rss feedResize Text
Twitter Follow Me

“jika kau ubah fikiran|aku kan setia menanti|jika kau perlukan teman|carilah di sini|jikau kau ubah fikiran|untuk jatuh cinta cinta lagi|yang pertama ke depan|jika kau ubah fikiran

03 Mei 2008

Tahniah Faizal Tahir The Superhero!

Published by HidayahYassin at 10:40 PG


Mungkin persepsi ataupun anggapan orang terhadap apa yang telah berlaku kepada Faizal sebelum ini sama sekali tidak dapat mengubah kedudukan populariti insan seni ini... Inro saya serupa suratkhabar online pulak ek? Saya sudah lama kenal dengan 'wajah' Faizal iaitu sejak dia masih lagi bersama-sama kumpulan Mirwana. Bila dia dah tak ada dalam kumpulan tu lagi, memang hilang yang bestnya bila menyanyi. Serius saya cakap ni sebab bila saya bandingkan lagu-lagu Mirwana dulu dengan sekarang memang terlalu banyak lainnya sebab suara Faizal bila ditarik memang makin sedap lagu-lagu yang dinyannyikan... Anda pun tahu kan?



Tahniah untuk Faizal bilamana dia telah memenangi 4 kategori dan telah mengalahkan Dato' Siti Nurhaliza yang 'tersayang' itulah... Wah! Tadi cam teka-teka gak la... Dalam hati kata Faizal menang tapi kat mulut jaga-jaga... Mungkin Siti kot... Tapi bila sebut je nama Faizal... Alhamdulillah! Kira ok jugaklah kan? Yang saya ingat dia menang - Anugerah Album Terbaik, Anugerah Vokal Terbaik Dalam Album... Itu je lah sebab asek tukar2 channel Ria tengok AF6 tu... Biasa2 je persembahan diorang bertujuh dan Alif adalah orang yang ke 8 keluar meninggalkan AF6 ni. Ingatkan dapat le tengok Dr. Sheikh Muszaphar as a presenter kat AIM15 ni tapi sebab leka kat channel Ria, akhirnya terlepas jugak...

Masa AIM15 ni jugak, abah saya tanya Mawi tak menang ke? Saya rasa kalu anuegarh besar macam ni agak tergugat jugaklah Mawi itu sebab bukan guna sms pun nak iktiraf artis kan? AIM15 je yang saya rasa buat masa ni mengiktiraf artis yang benar2 berbakat. Lain2 semuanya hanya mengikut majoriti peminat... Dan yang patut menang tak dapat apa2...

2 ulasan:

Dakjaat™ berkata...

OOoooo .. owner ni kipas susah mati faizal tahir neh .. eheheh! :p

salam singgah! =)

dee83 berkata...

dakjaat - tak sangatlah kipas susah mati, but suka gak le...huhuh!

Catat Ulasan