
Siti Situ Sana Sini!!!
Hari ni, for the same thing everyday, every minute n every second, I'm so bored... Walaupun macam tu, aku rasa seronok menjahit baju baru aku... Blaus labuh... Baru siap separuh. Dan sekarang aku mesti buat sendiri biarpun dah ada pola sendiri tanpa bantuan Cik Emi. Semalam masa tengah syok potong kain, asek teringat tiap2 saat ngan minit Cik Emi n seluruh warga YPVWM. Masa menanda dan memotong tu lah paling aku sedih sebab Cik Emi ngan Puan Puspa takde dekat ngan aku untuk ajar aku nak potong yang mana, jahit mana n so on. Semua tu memori yang paling tak leh aku lupakan. Kalau dulu aku selalu lepas tangan kalau buat sume kerja sebab aku tahu dan pasti akan ada yang bantu dan buatkan. Malaskan aku ni? Memang pun, tak boleh ada peluang sikit nanti mesti mua. Aku kena kreatif sekarang ni. Kena pandai2 lah aku buat keputusan sendiri...


Gambar yang aku edit... Lepas belajar ngan Nunu... Thanx Nunu...
Waktu ni baru balik dari PWTC... Pesta Buku. Tak ingat tahun bila. Yang pastinya after the day, aku dah tak kuar ngan Nad lagi. Kenapa eh? Aku rindukan masa kita dulu2... Memang aku terasa kehilangan walaupun semua kawan2 aku ada. Cuma tak dapat nak jumpa lagi. Aku tak leh nak kongsi masalah lagi. Mungkin aku sangat menyusahkan... Nak jalan2? Jauh sekalilah. Mungkin aku tak pernah menghargai kehadiran diroang dalam hidup aku, so hilangnya diorang tak perlulah diberi tanda2nya pada aku kan? Apa2 jelah. Yang penting aku tetap sayangkan korang sume... Rindu korang... Semoga korang bahagia n gembira ngan hidup korang sekarang...
Mala ngan Puan Siti Robaya (6 Julai 2003)
As with Mr Mc Donald (12 Ogos 2004)
Imah, EyE_Da n Aku (12 Ogos 2004)
Saja nak kongsi something yang sebenarnya aku sendiri tak berapa suka ngan sukan ni... Penta tunggu GOL!!! Baik buat mende lain lagi bagus. Tapi perkembangannya tetap aku ambil perhatian...
Zidane, Materazzi kena gantung (sumber-Utusan Online)
ZURICH 20 Julai – Ketua pasukan Perancis, Zinedine Zidane digantung tiga perlawanan, semalam, kerana menghantuk dada Marco Materazzi dari Itali pada perlawanan akhir bola sepak Piala Dunia di Berlin, 9 Julai lalu.
Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengumumkan, dia turut didenda 7,500 Swiss franc (RM22,198) selepas dibuang padang pada masa tambahan perlawanan yang dimenangi Itali menerusi penentuan penalti 5-3 setelah terikat 1-1.
Materazzi pula digantung dua perlawanan dan didenda 5,000 Swiss franc (RM14,797).
Jurucakap FIFA, Andreas Herren berkata dalam satu kenyataan: “Memandangkan Zidane sudah bersara, jawatankuasa tatatertib mengarahkannya menyertai aktiviti kemanusiaan FIFA dengan kanak-kanak dan remaja.’’
Zidane pernah menjelaskan bahawa kejadian itu disebabkan Materazzi mencaci ibu dan adik perempuannya. Pemain Itali itu bagaimanapun menafikannya.
FIFA juga mengesahkan, komen Materazzi yang mendorong hantukan Zidane itu berunsur penghinaan tetapi tidak berbau perkauman.
– AFP
0 ulasan:
Catat Ulasan