Pensyarah Unisel mati ditikam perompak
SHAH ALAM 7 Dis. – Seorang pensyarah teknologi maklumat di Universiti Industri Selangor (Unisel) mati setelah cedera ditikam ketika bergelut dengan seorang daripada tiga lelaki yang memecah masuk rumahnya di Jalan Bakti, Simpang Tiga, Ijok, Kuala Selangor dekat sini, awal pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, mangsa, Abd. Rahman Rahmat, 38, mengalami kecederaan parah di bahagian tengkuk dan tangan selepas dipercayai ditikam menggunakan senjata tajam dipercayai pisau.
Mangsa meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supritendan Ibrahim Chin berkata, ketika rumah dipecah masuk melalui pintu belakang, mangsa sedang membaca buku di bilik bacaan rumah batu setingkat miliknya.
Beliau berkata, isteri dan lima anaknya yang berusia antara dua bulan hingga empat tahun sedang tidur.
Menurut beliau, mangsa yang terdengar bunyi bising di dapur pergi untuk memeriksa dan terserempak dengan lelaki-lelaki yang memecah masuk rumahnya.
“Berlaku pergelutan antara mangsa dengan seorang lelaki sementara dua yang lain dipercayai menggeledah rumah mangsa. Mangsa cedera parah ditikam di tengkok dan tangan dalam pergelutan itu.
“Bagaimanapun, isterinya berusia 29 tahun dan kesemua anaknya tidak dicederakan,” kata beliau ketika dihubungi hari ini.
Ibrahim memberitahu, siasatan awal polis mendapati, perompak hanya berjaya mengambil wang tunai sebanyak RM50 daripada dompet mangsa sebelum melarikan diri.
“Kita percaya terdapat lebih daripada seorang suspek yang terlibat dalam kejadian ini dan kesemua suspek hanya mengambil masa kurang 20 minit untuk menggeledah rumah mangsa sebelum menyamun wang tunai RM50 itu,” katanya.
Tambah beliau, kesemua suspek sukar dikenal pasti kerana muka mereka ditutup dengan kain.
Sementara itu isteri mangsa, Halimah Tairin, 29, berkata: “Saya ingat suami saya ingin bergurau tapi rupa-rupanya yang kejutkan saya itu adalah salah seorang perompak yang bunuh suami saya’’.
Ibu itu berkata, pada mulanya, dia menjangka perompak itu suaminya kerana perompak tersebut menutup muka dengan baju anak sulungnya.
Bagaimanapun, katanya, dia menjadi takut apabila perompak itu mengeluarkan parang dan menyuruhnya diam sambil berkata, “Ini rompakan”.
“Selepas beberapa minit, perompak itu keluar dari bilik sambil mengambil telefon bimbit dan beg tangan yang mengandungi duit RM50,” kata Halimah yang juga seorang suri rumah.
Dia kemudian mendengar jeritan suara lelaki menyebut ‘Lailahaillallah’ dan kemudian senyap.
Agak2 apa yang korang rasa bila orang yang sangat korang kenali jadi macam cite kat atas ni? Hancur luluh, sedih, tergamam, tak percaya... Itulah apa yang aku rasa waktu baca berita kat atas tu... Sampai sekarang pun aku masih rasa terkejut dengan apa yang berlaku. Lepas beberapa lama tak menulis...nah! Inilah hasilnya... Rasanya baru je dalam 2 hari yang lepas (sebelum kejadian berlaku) aku bercerita pasal arwah kat Zura... Aku ni suka berborak n kongsi macam2 cite. Tak ada rasa apa2 pulak masa cite tu cumanya dada akulah rasa tak sedap je...asek berdebar2 2-3 hari tapi buat tak tau jek... Aku ingat mungkin sebab aku makan satu ubat tu...effect dia hanyalah buat jantung kita berdebar2... Tapi dah lama tak rasa camtu... Ada connection ke ngan peristiwa yang menyayat hati ni? Wallahu 'Alam...
