rss feedResize Text
Twitter Follow Me

“jika kau ubah fikiran|aku kan setia menanti|jika kau perlukan teman|carilah di sini|jikau kau ubah fikiran|untuk jatuh cinta cinta lagi|yang pertama ke depan|jika kau ubah fikiran

30 Julai 2007

Sorry...

Published by HidayahYassin at 11:46 PTG

Aku salah buat sesatu pada blog aku... Aku terklik save as template lak...nak back balik takleh...so inilah hasilnya bila selalu sangat tak puas ati ngan apa yang orang lain buat... Atas kekurangan kepandaian ni, jadilah macam ni... Teruknya aku! Aku nyesal sangat2 ni. Tapi aku pasti aku akan tukar template lagik pas ni, mesti punyalah... Apalah nak jadi ek?

Ok, ketepikan dulu soal tu... Focus pada apa yang telah berlaku hari ni... Hidung dah tak sempit, nafas pun dah ok sikit... Sekarang tengah dengar lagu2 lama - One Sweet Day n You Are Not Alone... Best kan lagu2 cam ni? Eventhough i'm not born in the same year, tapi aku sangat suka jatuh cinta dengan lagu2 macam ni... Banyak maksud2 yang tersirat...

Ha! Baru je dapat call dari kak Nana...heheheh... Tak dapat nak balik sama2 la... So sorry, insyAllah esok mungkin boleh. Doakan je kita sembuh cepat...

Aku rindukan template yang lama tu sebab ase rose... Sedeynya... Sama je ngan orang yang sangat kita sayang, kalau DIA dah takdirkan orang itu pergi dulu sebelum kita, terpaksa kita lepaskan juga kan?

Dah jap lagi aku akan masukkan cite yang aku buat beberapa hari ni... Nak komen? Kat cbox eh? Cite pasal cbox ni satu lagi... Aku rindukan komen2 yang kawan2 tinggalkan dulu... Dah tak ada pengganti langsung. Kene daftar baru lak tu...

Takpe2... Terlalu banyak hikmah di sebalik sesuatu yang berlaku...

Ok... Nak post yang ini dulu, pas tu baru cite tu eh?

Aku?

Published by HidayahYassin at 6:07 PG

gambar ni takde kene mengene ngan entry aku kali ni..

Srooot...sreeeettt... Abih hidung ni...nak bau apa pun takleh. tersedut-sedut *inguih... tadi g jumpa doktor, dapat cuti 2 ari...padahal aku tanya leh dapek cuti tak? Dia kata 'nanti doktor bagi cuti ye?'...hahahaha... Jangan jeles... Hikhikhik... Semalam sampai ri ni asek lah kejap demam, kejap tak...alih2 hari ni kepala otak lak sakit...

Nak cite pe ek? Entah la...masih memikirkan hal yang satu tu lagik... Bila dah selesai, insyaAllah aku tulis kat sini... Lepas makan ubat ni mata rase cam ngantuk pulak... Yang penting kita mesti berdoa kan? Itulah yang paling dituntut...

Kawan2 semua pun sangat aku harap untuk doakan aku ye? Cadangnya merdeka ni aku pun nak merdeka gak cuma lum pasti lagi... Segala2nya bakal diputuskan selepas 8 Ogos ni...insyaAllah... Oklah...gtg now...rase cam pening pale...

Sebelum terlupa, aku masih nak upload my cite kat sini cuba perlu diubah sedikit supaya tidak menyinggung perasaan orang lain...

21 Julai 2007

Keje...

Published by HidayahYassin at 7:35 PTG

Salam... Semalam *Sabtu - 21 Julai 2007* aku dapat balik cepat. Hehehe, alhamdulillah my boss bagi balik awal. Bosannya tiggal sorang2 dalam ofis n nasib baik adalah 2-3 orang yang datang nak beli album. Stop pasal kejelah eh?

Nak cite pasal apa ek? Macam2 sebenarnya yang aku nak tulis kat sini tapi tak tahu nak mula mana satu dulu...n insyaAllah tak lama lagi aku akan masukkan cite yang aku buat bila takde keje kat ofis. Impian nak ada novel sendiri tu masih ada dalam diri aku cuma tak berkesempatan n takde masa lak...

Mak ajak g PD lak jap g ngan anak2 murid mak yang tido semalam... Sekarang ni derang tengah sibuk memasak Char Kuew Teow... Hehehe... Baunya memang sedap tapi masih kenyang lagik pulak. Last aku g PD last 2 weeks n sempat belikan adik bongsu aku patung Spongbob Squarepants... Dia minat sangat nagn cite tu... Tapi buat teman kat rumah je. Tak dapeklah kalo dia nak bawak g asrama kan? Nama pun lelaki takkan lah nak bawak pastu buat peluk bila tido?

