rss feedResize Text
Twitter Follow Me

“jika kau ubah fikiran|aku kan setia menanti|jika kau perlukan teman|carilah di sini|jikau kau ubah fikiran|untuk jatuh cinta cinta lagi|yang pertama ke depan|jika kau ubah fikiran

31 Ogos 2006

Tahniah!

Published by HidayahYassin at 9:04 PG

Tadi Rani n her boy, her sis datang sini. Rindunya aku ngan minah seorang ni. Mana taknya kitorang dah lama tak jumpa... Kenduri yang lepas pun dia tak datang. Hehehe... Dia bakal bertunang dengan the boy *namanya Shamsul*... Tahniah Rani. Gembiranya dengar berita ni! Dia tanya pendapat aku, ok je Rani... Saya sangat2 gembira... Dan tak sabar nak tunggu hari langsungnya. Hujung tahun ni kata Rani sekali ngan birthday dia...

Entah bila pulak giliran aku? Aku hanya berkata dalam hati... Kadang2 sampai aku terfikir yang mungkin aku takkan alaminya sama seperti orang lain. Kata orang jangan memilih. Tapi aku bukanlah memilih *hehehehe...dulu ye, BUT NOT NOW*. Entah2 aku pun tak berpeluang nak memilih kot?

Sepanjang pertemuan yang berlangsung di ruang tamu utama rumah mak ni, kitorang aseklah gelak sakan. Bukan ape, diorang ni sekeluarga memang kaya dengan lawak jenaka. Dari aku kenal Rani sampailah mak ayah dia, aseklah berlawak. Susah nak tengok diorang serius je. Baguslah macam tu. Seronok tau kawan ngan dia sampai aku kenal seluruh keluarga dia. Kitorang asek cite pasal kenangan2 masa belajar dulu. Kahkahkah! Pecah perut dibuatnya. But aku lupa nak tangkap gambo diorang lak. Adusss! Dah la lama tak jumpa... Takpe, nanti masa dia tunang aku tangkap gambo dia banyak2. Aku tumpang gembira atas segalanya yang berlaku dalam hidup Rani... Masuk tahun ni dah 9 tahun aku kawan dengan dia. Wah! Macam tak caye jek... Tak sangka tau.

Ingat lagi masa pertama kali kenal Rani. Masa tu tahun 1997... Aku baru pindah dari PJ ke Serdang. Mula2 masuk 2T6. Bila check balik rupa2nya aku salah masuk kelas *bengang tol tau. mana taknya dah hampir beberapa bulan dok situ, disuruh pindah lak*. Aku kena tukar 2T9? Pegilah dengan muka toye. Masuk je dok sebelah ketua kelas. Itulah dia kawan Rani kat kelas sebab Rani < suka berkawan *ada sebab2 tertentu*. Then bila aku dok sebelah ketua kelas dan asek temankan ketua tu, Rani pandang aku dengan pandangan yang tajam je. Yelah kawan dia dah kawan ngan aku. Aku pun bengang gak kalau jadi dia. Tapi ntah macam mana aku boleh pindah dok sebelah dia... *lupelah* Start tulah aku kawan ngan Rani sampai la hari ni. Hari2 kitorang gelak. Bayangkanlah time cikgu ngajo pun kitorang boleh berborak2? Sampai kena tegur ngan cikgu Maths. Nasib baik markah aku masa tu baik. 75% tu... Dikira A kan? Bangga gak la. Tapi masa cikgu Maths umumkan aku tak datang lak. Yang paling tinggi Maths ngan aku sumenye budak2 cina perempuan. Hehehe... Kenangan yang takkan dapat aku lupakan sampai bebila... Rani n the gang balik dalam pukul 9 mlm tadi. Suruh tido dia taknak lak sebab her boy nak balik Taiping malam ni gak. apa boleh buat? Tiba2 aku sedih. Entahlah... Gembira dan sedih kot? Ramai akan meninggalkan aku bila dah masuk alam rumahtangga. Dulu Ranilah orang yang beria2 TAK NAK bercinta atau KAHWIN... But sekarang dialah yang paling awal... * tak gak sebab kawan kitorang yang pertama BAHA namanya dah kawen tapi...dia dah divorcee*. Itulah pengalaman hidup namanya. Belajar dari kesilapan... Tapi aku juga yang selalu buat silap walau dah belajar...*macam mana tu?*
p/s: I'm very sorry Zac... Sy just try tukar...n mungkin masih perlukan bantuan awak untuk upgrade kan lagi my blog... Terima kasih Zac... Sorry again...!

