rss feedResize Text
Twitter Follow Me

“jika kau ubah fikiran|aku kan setia menanti|jika kau perlukan teman|carilah di sini|jikau kau ubah fikiran|untuk jatuh cinta cinta lagi|yang pertama ke depan|jika kau ubah fikiran

21 September 2006

If we luv somebuddy could we be dis strong...

Published by HidayahYassin at 10:44 PG

Part of the lyric from Heart soundtrack yang tajuknya My Heart. Best dengar lagunya... Citenye lom tengok gi...Y? Takde mase la... Lepas tengok Remp-It ngan Kak Nana, tak try lagi nak tengok sorang2. Besenye Kak Nana yang belanja. Masuk bab duit ni, macam masalah je bagi aku. Aku bingung la memikirkannya. Tiap kali kuar nagn kawan2 mesti aku serba salah sama ada nak kuar duit sendiri atau x. Aku boleh pk yang orang taknak duit aku, katanya menyusahkan pulak. Tapi sebenarnya aku malu nak bukak mulut kata "Takpelah biar aku je yang bayar", itu kalau kuar ngan Mala. "Tak pe, saya bayar", bila kuar ngan Rani. Memang aku tak pernah ringankan mulut kalau2 bab gini KECUALI kalau mak suruh. Aku malu sebab bukan duit aku TAPI mak punya. Kalau aku punya memang TAK PERNAH segan silu atau malu2 nak belanja atau kuarkan. Seriously, memang aku takkan teragak2 nak kuarkan duit aku sendiri *gaji atau duit MARA* untuk belanja orang. Aku akan rasa sangat berbesar hati... Tapi sekarang ni yang dapat aku bagi cuma tenaga je. Aku sangat FREE bila2 orang panggil nak suruh tolong pape. Macam sekarang ni, Rani dah booked aku untuk tolong Kak Atun *kakak Rani* buat kuih. InsyaAllah 29 hb ni *6th day of fasting* aku g umah Rani. InsyaAllah dapatlah buat duit2 raya ni. Mala pun dah booked untuk her wedding. Memula dia just ajak aku tolong dia bungkus door gift, gula2 n yang terbaru suruh rakamkan hari bersejarah dia nanti. Semuanya masih dalam perancangan lagi. Cuma aku sangat2 berterima kasih atas segala2nya. Syukur pada Allah.
Berbalik pada cite duit tu...yang pastinya aku TAKKAN rasa malu ngan my siblings je. Apa2 je yang diorang nak, insyaAllah aku akan bagi *walaupun diorang tak pernah susahkan aku atau mintak yang bukan2 ngan aku*. Besenye duit la. Sekarang aku lom keje g, tapi kalau dah keje aku mesti bagi lagi punyalah. Mak ngan abah cuma dapat rasa gaji aku sekali je masa aku keje kat P**** H** B****. Setakat 1 bulan setengah, berape la sangat kan? Aku quit pun sebab penat sangat. Seminggu tapak kaki kebas, asek berdiri je... Ingat okla kan lepas tu, rupe2nye lepas dah berhenti pun masih rasa kebas esp. kat ibu jari kaki kiri ngan kanan. Pinggang lagi ngan muka berminyak, peluh2 yang sangat busuk. Aduih! Ponek eseh...
Act, banyak mende g nak cite ni cuma tak tahu nak mula yang mana dulu sebab semua bercampur2, yang aku ingat tadi langsung lupa...
Pukul 8 *malam* lebih tadi g makan kat luar. Sebab malas masak lagipun lauk2 dah habis... Kebetulan Tok Mak *nenek-mak abah aku* datang dah hampir 5 hari. Kitorang *aku, mak, Ajip ngan Tok Mak* gi kuar makan. Tempat tu kira strategik, cepat dan sedap masakannya. Besenye Melayu ni masak memang sedap TAPI lambat yang amat perkhidmatannya. Kalau Mamak pulak, tak sedap TAPI cepat. So, mana yang akan menjadi pilihan? Dah tentu yang cepat... Pernah satu hari Sir A***n *ex-lecturer kat IIC ngajo ITFC (Information Technology of Fundamental Computer) ngan Business Study n my mom ex-student masa ngajo kat Kolej MARA Banting* cite masa tu kelas Business la. Dia kononnya nak makan kat satu kedai makan namanya aku pun tak ingat cuma yang pasti belakangnya nama Negeri S******R kat B* 3... Pandailah nak teka kan? Datang je, bese la kan waiter pun amek pesanan. Nak menunggu air je boleh buat orang hangin satu badan n kalau makan dah tercekik pun *masa kat P**** H**, manager selalu kata kalau amek pesanan kena amek air dulu sebab kalau makanan dah sampai boleh tercekik orang*. Berbalik cite tadi, nak menunggu makanan pun satu hal lagi. Sampai lecturer tu balik tanpa makan ape2. Boleh compare kan?
