rss feedResize Text
Twitter Follow Me

“jika kau ubah fikiran|aku kan setia menanti|jika kau perlukan teman|carilah di sini|jikau kau ubah fikiran|untuk jatuh cinta cinta lagi|yang pertama ke depan|jika kau ubah fikiran

04 Ogos 2007

Tolong Aku...

Published by HidayahYassin at 5:50 PG

Salam kembali... Aku kebosanan dan rasanya keputusan aku kali ini bulat, sama bulatnya dengan bulan. Doakan aku teguh dan istiqomah. Aku dah tak mahu berada di bawah telunjuk orang yang sifatnya kadang-kadang sangat baik bak kata orang 'lembut gigi dari lidah' bila berkata-kata, adakalanya sifatnya tak ubah seperti harimau yang garangnya dalam diam... Kenapa aku selalu salah menduga sifat manusia? Aku dah tak tahan lagi dan insyaAllah andai DIA merestui keputusan ini, aku takkan berpaling dan jejakkan kaki ke situ lagi *insyaAllah dan aku sangat phon padaMU Allah agar aku tak riak dan bongkak*.

Mungkin benar seperti diduga, bila kita ada diguna sebaik mungkin tenaga kita sampaikan nak bernafas dalam-dalam pun kena fikir 4-5 kali. Bila tak ada, tahu pulak nak cari aku tapi biasanya kalau cari pun bersebab... Lama-lama aku sendiri redha dan dapat terima semua yang terjadi pada aku.

Sesekali aku fikir ini mungkin karma hidup aku... Dulu pasti aku pernah secara sengaja atau tidak buat benda yang sama pada orang lain... Aku mesti terimalah kalau itu sebabnya. Macam esok, aku tak tahulah sebenarnya aku perlu atau tak pergi ke tempat tu? Sebab yang ketuanya boleh tanya aku pulak sama ada aku kena pergi atau tidak? Kenapa perlu begitu?

Kata 'abg' tu, di situ tak ada budaya multitasking so itulah yang jadi akhirnya. Aku fahamlah... kalau gitu. Aku ni makin pening kepala dibuatnya. So, kata putus yang aku ambil mudah je, serah pada takdir, doa semoga cepat dapat keje dan berhenti dari situ... Dah ramai yang aku minta doakan aku... Semua yang sudi ke sini juga aku amat harapkan doa dari kalian semua...

Semoga lepas-lepas ni aku dah tak sakit hati, makan hati dengan semua orang. Aku mungkin tak pandai nak luahkan semua yang terbuku tapi aku harap dengan cara begini dapat melegakan sedikit rasa dalam hati ini... Semua yang terjadi bukan aku yang harap... Aku sendiri tak sangka akan jadi macam ni.

Bak kata orang 'jauh panggang dari api'...'indah khabar dari rupa'...dan seumpanyalah. Sebenarnya kalau nak dibandingkan dengan semua, ini yang terbaik tapi kalau dilihat dari pelbagai sudut dah tentu kesempurnaan yang kita harap-harapkan tapi menuju arah kesempurnaan itu macam lambat lagi nak muncul...

Biarlah aku tarik diri sekarang daripada aku menanggung sakit yang mungkin dah tak boleh nak diubati lagi nanti... Abah pernah cakap satu mase dulu "biar kau menangis sekarang daripada kau menangis di kemudian hari"....ya! betullah tu kalau digunakan sekarang. Dulu aku sangat naif dan tak faham apa-apa...

Sekali lagi doa jua yang aku pohon dari kalian semua. Aku sangat mengharapkan bantuan bukan tenaga dan wang ringgit hanya melalui jiwa je... Boleh kan? Mungkin permintaan aku sebagai teman maya ni tak menyusahkan kot? Harapannya begitulah ye?

Pasal cite tu, masih dalam pembikinan... Aku sudah banyak kali berjanji dan sangat susah nak tepati dan sekarang aku sudah tak mahu berjanji dan lebih selesa dengan 'insyaAllah' je... Kalau janji takut tak tertunai je nanti... Yang sakit orang yang aku janji dan aku sendiri pun akan sama rase terkilan tu... K, aku chow dulu... Tiba masa nanti aku datang semula... Mungkin dengan nafas baru n the new ME? Doakan je...

p/s: Segala-galanya bakal terjawab selepas 15hb Ogos ini... Apapun yang terjadi, aku redha...

0 ulasan:

Catat Ulasan