye nak HIDUP! So how?

Gila blogging...

Published by HidayahYassin at 12:00 PG

Sejak dah tukar features baru ni, gila nak blogging je aku. 1st, keje dah banyak yang siap *yelah kan? bila tengok balik mesti banyak yang salah*. Taklah ade sangat cite tapi rase excited sangat2 nak berblog ni. Tiba2 rase seronok lak.

Dah 2 hari tak dapat tengok Mutiara Hati... Rindulah cite tu. Kalau dok rumah tak keje memang tv ade lah teman setia aku sepanjang hari. Ape2 je keje yang aku buat memang akan menghadap tv je. Orang marah ke, bisng2 kat aku ke, ape ke, lantak pi lah. Asal aku dapat tengok tv. Kalau tak buat keje atau tengok tv, tido adelah perkara kedua yang biasa aku buat. Tak pun aku bacalah ape yang ade ke. Kalau rajin lak, menyapu kat luar rumah, siram pokok bunga ke. Hehehe, betapa malasnya aku ni. Entahlah *perkataan yang biasa aku sebut*.

Bila dah dok Pantai, tak lah pulak aku teringin nak mengemas atau teringat nak mengemas kat Seremban ke... Cuma terlalu rindu nak balik sana. Aku tetap nak dok sana tak lama lagi. Aku akan pastikan yang aku dok sana semula. Tak tahanlah. Bukan sebab kat Seremban semuanya orang buatkan untuk aku tapi aku nak sangat balik Seremban. Macam nilah aku bila aku boring sangat2. Keje dah siap, nak balik ade 1 jam setengah lagi nak tunggu.

Kadang2 feel aku best je tapi bila datang bosan... Rase nak nangis je. Bila pk2 balik, orang lain boleh je? Itu orang lain. Cuma aku ni perlukan teman kotnya? Aku pun sedang mencari2 ni... Waiceh! Tak malunya? Dah takde orang yang cari aku, aku carilah orang kan? Tengoklah esok macam mana pulak feeling aku? Yang penting Jumaat pas Maghrib balik Seremban. Minggu ni kira macam minggu nak masuk Tahun Baru yang lepas lah. Sebab cuti Sabtu. So, lama sikitlah aku balik kali ni. Harap2 membawa makna lebih lagilah.

Lambatnya masa berjalan kalau aku takde keje ni. Adelah lagi 1 jam nak balik... So how? Wah gitu, perkataan baru ni aku gunakan sepanjang mase *bila ia diperlukanlah*. Sementara nak tunggu pukul 6 ni, aku melilaulah mana2 kan? Melilau dalam alam maya je. Ish, bosan tahap ape ntah. Tak tau nak buat pe lagi dah ni. Tunggu nak balik je. Sok, Khamis ngan Jumaat... Lepas Maghrib, belah la balik kampung! Dah jadi macam kampung kalau aku keje kat KL. So how? Nak kena balik Seremban jugak ni. Kesian Mak ngan Mak Bek. Dahla 2 orang je pompuan... So, ade mase aku kenelah jenguk2 kedai2 jahit ke? Asalkan aku keje, itu dah cukup bagus...

16 Januari 2007

Happy Birthday Nad...

Published by HidayahYassin at 7:52 PTG



Sweet 24th sis...;-)
You've been great and wonderful Sis all over my life...
Love you forever!
No present for you, ONLY love, hug and kissess from me...
Far from you...
I'm always remember you and all of our PAST TIME...
Susah bebenor nak menulis English la...
Yang penting Dayah selalu sayang Nad...
Orang paling cepat matangnya yang pernah Dayah jumpa...
Dayah ingat Nad hari-hari...
Best kan mase dulu2? Rase macam nak ulang balik je...
Tapi yang best2 jek...
Hentikan lamunan Dayah! Mase lalu takkan kembali menyapa...
Yang penting teruskan kehidupan ini...
Mase lalu yang tak baik, jadikan panduan untuk kita...
Teruskan hidup di Bumi Allah ini...
Semoga mase hadapan lebih baik daripada sebelum ini...
INGAT! Hidup hanya SEKALI je...
Jadi, jangan kita sia2kan hidup kita YANG SEKALI je ni...


