rss feedResize Text
Twitter Follow Me

“jika kau ubah fikiran|aku kan setia menanti|jika kau perlukan teman|carilah di sini|jikau kau ubah fikiran|untuk jatuh cinta cinta lagi|yang pertama ke depan|jika kau ubah fikiran

30 Julai 2006

Bila Rindu... Tarikh Tutup!!!

Published by HidayahYassin at 6:17 PTG

Aku baru je lepas buat sarapan dan kemas dapur but masih tak settle kemas stor... Last 2 week Agensi Pekerjaan Intelek hantar email offer an interview dan takde tarikh tutup. InsyaAllah hari ni aku call the office untuk confirm. Ni aku try mintak dari jobstreet so, kalau tak bagitahu apa2...diorang blacklist nama aku daripada menghadiri semua temuduga yang diadakan... Dulu pernah dapat dan aku pergi... Bila dia cakap "Oklah kalau kamu kata nak keje dalam. Tak payah buang masa awak dan saya... Terima Kasih". Tak reti2 nak balik? Aduh. Kenapalah nasib aku begini? Malu gaklah bila dibuat begitu... Tapi aku tak kisah, kurang2 aku ada pengalaman baru berdepan dengan interviwer yang macam tu. Doakanlah aku ye? Semoga aku yakin selalu... 2 days ago ada kenduri kawen... Tak kenal sangat the daughter of my pakcik. Sekali-sekala je jumpa. Itupun kurang ingat sangat... Sampailah aku pergi kenduri kak Jaja tu... Cantik sangat... Gambar dia lak susah nak ambil. Biasalah ramai orang yang datang... Banyak yang aku ambil dari belakang.

Kak Jaja n Abang Nain...
Jadi penghias kulit majalah perkahwinan


Actually hari ni last day untuk submit skrip Pertandingan Menulis Skrip Drama TV/Radio IKIM.fm... Dah masuk 3 tahun aku tak masuk2 lagi. Mula ngan minta nak menulis novel tapi tak pernah cuba2 buat cerpen pun... Hehehe... Asyik bertangguh2... Tahun depan tak tahu lagi dapat hantar ke tak. Masalahnya kalau menulis tu banyak idea tapi bila nak menaip balik (copy dari buku yang aku dah tulis) rasa malas bebenor. Sebab bila dah menaip nanti idea lain pulak yang datang. Aku memang minat menulis cerita sendiri. Kadang2 nak reka2 je tapi biasanya skrip tu orang buat berdasarkan pengalaman n cerita sebenar dalam kehidupan... So aku try masukkan rekaan n cerita sebenar. Yang aku risaukan orang terima tak? Nak ke orang baca cite aku ni? Tapi bila fikir2 balik, aku buat je apa orang kata belakang kira. Dan akhirnya aku nak try hantar kat syarikat yang menerbitkan novel... Doakan aku supaya berjaya ye? Impian yang masih lom termakbul lagi...


Sedara sebelah mak gue punya abah...


Sedara mak lagi... Tudung hijau tu Kak Long (sibuk suruh tangkap gambo jangan nampak perut dia...hehehe), Moksu Minah (mak Kak Long), tudung peach Kak Yante (adik Kak Long), tudung biru Kak Ani, tudung coklat tu Mokteh (mak Kak Ani), baju biru tu anak Kak Ani...

27 Julai 2006

Al-Fatihah....

