rss feedResize Text
Twitter Follow Me

“jika kau ubah fikiran|aku kan setia menanti|jika kau perlukan teman|carilah di sini|jikau kau ubah fikiran|untuk jatuh cinta cinta lagi|yang pertama ke depan|jika kau ubah fikiran

02 Oktober 2007

Stress!!!

Published by HidayahYassin at 8:56 PG

22572447

22861958


Aku bebetul bengang malam ni. Sejak kebelakangan ni kitorang semakin stress dibuatnya hanya kerana gara2 2 manusia yang sifatnya hanya DIA je yang tahu. Sejak masuknya seorang hamba Allah ni dan hamba Allah yang sememangnya enak duduk atas kerusi empuk dalam bilik tu makin haru dan birunya hidup kitorang kat bawah ni.

Mulanya bengang dengan yang sedap dok atas kerusi tu lah... Tu satu hal. Masuk lak yang sorang lagik ni lagi haru dibuatnya. Apa jadi ni? Semua orang yang dulunya sentiasa rasa aman dengan tugas memasing jadi tak tentu arah lately. Dia memang memudahkan kita2 ni untuk tak selalu OT tapi bila tang perangai yang kita *semua cawangan pun bengang* tak berkenan.

Dah 2 hari ni dr feveret aku pun asek cite ape yang berlaku dan kitorang *zUra esp.* boleh sakit jantung dan darah tinggi. Dah banyak kali ditegur macam tu gak. Aku mengaku yang aku pun takleh ditegur *mak yang cakaplah*. Tapi kalau berkaitan keje takkan nak buat kepala sendiri kot? Melampaulah tu.

Habis semua orang tegur dengan apa yang kita rasa tak elok. Bukan nak jawab leklok malah kita dimarahnya balik. Cara lembuta dah dicuba, cara hati ke hati pun dah cuba...takkan lak cara kasar lak kita nak kena try gak? Selagi mampu bersabar, sabar je lah kan?

Balik je hamba Allah yang sengal2 ubi ni, sangat melegakan aku n along. Tapi, rasa kelegaan tu tak lama mana pun sebab yang selalu dok atas kerusi empuk tu tiba2 je nak join. Haru lagilah... Menyampah aku dibuatnya... Kenapa pulaklah tiba2 nak join? Dah tu tak reti nak bayar...lepas dah suh along g beli. Along balik je, dia terus turun bawah. Cam tetau jek yang kitorang dah siap sedia nak berbuka.

Masa nak amek sudu tu, along tengok sudu cam banyak dah takde...so along g balik kedai tadi. Sepanjang along g tu, aku asek menonton Diari Ramadhan Rafique 2 je... Malas nak dok berbual2 dengan dia. Menyampah aku dibuatnya.

Dalam kol 7.45 malam, adalah satu patient tu datang. Semalam dia ada datang so aku kenal muka kakak tu. Sebab tak bukak lagi aku pun g lah pintu untuk beritahu dengan cara paling baik pada aku *tak elok pada pandangan si sengal tu*...

"Kak, dr. belum sampai lagilah"
"Tak ada ye?"

Tiba2 menyampuk pulak si sengal tu. Kekonon cara dia paling the best la. Walahai... Kenapalah ko tetiba nak menyibuk ngan keje2 kitorang ha? Aku pun bukaklah pintu dan benarkan kakak tu masuk. Aku bgtau dulu bukan apa...dibuatnya kakak tu malas nak menunggu dan bila dah lama tunggu, dr tak sampai2 lagik...kitorang dimarahnya..tak malu ke?

Dan2 dia suh call dr. Aku macam biasalah call dr. Malam tadi dr Sim. Aku tanya macam biasa aku tanya. Kalau aku suh dia cecepat pun aku tau jawapan dia apa. Lepas tu adalah dalam 2-3 orang patient yang dok menunggu lepas dah mendaftar.

Dia panggil aku g bilik dr. Dia marah aku...kaw2 punyalah. Macam tulah yang dak2 hr salu kata...akhirnya malam tadi aku rase camane dia marah. Aku dah puas jawab dia masih nak memarah. Kata aku tak professional la, tak matanglah.

Argh!!! Bengang aku dibuatnyalah. Aku tahan je airmata ni supaya tak keluar. Aku rasa aku kalah bila menangis depan dia. Tapi, makin ditahan, makin aku sakit. Lepas dah lepak2 jap, aku g bilik dressing.

Along pun ada kat situ. Airmata aku ni laju je turun. Aku memang tak tahan diserbu macam tu. Kalau nak perfect semuanya...ko pun kenelah perfect gak. Semalam dr Azizon pun ada kata, -3 pesan kt sengal tu kalau nak output bagus, hr pun kenalah bagus gak. Siap ulang 2-3 kali lagi. Yup, aku sokong kata2 dr tu.

Satu lagi masa tengah sesedap makan *jadi tak sedap sebab si sengal tu ade*, dia asek mengutuk dak2 lama. Bila serbu aku puji lak dak2 lama. Apa ni? Dahlah suh kita menipu lepas tu dah ludah jilat balik. Memang sengal...

Aku dan semua tak tension keje bawah tapi sebab yang mengarah tu buat kit jadi bengang...kita pun terikut tension gak. Dr2 pun best2. Hari2 kitorang jumpa dr ngan patients so kita yang lebey tahu apa yang terjadi...

Sakit sangat2 hati aku ni. Tak tahulah boleh tahan sampai bila. Harap2 sesangat kalo2 leh tukar new director with title DR. oR MD. Susah kalo director bukan dr ni sebab dia tak tau pasal medicine langsung...

Sepatutnya bulan2 pose ni banyak2 bersabar tapi sebab manusi2 sengal nilah yang buat kita jadi sakit hati...


35083375


Last patient tadi masa tengah2 dr check dak kecik comey tu...dr minta something yang aku tak ingat namanya. Sebab dr nak keluarkan sesuatu dalam tekak the dak kecik. Yang aku jumpa semuanya besar2.

Alih2 dr jumpa yang sesuai. Aku ingatkan apalah tadi. Rupanya bila dr berjaya keluarkan, benda tu adalah tulang. Hampir termuntah gaklah bila dr nak jolok. Bimbang kalo2 dia biarkan lelama jadi lain lak. Bila aku tanya kat mak dak kecik tu, maknya jawab yang anak dia ni suka mengutip apa yang dia nampak. Nasib baik tak luka.

Aku nampak tulang tu. Dr consider tulang *besar2 tulang ikan lah* sebab di bengkok2 tak boleh la. Along tanya gak kat dr then dr katalah yang aku pun nampak apa benda tu...


Karma


p/s: malu aku sebab terlepas cakap ngan seseorang..sorry ye awak? saya suka paksa2 orang dan terlalu ikut perasaan la...sorry ye?

0 ulasan:

Catat Ulasan