Yang buat aku kesal perompak sengal, budus, ngengong dan sewaktunya tu akhirnya cuma dapat RM50... Baca dan fahamkan ye? Ulangan! RM50... Kalo perompak !@#$%^&* tu dapat sampai riban2 takpe gak... Tak pun, nak rompak...rompak je la...takkan sampai berbunuh2? Dahla ko merompak, pas tu ko bunuh lak... Isk! Kemarahan dan kegeraman aku ni dah sampai hadnya...sampai ada rasa nak bunuh je perompak2 budus tu semua... Tapi, aku bukan budus tahap gaban cam perompak2 tu... Minta dijauhkan sifat2 macam tu...
Pagi hari kejadian, aku kat klinik dan dapat mesej kira2 tengah hari itupun lepas jumpa charger kat celah2 plastik sampah. Lepas beberapa jam... lepas beberapa orang patient datang dan pergi... lepas ke sana sini... baru jumpa charger Motorola tu. Semalamnya aku tukar hp ngan Fizi... Masing2 guna hp tak cas sebab tengok meter batt tu macam penuh g.
Tengah harinya la baru dapat buka hp aku tu. Buka2 je...tengah dok relax2 ngan Zura dengar bunyi mesej masuk. Bunyi yang pertama, aku dapat mesej dari As:
"A'kum... sir Rahman dah meninggal dunia. Al-Fatihah tuk dia.."
Mesej kedua dalam masa yang sama aku terima dari kawan seorang lagi, Aida:
"Betul ke sir Rahman meninggal?"
Tak ada jawapan untuk semua tu...tah macam mana aku teringat kat Nueq. Aku call dan kira2 cam nilah perbualan aku ngan Nueq...
Aku: Hello, assalamualaikum. Nueq?
Nueq: Wa'alaikumsalam... Kak Dayah.
Aku: Nueq kat mana?
Nueq: Ada kat KL ni...
Aku: Aik? Kenapa?
Nueq: Sekarang Nueq dok KL. Nak makan kat sana (Kelantan) susah la. Asek muntah je. Tau kan pasal sir?
Aku: Akak terkejut ni wei... Biar betul? Akak tak caye la Nueq...
Nueq: Nueq pun kak. Tadi pagi2 Nad call nanges2 cite yang Sir Rahman meninggal.
Aku (kibas2 tangan tahan airmata walaupun suara dah lain): Tak sangka langsungla. Baru dalam 2 hari lepas akak berbual2 ngan kawan kat sini... Teringat2 masa dulu dia ajar kita...
Nueq: Ye ke? Tu la... Tak percaya kan?
Aku (nada suara berubah tapi ditahan): Aah... Erm, oklah Nueq... Nanti akak try call yang lain.
Nueq: Ok, kak...
Perbualan kitorang mati kat situ dengan 1001 pertanyaan --> Kenapa? Mengapa? Kehidupan arwah Sir berakhir dengan sesuatu yang sangat2 aku dan semua yang pernah belajar di dalam kelas arwah...
Lepas tu, aku call Aida pulak...
Aku: Hello, Aida.
Aida: Ha...
Aku (tanya soklan 'pandai'): Ko kat mana?
Aida: Aku kat opis la...
Aku: Betul ke wei?
Aida: La, betul le... Along call aku pagi2. Aku mula2 ingatkan dia main2.
Aku: Pasal mati2 ni jangan buat memain wei...
Aida: Tau takpe...
Aku: Sebenarnya macam mana jadinya?
Aida: Diorang la cite. Ada orang pecah masuk rumah Sir. Pas tu dia rompak...
Aku: Dah tu macam mana leh kene tetak pulak?
Aida: Agaknya masa nak pertahankan family dia tu la, dia kene tetak...
Aku: Sengal betullah perompak tu... Ko g tak?
Aida: Along pegi ngan budak2 lelaki...seganlah aku...
Aku: Pulak? G je la...
Aida: Isk...seganlah...
Aku: Kira2 kalo ko tak busy, ko g la ye?
Aida: InsyaAllah...
Aku: Oklah...assalamualaikum...
Aida: Wa'alaikumsalam...
Habis tu, aku dok kat2 ngan Zura. Dia yang tenangkan aku bila dengar suara aku dah lain, mata aku bergenang airmata. Aku bukan jenis yang mudah menangis tapi, aku sangat2 sedih dan terkejut bila dapat berita ni.