Published by HidayahYassin at 6:24 PTG

Lepas tido semalam kat Seri Indah Resort, masa tunggu mak sampai... Aku adalah terdengar sorang polis ni tengah cakap ngan kawan dia... Pasal Hani Mohsin meninggal dunia. Aku dengar tapi malas nak ikuti n percaya sebab kadang2 ni sume rumours semata2... Nanti kat dalam Melodi mesti kuar pasal org hantar sms pada dia tanya betul ke dia dah meninggal? Yelah sebab banyak sangat orang yang suka bawa mulut ni... Tapi yang aku dengar ni polis tu kata kawan dia bagitahu Hani Mohsin meninggal dunia kat KLIA. Itu je... takde butiran lanjut pun. Malas la nak ambil tahu lagi. Then mak sampai aku citelah. Mak terkejut sebab dia muda lagi. Alah kalau dah sampai masa bila2 pun Allah boleh ambil nyawa kita. Dan lepas sampai kat Pahang (Shahzan Inn Kuantan) tido semalam lagi, esoknya tengok MHI dan segala2nya telah terbukti kebenarannya. Hani Mohsin yang genap 41 tahun ni memang meninggal dunia. Terkejut sangat2. Kita tengok sihat je... Nak nangis pun ada tengok anak tunggal dia menangis... Mana taknya tengah seronok2 nak pegi vacation, depan mata ayah dia pergi meninggalkan dia. Tapi dia sempat tengok ayahnya... Aduh! Itu yang betul2 rapat tapi bagi yang < rapat macam mana pulak? Kesian betullah aku tengok... Sedih dan masih keliru lagi agaknya. Al-Fatihah utk Allahyarham Hani Mohsin Hanafi (1961-2006)... Semoga rohnya dicucuri Rahmat Allah hendaknya...

21 Julai 2006

Kenanganku...

Published by HidayahYassin at 6:29 PTG

Semalam dah masuk Maghrib barulah *Setan* ni nak gayut kat mata. Then aku pun apalagi tahan punya tahan akhirnya padam juak... Aduih! Dah tu takleh solat...*** Mak kejutkan, aku masuk bilik, tahan lagi mata ni tapi rasanya dah dekat pukul 8 malam. Aku tido balik. Mengantuk banget sih... Dalam pukul 10.15 aku terbangun sebab terdengar Mawi nyanyi... Ingatkan Konsert Fantasia Mawi dah start... Itu 6 Ogos 2006 nanti. Rupa2nya AC DiSini da... Aku pun tengok jelah dan kebetulan cite Melayu baru start-Aku Ingin Terbang... Siti Fazurina jadi orang buta. Alah dia jadi Anita kat Dunia Anita tu... Gila2 punya orang tu... Bestlah dia tu sume cite pun dia boleh berlakon... Oppps! Bukan cite tapi watak*... Masa dia masuk Pencarian Dewi Remaja (PDR) sekali ngan Annahitta Bakavoli (Juara) tu... Memang keding giller la. Sebab lepas PDR je dia berlakon... Sekarang lepas cite Puteri je dia jadi montel tapi masih dalam kategori slim lagi sebab kalau nak dibandingkan dengan aku ni... Jauh panggang dari api... Wah! Jauh melalut dah aku nih...

My 1st neighbour-Am&his siblings n mine...


Memory with my 2nd neighbour-Nad&her siblings n mine- masa kat PJ

Aku teringatkan semua orang. Semua orang yang pernah aku kenal dan sayang suatu masa dulu... Aku terkenangkan kisah2 lama aku dengan diorang2 ni... Kenapa? Kenapa tinggalkan aku seorang? Segala surat2 dan kad2 yang aku terima semuanya masih aku simpan dengan baik. Aku tak tengok jam pukul berapa tapi rasanya memang dah pagi benar... Aku tak ada orang yang nak kongsi masalah ngan aku. Tanya apa2 pasal aku... n so on. Aku pernah katakan yang hidup aku ini membosankan. Memang bosan! Aku tak tahu kenapa aku begini. Aku suka bermanja dan memanjakan. Tapi kalau mengada2 minta nak dimanjakan memang tak dapatlah aku nak layan. Sebab nampak gedik sangat. Baik layan orang2 yang betul2 perlukan perhatian aku...