Aduhai la aku ni... Kenapa jantung aku berdegup kencang lak ni? Aku rase sebab teringatkan someone la. Siapa tu? Bukan seorang tapi ramai jugaklah... Pastu selalu teringat kisah-kisah lama... BTW sebelum terlupa, semalam sempat jugak aku call Nueq... Sangat2 minta maaf sebab tak dapat attend wedding dia last week. Bukan sengaja pun tapi aku memang tak sempat nak datang. Tok Mak buat kenduri so, kenalah balik awal. Sorry lah Nueq ye? Akak tak sengajalah... Jangan marah lagi ye?

Tengah2 menaip pun boleh rase bosan? Entahlah bila nak hilang rasa bosan ni? Suatu masa nanti kot? Esok, pepagi kena bangun n naik komuter g keje. Untuk sebulan ni saja lagi. Malaysia merdeka, aku pun turut sama merdeka, insyaAllah... Doakan aku ye? Ada sebab2 lain yang akan datang aku akan masukkan kat sini. Untuk masa yang tinggal tak seberapa nilah aku kena buat yang terbaik. Supaya aku tak meninggalkan kesan2 yang tidak elok di mata n hati sesiapa jek...

Di kesempatan ini aku nak ucap belated birthday pada orang2 yang aku kenal *diorang pun kenal aku* n keluarga aku...

19 Julai 1991 - Fizi *adik bongsu aku*
8 Julai 1981 - Acai *kawan maya aku*
16 Jun 1983 - Fusi@Seha *kawan baik masa kat kolej*
7 Jun 1983 - Imah *sahabat yang sangat aku sayang*
- Kak Long *cucu pertama yang kawen - anak abng abah aku*
- Ira *adik sepupu - anak adik abah*
26 Mei 1983 *Mar *kawan baik masa kat Al Ain*
3 Mei 1985 - Abang *adik pertama aku*
29 April - Faizul *Saujana*
5 April - Mak *my lovely mother*
31 Mac 1985 - Siti *kawan maya aku*
28 Februari 1987 - Ajip *adik kedua aku kat Mesir*
17 Januari 1983 - Nad *kawan dari kecik sampai la ni*
17 Januari 1981 - Kimy *Saujana*
14 Januari 1981 - Kak Izan *kakak sepupu aku*
13 Januari 1981 - Pyan *Saujana*
7 Januari 1980 - Abang Pezal *abang sepupu juga abang kak Izan ni ha...*
4 Januari 1989 - Ud *adik ketiga aku*

Also wish to this person on their becoming Birthday...

29 Julai 1983 - Mala *kawan baik kat kolej dan sangat aku sayang*
5 Ogos 1981 - Kak Nana *sepupu aku yang comel n sangat baik hati*
12 Ogos 1981 - Izu *Saujana*
12 Ogos 1983 - Nurul83 *kawan maya gak*
- Me Myself Birthday *taram jelah ayat2 tu*
23 September 1983 - EyE_Da *kawan baik yang kecil molek masa kat kolej*
29 September 1981 - Amy *sepupu lelaki da...*
30 September 1982 - Kak Aisyah *kawan baik masa kat kolej gak...kakak yang penyayang ni*
13 Oktober 1985 - Sarah *adik angkat masa kat Al Ain*
23 Oktober 1981 - Azalinor *Saujana*
21 November 1955 - Abah *my father*
2 Disember - Aliah *kawan maya yang baru aku jumpa*
15 Disember 1983 - Rani *kawan baik paling lama aku kenal*
27 Disember 1983 - As *sekarang tentera yang jugak kawan baik masa kat kolej*

15 Julai 2007

Story for the whole week...

Published by HidayahYassin at 5:52 PG

Salam semuanya...sapa2lah yang sudi ke mari...sangat aku alu2kan. Actually baru balik dari kampung, Tok Mak buat kenduri doa selamat (arwah abang dah genap sebulan 4 hari). Aku balik kampung semalam lepas sampai dari KL tengah hari *semalam amek half day*. Esok pepagi nak balik Pantai Dalam. Penat tu masih adalah. Baru aku sedar sejak keje ni dah jarang dapat tido lama macam dulu2. Ini ke yang dikatakan pengorbanan? Aku sendiri tak tahulah...
Mengantuk pulak rasanya ni. Tapi lum mandi g dan masih depan laptop. Dah lama tak bermadah helah depan laptop kat dalam blog ni. Rindu sesangat. Maklumlah internet diblok. Bosan aku dibuatnya tau. Last Sunday aku sempat attend Aliah punya wedding reception kat Precint 3. Seronok aku bila dapat hadir. Yelah, dia pun sudi nak kawan ngan aku... Hehehehe... Yang pelik tu, kitorang tak pernah berbual dalam telefon hanya balas2 sms n mesej dalam frenster. Akhirnya jumpa dak comey tu... Siap dapat jumpa Saujana lagik *sape kenal aku, tahulah yang aku sangat minat Suajana ni*...Alhamdulillah, Allah mudahkan segala2nya. Thanx and tahniah Aliah Abdul Rashid & Dr. Faizul Hizal Ghazali...















