Rasa macam dah terlalu lama pulak tak update blog ni. Sibuk? Memang sibuk pun. Minggu baru ni pun sibuk sangat2 + macam2 hal yang berlaku. Nak sakit2 hati pun tak ade masa + kena tolak tepi sebab ada benda yang lebih penting lagi. Kalau orang tak sabar dah lama chow dari tempat ni. Tapi, kami2 semua punya hati dan perasaan yang amat sayang pada tempat ini.
Sana sini aku dapat lihat orang ramai masih galak bercerita tentang isu PRU12 kali ni. Aku? No komen kot? Sebab aku sangat sibuk memikirkan dan cari jalan macam mana nak selesaikan hal 'politik dalaman' di tempat itu... tapi semakin difikirkan makin teruk pulak jadinya. Rasanya bakal berlaku ulang tayang episod hitam dari ex-director yang dulu tu. Yang ex ni pulak suka sibuk2 tanya itu ini kat tempat ni.
Ok, sekali lagi STOP right now, THANK YOU very much... I need SOMEBODY with the human touch... Hey You!!! Cam rase nak jadi skema semula lak... Saya percaya pada apa yang saya rasa BUKAN pada apa yang saya NAMPAK atau yang saya DENGAR. Sebab kalo nampak tapi belum tentu kesahihannya adakah ianya BENAR? Dan kalo dengar sahaja tapi tak tau itu betul atau tidak, adakah ianya dikira sebagai TEPAT? Saya biasa alami dan hadapi keadaan begini. Bila kita fikir yang baik sahaja dan bila ianya tidak seperti yang kita sangka, akhirnya akan buat kita rasa sangat2 menyesal. Begitulah juga sebaliknya... Wahahahaha... Apa yang cuba saya sampaikan ni? Hal yang berkaitan apa yang sedang berlaku di sekeliling kita hari ini, itu je.
Saya nak kongsi gambar2 dan cerita saya sepanjang seminggu ini mula hari pertama bulan Mac 2008. Pagi2 bersiap untuk ke 2 tempat (asalnya). Pertama, saya dan mak decide untuk ke rumah kak Nana menghadiri majlis pertunangan adik bongsunya. Saya dan mak tiba dalam pukul 10 +- rasanya. Lepas begitu begini, minta diri untuk ke rumah abah dan mengambil Ud di UIA, Pj untuk ke majlis persandingan Inara dan Hakimi di PJ juga. Lama juga disana (dalam 1 jam +-). Saya minta pada mak untuk pulang lewat sedikit memandangkan mungkin kami tidak akan berjumpa dalam masa yang sangat panjang. Dan sudah terlalu lama kami tidak bersua walau saya selalu rasa dekat dan selalu berjumpa (melalui blog antara saya dan Nad).
Rasa malu untuk berbicara antara kami sedikit kurang dan terasa seolah2 hari2 kami bersua dan membawa kepada rasa yang sangat rapat. Dulu waktu kecil, kami pernah jadi kawan gaduh, kawan bertekak, kawan bermain bersama, kawan belajar bersama, kawan menangis bersama (kecuali Nad), kawan segala2nya la... nak tau kenapa syaa kecualikan Nad? Sebab dia paling dewasa kala itu...
Kalau teringat sahaja insiden2 lepas memang saya tabik dia. Bangga sangat sebab dia tahu dia KAKAK, dia KAK LONG, dia KAK NADIAH dan dialah segalanya... Saya? Juga menganggapnya KAKAK, KAWAN, SAHABAT, TEMAN. Oh ya, hari ini saya mahu bercerita tentang dia dan keluarganya... Sempena Majlis Persandingan Inara & Nik Mohd. Hakimi...
Niat awal nak videokan ketibaan pasangan tetapi tatkala mereka tiba, saya sedang menunaikan solat Zuhur di tingkat atas dewan tersebut pula. Tiada rezeki untuk saat2 itu. Tapi, at least kami dapat luangkan lebih sedikit masa untuk perkara2 lain. Alhamdulillah kami dipermudahkan jalan dan masa...
Oklah, tak mahu bercerita panjang lagi memandangkan masa dah tak berapa ada sebab sudah sampai masa nak pergi kerja... Kita kongsi gambar2 di bawah ye? Enjoy...
2 ulasan:
dayah..
thanks sbb dtg kenduri walalupun busy time tu..
:D
anyway..
those pictures are nice..
boleh tak dayah emailkan kat nad yg original punya??
:D
miss nad--> tq jugak jemput kami sekeluarga datang walau tak semua family members yang datang...
nak original? boleh, no problem... tunggu saja email dr dayah eh?
Catat Ulasan