Petang tadi, aku, Ajip ngan mak g Jusco Seremban 2 beli stuff for Ajip. Persediaan ke Mesir *InsyaAllah kalau Allah izinkan, 2 hb Oktober ni Ajip akan ke Mesir, further study kat sane*. Tak banyak sangat, apa yang perlu je. Aku pun join beli satu T-Shirt. Lama gak nak menunggu Ajip *adik aku yang ke 3 n dalam gambo ni dia yang berdiri sebelah aku pakai baju warna putih* membeli barang. Mak macam bese marah Ajip asek membelek. Kuar pun dah dekat pukul 6 mana taknya. Bukan ape cuma takut dah Maghrib je. Pas habis beli barang2, chiow cincau la. Jammed gak jalan sebab dah nak malam. Balik je, tengok tv *takleh sembahyang, COTI*. Lepas je Maghrib...bummm! Terjun atas katil. Ngantuk gilo la... Tengak syok2 tido, mak ajak g kuar makan. Bangun, dengan tak basuh mukanya aku salin baju ngan pakai tudung. Tunggu mak abis solat. Chow!
Dan sekarang aku depan laptop menaip peristiwa yang berlaku hari ni. Sepanjang perjalan menghantar Ajip ke Terminal One, ade la 2 road block. Patutla aku nampak banyak budak2 moto ngan kete tersadai tepi jalan... Takut kena tahan la tu. Dan yang dah ditahan pun ramai gak. Then masa nak sampai komuter, nampak ade 2 kenderaan *kete ngan van depannya* berhenti walaupun lampu dah hijau. Rupenya accident la. Nak belok, banyak kete. Sempatla tengok ada I**** ni kuar dari ketenya dengan terhuyung hayang... Mabukla tu. No wonder la accident kan? Yang empunye kete tu C***. Ape jadi pastu tak tahula eden kan. Dan bila nak masuk simpang selepas traffic light, nampak la ambulans membelok. Ajip nampak kren. Kenetulan ade la P***o**s station kat situ, jadi mak expect ambulans nak isi minyak. Tapi kata Ajip ade accident. Memang la tu sebab ambulans tu singgah sebentar kat P***o**s tu cuma nak belok je. Aduih! Asek tengok accident je.
Bercakap pasal accident ni, teringat aku satu accident yang betul2 jadi depan rumah aku. Masa dok kat kuarters MARA kat PJ la. Depan rumah aku ade longkang besar memang boleh masuk kete even lori sekalipun. Malam tu ade la satu mamat C*** ni bawak kete yang ade arak. Rasenye nak jual kot bila tengok jenama kat kete dia. Kete dia datang dari arah atas bukit. Kira bila nampak rumah aku tu simpang 3 la. Kalau terus, itu menempah maut namanya. Mungkin the mamat tu mabuk kot jadi dia ingat boleh jalan terus. Masa kejadian tu, aku langsung tak sedar pape. Memang tido matilah. Bangun je nampak kete dah dalam longkang. Dan orang yang tak bertimbang rasa yang lalu lalang kat situ amek kesempatan mengambil apa2 yang patut. Ade ke macam tu? Masa tu the mamat dah dibawa ke hospital. Kira2 dah hampir 13 tahun la cite tu. Dan satu lagi accident kat depan rumah jiran aku dan ianya berlaku dalam longkang jiran gak. Masa tu dah habis hujan dan masa tu gakla pokok nak tumbang. Rasenye dah dekat Maghrib dan tak perasan pun bunyi yang kitorang dengar tu adalah kereta accident. Katanya kakak yang bawak kete tu ingat ade jalan terus sebelah pokok tumbang tu. Dan dengan lajunya dia memecut...dummmm! Dah jatuh dalam longkang siap terperosokbawak jambatan lagi pulak... Memang kesian tapi alhamdulillah tak teruk pun. The moral is JANGAN asek pakai INGAT je... Ingat tu bagus TAPI tak elok digunakan dalam situasi macam ni. Wah! Rekod ni... Entri terpanjang yang pernah aku tulis... Banyak g cite yang mengaitkan kete, jalanraya dan ANDA! Hehehe... Nanti2 la sambung eh?