Aliah & Faizul (Lia & Ley)...segak & ayu di atas pelamin...

Lepas aku balik dari reception tu, aku yang g ngan kak Nana gegas balik. Alih2 tengah drive kat Putrajaya, hujan lebat gila2 punyalah. Nasib baik ok. Balik tu aku suh abang hantar aku g keje. Maunya tak penat kan? Siang g kenduri then gegas g keje. Malam tu keje kat wedding someone... Buat kat Mandarin Oriental Hotel. Kalo dengar cam best kan? Aku memang rase best sebab dapat jenjalan BUT penatnya tu nak hilang makan masa 2-3 hari jugaklah. Hadoilah haku ni... Jumaat ni malam gak rasenye kat Concorde... Keje yang sama...

Ada lagi keje minggu lepas yang aku tak sempat nak siapkan lagi. Esok kene gak siapkan... Banyak jugaklah kejenye tu... Mestinya makan masa seminggu paling awallah... Kah3x... Aku ni bila takde keje nak sangat luangkan masa menulis kat blog tapi bila masa ade banyak ni tak keluar plak mende2 yang aku nak cite tu...

Bosannya.............. Tak tau sebenarnya nak tulis apelah... Ha... Baru teringat dulu, ada someone tegur aku suh buat perenggan2 ni sebab panjang sangat nak baca tulisan2 aku ni. Aku ni salu tengok orang punya tulisan dalam blog sume kemas2 tapi bila aku nak ikut je mesti ada yang buat aku sendiri tak puas hati... Manusia kan? Lagipun aku ni bukan jenis orang yang suka ikut apa yang orang selalu buat...sendiri2 sudah cuma yang baik dan elok untuk diikut aku adelah buat gak... Pening pulak pale otak aku ni. Dengan tak mandinya, ingat nak makan dulu pas ni. Tengoklah. Bontrot Tok Mak bekalkan ade lagi tadi... Jap lagi Mak Teh n family nak datang *tadi kenduri tu berlangsung kat rumah diorang ni*. Esok nak hantar Syima g MPI, Bangi. baguslah, bakal Ustazah tu, heheeh...















Dari kiri : Mokda, Bibik n Mak akulah... *Bibik asek gelak je bila aku asek amek gambo dia n Mokda...hehehe*

Gambar kat atas ni masa kenduri siang tadilah. Aku dari pagi asek snap gambo je... Adelah satu tu gambar aku ngan Syima *yang nak masuk MPI tu*... Itulah hasil tangkapan gambar dari Ira...hikhikhik...














Kiri ni Syima. Aku mase tu terpandang Mokda yang panggil kitorang dari dalam rumah... Kelako kan? Tudung putih hitam, baju merah kuning... Mengong aku ni...















Ni antara jempuatn yang hadir... Hanya untuk Wanita...
Ni Tok Mak n Bibik... *Tok Mak tengah sapu bedak kat muka, Bibik sibuk nak pekatkan inai kat jari tu...hikhikhik*
Banyak gak aku amek tapi tak laratlah pulak nak upload semuanya... Jap2 lagi nak upload kat frenster jek...senang sikit. Itu jelah untuk hari ni eh? Bila ada yang menarik aku blog lagi...
p/s: Nak tanya sikit... Nape ek lelaki yang dah buat kita sukakan dia macam tak tahu apa2 je? Ke buat2 tak tahu? Aku sedang cuba nak memahami lelaki walaupun dah hidup selama 24 tahun dengan adik2 lelaki... Aku tahu lelaki kalau bercakap tak sama dengan apa yang ada dalam hatinya...Wah3... Satu lagi mase tengok Cari Menantu dulu, one of the Jury... kata kalau nak cari pasangan *especially for girl n women out there* mesti tengok 10 perkara dalam diri lelaki tu *baik atau lemah*. Yang baik tu ok sangat BUT kalau lemah tu memang kena perhatikan selalu... Then, it's our choice kan? Mana yang baik, ok... Yang kurang perbaiki, tu jek... Bila bosan2 aku selalu menaip kat dalam PC... Kalo tak sibuk, aku upload dalam blog... Salu janji tapi salu lupa dan masa tu takde lah...