Tapi tiap kali jumpa sedara2 aku yang kecil2 tu... Kelu lidah aku dibuatnya. Kalau bukan bebudak tu yan berlawak dan berkongsi cite memang tak layanlah... Bukan tak suka tapi tak tahu apa topik yang sesuai. Alah budak2 kan? Sebenarnya jauh di sudut hati aku ni, aku nak layan bebudak ni lebih dari aku sayangkan diri aku sendiri. Mungkin jarak umo antara aku dan adik2 hanya selang 2 tahun hingga yang ke5...itu yang membuatkan aku jadi begitu. Pernah adik sedara sebelah mak cuba untuk berbual2 ngan aku. Aku bukan tak nak layan tapi...ish! Payahlah. Nanti diorang fikir kakak sedara diorang ni sombong lak... Aku cuba... Aku cuba untuk jadi kakak sedara yang baik... Sebelah abah pulak, baik dengan yang adik2* je... Sebab yang besar2 pun dah ada live sendiri... Tapi kenapa Angah* boleh ok dengan sume orang? Hehehe... Itu yang aku bangga ngan kagum ada Angah*... Dia pandai ambil hati semua orang sampaikan dia tidak mengambil peduli tentang diri sendiri... Dan sekarang dia sedang menimba ilmu di UiTM... Semoga berjaya Angah*... Chiow... Nak sambung jahit Blaus Labuh... Doakan aku selalu...

Edited Pictures...

Published by HidayahYassin at 9:25 PG

Actually banyak gambar2 yang aku edit n nak tayangkan pada sume... Kongsi ngan sumelah. Banyak lagi benda yang aku tak tahu kat dala Adobe Photoshop (AP)... Banyak lagi yang boleh aku buat guna AP. Seronok sebenarnya bila dapat edit gambar ni. Memanglah kalau nak diikutkan memang tak sebagus dan secantik orang lain buat. Tapi aku masih belajar. Cuma beberapa hari ni tak online ngan cikgu maya aku-Nunu. Masa kat IIC dulu tak sempat nak belajar. Kat bawah ni ada la beberapa gambar yang aku sempat edit...


Angah&Syima-sepupu sebelah Abah...

Angah&Amy(adik-beradik 2 orang ni)

Memori Kaklong&AbangMan(21 Ogos 2005)
*Sama ngan CT punya tarikh kan? Kwang! Kwang! Kwang!

Ok ke? Biasa je kan? Nanti aku try buat yang lagi baik lah... Puas hati aku bila tengok hasilnya ni. Takpelah kalau orang tak suka, aku puas. Harapnya aku dapat improve lagi lepas ni. Ahad ni nak pi Pantai Dalam (PD) tido sana. Isnin ikut mak pi Kuala Terengganu ngan Pahang. Ada ceramah. Ceramah untuk guru2 baru yang mengajar kat MRSM... Aku ni kira bodyguard je. Kalau aku lum keje, ni je keje aku selain buat keje2 rumah. Nak jalan2 tempat lain kena keje dulu. Itu janji aku pada kawan2 aku, kalau aku dah keje, dah ada income sendiri insyaAllah aku akan jalan2 tengok kawan2 aku... Especially kawan2 yang dah ada baby... Oklah chiow dulu eh?

20 Julai 2006

Pagi Yang Hening

Published by HidayahYassin at 5:22 PTG

For the 2nd time I've been here to wrote something for my own sight (tak gak, kalau ada yang sudi baca lagilah aku appreciate!)... Beberapa hari ni, aku tak menulis kat frenster's blog sebab nak tukar angin la pulak... Baru je singgah blog Nad, then kat sana ada video nyanyian CT's fan tapi tak dapat nak tengok lebih... Lembab la internet kat rumah ni... N now for the 5 times (i think) aku dengar lagu Biarlah Rahsia, bukan apa, best tau lagu ni. Sesuai untuk sume...


Siti Situ Sana Sini!!!

Hari ni, for the same thing everyday, every minute n every second, I'm so bored... Walaupun macam tu, aku rasa seronok menjahit baju baru aku... Blaus labuh... Baru siap separuh. Dan sekarang aku mesti buat sendiri biarpun dah ada pola sendiri tanpa bantuan Cik Emi. Semalam masa tengah syok potong kain, asek teringat tiap2 saat ngan minit Cik Emi n seluruh warga YPVWM. Masa menanda dan memotong tu lah paling aku sedih sebab Cik Emi ngan Puan Puspa takde dekat ngan aku untuk ajar aku nak potong yang mana, jahit mana n so on. Semua tu memori yang paling tak leh aku lupakan. Kalau dulu aku selalu lepas tangan kalau buat sume kerja sebab aku tahu dan pasti akan ada yang bantu dan buatkan. Malaskan aku ni? Memang pun, tak boleh ada peluang sikit nanti mesti mua. Aku kena kreatif sekarang ni. Kena pandai2 lah aku buat keputusan sendiri...