Act, sebelum aku call Nueq, aku try call Sir Azrin... Kira kawan arwah dan juga x-lecturer kitorang (dulu aku de cite pasal Sir Azrin...) tapi tak dapat nak cakap. Dengar ada orang jawab panggilan aku tapi tiba2 masuk voice mail pulak...
Aku call Mala dan seperti yang dijangka dia tak jawab call aku. Aku tau tu sebab masa2 macam tu dia tengah keje dan takkan jawab call sesapa pun... Tapi, dalam beberapa lama lepas tu, dia call aku... Akhir perbualan bajet cam nak g menziarah...tapi aku tengah keje...dia lak balik keje kol 10 malam... Kata Mala hp Sir Azrin habis batt tu sebab takleh jawab call... G pun dia dalam perjalanan dari Penang.
Dah tu, aku call Rani... Dia pun terkejut giller...tapi masih sempat recall sebab hampir lupa yang mana satu arwah n bila dia sebut satu nama yang biasanya kitorang panggil antara kitorang barulah dia ingat (kitorang ada bagi nickname untuk arwah n hanya kitorang dan yang terapat je tau apa nickname tu)... Then lepas mesej kak Aisyah...aku call kak Aisyah banyak2 kali... Tapi tak jawab. Then dia balas mesej aku dengan pertanyaan yang sama ngan Rani... Arwah sakit apa... Tak, dia tak sakit pape... Aku setuju ngan Zura kalo arwah meninggal kerana sakit tapi...siapa sangka akan jadi begini kan?
Sejak akhir2 ni andai ada berita kematian yang ada sedikit atau banyak kaitannya dengan aku, aku semakin rasa emosional tetapi selagi boleh kawal, insyaAllah aku kawal agar tak melampaui batas...
Aku call kak Aisyah dan citekan mana yang sempat sebab dia sedang menghadiri satu majlis dan disebabkan keadaan tak berapa mengizinkan, aku cepat2kan perbualan ngan kak Aisyah... Dengan berita pemergian arwah telah membuatkan hari aku suram dan sedih tapi tak lama sangat sebab sekeliling aku masih ada orang lain... Hati je yang mampu simpan segala2nya...
Sape2 je yang aku rase derang kenal atau pernah dengar nama arwah...aku sms derang dan khabarkan berita sedih ni... Masing2 pun sedih dengan berita mengejut ni... Bila balik keje, malam tu aku mesej kak G pulak... Dia dapat tau pun dari pakwe dia, Razi... As lak gtau yang dia dapat mesej dari kawan2 lelaki (Iszrole, Fadzir n so on...) Aida pulak dari pakwe dia, Along... Nueq tau dari Nad... Nad tau dari kekawan lelaki lain... Tapi paling awal tau, setahu aku... En. Fahmi n Sir Azrin (dua2 ni student mak masa kat Banting)...
Aku dan semua masih terbayang2 wajah arwah. Orangnya kecil je... Antara arwah dan student2 arwah, fizikal arwah lebih kecil. Arwah berjanggut, mata dicelak, bercermin mata, berkopiah...tiap kali hari Jumaat, arwah akan pakai sepasang baju melayu cekak musang lengkap bersampin. Dengan perwatakan arwah yang selamba tetapi tegas tu untuk kali pertamanya aku tengok arwah semasa hayatnya...aku jadi gerun dan hormat, berhati2 bila bercakap dengan arwah...
1st time kenal macam2 tu je, itupun masa Sijil. Rani ngan kak Atun selalu kalo habis kelas arwah mesti cite itu ini apa yang jadi masa kelas yang arwah ajar... Selalunya adik-beradik berdua tu mesti kene jumpa arwah sebab kene dengar kaunseling dari arwah n memacam cite lagik... Ngan kelas aku masa Dip tu takde pulak... Biasanya sebelum kelas, arwah selalu suruh mulakan dengan doa mudahkan belajar. Habis kelas pun baca doa jugak. Selalunya dalam kelas arwah dan Sir Azrin la... Manusia 2 orang yang kitorang kenal sebagai lecturer ni memang sempoi bila mengajar. Suka berlawak, sinis dan paling penting diorang tak strict kalo mengajar...mesti ada je benda yang akan buatkan kitorang gelak beria2 dan akan ingat peristiwa2 yang berlaku setiap kali kelas lecturer berdua ni berlangsung...
