

Telefon OPD berdering...
"Pusat Rawatan Islam Darul Zaqwan Senawang...", kataku setiap kali mejawab sebarang panggilan.
"Akak! Kalo nak buat surat resign macam mana ek kak? Tadi surat tu baru sampai...", Zura mencelah.
"Ha???? Jadi ke?"
"A'ah, jadi... Mak Zura suh pergi"
"Hmm..."
"Sabtu ngan Ahad Zura dah tak keje lagi tau sebab nak beli barang2 nak pergi sana nanti"
"Hmm..."
"Nak buat surat resign...?"
"Ha..."
"Takpelah Zura suh kak Fazillah taip pastu hantar kat CD?"
"Hmm...yelah...ok. Habis ko datang keje tak petang ni?"
"Eh, keje kak. Melampau betul kalo tak keje... Hm, oklah kak jumpa petang nanti eh?"
"Ok..."
Dialog petang tadi sebelum Zura masuk shift petang n aku OT sebab Along coti. Sedeynya... Finally dia akur jugak ngan apa yang dia dapat sekarang. Tawaran mengikuti kursus Dip. Kejururawatan kat salah sebuah bandar dalam negeri Pantai Timur.....
Memulanya memang dah tau yang dia dapat the offer tapi sebab urusan berlaku dalam telefon membuatkan dia tak bape yakin untuk membuat keputusan paling tepat. Sebab dia mengharapkan kursus melalui SPA. Kali pertama kurang bernasib baik so sedang menantikan keputusan kali kedua pulak.
1st time dengar aku jadi cam... "Tak bestnya Zura takde nanti...", tapi semua tak terluah dengan kata-kata...cuma dalam hati jek. Aku taknak dia rasa bersalah. Masa tu lum jumpa keputusan yang sebenar sebab Zura mintak pegawai kolej tu poskan surat dulu. Pastu kalo tak tarikh sebenar dia sepatutnya daftar hari ni (semalam la - Khamis bersamaan 24 januari 2008).
Lepas conversation tu tamat, dia jadi cam excited + ragu2. Excited a.k.a. teruja sebab itulah minat dia sejak habis sekolah menengah. Aku nampak yang sebenarnya dia gembira n dia sangat sayangkan tempat keje sekarang. Selepas beberapa hari, tiapkali datang keje Along gtau yang Zura ni kata jap nak jap taknak. Sebab sayang punya pasal kat klinik, dia jadi sangat2 serba salah. Semuanya mula ngan 'Long, kalo aku takde nanti mesti...itu ini...'...
Kalo aku jadik dia pun aku tak nafikan yang aku pun pasti akan rasa macam tu. Along hampir give up nasihatkan Zura. Pada aku yang mana elok ikutlah. Lagipun dia masih muda (Mac ni 20 tahun). Aku try gak daftar kat SPA online untuk kursus yang sama ngan Zura tapi bila tgk had umo aku jadi cam... ada, adalah n kalo takde nak buat macam mana.
Aku dah jadi cam Zura sebab makin lama makin sayang dengan pekerjaan sekarang. Bukan mudah kita nak ada rase seronok ngan keje kita. Jadi bila dah seronok, tentulah kita rase bersemangat nak buat semua benda... Dan semua tu jadi kat diri aku sebab Zura. Aku sungguh2 kata ni. Dialah yang buat aku rase nak terus keje kat sini (Along pun...), walaupun pernah aku kata aku BoSaN nak keje sini *selepas sekian lama tak sebut perkataan tu*.
Tapi bila difikirkan balik, zaman sekarang bukan mudah nak cari keje yang sesuai ngan kita. Kalo gaji elok tapi hati tak senang, tak guna gak kan? Kalo hati senang, seronok buat keje...gaji tu dah jatuh no 2. Alhamdulillah aku jumpa gak ngan keje yang akan buat aku suka dan sayangkan keje tu. Aku ingat lagi Along pernah kata "Try dulu keje setahun dua ke, lepas tu cuba cari peluang2 keje kat mana2 hospital tak kiralah swasta ke, specialist ke... Pengalaman tu penting sangat". Tapi penerimaan aku masa tu, aku hanya diam tapi aku kata dalam hati yang aku tak lama keje sini. Nah, diam x diam aku hampir 6 bulan berkhidmat kat sini...
So, aku cuba sedaya upaya dan kalo boleh biarlah semakin cerah keadaan PRIDZ sekarang pada masa akan datang. Aku hanya ada Along je lepas ni... Zura jauh nun di sana nanti. Dia salu pesan ingat kat dia sampai bila2. AKu pun sama. Mana mungkin aku nak lupakan dia macam tu jek. Yup! Betul apa Along kata, Zura cepat matang dan jarang dia berperangai kebudak2an. Dia banyak kongsi cite gembira + sedih + kelakar ... macam2 lagi. Aku lebeih suka cite soal hati ngan dia... Dan selalunya dia tak segan2 nak bagi pendapat dia bila aku mintak.
Memula aku kenal dia selepas seminggu aku keje kat situ. Dia sampai2 jek, gembira jek sebab ada staf baru. Jumpa aku, kenalkan diri n langsung salam n cium tangan aku. Aku bukanlah pelik tapi cam eh? Dia sangat takut bila hari pertama keje sama2 ngan dia sebab dia kurang yakin untuk keje ngan aku. Aku baru lagi masa tu dan dia cuma senior aku untuk beberapa minggu jek. Tapi, aku yakin sangat2 boleh buat n keje ngan dia. Aku salu kata "Tak apalah, akak adalah...".
Akhirnya dia akur dengan kata2 aku. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar... Dan begitulah hari2 seterusnya. Aku makin seronok keje ngan adik-beradik tu. Lain2 perangai tapi tetap best. Macam mana dia nak aku ingat dia...macam tu jugaklah aku nak dia ingat kat aku. Dia sentiasa bersemangat nak keje. Bersungguh2 aku tengok, sementelah itu adalah minat dia. Orang kalo keje ada minat memang seronok.
Zuraaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!! Hari2 akak mesti rindukan kau. Mungkin amek masa yang lama untuk kembali bersemangat. Akak takkan ada rase macam yang akak rasa sekarang kalo bukan sebab kau. Thansk A Lot Zura... Belajar betul2 tau? Sungguh2 macam mana kau selalu kat sini... Tak dapatlah kau nak temankan akak Sabtu n Ahad beberapa minggu lagi nak ke sinun... Bukan senang kita ni nak cuti sesama dalam sehari. Pas ni, susah lah nak cerita ceriti ngan kau... Kau dah sibuk nanti.
Akak sedih + gembira... Tiap pertemuan pasti ada perpisahan kan? Tapi, akak harap sangat2 perpisahan kita tak lama macam mana 'janji kita' tadi... insyaAllah dalam masa 3 tahun ni (andai DIA izinkan lagi aku untuk terus berkhidmat kat sini* akak tunggu kau datang dengan jawatan baru. Akak doakan kau selalu gembira + berjaya kat sana... Akak akan pastikan bila tiba detik 27 Mac ni, topup akak masih ada...
p/s: Kan betul aku kata... Aku jarang dapat rasa kebahagiaan + kegembiran berpanjangan dan bila ia datang menjengah cuma sebentar je. Aku tak hargai setiap peluang yang ada ke? Aku tak nak ada penyesalan dalam setiap apa yang aku lakukan. Tq Zura sebab selalu jadi kawan yang sangat baik dan sentiasa ada bila akak perlukan kau...