p/s: Amy nak datang sini petang ni. Kata Tok Mak dia nak bawak budak jadi singgah sini kot jap... *Dia sepupu sebelah abah dan sekarang ni cikgu kat IIS(International Islamic School)*.

20 September 2006

Teater

Published by HidayahYassin at 10:44 PG

Beberapa jam yang lepas aku ngan mak tengok teater Adat Perpatih kat N9 ni...*seriously so long I dont go teater...miss teater soooo much!*. Best gak citenye. Besela kan kalau kat N9 ni memang kuat memegang adat, lagi2 adat perpatih. Untung untuk perempuan tapi payah bagi lelaki yang tak berani... Maksudnya kalau lelaki tu berani dah tentu dia suka bila dapat isteri orang N9 sebab si isteri bakal dapat harta yang banyak lebih pada lelaki. Hehehe... Kan untung tu? Pandai2lah fikir kan? Adelah sikit2 gambo yang aku amek tadi. Sebab nak upload punyalah payah... So, jangan lupa check-out kat dee83's Photobucket ye?

19 September 2006

New Features!

Published by HidayahYassin at 12:42 PG

Entah betul ke tak ape yang aku taip ni? Tajuk kat atas tu, harap2 betullah. Finally, aku dapat ape yang aku nak. Tentang blog aku ni la. Hehehe... Inspirasi Impian Illayana... Malam tadi Mala call, katanya sampai Ahad... Dan dia dah jumpa As. Alahai! Aku lum jumpa gi budak tu. Mala kata the girl dah gelap. Sian deh sama kamu. Dan ade berita sedih ni *actually tak bape sedihla*, As habis 24 Disember 06 *3 hari lepas tu dia 23rd*...so, tak dapat attend Mala's wedding.

Beberapa hari yang lepas dapat email dari Adan.biz... Kira jurufoto rasmi Sang Puteri kawen. Banyak gambo dan cantik2 belaka. Memang superb la dan aku sangat mengaguminya. Rasa nak buat macam tu tapi diorang dah pro...aku ni amatur je...

Okla, nak makan tengah hari ni. Sebab breakfast pun dekat tengah hari...

16 September 2006

Thanx ALLAH!

Published by HidayahYassin at 11:05 PG

Just nak kongsi sesuatu... Lastly I've found my chilhood fren... Tak sangka... Kira dah terpisah hampir 10 tahun. Dulu masa baru pindah dialah kawan baik aku. His name is Ahmad Shahril Izham. Dan berita terbaru yang aku terima, dia dah kawen. Sedihnyer...............*gembira gak cuma yang sedihnya tak dapat jumpa dia*. Dia makin chubby la pulak... Masa kat sekolah dulu2 ramai yang admire kat dia. Aku? Adela sikit2 tapi lebih kepada kawan baikla. Masa tu dok Kuarters, so tak ramai kawan. Dialah jiran, dialah jugak kawan sepermainan aku. Hehehe... Rindu giller waktu dulu tu. Bukan ngan dia je aku kawan, malah seluruh ahli keuarga dia aku geng. Sebabnya diorang sumenye friendly... Sampai dia pindah atas bukit pun kitorang still befriend gak cuma bila dah meningkat umo, pergaulan semakin terbatas. Kadang2 kitorang jenjalan gi umah dia. Macam2 yang kitorang buat... Cuma aku tak pandai macam dia. Adik-beradik dia memang pandai2 sumenye... Rasenye sume berjaya dan diorang juga lulusan luar negara... Kalau la ade peluang jumpa dia lagi, alangkah seronoknya aku! Really missed the time we'd together... Bila dia pindah, Nadiah pun pindah situ gantikan keluarga Am ni... Lepas tu aku kawan ngan Nad... Nad, tinggal beberapa jam je dia akan menjadi isteri yang sah kepada seseorang... Sedih n gembira aku!