21 Ogos 2006

Mimpi... Jenjalan...

Published by HidayahYassin at 7:24 PTG

Malamku bermimpi hai dengan satu bintang... lalala... Macam tak caye je aku mimpi sesuatu. Hehehe... Aku mimpi jumpa someone yang aku kenal tapi tak pernah jumpa. Kata orang kalau begitu mungkin aku terlalu memikirkan dia atau rindukan dia... Ek eleh apa cite ni? Kelakar tul tau... Dah beberapa hari ni tak dapat nak update sebab pergi rumah Kak Nana, rumah Kak Izan... n tengok anak buah yang dah makin kurus tu... Rindu Taufiq banget deh... ahad yang baru2 ni aku balik naik komuter... Ramai juga yang naik tapi sampai Kajang je terus tak boleh guna the komuter sebab rosak... Itulah kelemahannya. Patutnya semalam dah mula memotong kain tapi sakit pale otak pulak. Pagi ni pun masih sakit lagi. Selalu kalau makan 2 biji Acti-Fast dah boleh baik tapi tak ok gak... Semalam aku belasah lagi 2 biji lepas 2 biji yang pertama tak berkesan. Pagi ni sakit lagi... Hari tu kat rumah Kak Nana pun sakit gak...

Kak Nana ajak temankan dia ke DBKL kemas barang. Bila2 masa je Datuk Bandar suruh pindah sebab nak renovate office dia keje. Dia Penolong Pegawai kat situ... Aku dok dan dia suruh guna PC cuma surf internet je... Check email n so on... Lepas siap mengemas, Kak Nana ajak pi tengok wayang dan dia yang belanja... Kitorang tengok Remp-It... Besh la gak... Cuma ending nye tak bape seronok cuma sedih je...

Sepanjang kat rumah Kak Izan n Kak Nana, aku asyik main2 ngan Taufiq... sebab dah lama tak jumpa the budak kecik. Dan aku asyik ambil gambar dia.. Dia memang pandai tengok kamera dan posing... Hehehe... Cuma asyik mengamuk dan meragam. Rupanya mulutnya ada mata ikan.

16 Ogos 2006

Ape Cite?

Published by HidayahYassin at 10:21 PG

Aku mengantuk... Dan mungkin lambat nak tido semula

Hari ni mengantuk sangat, so tido awal. Pukul 10.30 malam tadi terbangun bila dengar lagu Sha Na Na theme song for PUTERI... Ingat baru start tapi dah habis. Terus tengok Nuraisha. Then tengok CSI:MIAMI... Banyak yang menarik dan tersirat. Berfikir sambil menonton... Quite gud na?

Tomorrow will be at Pantai Dalam. Accompany mak to Hud and Pz's school at KKb on Friday... Ada Majlis Restu for their PMR and SPM's... Selamat Berjaya. Semoga korang dapat apa yang dihajati, jangan selalu main2 sebab aku dah terlalu banyak meyesali diri ini dan berharap agar perkara yang sama takkan berlaku pada both of u... My youngster HEROE'S. Takde apa yang boleh aku bantu selain bagi semangat dan nasihat je. Then school holiday n hope that kita boleh spend time kan? Sementara aku tak keje ni... Dan aku akan INSYAALLAH tido kat rumah baru Kak Nana for the 1st time... Sekarang ni bolehlah lepas2 ni tak tahulah amacam kan?

