rss feedResize Text
Twitter Follow Me

“jika kau ubah fikiran|aku kan setia menanti|jika kau perlukan teman|carilah di sini|jikau kau ubah fikiran|untuk jatuh cinta cinta lagi|yang pertama ke depan|jika kau ubah fikiran

10 April 2008

Hohoho... Akhirnya saya 'free'

Published by HidayahYassin at 10:08 PG

Serasa mau terbang jek sekarang ni... Serasa dunia ni saya punya seorang *tolong sedar diri ye cik hidayah?*... Kenapa yek? Kelmarin dengan semangat yang tinggi dicampur dengan rasa sangat sakit hatinya saya pada dia yang saya sebut2kan sebelum ni, saya telah menghantar surat penamatan perkhidmatan saya 'by hand' kepada yang sepatutnya untuk dibaca oleh dia-encek pengarah tu la... Dengan harapan orang tengah itu takkan membukanya dulu TAPI seperti yang saya hagaklah... Saya tau orang tengah itu pasti akan merasmikannya dulu. Dimana kejujuran dan amanahnya orang tengah tu eh? Tak apa, saya sendiri lupa nak ingatkan. Asalkan saya puas dengan cara begitu. Dari bertekak dan takkan dapat apa-apapun kata putus lebih baik saya tamatkan perkhidmatan saya sendiri. Tapi ini bukan bererti kalah tapi kemenangan untuk saya dan orang2 lain. Kasihan pada yang tertindas...

Bangga sungguh dia *utamanya isteri dia* menyatakan dia punya pengganti kami yang baru. Bijak mungkin? Atau lebih pandai dari kami agaknya. Rasanya apa yang telah kami mulakan pasti takkan berterusan malah akan dibuang segala memori yang terpahat. Saya yakin dengan pasti. Orang kalau dah benci kan? Apapun sanggup dibuat. Setakat ini, saya tak dapat nak tulis banyak2 sebab saya masih punya baki 13 hari lagi untuk mencukupkan waktu bagi menamatkan perkhidmatan saya di sana. Sudah lebih 6 bulan saya berkhidmat, makin macam2 pulak yang jadi. Sebagai manusia biasa tetap saya punya batasan kesabaran. Sudah lama saya tahankan dengan harapan yang sangat besar untuk membantu dan menolong tapi lain pulak yang kita semua ni dapat. So, lebih baik saya angkat kaki.

p/s: sekarang ni lagi PARAH sebab sikit2 diancam andai tidak mengikut apa sahaja yang diminta. saya rasa dah macam duduk di zaman jepun pulak...

2 ulasan:

MISS NAD berkata...

banyakkan bersabar je la dayah.. :)

dee83 berkata...

miss nad--> insyaAllah...tak lama je lagi ni...tq nad!

Catat Ulasan