13 September 2006

Dia Telah Menentukannya...

Published by HidayahYassin at 8:39 PG

1st of all congratulations to Nad untuk Majlis Nikah Ahad ni... Tarikh keramat tu. Cuma ade la terasa terkilan sikit *dapat berita ni dari blog Nad, bukan dari mulut Nad sendiri...;-( *. Rani, 11 November bakal jadi tunang orang. Tahniah for both of u guys. Sangat2 seronok dengar dan terima berita ni...dengan tangan hati yang terbuka *walaupun hati ni selalu rasa sedih dan terharu*.

Tak tahulah kenapa, semakin dengan hari bahagia diorang, aku pulak yang sedih... Lagi2 pulak dengar lagu Citra Cahaya Cinta Datin Siti *Sang Puteri*... Itu permintaan seorang isteri kepada suami...isn't it rite? Aku 'sayang' dengan maksud lirik ni. Itulah yang dapat aku gambarkan tentang ape yang rasa sekarang.

*Sayangilah Daku! Peluklah Daku!
Janji Denganku...Semai Cinta Nan Satu...
Tuhan Menguji! Takkan Berhenti! Hanya Ku Pinta...
Sama Setia Menjaga...
Hingga Ke Alam Syurga...*

18 hb ni Mala akan balik Mesia *ceh! macam dok kat New Zealand lak ko eh?*. Aku semakin hari semakin tak sabar2 nak jumpa ngan bakal pengantin ni. Janjinya sampai dia kahwin nanti. Dah tu kitorang siap buat plan nak pi lawat As kat Kem Tentera kat PD... Kira surprise dari aku n Mala. Jangan kitorang yang terkejut pulak, dahlah...

Baru je tengok blog Nad... Alamak! Salah sangka rupenye aku ni? Dia ajak tapi masa kenduri besar nanti. Maybe she's sebab2 tersendiri kan? Tapi bangga sebab tak dilupakan... Thanx Nad. InsyaAllah Dayah datang... Mesti datang punyelah. Jangan bertembung ngan kenduri sesape dah la... Ramai lak yang dah booked tarikh kahwin ni... Yang aku tahu dah sampai ke tahun2 depan la... Rani kata pun insyaAllah bulan 6 tahun depan dia kawen... Penuh kalendar aku... Kalah artis ni... Cuma bukanlah setiap hari tapi boleh dikatakan setiap hujung minggu merangkap hujung bulan ade je yang tempah hari...

Semuanya ketentuan Allah... Tak siapa boleh menolaknya.

07 September 2006

Citra Cahaya Cinta...

Published by HidayahYassin at 9:45 PG

Got it from Acai dengan tajuknya Senyum Ek?. Ingatkan gambo ke...video lawak ke? Rupa2nya lagu baru Siti for her lovely husband. Act, the song memang suitable dengan semua orang yang bakal mendirikan rumahtangga... Cuba hayati lirik dan dengar dalam2, tentu tahu maksudnya. Aku bukanlah peminat setia Sang Puteri tapi sejak album yang ke berapa entah, aku sangat suka dengan lagu2nya terutamanya lirik2 yang bercerita tentang diri dan kehidupannya selama ni. Aku memang mengagumi dirinya... Abah lagilah. Sejak dikenali, memang dia terlalu memuji Sang Puteri ini. Bila dilanda musibah *dalam erti kata SENI*, memang aku juga turut merasakan apa yang dirasakan Sang Puteri. Tapi taklah sampai nangis.
Sejak dapat lagu ni, aku asek dengar je. Best tu. Aku masih ade benda nak buat ngan blog ni. Akulah manusia tak reti nak puas dengan ape je yang aku ade. Hari2 aku mesti tengok blog orang dan cari macam mana nak cantikkan blog aku macam blog diorang. Sangat memberi inspirasi pada aku. Sambil menaip, aku dengar lagu Sang Puteri dan kadang2 menjeling tv *tengah tayang Sarjan Hassan*. Boleh ye macam tu? Tapi biasanya aku bukanlah orang yang tahu nak buat keje banyak2 dalam satu2 masa. Serius tau ni. Sebab nanti akhirnya memang takkan jadi satu pun. Tapi sebab bila aku buat perkara yang aku suka, PASTI jadi dengan izinNya.

p/s: Nak upload gambo Sang Puteri tapi takleh lak. Gilo tol!