Lecturer2 yang ajar subjek Agama Islam tak seorang pun pakai kopiah kat tempat aku belajar tu... Arwah n others kat IT school (act, derang2 ni Tabligh) memang pakai... Ada dalam 4 atau 5 orangla... Lecturer2 ini gak yang biasa bebudak panggil Ustaz... Kalo orang tak tahu memang akan ingat derang ajar subjek Agama Islam tapi hakikatnya... Programming, Multimedia, Business... Yang senior dalam kelas aku jarang panggil arwah n others Ustaz...lebey kepada Sir... aku je mula2 panggil Encik...
Masa sambung study in Diploma (aku tak habis sebab kantoi satu kertas ;(sedeytu...)... Aku dan yang lain belajar dalam kelas arwah. Masa Dip, arwah mengajar subjek Multimedia II masa sem 3... Tapi seingat akulah sebelum masuk sem 3, arwah sempat mengajar subjek lain tapi aku lupa lah subjek apa... Masa tulah, aku n dak2 lain tetiba boleh baik ngan dak2 junior yang belajar sekelas ngan kitorang...
Derang2 ni kira cam freshies la... Dan kitorang2 ni semuanya dari Sijil masuk Dip sem 2... Lompat sem la kiranya tu... Itu yang jumpa dan belajar sekali ngan freshies ni. Tapi sem I untuk junior dan II untuk kitorang ni, susah nak baik2... Tak tau la nape ek? Jumpa2 macam biasa dalam kelas tapi tak semesra junior ngan junior...senior ngan senior...
Sampai tibalah satu masa dimana waktu tu arwah mengajar... Serius tak ingat subjek ape...masih kat INPENS a.ka. IIC lama kat Shah Alam. Tengah sibuk2 main internet sebelum mula kelas, dengar arwah sound tanya dah solat ke belum? Dia suka cakap dalam nada sinis... "Dah Asar ke? Berimamkan monitor ke? Kalau belum, pergi solat dulu", dengan suara yang dibuat2 macam suara Doraemon... Dari depan sampai ke belakang kitorang, arwah bersuara...selagi tak bangun dari kerusi, dengarlah leteran dia tu... itu lagi sedey bila aku ingat2kan balik. Sebab arwah suka ingatkan semua students macam2 perkara...paling penting, SoLaT!
Sebab insiden nilah yang buatkan kitorang leh baik sesama kitorang... Masa nak solat Asar tu yang secara tak sengaja berlaku sesuatu yang akan aku ngan dak lain2 ingat sampai bebila... sangat2 kelakar... Masa kat Pulau Indah (kene pindah sebab Unisel amek bangunan INPENS) Arwah ajar subjek Multimedia II... Memula biasa jek...
Agaknya kitorang ni makin lama makin naik lemak berkilo2 tu sebab sesuka ati jek main internet mase arwah mengajar...sedangkan masa yang diberi tu untuk siapkan tugasan yang arwah berikan. Sampai satu masa, arwah tahu kitorang yang duduk kat belakang ni aseklah leka ngan website itulah...inilah...akhirnya arwah bersuara. Kali pertama arwah tegur, buat dek lagi...kali kedua pun masih tak bertindak pape...sampai yang ketiga...terus restore IE...masa tu lum tau guna Mozilla Firefox...
Sejak dah tau akan kewujudan Friendster, Blog, Myspace n so on... Semakin galaklah aku dan yang lain melayari internet... Ada satu masa tu, arwah dok belakang row kitorang... tak pasti apa yang arwah buat... Arwah tegur bila nampak kitorang galak surf internet...
