rss feedResize Text
Twitter Follow Me

“jika kau ubah fikiran|aku kan setia menanti|jika kau perlukan teman|carilah di sini|jikau kau ubah fikiran|untuk jatuh cinta cinta lagi|yang pertama ke depan|jika kau ubah fikiran

05 Januari 2008

Wanita...

Published by HidayahYassin at 7:25 PG

"Apakah Salah Jika Aku Menyinta...
Apakah Salah Jika Engkau Ternyata...
Pilihan Hati... Belahan Jiwaku Ini..."

Lagu baru yang sedang bermain2 di dalam blog aku... Sebab terlalu asyik dengan satu persatu bait liriknya buat aku ubah selera selepas 'Hampir Ke Situ'... Macam ada kena-mengena la lagu ni... Ikutkan banyak lagi lagu yang konon2 macam tersama pulak...

Mungkin ini juga sebahagian dari luahan hati aku... Siapa tahu kan? Aku sendiri kadang2 rasa bingung fikir pasal hal itulah, inilah... Dan kadang2 tak perlu fikir tentang satu2 perkara tu pun...tapi, terfikir gak...

Aku akui aku bukan jenis yang suka nak simpan apa yang aku rasa tapi tak bermakna aku mesti luahkan semuanya... Maksudnya kat sini, sesuatu perkara yang terjadi kat aku pada satu2 masa tu...aku akan bercerita *biasanya perkara yang menjengkelkan aku* dengan orang2 yang aku boleh percayai dan bukanlah perkara sebenar pun aku cite sebaliknya citelah apa pun...dengan harapan hati, jiwa dan fikiran aku tenang semula...

Kata orang kalau disimpan rasa itu dalam hati, boleh gila dibuatnya... Itu betul...aku setuju yang amat... Tapi kalau selalu sangat mesti nak cite2 ngan orang, maunya orang pun naik menyampah sebab asek2 nak menghadap cite yang kadang2 bendanya sama je...tapi diulang2 tayang sampai kita muak...jelak...

Dan sekarang, setiap kali aku duduk termenung...aku mesti fikir andai satu masa nanti aku tak jumpa insan2 yang selalu setia mendengar rintihan hati aku, macam mana? Takkan masa akan datang kita akan jumpa orang yang sama lagi? Itulah sebabnya seupaya, sedaya yang boleh aku akan cuba untuk tidak terlalu bergantung dengan orang lain lagi... Sebelum orang menyampah ngan aku, baik aku undur diri dulu... Adakah mungkin ini azam aku?

Aku tak pernah berazam sebab aku tak pernah cuba nak ikut apa yang aku dah azamkan *mak...ampun, kalau tatabahasa kita salah...heheeh...*... Apa yang aku rasa nak buat dalam satu2 masa tu...masa tulah baru niat, mesti usaha sampai dapat...kalo bukan kali ini mungkin akan2 datang?

Jam pun dah menunjukkan ke pukul 1.00 am so, masanya untuk aku tidur walau mata tak bape nak mengantuk *siang tadi sempat la tido sebelum g keje lepas tolong mak memasak untuk jamuan students mak...bangun2 je rase cam penat sgt2...*...

Esok, pukul 8 kene open the clinic... So sampai Sabtu minggu baru esok...aku keje pagi... Sejak Along n Zura dah kembali satu shift, tetiap minggu akan tukar pagi ngan petang... Cam tak best la pulak sebab dua2 insan inilah yang selalu dengar cite2 aku tu..espnya Zura la... InsyaAllah mungkin sebulan 2 je seperated by shift or maybe for the long time... Entahlah... Kita cuma merancang dan yang menentukan cuma DIA...

0 ulasan:

Catat Ulasan