04 September 2006

Luahan...

Published by HidayahYassin at 5:06 PTG

Terlalu banyak yang bersarang di dalam hatiku... Tapi aku tak tahu macam mana nak rungkaikan satu persatu. Aku lemah...terlalu lemah sampai tak terlarat nak bangun semula bila dah jatuh.

Semalam petang aku pegi Giant Ampangan nak jahit tepi *jahit tepi kat Giant?*. Dah habis menjahit tepi, aku lepak2 jap sebab tunggu mak balik dari sekolah. Tengah sibuk2, Mok *adik mak...patutnya pangkat dia Mak Uda tapi faham2 jela eh?* hantar mesej. Katanya anak dia yang 5 orang tu demam campak. Mula dari yang ke3...ke4...ke5 then ke2...pertama. Yang pertama tu *Najwa Adiba @ Wawa @ Kak Long amek UPSR start semalam*. Mok kata lagi Wawa baru 3 hari kene. Biasanya seminggu kan? Aku doakan semoga segala2nya baik seperti sediakala. Tak sampai beberapa minit, aku dapat mesej from adik angkat aku yang tersayang *Siti Aidatul Sarah @ Sara @ Amoi*. Mesejnya berbunyi
"Kak dayah syg.juz nk
bgtau bpe ari ni kte x shat.jma'at ari 2 kte bru
kuar wad.today, kte bru
lpas scop.ulser
lam perut.doakan kte k.ini
smua ujian dr ALLAH", Aku terkejut tapi tak seorang pun yang tahu. Nak menangis? Aku sedih...memang sedih cuma tak terzahir dengan ucapan atau tangisan. Lama dah aku tak jumpa Sara. Aku balas balik
"La ye ke. Macam mana boleh jadi macam tu? Sekarang kat hospital lagi ke? Akak doakan kebaikan untuk Sara ye?"
Aku dapat mesej balasannya tapi lambat nak sampai. Mungkin masih sakit lagi.
"Xla.kte dah balik dah.xde
apela.luka lam pervt skit aje. ^prevt-tersalah tekan V. Patutnya U^.
"Aku balas balik
"Jaga diri baik2 tau? Makan ubat...". aku lupa apa yang aku tulis. Itu je yang aku ingat. Aku terkejut la. Nampak macam busy body tapi pada orang yang pernah mengenali aku, kata diorang aku sangat mengambil berat pasal dioarang. Aku harap begitulah.

Aku pun masih tak call Sara. Takut2 kalau dia sedang berehat? Nanti mengganggu pulak. Aku harap aku dapat tolong walau bukan dari segi tenaga atau wang. Dia mampu dari segi yang macam tu...

Semalam, kawan baru aku call. Selalu rasa takut2 tapi sekarang tak lagi. Excited tak sangat cuma seronok je tapi aku tak reti nak bercakap sangat. Yelah, baru lagi kan? Ta tahulah kalau2 tak lama lagi? Kenal pun sebab hantar mesej pada Lin *X-student IIC...biasanya orang panggil Lin Tepung sebab muka dia selalu ditepek bedak yang sangat putihnya*. Rupa2nya no yang dah 2 tahun tu salah? La yeke? Aku langsung tak perasan da.... Gara2 mesej yang tersalah tulah aku kawan ngan mamat ni. Mamat????? Itulah panggilan mak pada semua lelaki yang mak tak kenal. Saje je. Lagipun cepat memesrakan. Mamat tu namanya Zul. Dia yang call. Aku cuma mesej je. Tak lama gak la kitorang berbual cuma yang dia tanya pasal diri aku dan family. Aku dengar sore dia macam sore Abang Fendi *kenal masa pegi Kursus Kepimpinan Asas Belia kat Bukit Fraser*. Lagipun kata Zul, dia orang Terengganu... Abang Fendi ni lak orang Kelantan. Mungkin loghat je yang kedengaran sedikit serupa? Ni la gambo Abang Fendi masa kitorang satu kumpulan *kumpulan 3* kat Bukit Fraser. Dia ketua kumpulan 3 dan dialah Ketua pada semua kumpulan. Memang nampak kredibilitinya sebagai seorang ketua. Adalah dia call last week. Ada gud news tapi aku terkejut sangat... He's already married. Katanya baru2 lagi tapi tak ramai yang tahu. Aku tanya kenapa, dia jawab tak tahulah kenapa. Dan dia pesan untuk tidak beritahu pada sesiapa yang kursus sekali. Dan biasanya kalau belah2 Pantai Timur khususnya Kelantan ni, pasangannya mesti Kelantan jugak kan? Itu juga yang terjadi pada Abang Fendi. Aku ragu2lah... Tapi, tak baik begitu kan? Abang Fendi kata dia nak buat majlis lagi dan nak jemput semua budak2 belia yang kursus sekali. InsyaAllah kami datang... Sayang kalau tak pergi...