Kadang2 aku fikir macam nak keje kat rumah je... Menjahit? Sudah tentu. Memang banyak benda yang aku fikirkan. Rasa macam nak buat Baju Kurung, Kebaya n so on banyak2 then hantar kat orang untuk dijual. Ok kan? Itulah idea aku dan harap sangat ianya berjaya. Aku mesti ISTIQOMAH untuk buat kerja2 ni. Aku MESTI...MESTI...MESTI...

15 Ogos 2006

Rindu... Sedih... Gembira...

Published by HidayahYassin at 11:00 PG

Aku tengah merindui ramai orang ni...
Sekarang dah pukul 2 pagi dan aku masih tak tido lagi. Mungkin sebab dah tido petang tadi lepas balik dari temankan mak dan jumpa Kin. Saja je request kat mak nak ikut pergi KL. Padahal Khamis ni nak ke KL lagi dan cadangnya nak tido umah baru Kak Nana. Ada barang yang nak diberi. Aku akan ke sana lagi insyaAllah... Semalam tak dapat tido padahal aku penat sangat. Semalam juga aku mula ambil suppliment untuk diet. Memang dah bertekad ni. Bukan tak bersyukur dengan keadaan diri atau terlalu mengikut orang TAPI aku sendiri rasa badan makin penat dan berat...


Tiba2 hatiku sedih ni...
Tengah2 surf blog dari frens blog, hatiku tiba2 teringat semua orang dan jadi sedih. Kenapa ni? Aku nak luahkan semuanya sekali tapi masih tak dapat k0s0ngkan jiwa aku ni. Macam2 yang buat aku sedih dan aku terfikir macam2... Banyaknya perkara yang negatif. Sebab mulanya bila my 2nd bro wishes me on my belated birthday! Mesti orang akan kata aku gila kan? Bukan...aku masih waras CUMA terharu je... Aku memang nanti2kan ucapan tu dari dulu lagi... Without present... Dengan lapang dada dan jiwa serta mindaku ini aku menerima ucapan itu. Thanx Abang! Ingatlah yang aku sangat sayang kamu berempat, adik2ku... Kamulah HER0ku, segala2nya bagiku... Nampaknya pertalian antara kita semakin rapat DAN itulah yang sangat2 aku harapkan setiap hari. Thanx ALLAH for makin my DREAM come true... Aku tahu kita SAYANG antara satu sama lain TAPI kita EGO! Aku tak pandai tunjukkan KASIH & SAYANG aku pada kamu berempat termasuklah MAK & ABAH... Jauh di sudut hati aku, aku sangat2 SAYANGKAN kamu semua... CUMA aku tak pandai nak tunjukkan... Fahamilah dan Mengertilah perasaan aku ini...

Ku Gembira Di Sampingmu...
Got an SMS from Mariya... Miss U So Much! Macam2 cite yang aku dapat dan kami kongsikan bersama... Dia tak keje lagi sebab anaknya masih menyusu badan... Sabtu yang lepas Ain & Wahida datang rumah Mar. Ain yang beria2 mengajak nak jumpa. Aku juga rindukan mereka berdua tu... Masing2 hilang tanpa berita lepas habis sekolah. But I'm still keep in touch with Mar... Apa yang aku tahu aku beritahu dan juga sebaliknya... Aku akan pergi jua ke rumah kau Mar CUMA belum berkesempatan je. Maaf kalau buat kau tertunggu2... Sejak ramai kawan2 dan sahabat yang bakal menjadi RAJA & RATU SEHARI, sedang menjadi SUAMI & ISTERI juga yang sudah menjadi IBU & BAPA, aku makin rasa yang aku makin tua... Aku dapat rasa perasaan mereka2 ini CUMA aku tidak berada bersama mereka di dalam alam dan situasi yang sama... Belum JODOH! Moga aku sempat bahagiakan diri sendiri dan keluarga dan sampai masa yang sesuai PASTI akan berlaku jua peristiwa ini, BIIZNILLAH... Aku masih sedar yang ada ramai lagi seperti aku... Tak apa... HIDUPKAN diri sendiri dulu ye?