Nad, kawan baik aku sejak dia pindah kat Kuarters MARA... Tak sangka dia adalah kawan terbaik selepas Am dan keluarganya berpindah. Walau kita tak bersekolah di sekolah yang sama *Akademik* tapi tiap2 petang memang kita akan jumpa kan? Balik je sekolah, campak beg dalam rumah, cepat2 tukar baju *kalau rajin, mandi dulu* lepas tuh terus lari g badminton court *itu je padang paling dekat*. Bukan kita nak main badminton tapi main galah panjang, bola sepak kejar, roller blade... Ingat lagi bila tengok Nad n siblings main roller blade, Dayah merengek2 dengan Mak suh belikan jugak dengan syarat dari Mak suh belaja sungguh2. Tapi, bila dapat Dayah lupakan semua janji2 dan syarat2 tu. Pendek kate, ape je yang Nad ade memang Dayah pun nak gak. Tapi, Nad tak kisah pun. Sebab Nad lebih awal matang kan? So, ape yang Dayah takde Nad selalu kongsikan ngan Dayah. Ape2 je game baru ke, ape ke, memang Nad tak pernah lupe tunjuk pada Dayah. Thanx soooooooooo much Nad... Sayang Nad lagi...

Sekarang ni dah tak macam dululah. Sebab kalau jumpa Nad, Dayah jadi kelu lidah nak berkata. Dayah nak sangat cakap2 macam dulu tapi tak boleh. Mungkin Dayah segan dengan Nad. Masa yang ade berlalu macam tu jek. Selalu Dayah harap ade lagi mase untuk Dayah berbual2 mesra macam dulu ngan Nad...

Nati2lah kot? Memang selalu harap ni... Oklah Nad. Entri kali ni memang Dayah buat khas sempena Hari Lahirnya Nad ke dunia yang fana ni tanggal 17 Januari 1983. Semoga Allah sentiasa merahmati Nad seumur hidup. Jaga diri dan keluarga yang baru dibina sebaik2nya ye? Itu doa dan harapan Dayah untuk Nad.

Credits to irafarisha85@Nurul Syaqirah*frenster*

Published by HidayahYassin at 6:58 PTG

Friends...

For all my friends...

Your sentiment is ur love..........

your love is ur heart,
your heart is ur spouse,
your spouse is ur future,
your future is ur destiny,
your destiny is ambition,
your ambition is ur aspiration,
your aspiration is ur motivation,
your motivation is ur believe,
your believe is ur peace,
your peace is ur target,
your target is heaven,
heaven is like hell without FRIENDS.

Amalan utk kjyaan di akhirat..credits to irafarisha85@Nurul Syaqirah*frenster*

Published by HidayahYassin at 6:56 PTG

Renungkanlh whai shabat2 ku...

Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia dipandang
mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni
dosa-dosanya walau sebesar lautan:-

1) Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2) Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3) Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut
4) Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu dihari esok.
5) Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6) Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7) Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya. dari tafsir hanafi
mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu,walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, kerana sudah biasa.

Mutiara Hikmah...credits to irafarisha85@Nurul Syaqirah*frenster*

Published by HidayahYassin at 6:34 PTG

Mutiara Hikmah ~ Jadikanlah ia sebagai amalan & panduan hidup kte..