Aku, Kak Mila, Kin n Huda kat Bukit Fraser (6/9/05) Kursus Kepimpinan Asas Belia

Kin ajak aku study balik... Ha? Aku dah hampir give up to being student again... Aku rasa memang tak layak nak study lagi sebab bila di tengok2 balik memang kalau bab2 bukan kemahiran ni aku takleh nak buat punya... Dulu tu pun harapkan Sijil IT je... Cukup makan pun sebab ada ulangan. Kin masih suruh fikirkan balik. Tapi rasanya nekad kot ngan keputusan ni? Aku sedang cuba utk cari keje ni... Ada keje sedang menanti tapi masih memikirkan lagi. Tempatnya kat Shah Alam... Ambil masa dan duit juga ni... Kalau dapat pulangan yang baik, oklah kalau tak? Apa2 jelah... Yang penting aku mesti keje... Aku sedang mencari seseorang yang boleh bagi aku semangat utk tidak berputus asa... Siapa tu ye?

Gambar yang aku edit... Lepas belajar ngan Nunu... Thanx Nunu...

Waktu ni baru balik dari PWTC... Pesta Buku. Tak ingat tahun bila. Yang pastinya after the day, aku dah tak kuar ngan Nad lagi. Kenapa eh? Aku rindukan masa kita dulu2... Memang aku terasa kehilangan walaupun semua kawan2 aku ada. Cuma tak dapat nak jumpa lagi. Aku tak leh nak kongsi masalah lagi. Mungkin aku sangat menyusahkan... Nak jalan2? Jauh sekalilah. Mungkin aku tak pernah menghargai kehadiran diroang dalam hidup aku, so hilangnya diorang tak perlulah diberi tanda2nya pada aku kan? Apa2 jelah. Yang penting aku tetap sayangkan korang sume... Rindu korang... Semoga korang bahagia n gembira ngan hidup korang sekarang...

Mala ngan Puan Siti Robaya (6 Julai 2003)

As with Mr Mc Donald (12 Ogos 2004)

Imah, EyE_Da n Aku (12 Ogos 2004)

Saja nak kongsi something yang sebenarnya aku sendiri tak berapa suka ngan sukan ni... Penta tunggu GOL!!! Baik buat mende lain lagi bagus. Tapi perkembangannya tetap aku ambil perhatian...

Zidane, Materazzi kena gantung (sumber-Utusan Online)

ZURICH 20 Julai – Ketua pasukan Perancis, Zinedine Zidane digantung tiga perlawanan, semalam, kerana menghantuk dada Marco Materazzi dari Itali pada perlawanan akhir bola sepak Piala Dunia di Berlin, 9 Julai lalu.
Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengumumkan, dia turut didenda 7,500 Swiss franc (RM22,198) selepas dibuang padang pada masa tambahan perlawanan yang dimenangi Itali menerusi penentuan penalti 5-3 setelah terikat 1-1.
Materazzi pula digantung dua perlawanan dan didenda 5,000 Swiss franc (RM14,797).
Jurucakap FIFA, Andreas Herren berkata dalam satu kenyataan: “Memandangkan Zidane sudah bersara, jawatankuasa tatatertib mengarahkannya menyertai aktiviti kemanusiaan FIFA dengan kanak-kanak dan remaja.’’
Zidane pernah menjelaskan bahawa kejadian itu disebabkan Materazzi mencaci ibu dan adik perempuannya. Pemain Itali itu bagaimanapun menafikannya.
FIFA juga mengesahkan, komen Materazzi yang mendorong hantukan Zidane itu berunsur penghinaan tetapi tidak berbau perkauman.
– AFP

06 Julai 2006

Pelangi Petang

Published by HidayahYassin at 8:53 PG

Lama dah tak tengok pelangi. Sekarang dah tak leh tulis banyak2 sebab ada orang lain nak guna laptop ni cepat... Oklah, ada masa nanti aku masuk balik na?