rss feedResize Text
Twitter Follow Me

“jika kau ubah fikiran|aku kan setia menanti|jika kau perlukan teman|carilah di sini|jikau kau ubah fikiran|untuk jatuh cinta cinta lagi|yang pertama ke depan|jika kau ubah fikiran

27 Oktober 2007

1001 FALSAFAH YANG PERLU DIUNGKAP PADA SEKUNTUM BUNGA

Published by HidayahYassin at 5:35 PG


Roses Bouquets


Sejambak bunga mawar bukan sekadar untuk menyampaikan mesej ‘Aku cinta padamu’ atau jambangan Carnation yang memberi erti ‘moga cepat sihat’. Bahkan setiap bunga sebenarnya mewakili makna tersendiri. Sebab itulah dikatakan bunga mampu menjadi wakil tanpa bicara yang berkuasa merungkap 1001 falsafah atau rahsia yang cuba disampaikan oleh pengirimnya. Ramai yang mengaku mereka hanya tahu erti sekuntum ros merah saja. Aduhai. Kesiannya!!! Jadi marilah kita pada kesempatan ini menilai ataupun mengkajinya sendiri secara semulajadi.

Erti Ros

Bunga ros atau mawar adalah antara bunga yang paling diminati oleh orang ramai apatah lagi orang perempuan. Bunga ros mampu melahirkan pelbagai jenis bahasa cinta. Kalau nak memujuk kekasih, lebih mudah pujukan itu dilakukan bila disertakan bersama walau sekuntum bunga ros. Lebih cepat cair jadinya! Selain bunga ros, bunga lain juga mampu menyampaikan mesej dan makna tersendiri. Jadi sebelum kamu berkunjung ke mana-mana kedai bunga untuk membuat tempahan untuk dijadikan hadiah atau sekadar penyeri rumah kamu, apa kata kamu kenal pasti dulu kuasa yang dimiliki oleh setiap kuntum bunga yang kamu pilih. Pemilihan jenis bunga yang sesuai dikatakan mampu mendorong harapan dan kegembiraan dalam diri kamu.

FALSAFAH KUNTUMAN BUNGA:

ROS PUTIH
Cinta sejati dan kekuasaan.

CARNATION
Bunga ini comel dan boleh didapati dalam beberapa warna seperti merah dan putih. Ia dikatakan mampu membantu menggelakkan perasaan sedih menimpa diri seseorang.

CAMELIA
Ia dapat ‘memanggil’ semangat cinta dan kebahagiaan yang berkekalan
selamanya.

KEKWA
Bunga ini melambangkan kekuasaan sebuah perasaan cinta.

DAISI
Ia mampu meningkatkan daya intuisi seseorang untuk meramalkan sesuatu perkara.

IRIS
Ia melambangkan bahawa seseorang itu yakin dengan perasaan yang sedang dialami itu.

JASMIN
Ia mendorong ke arah percintaan dan kekayaan.

ORKID
Ia memberikan semangat berkobar-kobar untuk menjalani hidup.

ROS MERAH
Boleh mengungkap pelbagai perasaan cinta.

MATAHARI
Seseorang itu inginkan dirinya diberikan perhatian dan kehormatan
seperti yang sepatutnya.

TULIP
Ia membawa rasa cinta dan tuah.

IVY
Ia membawa kepercayaan dan kehormatan pada diri seseorang.

VIOLET
Ia meningkatkan daya imiginasi seseorang.

KOD WARNA BUNGA

Merah: Perasaan yang berkobar-kobar dalam sesuatu perkara yang sedang
atau ingin dilakukan.

Ungu: Apa yang paling penting adalah semangat yang diperlukan untuk
melakukan apa saja yang diinginkan.

Kuning: Peluang-peluang yang bakal hidup dalam diri seseorang.

Putih: Semangat mementingkan kebenaran.

Merah Jambu: Seorang mungkin sedang cuba mendekati dirimu!

MAKSUD TERSIRAT
Cuba kumpulkan beberapa orang teman baik. Ambil beberapa jenis bunga segar dan letakkan ke dalam sebuah bekas (ambil bunganya saja). Setiap orang pejamkan mata dan cuba ambil bunga daripada dalam bekas itu tanpa membuka mata. Ha...lepas dah ambil barulah mata boleh dibuka. Perhatikan kelopak bunga itu. Sekiranya;


KELOPAK BUNGA ITU TERLERAI:memberi makna bahawa beberapa keinginan
akan diperolehi tak lama lagi.

BUNGA ITU TETAP CANTIK: memberi tanda bahawa tuah akan mendatangi kamu
tak lama lagi. Tunggu je la!

BUNGA ITU ROSAK: memberi tanda bahawa kamu mungkin bakal menghadapi
beberapa cabaran dalam hidup.


Sumber dari: Laman Nurani

3 ulasan:

WanHidayat berkata...

Salam ziarah blog..."hafiy anuar"...new baby born akak sitiLina ada dalam chronicle ketika berumur 15 hari dan 17 hari...atas permintaan kak Siti...check it Out!!!

MISS NAD berkata...

nad pun suka bunga.. :D

p/s: kalau bunga sundal mlm apa pulak ertinya mama nad suka guna bunga tu utk perhiasan umah.. :D

dee83 berkata...

bunga sundal malam? kata org bunga tu wangi kan? maknanya? dayah kurang pasti la...nanti akan ditilik semula...heheheh...kat rumah tu banyak la gaknya bunga tu?

nad macam mana sekarang ni? elok2 ye?

Catat Ulasan