Fi Amanillah!
Mak dah cadangkan nak tambah sesuatu kat rumah ni kat bahagian garaj... Untuk aku mudah menjahit, memotong kain dan melukis pola... InsyaAllah... Masih dalam perancangan lagi. Kira jadi biliklah ni. Bilik Jahit Hidayah... Cheh... Berangan nih. Harap2nya jadilah. Mudah untuk aku membuat keje nanti. TAPI aku MESTI mula memotong dan menjahit baju untuk MAK... PASTI & MESTI buat... Doakan aku BERJAYA...

11 Ogos 2006

Happy Birthday To Me...

Published by HidayahYassin at 9:00 PG

Genap 23 tahun aku hari ni. Yesterday recieve an email from JobStreet... Nway, thanx... Tadi call Kak Nana then dia wish aku... Ada berita gembira! Kak Nana dah pindah umah baru kat Kampung Limau dekat ngan Angkasapuri. Tak sabar nye nak ke sana. Ingat nak gak ke sana esok tapi mak buat jamuan lagi untuk her new students... Again?????????? Yup, nak macam mana? Kenalah tolong juga kan? Doakan yang terbaik untuk aku ye?

10 Ogos 2006

PGLTM, Birthday, Watch 'Em n Spot 'Em...

Published by HidayahYassin at 9:06 PG

Diberitakan bahawa aku tak jadi pergi PGLTM... Wah! Sedih ni. Tapi tak berkobar2 sangat cuma terkilan je... Takpelah mungkin akan ada teater lain lepas ni? Moga2 aku dapat pergi lagi...
This coming Saturday is me 23rd , Izu Saujana 25th n my internet fren Nurul83's 23rd birthday. Happy Birthday To All Of Us! Semoga dengan peningkatan umur ini seiring dengan kematangan minda kita ye? So long I'm not celebrate my big day... Ucapan tu adalah... 1st of all thank u very much to Lina's JobStreet for the wishes... 1st wishes la kiranya... Dulu2 kira kisah juga pasal celebrate birthday but now tak kisah lagi... Ucapan n ingatan yang aku kisahkan. Tapi kalau orang tu ingat tapi tak ucap macam aku ni macam mana ek? Wut evala... Aku cuma harap aku akan dapat keje dalam masa yang terdekat ni. Aku sangat memerlukan keje...

One of Disney Channel's contest. Hahaha! Macam bebudak je aku ni. Tapi selain benda2 biasa yang aku buat, ini adalah hiburan bagi aku. Aku dah terlepas beberapa watak kartun la. Yang aku dapat cuma Malina (Kuzco's GF) n Kron... Esok last... Next week kena cari watak2 kartun Lilo & Stitch yang appear masa show yang start pukul 5.30-7.30 mlm... Gud Luck For Me...

09 Ogos 2006

Mala, As, EyE_Da, Rani...

Published by HidayahYassin at 5:41 PTG

Semakin hari aku semakin merindui mereka2 ini. Sangat2... Aku tahu kemana mereka melangkah tapi ragu2lah bila kita semua aka bertemu semula? Semuanya mencari kehidupan yang lebih baik lagi. Awal minggu ni, Mala telefon. Soalnya, aku tak rindu dia ke? Mahu tak, aku sangat2 menanti panggilannya yang jauh di Singapore. Janjinya akan menelefon kembali tapi hampeh, takde pun?