Nad... Tahniah!

Published by HidayahYassin at 9:14 PG

Tadi buka email dapat email alert yang Nad tulis entri baru. Tak percaya yang Nad juga bakal menamatkan zaman bujangnya. 17 September is around the corner... Bila dibelek2 kalendar...It's this Saturday??????????? What????????? Sampaikan aku bace berulang kali tu. Memang aku masih terkejut sekarang ni. Tapi inikan dah ditentukan Allah? Apepun aku sangat gembira menerima berita ini... Tahniah Nad * nama sebenarnya Nadiah bt. Jaapar*. Semoga segalanya berjalan dengan lancar, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat kalian berdua dan selamtlah segala2nya ye? Jangan lupakan Dayah ni tau?

Dan bila tengah syok layan internet ni, Mala pulak call. Yeyeye... Dia nak balik KL 18 September ni. Rindulah nak jumpa ko. Dia ajak bincang persiapan perkahwinan dia yang bakal menjelang tak lama lagi ni... Dia call pun kira dah lepas rindu tau. Lama sikit kali ni... Katanya dia balik sampai dia kahwin nanti. Siap pesan tido umah dia... InsyaAllah aku akan tunaikan permintaan ko ye? Apepun tahniah gak untuk ko...

Tiba2 aku rasa sedih. Memang dah hampir menitis airmata ni tapi tak tahulah kenapa tak jatuh? Sepatutnya aku gembira... Memang! Memang aku gembira tapi jauh di sudut hati ni, aku rasa sangat hiba... Seorang2 akan pergi meninggalkan aku keseorangan... Lepas seorang...seorang lagi...seorang lagi...dan seterusnya...

Jumaat lepas...mak, abah, mak bek ngan aku balik kampung. A day before tak kemana... Tak rasa excited la. Kenape ye? Aku kurang pasti dan aku tak nak pastikannya. Macam mana yang aku rasa sewaktu malam Merdeka, macam tulah yang aku rasa bila tengok CT&Dato' K n Mawi&Ina... Tengok...tengok gak. Tapi tak meresap dalam hati pun. Then 1 September balik kampung. Dah lame tak balik. Dalam perjalanan yang hanya mengambil masa 1 jam-2 jam tu, aku macam biasalah tido. Mengantuk tu tak gak tapi saje menggatal. Tapi sebelum masa kat highway nak ke Melaka, ade accident kat seberang jalan nak ke KL. Teruk gakla. Tapi biasala kan bila accident kat sebelah jalan, sibuklah orang yang kat jalan kita ni nak tengok sekali. Nasib baik tak accident sekali. *Abah selalu marah...yelah menyusahkan orang lain pulak nanti*. Ada satu hari tu, mak bawak van pun hampir2 accident. Ada accident kat jalan sebelah...masa tu dah nak sampai rumah. Kete yang depan kitorang tu elok2 laju tiba2 berhenti semata2 nak tengok accident kat sebelah tu...ha? Memang menempah maut betol tau... Kalau dia je takpe gi tapi melibatkan orang len tu. Ingat2lah ye? Sekarang dalam tv pun banyak iklan pasal keselamatan jalanraya ni.

Oklah untuk tatapan, aku selitkan gambo yang baru je aku edit...