rss feedResize Text
Twitter Follow Me

“jika kau ubah fikiran|aku kan setia menanti|jika kau perlukan teman|carilah di sini|jikau kau ubah fikiran|untuk jatuh cinta cinta lagi|yang pertama ke depan|jika kau ubah fikiran

12 Jun 2007

Sedeynye...

Published by HidayahYassin at 5:05 PG

Sangat bosan sebenarnya sekarang ni... Ni pun baru balik dari The Mines temankan budak seorang ni... Nanti kalo teringat aku tempel la gambo dia kat sini...

Act, minggu ni adelah minggu paling sedey yang pernah aku rase sebab Sabtu lepas *9 june 07*, kitorang sekeluarga *sebelah abah* kehilangan sepupu lelaki... Dia meninggal duni dalam usia yang bagi aku sangatlah muda... 14 tahun... Siapa sangka kan? Aku sedey apatahlagi keluarga dia kan? Dia sangat mesra dengan panggilan abang...

Mase tau berita yang sangat memeranjatkan tu, aku sibuk mengemas n telefon beberapa orang, airmata hampir menitis. Serius, aku sangat sedey. Sapelah tak sedey kan? Lebih kurang beberapa bulan jugaklah aku tak jumpa arwah. Tau2 dapat berita yang sangat menyedihkan semua. Aku balik dengan mak. So, aku cutilah Sabtu n Ahad. Amek Syima *kakak arwah* kat USIM. Then, terus ke Seremban amek Abah, adik2 n makcik.

Then gerak balik kampung *arwah dok ngan family kat kampung ngan nenek*. Sampai2 je, arwah nak dikebumikan pun. Nasib baik masih sempat menatap wajah abang buat kali terakhir *alhamdulillah*. Masih tak percaya tapi aku redha... Cuma perasaan sedey dan tak sangka masih ade dalam hati aku...

Act, aku tak taulah kebetulan atau memang betul rase tak sedap hati aku sehari sebelum tu *Jumaat* adelah tanda2 abang 'pergi' tinggalkan kita semua selama2nya... Memang sangat tak sedap hati. Tapi aku macam biasabuat tak tau je. Bila dapat tau je berita ni, hati aku kembali seperti biasa.

Banyak tanda2 sebenarnya. Bak kata Mak, sebenarnya orang tu *yang dah meninggal* rohnya dah takde 40 hari, jasad je yang ade. Malam tu kitorang tido la kat rumah tu... Tapi kebanyakkan diorang termasuklah aku sebenarnya takleh tido sampai ibu dia *mak teh* cite yang dia rase macam dia kat awang2an... Masih terkejut dengan pemergian anak dia tu...

Ingatkan hujung minggu ni nak balik tapi semua orang macam banyak hal dan program masing2... Tapi tak taulah kalo ade perubahan. Sebab baru seminggu je kan?

Abang...
Akak dan semua sentiasa harap awak dirahmati Allah...
Roh awak dicucuri Rahmat Allah...
Semoga awak aman di sana...
Dengan 'atuk' yang sangat kitorang sayangi...

p/s: Impian abang dah tercapai nak dikebumikan sebelah kubur arwah atuk... Rndunya akak kat awak, bang... Al-Fatihah... Awak2 semua yang baca n singgah kat blog ni, TOLONG sedekahkan Al-Fatihah pada arwah ye?

0 ulasan:

Catat Ulasan