4 Jun 2006 yang lalu dia ada ajak aku datang pada hari pertunangan dia dengan abang Abbas, tapi tak dapat nak tunaikan sebab in the same day mak aku pun buat kenduri. Mula2 dia ajak, aku kata insyaAllah sebab mak tak confirm lagi. Finally memang tak dapat pegi gak. Puan Puspa ada mengajak kerana pada hari yang sama dia juga adakan kenduri sempena kelahiran anak lelaki yang ketiga-Ahmad Darwisy Irfan... Dan telah diberitakan, insyaAllah yang dia akan mendirikan rumahtangga dengan abang Abbas 3 Disember 2006...
As pulak sedang berjuang di medan ilmu kat PD. Perjuangannya bukan juang biasa kerana dia memang betul2 berjuang. Masih dalam kursus latihan ketenteraan... Tak dapat masuk PLKN, kau belasah masuk tentera eh? Dalam masa beberapa bula ni memang tak dapat nak hubungi As. Aku sangat merindui kamu semua... Sangat2...

EyE_Da? Langsung hilang tapi aku tahu dia dimana. Cuma tak tahu apa yang buat sekarang. Dulu masa belajar, bila As, Mala n Kak G takde kat hostel dan tinggal aku n EyE_Da, ada saja yang diberi dia pada aku. Aku sangat hargainya. Mungkin watu itu aku tidak memahami perasaannya sebaik teman-teman rapatnya yang lain... Harap2 kita dapat bertemu satu hari nanti...

Rani? Memang mudah nak hubungi dia cuma bila sekarang ni aku telefon, dia asyiklah bercakap dengan orang di sebelahnya yang hari2 dia jumpa. Dah lama tak jumpa dia. Nak jumpa je mesti ada hal punya. Dan kenduri yang lalu dia tidak langsung hadir. Mungkin terguris hati sebab hanya dia je yang datang rumah aku. Aku masa dok Serdang dah selalu sangat datang rumah dia sampai aku sendiri naik malu n segan asyik bertempek di rumah orang. Alahai... Aku gembira dengan kehidupan barunya dan telah berjumpa seseorang kini. Tahniah. Semoga hingga akhir hayat tau? She like cats sooooooooo much... Siap membidankan kucing lagi... Entah dah bercicit tak?

08 Ogos 2006

Bengang Betul La...

Published by HidayahYassin at 4:58 PTG


Sneaky Duh Phew Pouty
Feeling: Bengangnya?

Semalam pagi tengah sedap2 menaip, boleh lak laptop ni buat hal? Tiba2 skrin jadi warna merah... Lepas ni kalau jadi lagi tak taulah nak buat macam mana lagi. Aku bukannya tahu nak fix hardware. Belum sempat nak habiskan cerita tu. Ada masa pun untuk benda lain.


Smile Bounce Roll
Feeling: Sukanya!

Kalau jadi Sabtu ni, students mak dah merancang buat rombongan menonton PGL The Musical (PGLTM) kat Istana Budaya (IB).
Kalau ok, aku ngan mak pun turut serta.
Sebenarnya nak pergi masa 1st time ditayangkan walaupun dalam filem tak se'gah' mana pun.
Cite2 sejarah ni jarang orang suka tengok.
Aku tengok filemnya pun sebab beli KFC dapat CD PGL.
Masa study kat IIC (dulu INPEN Selangor) aku selalu tengok teater.
Itupun sejak tengok Tun Perak, kebetulan percuma masa Family Day kat situ (abah keje kat IB). Aku tak lepaskan peluang tengok sebab nak rasa macam mana tengok cite live.
Sejak itu asal ada je tiket percuma, aku mesti tengok punya.
Dulu bolehlah percuma sebab Pengarah IB tu orang lain.
Sekarang ni kata abah, jangankan nak percuma pekerja pun kena bayar (diskaun) tau.
Cuma abah cakap nak tengok percuma boleh hanya untuk staff n family masa full dress rehearsal...
Aku dapat tengok masa Siti buat konsert tribute to Sudirman.
Takde orang sangat sebab belum start. Paling aku puji dan kagum ialah teater Inggeris.
Masa tu aku tengok Fame The Musical. Memang mengagumkan.
Bezanya orang putih ni kalau nak tukar scene, diorang gelapkan pentas sampai siapa pun tak perasan yang diorang tukar scene. Melayu buat juga tapi kita boleh nampak semua orang berkeliaran mencari tempat.
Boleh pulak macam tu? Ada sekali aku pergi tengok teater Merdeka! Merdeka! Merdeka! Taklah havoc sangat... Kebetulan masa nak balik tunggu abah, terserempak someone-Tok Perak @ Ahmad Marbawi... Mesti kenal kan? Dia dah arwah kan? Masa tu dia pun dah tak boleh jalan.
Anak dia yang bawakan so masa nak tunggu abah, anak dia sorongkan kerusi roda kat tempat kitorang sementara tu anak dia ambil kereta... Tak berbual pun sebab tak tahu nak cite apa.
Masa tengah tunggu2 tu, abang Zuhairi yang pelakon tu? lalu kat tempat kitorang tu...
Abang Zuhairi ni kira kenal keluarga akulah.
Sebab masa kecil2 dulu mak dia jaga aku... Tak lama, 6 bulan je.
Sekarang ni mak dia pun dah tak duduk sini lagi...
Tok Perak tu berbual kejap ngan abang Zuahiri tapi abang Zuhairi macam buat tak layan je...
Maybe penat sangat (dia berlakon teater malam tu)... Anak Tok Perak datang je, semua berpisah.
Lepas tu banyak gak teater yang aku tengok termasuk persembahan nyanyian.
Cuma kalau boleh Sabtu ni biarlah jadi rancangannya.