  1. Ilmu itu lbh naik drp harta..Ilmu menjaga engkau dan engkau menjga harta
  2. Ilmu itu penghukum(hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurg apabila dbelanjakan tp ilmu bertambah bila dbelanjakan~Saidina Ali bin Abi Talib
  3. Kecantikan bukan terletak pd pakaian yg dpakai ttapi ia bergantung kpd keelokan akhlak dan budi pekrti~Saidina Ali bin Abi Talib
  4. Jadilah sprti pohon kayu yg lebat buahnya,tumbuh d tepi jln.Dilempar buahnya dgn batu,ttapi tetap d balas dgn buah~Saidina Abu Bakar As-Siddiq.
  5. Alangkah buruknya kepapaan,klu aku mengadu aku malu,klu aku berdiam dri aku binasa~Saidina Ali bin Abi Talib
  6. Hanya lidah yg mahu berdusta dan berbohong.Namun pndgn mata,hayunan kedua belah tgn,langkh kedua belah kaki dan pergerakan tbuh atau sluruh anggota bdan akn menafikan apa yg di ucpkn oleh lidah~Khalifah Ali Bin Abi Talib.
  7. Jgn engkau percaya melihat kegagahan seorg lelaki.TTapi jika mereka teguh memgang amanah dan menahan tgnnya drp menganiayai sesamanya,itulah lelaki sbenarnya~Khalifah Umar al-Khattab
  8. Nilai seseorg sesuai dgn kadar tekadnya,ketulusannya sesuai dgn kadar kemanusiaannya,keberaniannya sesuai dgn kadar penolakannya terhdp perbuatan jahat dan kesucian hati nuraninya sesuai dgn kadar kepekaannya trhp kehormatan drinya~Khalifah Ali bin Abi Talib
  9. Kebajikan yg ringan adlh menunjukkan muka berseri2 dan mengucapkan kata2 lemah lembut~Saidina Umar bin Al-Khattab
  10. Org yg terlalu memikirkan akibat dr sesuatu kptsn atau tindakan, sampai bila-bilapun dia tdak akn menjd org yg berani~Khalifah Ali bin Abi Talib

15 Januari 2007

Lama tak blogging... SO HOW!!!!

Published by HidayahYassin at 8:53 PTG

Selalu je singgah blog orang. Sebab orang lain punye best2... Aku je yang kadang2 mengong ni yang tak best... Hari ni macam biasa je takde pape yang best untuk diberitakan. Badan aku sakit2 dan rase nak demam je *bukan sajo2 nak demam*.

Just nak tanya kat sape2 yang pernah tersinggah atau yang rajin singgah ataupun singgah je tapi tak tingglkan jejak... Bagus ke Sang Puteri *takde kene mengena ngan Sang Puteri yang kawen nagn Dato' tu* meluahkan perasaan untuk menjadi lebih daripada seorang kawan, teman atau sahabat kepada Sang Putera? 4 dari berjuta2 orang yang disoal semuanya memberikan jawapan yang lebih dan kurang je bunyinya. Itu yang ku mahu sebenarnya. Tapi kalau ade cara sekalipun tak laksanakan atau praktikkan macam mana? Buang mase je orang yang jawab soklan2 macam ni. Biasanya bukan taknak try cuma kekuatan tu tak menyelubungi seluruh jiwa dan raga. So, how?

Kalaupun ade kekuatan luar biasa tapi Sang Putera yang selalu takde mase dan tak taulah bila dia boleh jawab pertanyaan Sang Puteri macam mana pulek? Sang Puteri pun masih belum jumpa Sang Putera dan tentulah ianya sesuatu yang pelik kalau tiba2 Sang Puteri sukakan Sang Putera? Ini yang selalu bermain di fikiranku...

p/s: ini luahanku...terhadap Si Adam yang aku sendiri tak faham perangainya samalah seperti Si Adam tidak memahami Si Hawa...kadang2 dia begini, sekejap lagi dia begitu hingga kita nampak dia lain sikit je pun dia tak perasan... SO HOW????

03 Januari 2007

Hepi Belated New Year & Belated Aidil Adha...

Published by HidayahYassin at 1:26 PG

Perasan tak yang aku hari ni gembira??? Hermmmm...sori kita tak conferencing... Hehehe... Gurau2 di petang Rabu. Gembira baru2 je sebab ramai orang datang sini. But, they're already balik ofis...