"Friendster lagi? Friendster... Friendster... Keje dah siap ke?". Mulut arwah bercakap, mata tak pandang pun sambil klik sana sini kat depan pc belakang kitorang... Kadang2 tu tiba2 je ada belakang kitorang, menyergah sambil tengok apa yang kitorang tengah buat. Bila pandang belakang, terkejut beruk semua... Mana taknya dengan mata yang bercelak tu, arwah memandang kitorang... Wo! Amaran tu... Tapi, bukanlah selalu kitorang buat tak tau kalo arwah tegur. Melampau betul kalo asek buat perangai sendiri jek. Aku sendiri bimbang dan sedey andai kata mana2 lecturer yang selalu tegur perangai kita tapi kita buat tak tau jek...n satu masa dia dah malas nak tegur lagi malah malas nak tanya pape kat kita, sebut nama kita pun belum tentu... Tak rasa sedey ke kalo satu hari tetiba derang tak pandang atau sebut nama kita langsung?
Itulah kenangan paling latest masa tahun akhir belajar 2004... Gambar arwah takde dalam simpanan aku...but, aku try cari mana tau terjumpa kat mana2... Semoga Allah cucuri rahmat ke atas roh arwah... Lebih aku kesiankan, isteri arwah yang masih muda...anak2 masih kecil... Paling kecil 2 atau 5 bulan la... Dan yang sulung baru 4 tahun...bayangkan... 4 tahun? Muda lagikla... Kenapalah perompak2 tu tak berperikemanusiaan? Aku bimbang andai perompak2 tu bukan dari negara kita tapi orang luar... Makin tak selamat pulak aku rasa...
p/s: Berita langsung takde cite pasal kes jenayah ni (aku tak perasan kot?)... paper pun yang aku tau dari Nueq, Utusan Online... Bernama... Lain? Entah la... harap2 dapat ditangkap cepat perompak2 yang sangat GiLe tu... INGATAN UNTUK SEMUA BLOGGERS & JUGA UNTUK DIRI AKU SENDIRI... JAGA DIRI DAN KELUARGA SEBAIK-BAIKNYA... KITA TAKKAN TAHU APA YANG BAKAL BERLAKU DALAM HIDUP KITA, MASA DEPAN KITA... JANGAN LUPA PADA YANG ESA DAN SEMOGA DIA TAK LUPA INGATKAN KITA JUGA...
7 ulasan:
ha!!!mana 1st komen akak tadi???
ilang mcm tu jerkkkkk!!!!!
tak pe lahhh..utk Dee akak ulang balik.
Dee ni EX UNISEL student ker??
cukup rasa sedih dgn apa yg menimpa.
SENGAL & BENGAL PEROMPAK TU!!!
eh...bukan ker 'sengal' tu di ambil dr drma dunia baru?
drama tu pgambarannya di UNISEL juga?
hemmm...sungguh berkaittttt~~
ila--> sengal tu dah lama sy n semua guna, kak...tapi sebab bila 'Madihah' salu cakap...jadi cam commercial lak... n satu lagi sy bukan ex Unisel kak... dulu arwah ngajo kitorg kat INPENS... tapi sebab ade hal2 lelain so, arwah n lecturer lelain pindah Unisel tu... ade kawan gtau yang pertengahan bulan ni arwah n family nak pindah tapi....tak kesampaian la... ;(
.:: Innalillah hiwainaila hirajiun.. Al-Fatihah kepada arwah..
.:: nad mmg X kenal arwah tetapi hubby nad kenal..hubby nad & arwah keluar 3 hari bersama setiap bulan..
.:: mlm lepas kejadian hubby dpt msg mengatakan arwah dah meninggal sbb umah kena masuk perompak..and perompak cuma ambil RM50 je..mmg X berbaloi sungguh..
.:: tapi nak buat mcm mana..mungkin ajal dia masa tu dah sampai..insyaalah dia akan tergolong dalam golongan org² yg soleh..
yup nad...sgt2 tak berbaloi...eh? ade gak relation antara kita2 yek? g usrah ye? tu la, dah ajal nak buat cane? dah sampai mase pun...kita2 ni pun sentiasa kene sedia...amin!
sedihnya baca nih wak..smoga arwah dicucuri rahma olehNya di sana,amin
faisal--> aah wak...sangat2 sedey... sy pun sentiasa harap roh arwah dicucuri RahMat Allah...
Catat Ulasan