Shocked
Wedding CakeFlowerBouquet Clapping Hands Shocked Shocked
Feeling: Terkejut & Sangat Gembira

Tahniah untuk kawan internet aku yang masih tak pernah jumpa... Siti Hanum. Wah! Sangat terkejut aku dibuatnya... Aku keluar nak buka pagar sebab mak balik tengok box... Hanum punya kad kahwin? Banyak kali aku buka dan baca... Tak sangka yek? Apa2pun aku ucapkan tahniah. Kalau aku tak sibuk pasti aku akan ke sana nanti... Aku doakan kau bahagia bersama2 pasangan kau ye? Ish! Macam tak caye je la... Macam mimpi la. Realiti ni...

Kad yang dilayangkan untuk aku dari Hanum

Inilah kadnya

Kad dan sampulnya...

Oklah takde apa nak cite ni... Maybe kejap lagi atau esok pagi? Sambung balik? Take care ok?

Count Down : 3 Hari Lagi (12 Ogos 2006)


06 Ogos 2006

Aku Saja Yang Tahu...

Published by HidayahYassin at 11:51 PTG

New song from new singer, Farhan. Terlalu banyak yang tersirat dalam lirik lagu ini. Juga padanan muziknya...wah! Sangat best.


Tajuk:Aku Saja Yang Tahu
Artis:Farhan
Pelajar:Farhan

Lagu : Ajai

Lirik : Ajai/Fauziah Nawi
Kepuasan yang ku rasa di jiwa

Sejak ku di gelar kekasih
Oh di situlah
Terjadi semua kenangan yang tak pernah aku lalui
Mengapa masih jadi begini

Aku sendiri yang tak pernah mengerti
Sedangkan aku tak pernah percayakan cinta
Di hati hanyalah kenangan yang masih melanda jiwa
Dan masih aku mencari segala kenangan

Di dalam erti yang besar
Walau kita sering bercinta
Ku yakin kasih masih begini

Namun aku yang bersalah terhadapmu
Sedangkan aku masih begini kekasih

Mengapa aku yang kau cinta
Mengapa masih jadi begini

Aku sendiri yang tak pernah mengerti
Sedangkan aku tak pernah percayakan cinta
Dihati hanyalah kenangan yang masih melanda jiwa
Dan masih aku mencari segala kenangan

Di dalam erti yang besar walau kita sering bercinta
Oh ku yang tahu (2x)