Jumaat lepas kan aku g amek abang? Masa sebelum g tu, aku teringat Imah *the very bestest fren la*. So, dah alang2 dia pun study kat UIA aku call dia. Nasib baik dia free. Alhamdulilah. Sampai dalam setengah jam *kalau tak lagi awal tapi jammed dan tersalah masuk jalan*. Tunggu abang lagi satu hal. Bersiap macam pompuan da. Aku lagi cepat dari dia. Aku takut orang tertunggu2 aku je. Tunggu punya tunggu, dia tak turun2 gak. Aku ingat salah tempat, rupa2nya dia lambat turun. Aku sempat pusing satu UIA sebab ingat dia kat Kuliyyah of Engin... Bengan tol aku tau. Aku pusing balik kat kolej dia. Dan dia pun turun dengan selambanya, lemah longlai lak jalan tu. Aku kuar dari tempat duduk driver, aku duduk kat co-pilot lak. Marah jap ah kat abang. Then aku sms Imah guna no abang *hehehe...ini la namanya adik-beradik-thanx abang*. Imah call balik suh datang kat kolej dia. Kata Imah, abang mesti tau punya kolej perempuan kat ne. Aku pun dengan konfidennya suh abang drive g kolej Imah dok. Ingat kan dia tahula, hampeh tol tau. Salah lagi dan buang masa lagi. Sengal ubi tol. Then aku pusing balik *abang yang drive^huhu^*... Bila dah sampai, call Imah semula tapi dia tak angkat. Tunggu punya tunggu finally Imah turun gak... *Maghrib, tu sebab lambat turun*. Punyalah lama tak jumpa Imah. Rindu nye kat Imah tu. Lepas dah lepaskan rindu memasing, kakak Imah pun sampai. Dia memang dah janji ngan kakak dia nak kuar malam tu. Tak dapat nak jumpa lelama lak. Tapi, Imah dah suh datang lagi dan awal sikit lagi sebab dia amek Maters sekarang so, tak banyak kelas sangat. InsyaAllah aku pasti akan kesana lagi. Memula nak call Sarah tapi, asek tak angkat je. Mana la Amoi seorang ni pegi ye? Lepas dah jumpa Imah, aku balik Pantai.

Tapi lepas mandi, aku g rumah Mak Andak. Tak plan nak tido pun cuma nak jumpa Mak Usu yang datang raya ngan kak Izan n Taufiq... Jumpa gak akhirnya dan Mak Andak suh tido. Aku nih mana leh tolak jemputan orang...huhuhu... Then pagi esoknya, abang amek then terus balik Pantai *depan je tapi kena jalan kaki-jauh tu*. Habis mandi, ingat dah lambat giller... Rupa2nya baru 7 lebih. Abang ajak sarap dulu... Aku makan roti kosong je tanpa air. Sikit je aku larat telan. Lidah ade mata ikan, macam nak demam rasenye.

Dah habis, abang hantar g keje.masa balik tu, aku lupe tanya ade ke dia kunci. Elok2 sampai rumah, dia call kata takde kunci. Nasib baik ofis tak jauh. Aku suh dia datang balik. Aku turun bawa then dia ajak aku balik. Keje baru sejam nak suh balik? Aku ingat nak blah gak tapi tak eloklah kan? Aku call bos... Dia tak angkat lak. Last2 dia call balik. Boleh balik cepat tapi siapkan keje dan balik pukul 1. Alhamdulillah! Aku balik bila dah pukul 1. Naik teksi sampai Pantai *padahal duit tu cukup je*. Sampai rumah, kemas2 ape yang patut then aku cabuuuuuuuuuuutttttttttttt balik Seremban dan transit kat Esso isi minyak. Mengon tol aku ni. nasib baik ade kakak tu bgtau nak isi minyak yang mana satu. Sampai kat Nilai, meter minyak dah merah.. Ha? Ish, aku doa banyak2 dalam hati. Apa2 hal pun biarlah aku sampai rumah dulu. Ya Allah! Bantu aku. Alhamdulillah Allah dengar permintaan aku. Aku sampai rumah tepat jam 3 petang. Gerak masa tu kol 2 petang. Pecut ke? Tu kira dah lambat giler...

Raya tahun ni biasa je, lagi suram dari Raya Aidilfitri. Cuma teringat kat Syima yang akan berangkat mengikuti kursus PLKN *2 hari lepas*. Tahniah!