Malam Sabtu yang lepas, malam yang sangat bermakna buat Farhan walaupun hanya dapat no 3 je. It's ok wut? Ramai la gak penyokong dia. Apa2 pun tahniah...
Banyak perkara yang sedang bersarang di hati aku ketika ini cuma masih tertanya2 adakah aku patut luahkan semuanya? Kata Imah, Allah adalah pendengar paling setia jadi jangan ragu2 untuk mengadu... Aku selalu risau kalau aku takde orang yang nak dengar luahan hati aku. Sejak kebelakangan ni aku terasa kehilangan dan tersisih serta dipinggirkan. Padahal orang lain tidak begitu. Mungkin aku perlu mendiamkan diri untuk seketika? Kadang2 aku rasa aku sangat memerlukan perhatian... Nak apa yang orang lain boleh dapat? Memang tak dapatlah kot. Sebab lain orang, lainlah gayanya kan? Bila difikir2kan balik, buat apa nak ikut orang? Takde pekdah pun.

Kenapa ye agaknya orang akan ingat bila kita dah takde lagi di depan mata diorang? Mean that meningal dunia? Memanglah itu lumrah... Macam aku juga, aku akan menyesal bila tiba waktunya aku hendak menghargai dia dah takde... Aku selalu kata yang diorang memang selalu ada... Tak terfikir yang diorang akan tinggalkan aku... Sekarang aku sedang belajar menghargai bila one of my frens yang sakit... Yang hayatnya tak lama lgi, buat aku insaf dan semakin menyayanginya. Kata2nya yang buat orang terasa hati termasuk aku tapi sekarang dah tak kisah lagi sebab aku tahu dia begitu. Kalau nak ikutkan bukan sebab dia sakit je tapi kesian pada dia. Orang lain tahu dan sedar kawan kami tu sakit cuma hakikat hayat hidupnya yang lama lagi tu je yang diorang tak tahu. Rasanya kalau diorang tahu dah tentu diorang takkan sakitkan hati budak tu. Mungkin diorang tak tahu jadi apa je yang budak tu tersalah cakap buat yang lain terasa...
Semoga Allah dapat memanjangkan hayatnya... Amin!

05 Ogos 2006

Birthday, Interview, Jamuan ...

Published by HidayahYassin at 10:08 PG

1st of all, I would like to wish Happy Birthday... Sweet 25th to the very best n cutest cousin... Kak Nana... Eventhough I'm not sms u personally, I hope u know that I never forget the big day in ur life... We're born in the same month but not in the same day n year. Happy to be ur cousin, always be by my side, u r my best sis n shoulder to cry...n the important thing is perangai kita sama tau! I'm very sorry cause always troubled u... Okla semoga Kak Nana sentiasa gembira dengan kehidupan dan berjumpa dengan sesuatu yang sangat menggembirakan hati Kak Nana... Lupakan segala kesedihan yang lalu ye?

Sepanjang malam aku tak dapat tido. Mungkin terfikir2 pasal interview kot? Pukul 2.30 pagi aku terjaga. Dahla pagi pulak tu. Aduh! Aku ke kiri, ke kanan pun masih tak boleh tido. Panas pun ye. Aku teringat yang a day before aku belasah minum Per'l Cafe sampai 2 peket. Nak mampus? Tapi sedapla air tu. Tak payah campur gula or susu. Memang sedap. Tenanga berlebihan kot? Aku tak tahu aku terlelap pukul bape tapi yang pastinya aku terjaga kol 6.30 pagi bila mak kejut. Kononnya nak pegi pagi2 la ni. Dalam pukul 7 lebih aku ngan mak naik van ke KL. Sampai Pantai Dalam, beli nasi lemak paru. Naik atas (rumah abah), lepak kejap, makan2 lepas tu aku call Agensi Pekerjaan Intelek tu nak tahu kat mana tempatnya. Dah tahu, gerak dan sampai syarikat tu. Rupa2nya baru aku perasan yang aku tak daftar lagi. Buang masa gak la. Sampai dalam pukul 10 pagi dan diorang suruh tunggu untuk daftar. 11 pagi baru aku disuruh mendaftar. Habis je diorang panggil aku. Ingat nak temuduga tapi nak pastikan je sama ade apa yang aku isi tu betul tak. Ek eleh...itu je ke? Tunggu je la kalau2 ade keje 0 untuk aku?

Esok pagi2 (dah pagi dah pun) students mak nak datang n mak nak jamukan diorang makan tengah hari. Separuh dah siapkan tadi. Selebihnya esok pagi kena siapkan. Dah macam suasana malam raya lak. Rasa macam nak raya kat sini je tahun ni. Aku tak cadangkan lagi supaya Tok Mak datang rumah anak2nya tiap kali Raya. Ikut giliranla. Sebab nanti bila asyik kat kampung je, ada yang balik, ada yang tak. Macam mana tu? Fikir2kanla...

03 Ogos 2006

Hobiku Yang Baru...

Published by HidayahYassin at 7:55 PG

Tadi tengah sibuk2 guna laptop ni tiba2 teringat yang Mala pernah ajar Syikin (IIC) buat ITMM. Masa tu Sir Rahman suruh buat Kulit Depan Majalah. Apa2 je majalah pun takpe... So, aku yang cepat lupa apa yang Sir ajar cuma tengok je dari jauh apa yang Mala buat. Mala kalau mengajar memang mudah faham cuma aku je yang lambat tangkap. Dan aku adalah try beberapa 'keping' kulit depan majalah. Pinjam jap nama InTrend ngan Perkahwinan. Seronokla. Aku ni bila dah buat satu2 benda memang akan tumpu pada satu tu je. Aku nak upload kat sini sebab nak kongsi ngan sume2 ni... Ingat nak pinjam Majalah Mingguan Wanita pulak. Tengok jelah hasilnya nanti. Sekarang tengah fikirkan pulak macam mana nak buat cover novel. Aku dah try tapi tak berapa ok pada pandangan aku sendiri. Tak tahu nak pilih gambar apa...


Lia-Frenster's Fren... Fit wit this kind of cover...
Rite choice of cover girl... Isn't she cute?
Cover ni paling aku suka...

Tiba2 server down... takleh nak upload bebanyak cover... K la ni je tatapan untuk hari ini. Sorry bebanyak la ye?

02 Ogos 2006

Novel

Published by HidayahYassin at 6:28 PTG
















Rasa macam nak letak sini the story yang dah hampir tamat tu. Cuma aku tengah dalam proses nak menamatkannya da mungkin akan try hantar kat mana2 syrkt penerbitan, insyaAllah. Semoga aku berjaya lakukannya. Impian masih dalam kenangan. Tajuk cite ni Kasihku Abadi. Ok ke? Masih nak cari tajuk2 lain. Entah ye? Takpe itu semua belakang kira yang penting aku tengah nak tamatkan cite ni. Lepas ni kalau ada masa aku akan cuba buat cite lain pula. Mungkin ada kena mengena dengan segala pengalaman hidup aku ngan sesape je... Kalau ada yang rasa terkena tu, maaf dipintalah hendaknya ye? Chewah... Macam dah release ek? Aku mesti lakukan apa yang aku nak...!!! Okla chiow dulu... Dah siap nanti aku bgtau la yek?

01 Ogos 2006

Interview

Published by HidayahYassin at 11:30 PTG

Aku ada dapat offer interview (yang aku beritahu sebelum ni...). Aku confirmed nak pergi Sabtu ni. Mengikut pengalaman sebelum ni (interview ngan TMnet), rasanya they'll ask me in English. Bukan tak faham tapi nak reply balik itu yang masalahnya. Jadi orang pun <>

Kenangan bersama... Tahun 2002
Berdiri dari kiri: Suhaina, Lala, As, Intan, Hanie, Bear
Duduk tengah dari kiri: Ain, EyE_Da, Mala, Kak G, Gue
Duduk bawah dari kiri: Lin, Sara & Suraya
Yang tiada dalam gambar: Nueq, Nad & Pihan